Hari Isnin minggu lepas bertarikh 17 September, bersamaan 1 Zulkaedah buat kali pertamanya rumah kami dipenuhi dengan bakal-bakal optometrist negara. Fuh!! Cayalah.. rasa macam terharu pun ada. Sebab diorang ni sudi berkunjung ke rumah kami yang tak seberapa cun ini.
Walaupun baru sahaja pulang dari kem orintasi yang bertempat diperak selama 2 hari 1 malam.. dengan tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup nafas.. erkk?? Tapi kami tetap mengagahkan diri untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan iaitu untuk mengadakan makan-makan sikit sempena pembukaan semester yang baru ini. Jpa kan baru masuk... tak salah kita nak berkongsi dengan rakan-rakan kan?
Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”Menu yang sempat disediakan oleh kami bertujuh adalah;
(Hadis riwayat Muslim)
1) Spegeti kuah merah menyala-nyela
2) Bihun tomyam
3) Mee tomyam (backup bihun kalo habis)
4) Puding buah putiss melepakkss
5) Air sirap Mmmm Sentap!
6) Kerepek merepek dan kekacang
Tengok gaya mereka makan dah nampak sedap kan? Wajiblah sedap.. air tangan sendiri kot.. Tak main lah main prego-prego.. tak mampu.. fulusss-fulussss fuhhh... Walaupun aku jenis yang kurang menyukai spegeti kuah menyala-nyelass ni.. tapi kali ini yang housemate-housemate aku masak boleh pulak tekak ni nak telan.. Mungkin sebab terliur tengok cara tetamu makan.. akhirnya aku pasrah.. sekali makan.. dua kali pulak pinggan menadah. hihihi.
1 rumah tergelak tengok kejadian ni. Boleh pulak selipar ala-ala katak menyorok ni buat sesi jejak kasih depan rumah. Senak perut oihhhh duk gelak.. nasib baik tak terburai isi spegeti. Haiippp~
Nak tahu menu yang fully menggunakan resepi turun temurun dari aku sendiri? Kalau spegeti mungkin ada yang makan ada yang tak kan.. tapi yang aku buat ni comfirm semua orang telan.. Mati tercekik lah kalau takdak ni....
Tadaa...
Air sirap Mmmmm..Sentapnya!!!
Sekian,
No comments:
Post a Comment