Discover Your Clarity?
14-16 Sept 2012?
Apa kebende tuh? Konsertkah? Sportkah? mahupun Program kemasyarakatan kah? Jeng-jeng-jeng..
Semuanya salah! Sebenarnya ini adalah event sempena untuk menyambut kedatangan pelajar baru dalam keluarga optometri kami. Macam program jejak kasih kah? Haisyhh.. Takdelah jejak kasih mana.. jejak malam (Night Walk) tuh adalah. muehehe. Kalau nak kata macam program kasih baru nak bersemi... hurm... begitulah nampak gaya. Sesi untuk akak-akak, abang-abang untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sedang cuba untuk dijalankan.
Kami selaku pelajar Tahun 2 telah diamanahkan untuk menghandle program ini sepenuhnya. Segala aktiviti disana telah diaturkan seawal semester yang lalu lagi. Dan aku? Tugas aku disini adalah sebagai AJK Aktiviti... Takdelah berat sangat... Sekadar pening kepala pikir aktiviti untuk eksplorace tu ada la skit-skit. Alhamdulillah.. aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan baik walaupun masa dan fulus agak kesuntukan.
Untuk program sambutan pelajar baru kali ini, The Lereng Chepor Perak telah menjadi lokasi kami. Aktiviti berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Menaiki bas menuju ke Chepor, Perak.
Sampai di Chepor.. kami dikehendaki menaiki kenderaan yang sangat.... perghhh.. Buat kali pertama aku naik mende ni.. Macam nak sentap jugak ahh.. Dekat kawasan yang kami bakal bermalam tu, bas tak dibenarkan masuk sebab laluannya memang 'luas' ponnn.. Disebabkan ini kali pertama aku naik mende alah ni, jadi macam eksited terlebih lah.. kamera 24jam standby ditangan. Kot-kot nak rakam kejadian aneh.. bleh 'keshing-keshing'.. snap mana yang patot. >.<
Masing-masing menunjukkan muka keterujaan keatas kenderaan ala-ala gajah beroda ni.
Sampai-sampai ke lokasi kami diberikan taklimat dan makan tengah-hari. Kami selaku AJK aktiviti terpaksa ikat perut memandangkan kerja-kerja pembahagian checkpoint yang perlu dilakukan. Nasib baik checkpoint aku tidak memerlukan tenaga yang banyak.. hanya berehat dibawah dewan yang berbumbungkan atap sambil kipas berdiri teguh disebelah.. Fuh.. NYAMAN!
Haruslah nyaman.. checkpoint aku santai-santai jerr.. Nama pun checkpoint 'Teka lagu rosak' kan... Dengar, teka dan tulis. Mudah dan pantas kan?
Walaupun masing-masing dah menjangkau ke 20+++, permainan belon dan air tetap tak boleh dilupakan. Tragedis terindah... eyh?
Ini untuk permainan radio rosak. Orang yang pertama diberi masa untuk tengok gambar lepas dah tengok kena pass cerita mulut ke telinga ke pada kawan yang lain.. Orang terakhir dengar perlu menafsirkannya kembali melalui lukisan. Yang hampir sama haruslah markahnya $$$$.
Aktiviti untuk hari terakhir sebelum kami pulang adalah jungle trekking. Memang benar-benar jungle trekking lah.. siap menyeberangi sungai yang memang dihuni oleh pacatpepacat dan lintahlelintah. Aku di beri pelepasan untuk tidak menyertai aktiviti tersebut. Tak berapa sihat.. padah menanti apabila mandi seawal 5 pagi di tengah-tengah hujan yang lebat berkeseorangan ketika rakan-rakan lain sedang nyenyak tidur. Hidung berair-air, mata tak boleh nak celik. Nasib baik ada panadol.. Laratlah sikit nak menyertai senam erobik beramai-ramai. Kami berlatih 7 hari 7 malam kot nak pikir style senam erobik.. Sia-sia lah kalau aku tak join sekaki.
Gambar untuk aktiviti jungle trekking aku tak pasti ada orang ambilkan ke tidak. Tidak ada kot rasanya.. masing-masing mesti lah sayang kamera diorang, kott-kott harimau culik kamera titeww nanti canne? Hahh.. tak leh amek gambar dah lah nanti.. Kesian kat titeww kan... *Muka nak makan penampar. Gedikss terlebih. hehe. Tapi aku tak join pun untuk jungle trekking.. sebab aku join untuk bed trekking.. Fuh... bestnye tidooo.. nyenyak senyenyak-nyenyaknya.. Zzzzz~ Bangun-bangun tengok semua orang yang join jungle trekking semua dah balik.. tengok jam.. La.. pukul 12 tengah hari dah ke.. Patotla semua dah balik...
Aktiviti jungle trekking tersebut menandakan program kami sudah sampai ke penghujungnya.. Kini tibalah masanya untuk kami pulang.. Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita keluarga Optometry UiTM. InsyaAllah.
Persaudaraan adalah mu’jizat,wadah yang saling berikatan
Dengannya Allah persatukan hati-hati yg berserakan
Saling bersaudara ,saling merendah lagi memahami
Saling mencintai dan saling berlembut hati(Sayyid Qutb)
Sekian,
No comments:
Post a Comment