Pages

Thursday 4 October 2012

Tropia and Phoria

Bismillahirrahmanirahim...

Ni first time aku menulis entry sebagai seorang bakal optometrist. Maklumlah sem ni aku dah kurang pakai kasut sport yang ala-ala jantan, pakai kasut kulit bergetahh lagi ko. Bukan kemahuan ponn tapi lebih kepada keterpaksaan. Sem lepas sir dah tegur pasal kejantanan kasut aku yang sememangnya hanya layak untuk dibawa berjogging serta bersiar-siar. Sebabnya sem ni dah mulanya tahun clinical bagi kami semua. Mesti nak kemas derrr.. Siap ada skill test lagi.. Masa mula-mula dengar mende alah ni awal-awal dulu macam seriauuu je sebab sir cakap kalo fail kena repeat.. tapi markah still ambil yang fail tu.. Ya Allah, lagilah kitorang takut.

Tapi bila dah masuk lab.. Hurmmm... macam bestlah pulak lab ni. Rasa macam dah jadi optometrist pun ade. hikhikhik. Dengan kasut kulit bergetahhh, berbaju kurung, berserta white coat tersarung lengkap.. Subhanallah, Ohsemmm gilaq!


Minggu ni merupakan minggu ke-4 kami memasuki lab untuk subjek Clinical Optometry I. Seronok. Pada pendapat akulah lab ni memang seronok. Sebab aku rasa dengan adanya lab inilah kitorang sekelas semakin akrab. Sebab semuanya terpaksa berebut-rebut.. kau-chek-aku,aku-chek-kau. Mata orangkan lain-lain.. Ada yang nampak double vision, ada yang hakikat matanya juling tapi tak nampak, ada yang mata kering, ada yang basah.. Haihh.. macam-macam jenis matalah.. 

Untuk lab yang terbaru kami belajar berkenanan macam mana nak chek sama ada mata patient tu ada juling ke tak. Kalau orang yang mata tak sama alignment memang kita cam mereka ni ada juling kan. Tapi bagaimana pula certain-certain orang yang rasa memang mata dia normal.. mata hitam terletak cantik je.. tapi AWAS ye kerana itu masih belum dapat memastikan yang anda sememangnya bebas daripada sebarang juling taw! 

CUC for distance view

Untuk chek juling ada 2 cara:
1) Cover-Uncover Test (CUC)
2) Alternating cover Test (AC)

Untuk CUC tu memang wajib chek untuk kesemua patient. Yang ni untuk chek sama ada patient ni ada tropia ke tak. Tropia- Juling yang boleh nampak dengan mata kasar. AC test tu kita hanya chek untuk patient yang lepas CUC test yang disahkan bebas daripada tropia. AC test for phoria test. Phoria- juling pendam. Yang memang lepas chek sudah terang lagi bersuluh ada tropia kita takyah menggatal nak buat AC test lagi dah.

Tak paham? Moh tengok video yang matsaleh ni demokan.. 



CUC for near view
Okey. tukar turn plak.. kau-chek-aku
Setelah diperiksa CUC test dan AC test.. aku dengan yakinnya telah disahkan oleh rakan-rakan aku mempunyai phoria.. which is a 'juling pendam' untuk penglihatan dekat. Buat kesekian kalinya... OME!!!!
"MATA I ADA JULING RUPANYA!"



p/s: Buat sesiapa yang rasa nak chek mata nak tahu apa masalah yang ada pada mata.. sihatkah? atau tidakkah? Mohlah datang ke kedai Ui Vision yang terletak dalam Kampus UiTM Puncak Alam.. datang chek mata atau mahu bikin spec barukah.. Kami disini sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. =)

Sekian,

6 comments:

Unknown said...

wah mcm seronok je. mesti malu kawan yg mata juling tuh kan. hahahaha

wawa said...

teringin nak merasa pengalaman ni, tapi takdir lebih memihak kepada pokok... haha

Gadis berkaca mata said...

@shahfieq daniel
Nak malu apa pulak.. mata itukan pinjaman daripada Allah.. Yang mata cantik apa nak dibanggakan, itukan milik Allah jugak. Semua sama disisiNya=)

Gadis berkaca mata said...

@wawa
Takdir memihak kepada pokok? Envi eyh? Tak pe.. Nanti boleh hirup udara fresh.. Tanpa persekitaran yang sihat kita semua tak dapat hirup udara yang kaya dengan O2 sebegini kan. =)

Everything's Everythings said...

Baru tahu optometrist tu doktor dlm bidang mata ni ^^
mcm best jer.. tapi aku takut skit bab mata ni, nak pakai eyemo pun pk dua tiga kali xD

ps: Datang dari blog Si Pipi Merah & Tahniah ^^

Gadis berkaca mata said...

La.. ye ke.. xpe2.. lepas ni kene tahu dah lah. Eyemore tu sebenarnya tak berapa elok untuk mata. Kalau xbiase dinasihatkan xpayah pakailah.

GBM name je student optometrist. nak pakai contact lens pn takot. haha.
Thnks =)