Pages

Wednesday 18 January 2012

Petanda Study Week!

1) STRESS.
'Stress?? Natang gapo tu? Tak pernah dengaq pun...'
Hahhh..yang ni memang nak kena penampaq hidup-hidup! Stress tu macam kuih lapis yang ampa makan kaler-kaler macam pelangi tuh. Enak dimakan, enak di telan! Stress tu sebenarnya lebih kurang double meaning dengan tension. Majority student mengalami situasi ini. Stress dan tension memang dah kira perkara ruji dah bagi student terutama yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.
->Bagi anda yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi...Cekalkan jiwa,tabahkan hati yer! :D

2) Mengidam yang entah apa-apa.
Yang ni aku tak tahu jin mana yang merasuk aku. Time study week je mulalah aku mengidam yang bukan-bukan. Nak makan tu lah. Makan ini lah.. Yang tak tahan tu. Kenapa mengidam aku lebih kearah makanan? Kenapa tidak mengidam aku kearah yang baik-baik? Macam mengidam nak study lebih gigih ke mengidam buat nota kecil-kecil ke? *boleh eyh??-.-" Kenapa!!!Kenapa!!! ARGGGHHH!!! Tension aku! Orang lain minggu study week semua slim-slim, aku?? tetttttt!!!.. TAK MAHU SEBUT!!!

Antara makanan yang menjadi ke'idam'an aku time study week:

1. Nasi Kerabu

2. Cendol Pulut


3. Kek Coklat


3) Ukhwah bermula!
Part ni aku suka. Time study week ni lah kita dapat kenal siapa kawan siapa lawan. Kerana masa ni aku dapat kenal hati budi orang di sekeliling aku. Syok woo! Mase ni masing-masing dah tak boleh nak tipu diri sendiri. Tadikan semua dah pakat duk stress-stress.. Dan salah satu cara untuk menghilangkan stress tersebut...SAHABAT tersangatlah penting! Oleh itu, saya tegaskan disini "Cari SAHABAT, jangan cari KAWAN!" Kedua-duanya membawa maksud yang lain. Dan kedua-duanya membawa pengaruh yang lain kepada diri anda. Dan alhamdulillah... sepanjang study week, ALLAH telah mempertemukan aku dengan SAHABAT. Alhamdulillah...Terima kasih sahabat kerana sanggup berkongsi susah senangku bersama sepanjang study week! 



4) Buku ada di merata-rata.
Kononnya nak tunjuk rajin lah kan. Nak sedapkan hati. Konon-konon bila buku dah bersepah-sepah..kompen-kompen orang akan ingat kita rajin. Kat atas lantai ada buku, atas katil ada buku..atas meja apatah lagi kan.. Hamboi.. rajin bebenor! Dah macam gaya orang ambil phD ko! muahaha.. Tapi baguslah. Kurang-kurang kalau kita tak baca pun, dah memang buku ada kat mana-mana.. hati pasti akan terdetik jugak nak bukak, dan lepas bukak pasti akan terdetik untuk baca kan. Ye dak?? 
*Nasihat dari guru Sekolah Menengah GBM zaman muda-muda dulu. ^_^
OMG! This is not my bed okey.=p


5) Meroyan nak pergi Shopping!
Hahhh!!! yang ni aku rasa memang aku dah kena rasukan Jin Mall agaknya. Tak pasal-pasal time nak dekat study week aku boleh meroyan nak pergi shopping pulak. Aku dah naik biol betol dengan diri aku ni. Kompius aku jadinya. Yang ni kalau mak aku dengar ni.. kompem kena bleteq 44hari 44malam ni. muahaha.. Tapi aku takdelah shopping kat Time Square, Jusco atau Midvalley pun. Aku pergi Econsave je.. muahaha.. Aku ni kaki biskut! Tak boleh hidup kalau bekalan biskut takde. Tu yang time orang lain duk sibuk mentelaah, aku pulak sibuk meroyan cari biskut. Haihhhh!!!

Hameekkk! Satu troli habaq hang! 

6) Cubaan untuk melarikan diri dari hakikat exam.
Hampa tahu dak, tension woo tiap-tiap sem nak exam. Kenkadang aku pun ada terpikir gak nak terjun bangunan sebab terlampau stress lah katakan. Tapi tak jadi sebab tengok bangunan fakulti aku tinggi semacam je. 17 tingkat habaq hang. Ni kompen kalau dah jatuh mahu terburai isi usus besar aku karang! Astaghfirullahalazim... Tak cium bau syurgalah jawabnya. Oleh sebab itu aku mencari ikhtiar lain untuk cubaan mencederakan diri...dan hasilnya... 

Aku berjaya!
Menjejeh-jejeh darah keluar beb. Naik seriauu aku tengok darah sendiri. Yang kat atas tu gambar lepas aku bukak balutan yang dah siap cuci dah. Kalau aku tunjuk gambar yang darah memancut-mancut keluar mahu tak makan 44hari 44malam karang. muahaha. Tapi.. Aku takdelah buat kerja giler ni woihhhh.!!! Mahu tak dipanggil sewel aku nanti. Yang ni panjang ceritanya..tapi aku pendekkan jelah. Semua ni gara-gara seekor nyamuk. Habis kaki aku kena benda kaki 3 ni. Sengal betol. Pulak tu kena malam aku nak jawab exam BIOCHEM. Mahu tak naik haru aku jadinya. Terhinjut-hinjut aku ke dewan exam. Haihh.. sabar-sabar.

Nasib lah kau GBM.. Yang pergi letak mnatang ni
bawah meja buat apa. Memang cari balalah jawabnya!

6) Kejutan diluar jangkaan.
Yang ni kalau dapat memang best woo. Syukur tersangat-sangat! Masa study week, memang hari-hari aku call emak. Release tension 5minit melalui alam maya bersama dengan emak. Lepas tu baru sambung study balik. Tapi..masa study week kali ni..opps bukan kali ni sahaja masa final exam dekat matrik pun ya. Family aku datang beb. Aku terkelu tak terkata beb. Yang paling aku tak tahan sampai sahabat aku ni tegur.. "Amboi..Family datang sampai berlari-lari!" Hahh?? Bila masa aku lari weyhh? Agaknya hormone Adrenaline aku memang terlebih skit kot time tu. muahaha.. Time study week baru-baru ini aku sempat jugaklah bermalam 1 hari bersama keluarga tercinta. Dapat shopping lagi. muehehe.. dan juga dapat baju baru lagi! Jangan jeles! =p

^_^
Moral aku nak cakap dekat sini, study-study jugak.. tapi jangan lupa ibubapa kita pulak. Rajin-rajinkan diri bertanya khabar dengan mereka. Keberkatan kita ada bersama mereka.:)


Jadikan minggu study anda sebagai minggu untuk mencari ketenangan bukannya sebagai minggu stress. Cegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang tak elok.
-Ikhlas dari GBM 

Sekian,

5 comments:

SoLy SoLicious said...

bile stress, sy suke makan !! lalala

IMANSHAH said...

wah sedap tu nasik kebaru..hehe KERABU le

Gadis berkaca mata said...

@ss
same la kite.. makan.makan.makan. hehe


@imanshah
nasi kebaru pun boley. hehe=p

Nurfatin Atikah said...

cendol pulut sedapp! gambar SAHABAT tu, i like.. :)

Gadis berkaca mata said...

kan3.. nyam2. hehe..
sahabat..lalala~