Pages

Wednesday, 18 July 2012

PANTAI| Uhibbuki Fillah

Secantik mata memandang,
Selapang jiwa yang merasa,
Tapi tiada siapa yang menduga,
Cantiknya laut rupanya terselit rasa masin didalamnya...

Lagi beberapa hari kita semua bakal didatangi oleh bulan yang penuh berkat.. Iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK. Alhamdulillah.. mudah-mudahan kedatangannya membawa berkat kepada kita semua. Alhamdulillah juga.. Ramadhan kali ini GBM berpeluang menyambutnya 30 hari penuh dikampung halaman tercinta. Suka-suka-suka! =)

Masih ingatkah akan ke'eksited'san dan keterujaanku terhadap kad raya dalam entry yang lalu? Masa itu bukan aku seorang je.. teman-teman aku yang lain pun turut sama menyertai aku dalam menterujakan diri. Ahaks.. habis semua berjangkit dengan aku. Macam nilah baru dinamakan 'SAHABAT membawa BERKAT..mendapat KAD'... hihihi

Dari kiri: Nadia, Amirah, Syazwani aka K.wani. *Semua masih single. =p
Dalam tengah-tengah pilih kad raya, K.wani call ajak kitorang pergi jalan-jalan kat lain pulak. Kitorang pun zapppp...!! Terus ke kaunter dan.. membuat bayaran.

Dalam kereta, masing-masing dah buntu.. nak kemana ni? nak kemana ni? nak kemana ni? *Haihh.. banyak pulak suaranya.. Aku yang duk buntu pilih kad raya tadi, diorang pulak yang buntu nak pergi mana. Haihh.. Dah semua duk main Ubuntu-Ubuntu-Ubuntu.. Biar aku lah pulak yang main Utube..*erk..apakah kaitannya??-.-"
'Kita ke pantai nak?'
'Ok. JOM!'

Sebelum melepak kami singgah ke kfc membeli yang sewajarnya sebagai lunch kami ketika itu. Sudah selesai membeli dan membuat bayaran kami berhijrah ke pantai.


Pondok ni menjadi port kami untuk lunch pada hari tersebut. Maka.. Bermulalah kisah antara kami berempat.. Masing-masing bercerita tentang pengalaman masing-masing. Al-maklumlah kami berempat berlainan U. Nadia belajar perubatan di UM, K.Wani belajar microbiologi di UKM, Amirah pulak belajar office management di UITM Jengka. Masa-masa cuti macam nilah kami habiskan masa bersama-sama. 


K.wani dan Nadia antara rakan aku yang baru berhijrah. Ketika aku berada dalam kesusahan, kesedihan.. kepada merekalah aku bercerita. K.wani banyak memberi nasihat dan tips-tips macam mana nak hadapi perubahan.. 

Mulut orang kita memang tak boleh nak tutup.. apatah lagi mata mereka kan? Kita nak berubah memang banyak dugaan dan cabarannya. Memang tak lepas daripada kata-kata nakal.. 'Insaflah sangat.. kau tak ingat ke.. kau dulu sama macam aku jugak kan?' 
'Sekarang dah pakai tudung labuh.. sarung tangan..stokking.. dah pandai nak nasihatkan orang pulak..'

Tapi aku kagum pasal K.wani. Beliau memang baik.. 
Biar tak cantik dimata orang, tapi cantik di mata ALLAH. Kita berubah bukan kerana orang, kita berubah kerana DIA. Ikhlas =)
Betul cakap K.wani.. Kita sibuk-sibuk tanya orang.. 'Dah ok ke belum aku pakai macam ni?' Pernah tak kita terdetik tengok depan cermin nak tanya macam ni.. 'Kalau aku pakai macam ni ALLAH suka ke tak?' 'Kalau aku pakai macam ni..dah cukup cantik belum dimata ALLAH?' 


Haiiii.. senyum sorang-sorang nampak. 
'Kalau yang ni jadi baju pengantin K.wani ok tak?' erk...??-.-"
'Ok, sangat tu kak! Macam dah terbau-bau nasik minyak ni.' hihi >_<




Nadia pula beliau memang insan yang tersangat ceria. Dalam seceria beliau terselit sebuah kisahnya tersendiri. Kisah beliau lebih kurang sama macam aku. Sejarah yang lalu membuatkan kami berasa begitu dekat padaNYA. Benar kata orang...
Kita menangis meronta-ronta mencari mana hilangnya mentari..
Rupa-rupanya DIA nak hadiahkan pelangi yang lebih indah..yang lebih cantik. 

Tatkala kita bersedih.. kita lupa bahawa DIA itu tidak tidur.. DIA itu MAHA MELIHAT dan MAHA MENDENGAR doa hambanya. Aku kagum dengan kegigihan dan keberanian beliau. Beliau gigih dalam menebus kesilapan yang lalu dan beliau juga berani dalam meluahkan kebenaran kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Seorang muslim yang baik ialah mereka yang mampu mengubah ahli keluarganya kearah kebaikan. 

Amirah merupakan orang terapat aku di sekolah, dimatrik, di U jugak. Walaupun kami berlainan U.. seringkali juga kami contact-mengontact. hihihi.. Beliau inilah orang yang banyak mengajar aku tentang sekaiipp(skype). Dan beliaulah orang yang pesss sekaippp dengan saya. Syok jugok sekaiipp nih. Walaupun pada awal-awalnya aku seperti malu-malu kuching.. hihihi.. 

Terima kasih awak. Saya sayang awak kerana ALLAH. Uhibbuki Fillah <3 
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan dibibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap teman dalam doanya.

Aku? Tertunduk malu.. Kadang-kadang memberanikan diri bercerita tentang 'itu dan ini'. Hihi.. Pasal ke'eksited'san aku ketika majlis pelancaran bas Optometri hari tu pun hade. Hamek ko. Tak cukup dalam belog, face-to-face lagih. SEMANGAT WAJA! hihihi. Tapi mereka dah tahu kenapa aku pakai tudung belit-belit, baju cantik-cantik masa tu.. korang belum tahu kan? hihi=p

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Allah. 

Ada orang tanya 'Awak berdua kembar eyh?'
Sambil tunjuk aku dan k.wani. erk.. Kembar seislam, boleh? =)



”Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai, maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikapbertanggungjawabnya terhadap engkau”. (Imam Umar bin Abdul Aziz)

 Sekian,

7 comments:

Nurfatin Atikah said...

Orang tu pakai skirt labuh BARU! Patutlah baca entri ni bau kedai.. :p

Gadis berkaca mata said...

eyh2.. mane tahu ni? haha
syhh.. jangan ckp kuat2.. malu sy. =p

fieda said...

wah..syoknya ramai2 posing ditepi pantai..

Nur Zafirah said...

Comel pakai skirt. Yeayyy ana dah ayu ;*

Nur Zafirah said...

Comel pakai skirt. Yeayyy ana dah ayu ;*

Gadis berkaca mata said...

@fieda:
Alhamdulillah.. mmg syok keluar ngan kawan2 lepak2 chill. hehe :)

Gadis berkaca mata said...

@Nur Zafirah:
Bukan sy mmg dah ayu ke? nak2 tang kasut tu.. mmg terlebih ayu. haha. =p