Engkau punya gaya.. walaupun tak kaya..
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja...
Mungkin kau tak kacak
Tapi kau baik hati..
Baik hati..
Walau tak pernah bertemu,
Tapi sudah tertulis olehNYA..
Kau jodohku.. jodohku..
Cinta padaNYA buat ku jatuh hati padamu..
Membuat hati rasa bahagia..
Bahagia..
Itu yang aku mahu..
Menjadi imam buatku.. buatku.. =)
Eyh.. tetiba boleh terkomposer lagu plak tetibe. hehe.. Tengok tajuk petikan dibawah ni.. teringat pulak kepada melodi yang dinyanyikan oleh Najwa Latiff dan Sleeq. Adik aku minat sangat kat Najwa Latiff.. mentang-mentang lah nama dia pun Najwa. Bangga letteww..
Tika diri sedang mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang..
Sumber: iluvislam
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(Surah al-Ankabut, ayat 2)
Islam itu indah.. dengan hanya bersabar.. boleh menjadi penjamin kepada kebahagiaan di akhirat kelak. =)
Sekian,
No comments:
Post a Comment