Pages

Sunday 2 October 2011

Cinta ibarat cermin mata...

Soalan 1: Apa yang anda jangka boleh anda lakukan?
- Saya menjangkakan dalam masa 10tahun lagi saya nak lihat diri saya menjadi seorang Pakar Mata dan mempunyai kedai spec sendiri. Sebab saya suka tukar spec... Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tukar spec! Nanti kalau dah ada kedai spec, takde orang boleh tahan atau marah kalau saya nak tukar spec. Sebab itukan kedai saya..saya punya suka maaaa!!!

Soalan 2: Apa yang anda pasti anda boleh lakukan?
- Apa yang saya pasti...Saya nak jugak buka kedai spec saya sendiri!!! Masa first-first tahu result UPU, kawan saya siap bagi order segala bagai dekat saya.. Depa kata:
'Oitt mekna, nanti dah bukak kedai aku nak cop spek 1! Nak free!!! Tak nak bayar!! muahaha..'

Soalan 3: Apa yang anda suka atau minati?
'Bukak kedai spec!!!!' orang lain pulak yang tolong jawab untuk aku..-.-"
- Buka kedai spec tu memang dah jadi satu kepastian.. Tapi yang lain yang saya minat adalah main tenis. Saya suka sangat main tenis. Bila saya main tenis saya rasa lapang sangggaaaattt!! Hilang habis segala stress dan tekanan. Setiap kali saya smach, saya rasa macam dunia ni saya yang punya! Masa kat matrik saya pernah masuk pertandingan tenis dan saya berjaya dapat medal tempat ke-4. *main xdelah pro mane pun..eksyen kamen je lebih..

Soalan 4: Apakah keperluan utama anda?
- Keperluan utama saya adalah DUIT! Dengan duit saya boleh beli semua yang saya suka.. Termasuklah buka kedai spec saya sendiri!

Soalan 5: Apakah kepercayaan anda?
- Saya percaya dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya...iaitu jalan untuk membuka KEDAI SPEC!!!








Tadi aku ada aktiviti KEMAHIRAN INSANIAH weyh. Dari pukul 8.30pagi sampai 6petang. Nampak soalan-soalan kat atas tu? Hahh..soalan tu lah yang fasi duk paksa kitorang jawab tadi. Dan jawapan tersebut andalah jawapan jujur daripada aku sendiri.. Aku tak tahu kenapa aku boleh jawab soalan tu tanpa rasa segan silu. Lain yang aku tulis, lain yang keluar dari mulut aku... Automatik jawapan ni yang keluar dari mulut aku. SERIUS!!! Aku dah kena sawan spec agaknya. muahaha.. sampaikan abang fasilitator tu cakap:

'saya tak pernah jumpa orang degil macam kamu ni.. dari atas sampai bawah semua 'bukak kedai spec'!'

Chill beb..Chill!!! Yang ni baru the REAL GBM kan.. muahaha..*walaupun diri perasan diri terover malu..=p Lepas tu kan.. masa awal-awal program abang tu ada suh tulis pendapat masing-masing tentang cinta.. contohnya: 'Cinta ibarat KURAP. Makin digaru..makin SEDAP!' muahaha..Kurap pom boleh jadi pepatah!!! Haihhh.. awat tak ambik bisul terus. muahaha..


Aku pun tulis lah.. bla..bla..bla...lepas tu abang tu suruh lipat kecil-kecil dan bagi pada dia.. So, tanpa rasa curiga dan dengan confident aku pun hulurlah kertas aku kepada abang tersebut bersama dengan lipatan kertas pelajar-pelajar lain...


At the end, before sesi KEMAHIRAN INSANIAH berakhir.. abang tu kasi balik kertas lipatan itu secara random kepada kitorang. Masa ni aku dah rasa tak sedap hati weyh.. Tetiba datang rasa menyesal bila tulis pepatah tu. Kalau budak-budak ni baca comfirm-comfirm diorang tahu yang kertas tu aku punya. Mati-mati!!!


Dup-dap-dup-dap..


Budak tu dah start jeling-jeling sengih-sengih kat aku.. dan mula membaca kertas yang dipegangnya...

'Cinta ibarat cermin mata kepada si rabun... Hilangnya cermin mata..hilanglah arah tuju si rabun tersebut.. Terkapai-kapai dalam mencari jalan keluar...' 

Hamekkk!!!!! Abang fasi siap terjeling-jeling tersengih-sengih kat aku weyh!!! Mamposss!! 1 kelas tu siap duk tergelak-gelak! Tertunduk malu aku.. Nasib baik beg aku besaq.. Boleh buat-buat cover muka aku yang ciut ni.. Yang satu group dengan aku siap tanya..
'weyh, tu kertas hang kan...?' 


Kantoi beb!!! Tulah.. sapa suh bagi petunjuk yang terang lagi bersuluh..dah lah memandai reka pepatah sendiri.. memang kena r beb.. Pakai cermin mata 4lapis pun tetap tak hilang malu aku ni. Cermin matalah sangat.. Hameekk ko GBM!!!

Cinta ibarat CERMIN MATA?
setuju tak?  =p
(p/s: abang fasi ni bagus sangat.. dia siap recommend aku pergi involve dalam aktiviti yang berkaitan bisnes. Untuk kumpul sijil berkaitan bisnes. Nanti nak bukak kedai senang.. ^_^)

-doakan GBM berjaya mencapai misi tersebut yer.^_*



Sekian,

3 comments:

haryzkhairuddin said...

memang terbaek ayat tu. tak kesah la degil pon..at least da nampak apa nak jadi 10thn akan datang kan? semoga berjaya bukak kedai spec. nanti nak satu free..hehe. ;P

zurfandy said...

haha......good2!!!!!!!!!!!
cayook......usha smpai tercapai..biar mata rabun jangan hati dan semangat yg rabun....:)

Gadis berkaca mata said...

xnampak lagi sbnarnye tu.. hehe.. angan dlm sedar je tuh. amin.. insyaallah.. nanti GBM dah ade kedai spec jgn segan silu untuk mjadi plgn tetap yer.. yg free tu xleh nak janji..kalo diskaun tu boleh..muahaha^_^