Pages

Monday, 16 July 2012

Perubahan. Ikhlaskah?

Ramai yang cakap GBM anak En.Mokhtar macam jantan... Pakai baju orang jantan, seluar saiz orang jantan, kasut pun kasut jantan.. Ni mesti kes masa emak mengandung mengidam nak anak lelaki kan.?? erk? -.-"

Nauzubillah..

Semua orang tertanya-tanya.. dan tak lupa juga ramai diantara mereka yang silap membuat tafsiran. Kenapa dan mengapa? Apa yang menyebabkan GBM berubah? Siapa? Dimana dan bagaimana perubahan yang tidak 'diingini' ini berlaku?? Apakah dengan berperibadi sebegini GBM mampu menarik perhatian umum? Astaghfirullahazim...


Surah an- Nisa’ 4: 32 ada menyebut yang bermaksud Dan janganlah kamu terharap-harap ( ingin mendapat ) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu ( untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain . Kerana telah tetap lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ; dan pohonlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap sesuatu.

Sungguh tidak terniat hati ini nak menyerupai kaum laki-laki apatah lagi untuk menarik perhatian orang ramai. Tidak dan tidak dan tidak pernah sama sekali! Kalau dulu aku selalu beli baju tshirt saiz M lelaki berlengan pendek, kalau dulu aku selalu beli selipar seperti lelaki. Kalau dulu aku juga selalu membeli tudung bersaiz lelaki.. ada erk? haha.. Tudung bawal la mana ada jantan betinanya! Itu semuanya bersebab. Cuma mereka sahaja yang tidak tahu.

Tahukah kalian hati ini dimiliki oleh seorang gadis yang juga lembut dalamannya.. yang kadangkala terluka dengan kata-kata mereka. Mungkin mereka tidak menyedarinya bahawa setiap yang dilakukan itu bersebab.
Aku selalu beli baju tshirt lelaki lengan pendek.. Kenapa? Sebab aku tahu baju lelaki semua longgar-longgar. Aku keluar berlapikkan inner didalam.. Bukan yang ketat.. tapi yang longgar. Kenapa? Kerana aku juga wanita... aku tahu dimana letaknya nilai aurat bagi seorang wanita.


Baju ditaja oleh Mak Ma (Mak saudaraku yang osem!)
*Proses perubahan kearah yang lebih baik.


Begitu juga dengan seluar... aku selalu membeli seluar bersaiz lelaki sebab aku tahu seluar lelaki jarang ada yang ketat... tapi kalau beli bersaiz wanita pasti jarang ada yang longgar. Tapi tahukah kalian tentang hakikat ini? 


Kasut? Kenapa kasut lelaki? Kenapa tidak kasut wanita? Bukan aku tidak pernah mencuba kasut wanita. Pernah lah... zaman sekolah-sekolah dulu selalu je pakai. Start selepas sekolah aku dah start beli kasut jantan sebab kaki aku membesar lah wohhh.. Tak sesuai pakai kasut perempuan. Pelik benor rupanya. Dah lah kaki besaq... bereben besaq siap seketoii depan muncung kasut. Haisyhhh.. Macam hape je aku tengok. Stress mata memandang. -.-" . Alasan tak logik?? Hurmmm.. logik la tu. Kasut lelaki kan besar... bila aku pakai barulah terserlah ke'style'lan nyer.. Ahakss =D





Tapi itu semua dulu.. Sebelum pemikiranku mampu untuk berfikir secara lebih matang.. sebelum pergaulanku masih belum mencapai matlamat islam yang sebenar.. dan sebelum munculnya istilah pendekatan USRAH dalam kisah hidupku..

Alhamdulillah.. syukur kehadratNya kerana masih memberikan peluang untuk aku menghirup udara, masih diberikan peluang untuk mengenal islam dengan lebih mendalam, dan memberikan aku ruang untuk berubah kearah yang terbaik. ALHAMDULILLAH...

Kalau dulu aku suka membeli baju bersaiz lelaki kini, ditukarkan kepada baju muslimah. Bukankah labuhnya lebih terjamin? Keselesaannya lebih mendamaikan..?

Kalau dulu aku suka memakai seluar kini aku lebih selesa memakai kain. Bukankah kebentukan dan keketatkannya itu lebih terpelihara?
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud)
Kalau dulu aku suka membeli dan menggayakan kasut lelaki kini aku juga masih gemar memakainya. Ahaks! Yang ni masih tidak dapat diubah. Kasut lelaki lebih selesa! Kaki yang memakai lebih rasa dilindungi. Walau kemana pun aku pergi aku tetap dengan kasut ala-ala sporty.. Baik belajar dikolej mahupun bershopping. Hihihi.. sebenarnya aku tidak tahu macam mana nak mula. Aku pakai kasut sebab aku nak sorokkan stoking. Nanti kalau aku pakai slipper stokingku terdedah. Dan mereka-mereka yang disekelilingku pasti akan ada yang mengeluarkan kata-kata seperti ini.. 'Bagusnya GBM..' 'Alimnya GBM...' 'Waraknya GBM sekarang..' dan bermacam-macam lagi. Tidak.. Aku tidak perlu semua itu. Bukannya malu tapi terasa diri ini hanyalah hambaNYA yang kerdil. Padahal diri ini tidaklah se'bagus.. 'se'alim'.. se'warak' yang disangkakan.. Semuanya itu dilakukan atas dasar nilai kecintaan dan nilai keikhlasan yang cuba aku semai buat sang Pencipta. Dengan harapan semua yang dilakukan itu dapat dilakukan secara istiqamah...bukannya sekadar mainan semata-mata... sekejap pakai... sekejap tak..
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
Ya Allah.. betapa mudahnya untuk kita mendapat pahala.. tapi apakah diri ini mampu untuk memberikan sepenuh keikhlasan kepadaNYA? Kuatkanlah hambaMu ini, berikanlah sinar petunjukMU kepada kami agar kami sentiasa berada dijalan yang benar Ya Allah..
Alhamdulillah.. sekali lagi aku bersyukur.. disaat diri ini terkontang kanting dalam mencari sinar agama yang sebenar.. DIA menemukan aku dengan insan-insan berhati mulia yang bergelar SAHABAT.


Berbulat gembira saya. Ukhwah Fillah ya Sahabat! <3
Kepada mereka lah tempat aku mengadu selepas DIA. Kegembiraan, keseronokkan, kesedihan dan kadangkala ilmu dikongsi bersama. Alhamdulillah. Yang penting mereka-mereka ini banyak membantuku dalam soal agama. Terima kasih sahabat. Kalau tidak kehadiran mereka ke dalam kisah hidupku mustahil aku seperti sekarang. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA. :)

Sekian,

4 comments:

Cikgu Hairul said...

Salam ziarah.
Tahniah di atas perubahan. Insyallah Allah memberkati.

Nurfatin Atikah said...

sama2 lah kita berubah ke arah yg lebih baik. insya-allah.. :)

yusuflaili(Goku) said...

salam menunggu ramadhan yang mulia dan salam kenal..hanya sahabat yang boleh menilai siapa kita.

Gadis berkaca mata said...

Alhamdulillah.. ameen..
semoga Ramadhan kali ini memberi sinar baru buat kita semua. :)