Pages

Saturday 28 January 2012

Penangan Tahun Baru China

Haihh.. nampaknya penangan Tahun Baru China masih lagi bersisa yer. Mana taknya..dalam peti sejuk rumah aku masih bersepah buah oren ni hah. Aku pun dah jadi confius kenape buah oren ni tak luak-luak. Kelmarin aku tengok ada 10 biji. Semalam aku tengok pun ada 10 biji. Hari ni aku bukak peti sejuk dah jadi 20 biji. Aiii.. ni makluk mana yang nak main hide and seek dengan aku ni..?! Bukan setakat tak luak dah jadi berganda-ganda pulak jadinya.


Selalunya keluarga aku ni memang terhabis mesra dengan segala buah jenis buah. Sebut je buah apa, pasti ditelan. Kali ni boleh pulak diorang ni main perap je buah limau dalam peti sejuk lama-lama. Tak ke lemau jadinya nanti. Atau memang mak aku ni saja nak buat hiasan dalam peti sejuk eyh? Isyk..mustahil..mustahil.. Ini buah hidup, bukan buah mati yang korang main baling-baling..campak-campak tu. hehe. Bukan saje buah oren..segala bagai buah ada dalam peti sejuk rumah aku. Epal, pear..rambutan.. Dah macam zoo buah dah peti sejuk rumah aku ni. Sekali buka, gedebushhh!!! Berteraburan.. Aku dah tak sampai hati nengoknye hah...


Satu lagi aku tak paham. Sekarang memang kalau kenduri kahwin orang ganti telur pakai buah epal pulak eyh? Pelik tahap gaban aku jadinya. Hari tu aku pergi rumah kenduri kahwin dapat 2 bijik epal dalam beg kertas sekali dengan gula-gula. Ingatkan dia letak mug ke hapa yang berat sampai 1kilo lebih. Rupa-rupanya 2 bijik epal. Dah macam perli rumah aku je..bagi buah bebanyak nih. -.-


Tapi atas dasar ketidaksampaian hati melihat buah yang asyik jatuh setiap kali pintu peti sejuk dibuka.. hari ini aku nekad nak pun makan buah limau tersebut. Kupas punya kupas..lapisan demi lapisan... dan hasilnya:  Gebu-gebu..Isi pun seketul-seketul dan warna isi pun terang macam buah sunqis... memang menggiurkan... 'Baik punya limau, orang taknak makan. Memang tolak rezeki betol woohhh!!!'.. Taknak sudah.. bagi aku makan sorang-sorang.


Sekali aku makan... Perghhhhh... Berkerut seribu.!!! Macam ayam berak kapur!!! MASAAAMMMM yang teramat! Patot adik-adik aku tak makan. Cis, memang dasar memilih betol budak-budak ni. Bukan nak warning aku awal-awal. Kalau aku tahu aku buat belasah cukup-cukup buah ni. Kasi buat jus...kalau masam boleh tambah gula.hehehe. Takdelah aku nak seksa perut aku dengan limau berasid ni. Nak tak nak terpaksalah aku telan sampai habis... Sampai tercirit aku dibuatnya!




p/s: mak aku cakap makan benda masam elok untuk perut, takdelah perut terseksa nak buat asid sendiri sebab makanan yang masam telah menyedekahkan asid untuk perut. *Mazhab mana mak aku pakai, yang itu aku kurang pasti.. -.-"

Sekian,

2 comments:

allyarifff said...

post bgi kat i lah. tak rasa pun oren raya cina ni. wuuu T_T

Gadis berkaca mata said...

@Allya Riff
La ye ke.. ruginye.. tak dapat merasa erti ke toilet. hihi. bak sini address. nanti GBM email je mandarin. hehe=p