Pages

Monday 6 August 2012

Arak..Petanda Akhir Zaman

Betul kata orang, makin kita baca makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Dah terbukti pada diri aku. Alhamdulillah sejak aku mula berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah, makin banyak pula pendedahan eklusif yang sebelum ini aku memang tak tahu menahu langsung akan hakikat tersebut. MasyaAllah, terasa diri ini begitu jahil seketika. Yang aku anggap remeh rupa-rupanya sangat rumit perkaranya.. Yang aku anggap biasa rupa-rupanya luar biasa kejadiaannya..


Fenomena minum arak memang biasa dalam kalangan orang bukan islam.. Tapi luar biasa jikalau kita melihat si peminumnya bersongkok dan bertudung litup, bukan? Kerana hukum bagi arak itu sendiri adalah HARAM disisi ISLAM. Kenapa HARAM? Kerana sudah terbukti bahawa Arak itu adalah Raja kepada segala kejahatan. 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Surah Al-Maaidah- Ayat 90


Tapi tahukah anda berkenaan hakikat bahawa salah satu petanda dunia akhir zaman terletak pada arak? Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W;

"Antara tanda akhir zaman, arak mula dipanggil dengan nama-nama lain" (Riwayat Ibn Majah)
Antara nama-nama lain bagi arak ialah;
- Tuak Masam
- Samsu
- Todi
- Wain
- Bir
- Spirit
- Tequila
- Wiski
- Rum

Wallahualam... 



Sumber: Solusi Isu No.45 m/s 107

Sekian,

6 comments:

Iera balqis said...

yep..arak mmg salah satu petanda akhir zaman..dulu pon org yg masih jahil dgn Islam..dorg minum jgak air tuak masam..tapi kte mmg da berada di dunia akhir zaman..hehe..marilah bermuhasabah diri..hehe..Salam nuzul Al-Quran & ramadhan.. ;)

Gadis berkaca mata said...

InsyaAllah.. sama2 kita memuhasabahkan diri kita. Salam nuzul Al-Quran Iera Balqis. Cantik nama, secantik tuan empunya diri. =)

haz said...

tu laa.. tkotnye >.< semoga kita dapat membanyakkn amaln kita seblm tibanye hari itu. amin. huu.

Lya Amie said...

pernah nampak botol arak depan sebuah sekolah. sadiss. isk iskk.

budakvanilla said...

mnusia akhir zman. .subhanallah. .

Gadis berkaca mata said...

Sama2 kita ambil iktibar.. =)