Pages

Sunday 4 November 2012

Mereka terHEBAT


Dua insan yang sanggup mengerah keringat,
Dua insan yang sanggup bersengkang mata,
Dua insan yang telah menyemaikan perasan hormat dalam diri ini,
Dua insan yang mampu membangkitkan semangat,
Dua insan yang mampu membuatkan diri ini sentiasa tersenyum,
Dua insan yang sentiasa mengingatkan bahawa dunia bukan segalanya,
Dua insan yang selalu menasihati tatkala hanyut dan alpa,

Mereka... 
Dua insan yang mampu membuatkan aku sedar tanpa pengorbanan mereka diri ini tidak akan mampu untuk berada di dunia ini hampir 20tahun lamanya.

Terima kasih duhai MEREKA. :' )

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim



Salam sayang dari anakanda yang berada jauh di ibu kota. 

Sekian,

1 comment:

FADZ said...

tak inagt aku pernah baca kat mana tapi lebih kurang camni la..

"bila ibu kita meninggal telah hilang satu dari keredhaan Allah sebab tiadanya doa ibu " jadi, hargailah ibu kita..

salam ukuwah dan salam perkenalan..=D