Pages

Sunday, 2 September 2012

GAMBAR| Kami budak baru belajar

Minggu ni merupakan minggu terakhir kami menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di kampung halaman tercinta. Hari jumaat ni aku nak balik puncak dah. Ya Allah, takutnya! Gerun melihat subject yang terpaksa dilalui semester kali ini. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Ameen.. Ya Rabb.

Nak dijadikan ceritanya tadi kami (aku dan kawan-kawan) bercadang nak memenuhi masa yang terluang ini dengan sebaik-baiknya di TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Kwani yang juga merangkak driver kami teringin nak ambil gambar dekat kawasan kuda main. Zie pulak teringin nak bermain bowling. Aku pulak teringin nak main tennis. *Eyh.. tetibe plak. Tennis la sangat.. raket pun takdak. Berangan je lebih. Teringat zaman matrik lettewww..=p

Agak-agak yang ni siapa yang main? Kami? Hehehe.. betol lah tu. Kami kan budak baru belajar. Malu aku pada budak-budak sekolah yang main dekat sebelah. Memang depa-depa ni kecik-kecik cili padi betollah. Teror giler.. sampai tergolekterguling-guling duk usung ke bola bowling. Aku pun confius.. sebenarnya depa yang usung bola ke? bola yang usung depa ni? -.-"



Dah habis baling sampai terguling-guling.. terlengguk-lengguk pulak nak tengok markah. Tengok markah sendiri takpe.. markah akak yang kat sebelah ni MAKRUH untuk diintai. Haippp..



Padang tempat kuda main.. Walaupun sebenarnya kuda takde pun masa ni.. tetap jugak nak bergambar.  Kwany punya pasal.. kitorang sanggup redah ditengah-tengah terik mentari. Tengok spek pun dah hitam selegam-legamnya. 




Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -HAMKA

p/s: Cantik tak GBM edit gambar? Kalau nak edit cenggini jugak korang pergi ke http://pixlr.com/. Tak mahal pun.. free je. =)


Sekian,

No comments: