"MALAS"
Bulan-bulan Ramadhan memang rasa macam tercabar kan. Dengan perut tak terisi, Rasa macam bosan. Sebab tak boleh nak buat apa. Kalau hari biasa ada jugak kerja.. Makan dan tidur. Kalau dah puasa.. apa yang boleh buat.. cuma satu je pilihan yang tinggal iaitu... TIDOOOO!“ telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan Ramadhan bulan berkat,Allah memfardukan kamu berpuasa padanya,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka…”. (riwayat Ahmad)Wahai tetamu-tetamu GBM yang dihormati sekalian, *Nasihat buat diri sendiri jugak. =) Ramadhan itu bukan hanya terletak pada puasa semata-mata. Tetapi jugak apa amalan yang kita lakukan. Sanggup ke kita habiskan aktiviti di bulan Ramadhan macam tu je.. tanpa berbuat apa-apa? Tanpa solat.. tanpa membaca Al-Quran.. tanpa tolong ibubapa.. GBM tak nak.. Hidup kita kan tak menentu. Jadi lebih baik kita mula menghargai masa yang ada sekarang daripada memikirkan hari-hari yang akan datang. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita.. Siapa yang tahu kan?
*********
Mukadimah hari ini berakhir disitu. Hehe.. Sebut pasal malas.. cheq nak kaitkan berkenaan kisah 2 orang budak yang kurang rajin ni. Siapa lagi kalo bukan adik-adik cheq. Ya Allah.. Kalau sebut pasal depa nih.. Rasa macam nak cubit-cubit-cengkik-cengkik je. Malas depa ni.. tak tahu nak habaq. Orang kalo sehabis malas pun.. Bila dengar je exam tiba.. ada lah jugak rasa darah gemuruh tu datang. Tetiba malam exam tu tak boleh tidur sebab takutkan exam esokkan nya.. Ini tidak. Kalau dah hari biasa tu tidur awal... hari nak exam lagilah depa ni tidur awal. Aku pun hairan tahap kritikal memikirkan hal mereka!Kalo nak compare balik masa aku seumur beliau. Aku rasa aku study bagai nak rak. Tertidur sikittt je atas buku. Sedar-sedar aku dah ada kat luar rumah. Kenapa? Sebab ayah aku angkat taruk luar umah. Selagi tak pukul 10malam. No tidor-tidor! Fuhhh.. giler seram aku. Lepas pada tu ada jugak ah rasa nak memberontak. Aku buat-buat baca kuat.. Padahal satu apa pun tak masuk. Nak buat macam mana.. Jiwa memberontak.. Ikhlas?? Memang tak ah derrr! -.-"
Tapi melihat kepada adik aku sekarang.. Ya Allah.. Jauh panggang dari api. Ni kalo letak ayam golek.. tunggu 10 tahun tak masak-masak. Nak tengok diorang study? Tunggu ayah aku panas enjin depan depa ni..hahh.. time tu la korang buleh tengok diorang bertungkus lumus mengambil hati ayah aku. Itu pun tak lama.. Lepas 10 minit ada lah nanti yang buku baca depa nih. Ayah aku sekarang sejak dah berusia ni jarang dah nak marah-marah.. sebab tu adik-adik aku sekarang berani buat macam tu. Haihhh.. untunglah..-.-"
Nak tengok aku tak study dulu? Tunggu ayah aku takde kat umah.. Kerja oberthesea... Hahh.. masa tuh aku manfaatkan sepenuhnya untuk merehatkan mata dengan sebenar-benarnya! Fuh..nikmat-nikmat. Lepas tuh keluar je result... Gempak?? Plisss la.. Tak payah nak kata gempak.. senyuman aku pun belum tentu nak sempak lagi. *Ader ke? -.-"erk... Itu lah.. orang tua-tua kata buat sesuatu kerja tu biar ikhlas.. Kan sia-sia je jadinya.. Menangis 7hari 7malam berturut-turut aku mengenangkan result UPSR dulu. Tapi nak buat macam mana. Menangis air mata darah sekalipun.. bubur pun mustahil boleh jadi nasi balik!
Tapi.. adik aku? Haihh... Tak reti dah aku nak bagi nasihat macam mana. Aku ni jenis yang tak boleh nak ajar adik-adik aku sendiri.. Angin tiba-tiba je naik ke seluruh muka.. Kalo ajar sekali tuh takpe lagi.. ni dah kalo 2 3 4 kali tanya.. 'Hahhh??' Mahu tak hangin.. Istighfar panjang aku. Tapi kalo ajar anak orang lain aku okey je. 10 kali ulang pun aku boleh lagi nak berlembut. Itu yang aku hairan tahap... KRITIKAL. Dah lah tahun ni salah sorang adik aku tu nak ambil UPSR tahun ni.. Ader ke patut soalan math yang kira-kira dia boleh mintak kalkulator dengan aku. UPSR pun pakai kalkulator eyh? -..-"
Aku tak nak adik-adik aku ni mengikut jejak langkah aku ketika aku zaman jahilliyah. Sebab aku dah pernah rasai. Pedih? Sedih? Menyesal? Sudah semestinya! Tapi nak salahkan siapa? Ayah aku? Sepatutnya aku yang patut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah aku. Atas sebab marah ayah aku tu aku berjaya menghargai apa itu erti kasih sayang seorang ayah yang ingin melihat kejayaan seorang anak. Tapi kalo tengok adik lelaki aku yang 2orang lagi tu.. Depa memang tak study pun.. Tapi result gempak semacam jer.. Grrrr... Mungkin sebab diorang LELAKI...aku PEREMPUAN. Hurm...
Disebabkan adik aku tu perempuan sama seperti aku.. aku jadi risau. Risau berulangnya peristiwa hitam yang pernah aku lalui. Oleh itu.. dalam masa sebulan yang tinggal ini.. Selaku kakak yang prihatin dan sayang akan adiknya inginkan yang terbaik daripada beliau. Aku tahu beliau memang mampu mendapatkan keputusan yang TERBAEKKK.. Kalau beliau berjaya membuang sifat kurang rajin beliau dalam masa sebulan ini. INSYAALLAH. Ingat.. tiada yang mustahil bagi Allah selagi kita usaha dan tawakal!
Ikhlas dari kakakanda yang cun,
GBM. (bukan nama sebenar)
Walaupun saya seorg kakak kepada 4orang adik... saya jugak berjiwa seperti kanak-kanak lain. =D |
Sekian,
4 comments:
good luck for ur sis~ smoga dia bertmbh rjin untk study! heheh ^^
sama.. adik kte pun mcm tu.. mula2 study, then buku tgk dia.. dia pun nk ambil upsr jgk tahun ni.. apapun, sama2 lah doakan kejayaan mereka.. :)
betul tu sis..sebaiknya dipenuhi dgn amalan ibadah puasa kita..
comeinye patung tu...bambam..tomel!
@NurFatin: itulah kan.. hurm.. sama2 lah kite doakan mereka. ^_^
@yumida: patung je ke comel? hihihi
Post a Comment