Pages

Tuesday, 17 July 2012

Kad raya| Menggamit Nostalgia

Semalam aku dan kawan-kawan satu sekolah melepak di port kami iaitu Giant dan Mydin Mall Kuala Terengganu. Tempat murah? Takde class?? Come on.. bukan tak nak pergi tempat mahal-mahal dah cuma ini je yang ada dekat sini. hihihi.. Itu pun dah kira bersyukur Alhamdulillah sangat-sangat! Nak tahu kenapa?....sebab nanti kalau Kuala Terengganu jadi macam Kuala Lumpur macam mana? Bersepah-sepah shopping complex sampai tak tahu nak pergi yang mana satu. Susah jugak kan? hihihi..  Dan Alhamdulillah jugak setakat ini GBM bukanlah kaki shopping sangat. Kami pergi melepak pun sekadar melepas rindu yang bertamu dihati setelah beberapa bulan enggak ketemu.

Tengah duk jalan-jalan.. Aku ternampak satu skuad pekerja tengah bertungkus lumus nak menghias sudut untuk Hari raya yang bakal menjelang hanya lagi 1bulan+++.. Ada diletakkan sampul duit raya.. lampu hari raya.. Ya Allah.. Tiba-tiba terasa macam lagu nyanyian Anuar Zain 'Suasana Hari Raya' tergiang-giang di cuping telinga. Syahdu-syahdu~ Eyh.. Jap-jap!!! Takkan sampul duit raya dan lampu je?? Mana yang satu lagi?? Mana? Mana? Mana???? *Histeria tiga saat. Yang ni kalau tak de memang tak syok la... Tak menitis lah hari raya tahun ni.. Alaa....



Naik ke tingkat atas baru lah... "Hahh.. Ini lah mendenya..!" Comelnyeee!!! Bermacam-macam kaler.. bermacam-macam corak...Teringat lagi zaman sekolah dulu.. Main tukar-tukar mende alah ni.. Orang lain hantar pakai posman kitorang hand-by-hand je. Sebab nak jimat duit setemmm katanya.. Ahakss.. Seronoknya! Baca sambil senyum sorang-sorang. Walaupun yang menghantarnya bukanlah seorang jejaka tampan ataupun seorang kerabat dimana-mana wilayah sekalipun.. tetapi dia hanyalah seorang wanita yang bergelar sahabat.. sudah cukup.. cukup untuk membuatkan Hari Raya menjadi sangat special! =)




Comel-cun...Cun-comel! Rasa macam nak cubit-cubit pipi budak perempuan tu. Awatlah hampa semua ni comel-comel sangat. Alahai...

Gila tak gila jugak lah aku semalam.. Aku dengan rakusnya telah membedal 3 paket kad raya yang kesemuanya berjumlah 15 keping! Masa beli rasa macam sikittt je.. Tapi bila dah belek-membelek.. rasa macam terlebih manyaakkk la pulakkk.. Rambang mata dah nak kasi dekat sape. Tahun ni aku berniat nak OFF henset.. Aku tak nak topup.. aku taknak reload.. sebab.. Aku nak kembalikan balik nostalgia Kad Raya. Rindu derr.. Korang mesti tahukan apa perasaan dapat sekeping kad raya dengan sekeping mesej?? Perasaan mendapat sekeping kad raya belum sama dengan mendapat 10 keping mesej. Sama sekali tidak sama. Ianya terlalu sulit untuk diluahkan perasaan itu. GBM amat berterima kasih kepada rakan-rakan GBM yang sudi menghantar kad raya kepada GBM sepanjang tahun. Kad tersebut masih ada.. masih lengkap bersampul lagi. Tapi kalau yang hantar mesej tu.. maaf. GBM dah tukaq henset sekarang. =p


p/s: sesiapa yang tersenarai alamat rumahnya dalam list buku biodata GBM. InsyaAllah salah satu daripada yang diatas bakal menjadi milik anda. =)

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan kita. Mungkinkah ini Ramadhan  terakhir buat kita? Sama-sama kita memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran kepadaNYA. 

Sekian,

3 comments:

Nurfatin Atikah said...

nak kad raya jugak.. tp mesej pun bolehh.. henset baru? untunglaa.. ;)

Rozie said...

alamak rindunya kad raya.. dulu rajin simpan, tah ada ker lagi tak? nanti balik kampung nak carilah

Unknown said...

Cantik kad raya ni ..
Mintak satu .. hehe