Pages

Monday, 8 August 2011

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

'Euww.. tak sedapnya.. Mak letak tempoyak ke dalam kuah ni?' adik aku menunjukkan muka loya nak termuntahnya. 'Tempoyak lah sedap.. hok dalam tv duk sebut-sebut tu lauk ni lah..' Ambek hang terkena sebijik. Tu lah tamak haloba sangat. Orang tak berbuka puasa lagi nasi dah penuh dengan lauk 'poi'yok'(versi sengau adik aku). Padan muka! Nasib baik aku tak ambik kuah tuh. Aku memang dah tak makan durian sejak akhir-akhir ni. Bukan tak suka..cuma tak makan. *tak sama kan? muahaha.. Sebelum masuknya bulan puasa ni.. hampir tiap-tiap minggu mak aku beli durian. Tapi aku satu haram pun tak pernah sentuh. Macam biasa lah beb..bukan tak suka.. cuma takde selera nak makan. Padahal dulu time zaman muda-muda dulu kalau nampak durian memang aku lah dulu yang pergi mencekiknya. Dimana ada durian, disitu ada aku. Dah besar-besar ni jadi tak minat durian lew pulak. Aku memang pantang keturunan Enggang sejati  kalau ada orang sedawa depan aku mengeluarkan perfume buah duri-duri ni. Mahu aku karate karang!!!

Amboi. Bersinarnya! Sakit mata den tengoknya.=p



Okeyh. berbalik pada topik yang diatas...Punyalah berselera aku tengok mak, dan ayah aku makan. Yang paling tak tahan bila aku tengok ayah aku makan. Dah lah lauk masak lemak dah cukup pekat dengan tempoyaknya...ditambahnya lagi dengan budu+tempoyak banyak-banyak sampai pekat budu tu jadinya. Berselera betul! Huh. Aku cubit ikan secebis nak tak nak je ikan tu masuk dalam mulut aku. Kuat benor bau duriannya.!!! Patot lah adik aku nak termuntah. Rasanya...Perggghhh.. dah takde rasa ikan!!! semua rasa diserap oleh raja segala buah tuh. Agaknya mak aku sumbat 1bijik durian dalam lauk ni kot. HAIHHH SEMPUT~



(p/s: tiap kali berbuka mak shaye sediakan dua jenis lauk. lauk sambal ayam golek memang wajib ada. mak aku memang paham jiwa nurani shaye ni. Cayalah Mak. Mantooopp!!!~ )


Kalau rajin dan baik+++ silalah klik INI dan INI. TQ:)

Sekian,

8 comments:

SoLy SoLicious said...

tempoyak rumah sayer banyak.. musim durian xabis2..nak mai le..hahaa... ikan patin msak tempoyak best wooo

Gadis berkaca mata said...

hehe..xpelah. mekasih. dlm peti ice umah sy pn dah manyak mende nih. :)

ir yien 9897 said...

wah masak tempoyak sedap lah..
alar terliur pula..ops.. :)

atien said...

mujur x salah eja nama ikan patin tu..hahaha..

xmakan durian??
ruginya xleh kwin ngn raja buah..hahhaahhaa

kisah gadis stay up late said...

lorh,sy durian xbrpa suka jugak..

tp tempoyak masak lemak ikan patin umi sy buat memang sodaapp!! :)

NuramieHz said...

"ruginya xleh kwin ngn raja buah..hahhaahhaa "
stuju ngan atien..heheh

Gadis berkaca mata said...

haha.. mgarut je.. raje buah bleh peluk xpe..ni kalau peluk memudaratkan buat ape..=p

atien said...

sebab bau la tuh..