Pages

Thursday, 4 August 2011

Mamat tu tanya saya 'Mu puasa ke tak??! '

Pada petang itu kami memang terlampau bosan. Oleh sebab 'kebijaksanaan' kami ini, kami cuma bermodalkan sebutir laptop dan memulakan operasi kami. Hehehe.. Kami memulakan adegan drama bersiri korea kami. Iaitu drama yang bertajuk 'Boys Over Flowers'. Gua nak habaq mai derrr..Citer nih femes satu kolej lu taw.. Mana-mana pergi je mesti ada je orang bercerita 'awak tengok tak BOF yang tuh tu...bla..bla..bla... Hero dia hensem kan..'... 'Saya kalau boleh kan nak jugak jadi macam...bla...bla..bla..' Macam-macamlah yang diorang gosipkan. Aku masa tuh bukan layan sangat pun korea-korea nih. Jadi aku tak berapa nak layan sangat apa dialog yang dibualkan diorang tuh. Disebabkan keinginan si Opah,Nek C,Kak As dan Dikna *bukan nama sebenar.. yang begitu mendesak untuk melakukan sesuatu sebelum azan maghrib berbunyi untuk berbuka, kami pun mengambil keputusan yang drastik dengan menonton citer nih..

Boys Over Flower
'Waaa..Hensem tengok mamat berambut kuning-kuning tu....bla..bla..bla...apa nama dia eyk?' 'Yang mana? yang syok dekat Jan Di tu ke? Oooo..yang tu nama dia En.NGOKNGEK..!!'selamba badak aku jawab kat Nek C '%^&*#@!!!!'  Ambikk hang! Yang hang duk tanya aku tuh kenapa..? Pi tanya orang baru first time tengok...Memang tindakan yang BIJAK. *Padan muka! 

'Kriooookkkk!!!' Amboi. kuat benor bunyi perut aku nih. Aku pun mencapai handset diatas meja study ku. 'What..???!!!! Pukul 7p.m???!!!' Makanan satu hape pun takde.  Cittt..Gara-gara ketaksuban melayan hero-hero hensem terlupa sebentar akan ke'puasa'an kami ketika itu. -.-"

Kami pun apa lagi..salin baju..Gedebush-gedebah... berlari menuju ke Bazar Ramadhan. Dah lah Baazar tersebut 'dekat' tak terkata. Punyalah semangat aku dengan NekC ni berlari...  Pergi ke gerai nasi minyak dah nak tutup..pergi ke gerai nasi lemak pun tutup..pergi ke...bla...bla..bla..semua dah nak tutup. Sampai lah digerai jual burger. Cuma tinggal satu je lagi Roti John. Aku apa lagi. Rembattt cepat-cepat! NekC ni pulak memang tengah kelaparan.. Kami singgah di gerai Ice Blander. NekC order Choclate Ice Blander. 'Allahuakhbar..Allahuakhbarr..' Ais Blander tak siap lagi azan dah bunyi. Masa tu tinggal kami berdua je kaum hawa disitu dan kira-kira 10orang kaum adam. Sedang aku duk tengok gelagat-gelagat penjual-penjual bersama pembeli-pembeli Adam nih.. Aku terpandang seorang wajah yang amat ku kenali.. Tenung dan tenung... Cittt. Dia ke...??? Budak laki kelas aku rupanya. Nie mesti kalau tak esok atau lusa mesti ada yang terkena dalam kelas nanti. Adush.!!! Mati dennn.. Tapi yang agak menghairankan aku dengan NekC ni... Macam mana dia bersama geng-gengnya boleh bawak satu plastik yang dipenuhi dengan 6 bungkus polisterin didalam nya. Aku rasa dah habis satu bazaar ni aku tawaf tapi sebutir nasi pun takdak... Tak aci nih!! Dia datang pada aku..'Mu beli mende??'     'Ni hah! Mende panjang-panjang nih je sempat aku rembatt. Yang lain semua dah licin.' Jawabku selamba sambil menghirup iceblander Nekc. 'Tulah..sape suruh turun lambat.. Mu puasa tak??' 'PUIIIHHHHHH..!!!' hampir tersembur aku dibuatnya!!! 'Puasa la..!!tak nampak aku semangat gi bazaar cari makanan eyh.. orang tengok korea lah tadi....' 'Napok muka macam orang tak puasa je...layan sangat ke korea tuhh' *citttt!!!! muka aku nih tak cukup suci ke untuk dia mengeluarkan statement tersebut.!..'senyum tak perlu kata apa-apa..'.. 'Dah tu kenyang ke makan mende panjang-panjang tuh??..ke nak nasi ni satu bungkus.??' Dia siap keluarkan polisterin dalam plastik dia tuh nak hulur kat aku..!! Senyum melebarrrr lah aku... *Releks-Releks!!! Jangan gelojoh..! COOL!!  Keayuan perlu dijaga walaupun sekarang aku dah jadi macam harimau jumpa mangsa untuk dinyahh.

'Takpe ke? Nanti kawan-kawan mu tak cukup makan pulak karang..'*ehem-ehem..menjadik jugak aku buat-buat sedih..=p  'Takpe eyh. Kawan aku 4orang je..Makcik tuh bagi lebih...tapi nasi ni takde kuah lah..hehehe.. takpe kan???' Orang dah nak bagi mujurkan.. 'Uishhh.. takpe... dapat nasi free pun dah kira bersyukur sangat dah tuh..' lepas je dari pandangan mamat-mamat sengal nih aku dengan NekC pecut ke bilik dengan penuh tenaga.. ^__^

**********************

Keesokkan harinya.. 'Ehem-ehem..semalam makan nasi dengan lauk apa?' Isyk mamat sengal nih..tak leh tunggu lepas kelas ke nak tanya soalan ni. Tak pasal-pasal satu kelas tahu. Huh!!!~ 'Makan dengan kuah Maggi..'.. kahkahkahkah..'Kuah maggi?? Biar betol..??..Kahkahkah..' Aiiii..melampau!! Ni ada orang nak makan penampar aku karang.! 'Sedap apa makan dengan kuah maggi..!! Sekali sekala kita kena berfikir diluar kotak untuk terus hidup! Tak gitu??' *entah apa-apa aku mengarut! ahhh..lantak pi lahh! 'Yelah tu luar kotak. Hari ini turun pergi bazaar lepas isyak neh.' Grrrrrrrrrrr!!! Nasib baik dalam perut aku nih terisi dengan nasi ko. Huh. SENGAL!~

(p/s: ada ke..kaum hawa mengaku dirinya sedang mengalami proses bulan mengambang di depan kaum adam.?? Huh. Tak genius betol kaum adam nih!!! =p)

Jangan lupa klik SINI dan SINI. TQ:)


Sekian,

13 comments:

atien said...

hahahhaaha..best citer..ni masa matrik eyk??macam kenal je sape yg bg nasi tu..haahhaa...kuah maggi pun, maggi la..

layann~..haha

Gadis berkaca mata said...

yup. time matriks lew.. aik?camne bdk matrik peneng leh knl ngan bdk matrik kedah lak??=p

LyaLuna said...

shukeee BOF. mmg intrsting citee tuhhh. haha niceyy stryyyy >.< samat bposee.

http://yanadimple.blogspot.com

SoLy SoLicious said...

kalo trun lewat, xpose la eh.. boleh pulak mcm tu..hahah...btw, dpt jugak mknn kan..hee...sweet

Gadis berkaca mata said...

entah la diorang ni. turun lewat sikit pun jelesh. mmg tak patot betol.

Unknown said...

aku pun layan crita ni msa dia tgh famous amos dulu... version japanese, taiwanese n korean. hihi

-Mr & Mrs Mikko-

HAFIZAL said...

best ker cite korea tuh

Gadis berkaca mata said...

best. citer korea first yang sy tengok. not bad la.. :)

Unknown said...

x penah lagi mkn nasi ngan kuah maggi tp klu letak telur sedap gak kut

anda telah di tag di sini http://azumylini.blogspot.com/2011/08/bloggerwan-dan-bloggerwati-dicari-chegu.html

Gadis berkaca mata said...

kan3.. tapi time tu nak cari telur kot celah mana? kat hostel xdak jual telur.

atien said...

budak matrik kedah kn femes di penang..hahaha

Gadis berkaca mata said...

Laarrhh..ye ke.. baru sy tahu.. berkenan ngan mamat kedah ke? muahaha=p

NuramieHz said...

si Opah,Nek C,Kak As dan Dikna tu sy knal woo..hahah