Pages

Tuesday, 21 February 2012

Marah dari perspeksi Islam

Setiap orang pasti tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Lagikan lidah lagi tergigit apatah lagi mulut yang mengeluarkan kata-kata kesat. Tak gitu? Dari mana datangnya marah kalau bukan angkara mulut. Kerana itulah lahirnya pepatah 'kerana mulut badan binasa'.. takde plak orang zaman dulu-dulu cakap 'kerana mata badan binasa'.

Mulut ini penuh berbisa. Daripada mulutlah tercetusnya kata-kata yang kurang sopan.. dan daripada kata-kata yang kurang sopan itulah telah menimbulkan amarah seseorang. Aku pun pernah kena. Dulu masa sekolah rendah orang kata aku macam-macam... "Si debab". "Gendut tertelan bapak lembu.. sebab tu badan bapak macam lembu jadian". "Gajah gemuk pergi sekolah!!!"

Gajah pergi skolah eyh?Hurm.. 

Depa ni pun satu.. Cerdik macam beruang panda dah sah-sah nama gajah.. memanglah gemuk. Tapi aku tak berperang balik dengan depa.. tapi aku berperang dengan diri aku sendiri. Balik je sekolah.. Aku menanggis bagai nak gila. Marahlah weihh!!Hati aku sensitif masa tu. Dah lah masa tu aku syok kat sorang mamat tu.. depa boleh plak panggil aku gajah depan mamat tu. Nasib baik mamat tu baik.. Senyum je kat aku.. Comel!!! ada lesung pipit 2 bijik. hihihi.. *Minat dan Cinta adalah 2 perkara yang berbeza. chill~

Dan angkara mulut depa yang takdak insurans bulanan ni aku berjaya kurus sebanyak 10kg. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh kurus. Macam lawak pun ada. hihihi. Tapi aku bersyukur. Allah turunkan aku ujian mendapat kawan-kawan sekelas yang bermulut laser, dan DIA jugak turunkan aku hikmah disebaliknya.. Buktinya masa masuk sekolah menengah badan aku dah slim dah. Orang dah takde nak melaserkan aku lagi. Alhamdulillah.. *tapi sekarang dah naik balik dah. Gullrrpp.. 


Betullah apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap.. "Marah itu api.. Api kalau lawan dengan api lagi maraklah nyalaannya. Tapi kalau api lawan dengan air.. Insyaallah akan redalah marah tersebut. Bila marah je cepat-cepat ambil wuduk. Perasaan marah itu akan segera beransur hilang." Tapi bila marah saya lawan dengan air jugak, Ustaz.... Air mata! hihi.. Masa muda-muda dulu saya tak kenal lagi ustaz. Dah marah-marah tak terpikir dah nak ambil wuduk.. Emosi melanda diri, memori kewarasan terbang jauh... Tapi sekarang tidak lagi, Insyaallah lepas ni saya akan cuba membanteras amarah dengan cara yang disyorkan, Ustaz. 

p/s: Allah takkan menguji seseorang diluar kemampuan mereka. 

Sekian,

5 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

setan suke kene marah.die gak api lg die mbako2 nye kitee.pfftttt

cinta siswi said...

hee.. siswi pernah kena jgk.. :"(

#jgn biar marah menguasai kite.. binasa nnti.. :)

Dayang Deno said...

marah ada hadnya... xleh marah ikut suka ati je... kena sabor... kan?

Gadis berkaca mata said...

@sarah
betul tu.. setan memang suka hasut2 kasi mara2 kan.

Gadis berkaca mata said...

@siswi
betul tu. kalau rase nak marah cepat2 ambil wuduk. insyaallah kuranglah marah nanti. :)


@deno
iye deno. sesungguhnya dalam hidup kena banyak bersabar..:)