Hari ini buat kali pertama aku ke hospital selepas hampir beberapa tahun tidak menjejakkan kaki.. Aku ke sana untuk memenuhi ajakan teman baik aku si Farah untuk melawat adik kawan baik beliau di UMT. Adik kawan beliau excident.. dah hampir sebulan adiknya belum sedar.. Aku yang mendengar dah rasa macam nak gugur ke bumi je.. Seriau seluruh badan. Benarlah bak kata orang.. "Berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikul.." Mak aku cakap pesakit sebenarnya tak mengharapkan emas, belian, atau wang ringgit untuk menghiburkan beliau.. Tetapi apa yang beliau perlukan ialah sokongan dan doa daripada orang ramai.. Sokongan dan doa ini yang akan menguatkan lagi mereka untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya. Dengan kata-kata itulah yang menyemarakkan aku untuk terus berkata 'YA' dalam menerima pelawaan Farah. =)
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. dalam hati bermohon kepada Allah semoga diberi kekuatan dalam setiap langkah. Satu-persatu langkah diatur.. kiri, kanan mata tak berhenti untuk memerhati suasana sekeliling. Meriah jugak wad ni eyh.. ramai je orang lalu lalang.. masih sama macam suasana 13tahun yang lalu dimana ketika dan saat itu aku juga salah seorang daripada mereka.. pakai baju hijau.. terbaring lemah atas katil sambil menyedut inhaler setiap 4jam. Sebenarnya takde lah lemah mane pun.. hyperaktif jugak dah sakit-sakit pun.. terloncat sana.. terloncat sini.. doktor mai bawak jarum baru reti duduk diam.
Alhamdulillah... ziarahku ke hospital kali ini betul-betul bermakna.. Ianya menyedarkan aku untuk lebih menghargai nikmat sihat yang dikurniakanNYA. Kena gigit nyamuk dah mengaduh sakit.. padahal ramai lagi orang diluar sana yang sakit beratus-ratus kali ganda daripada setakat hanya terkena gigitan nyamuk. SubhanaAllah..
Nasib baiklah ada Fatin, boleh jadi backup driver.. *Berapa kali nak 'nasib baik' pun aku tak tahulah.. -.-" Nak harapkan aku.. isyk.. sempat bermalam dekat hospital dululah jawabnya. Hihihi.. Nak pegang stereng kereta pun dah histeria. Lesen kereta tu memang aku dah frame siap-siap ponnn.. ciss. Sia-sia blaja 3bulan.. haha
Nak jadi assistant driver tu boleh lah kot. hehe.. Stakat nak tunjuk-tunjuk jalan.. InsyaAllah, saya boleh tolong. Itu pun jalan nak ke rumah saya je lah.. jalan nak ke bandar.. itu saya kurang pasti. hihihi.
Tips untuk menghilangkan kewas-wasan dalam hati yang telah aku lakukan pada hari ini;
- Membasuh semua tudung arini yang aku ada
Sebab?? Sebab aku nak try pakai tudung 'ni'. Dah lama aku berniat nak cuba memakai tudung tersebut.. Untuk tidak membiarkan perasaan ragu-ragu yang selalu menyelubungi diri aku.. Aku telah membasuh kesemua tudung aku. Aaa' hahhh! Sekarang barulah keyakinan yang sudah lama dinanti-nantikan muncul. Bila tudung aku basuh_ tudung aku pun basah_bila tudung basah_memang tak boleh nak pakai_aku pun rembatlah tudung kakak aku_lalu.._hasilnya.. Alhamdulillah.. Ternyata ianya memang 1 cara yang berkesan. Buat pertama kalinya... =)
p/s: rindu k.wani.. k.wani tak dapat join sebab dia terlebih dahulu berangkat ke KL. Selamat berjuang kak. Uhibbuki Fillah <3
Sekian,
No comments:
Post a Comment