Fenomena minum arak memang biasa dalam kalangan orang bukan islam.. Tapi luar biasa jikalau kita melihat si peminumnya bersongkok dan bertudung litup, bukan? Kerana hukum bagi arak itu sendiri adalah HARAM disisi ISLAM. Kenapa HARAM? Kerana sudah terbukti bahawa Arak itu adalah Raja kepada segala kejahatan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Surah Al-Maaidah- Ayat 90
Tapi tahukah anda berkenaan hakikat bahawa salah satu petanda dunia akhir zaman terletak pada arak? Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W;
"Antara tanda akhir zaman, arak mula dipanggil dengan nama-nama lain" (Riwayat Ibn Majah)Antara nama-nama lain bagi arak ialah;
- Tuak Masam
- Samsu
- Todi
- Wain
- Bir
- Spirit
- Tequila
- Wiski
- Rum
Wallahualam...
Sumber: Solusi Isu No.45 m/s 107
Sekian,
6 comments:
yep..arak mmg salah satu petanda akhir zaman..dulu pon org yg masih jahil dgn Islam..dorg minum jgak air tuak masam..tapi kte mmg da berada di dunia akhir zaman..hehe..marilah bermuhasabah diri..hehe..Salam nuzul Al-Quran & ramadhan.. ;)
InsyaAllah.. sama2 kita memuhasabahkan diri kita. Salam nuzul Al-Quran Iera Balqis. Cantik nama, secantik tuan empunya diri. =)
tu laa.. tkotnye >.< semoga kita dapat membanyakkn amaln kita seblm tibanye hari itu. amin. huu.
pernah nampak botol arak depan sebuah sekolah. sadiss. isk iskk.
mnusia akhir zman. .subhanallah. .
Sama2 kita ambil iktibar.. =)
Post a Comment