Pages

Wednesday, 20 February 2013

Kopi, lobak, dan telur

"Pernah tak kita tengok keadaan ketiga-tiga bahan tersebut apabila kesemuanya dicampurkan dengan air panas yang sedang menggelegak.?"


"Apa hasil yang kita dapat setelah beberapa minit kemudian?"

"Apa perkaitan yang kita dapat kaitkan dengan kehidupan kita?"


Soalan demi soalan di ajukan oleh Prof Dr. Muhaya dalam rancangan RESET MINDA sebentar tadi.






Termenung seketika. Hurm. Menarik. Kopi...lobak.. dan telur.. Akalku mula bekerja. Kopi kalau masuk dalam air panas, nanti air bertukar jadi hitam.. keruh. Kalau rendam lobak pulak nanti lobak jadi lembut.. tak sekeras yang asal dah. Kalau rendam telur pulak nanti daripada yang mentah jadi masak. Daripada isi dalam yang asalnya cecair, bertukar menjadi solid. Kalau lihat dari sudut positif, semuanya elok je.. semua boleh dimakan. Halal lagi sedap. Tapi apa kaitan dengan kehidupan seseorang?
Pening pulak fikir benda alah ni. Aah, nak tunggu jawapan dari Prof je la..




"Ketiga-tiga bahan tersebut memberi reaksi yang berbeza setelah dicampurkan dengan air panas. Satu menjadi lembut, satu menjadi keras, dan satu lagi merubah 100% keadaan air yang asal jernih menjadi hitam legam. Samalah juga dengan kelompok manusia sekarang."

"Anggapkan air itu sebagai cabaran dan dugaan dari Allah. Dan diri kita sebagai salah satu daripada objek tersebut. Mana satu keadaan diri kita?"



"Lobak. Menjadi lembut setelah di masukkan ke dalam air panas. Orang yang seperti lobak, apabila diuji olehnya oleh sesuatu, dirinya mudah berputus asa, lemah semangat, dan begitu cepat menyerah kalah."

"Telur. Menjadi keras apabila direndam didalam air panas. Orang yang seperti ini, selalunya mudah riak, sombong, dan mudah lupa diri apabila diuji oleh Allah dengan kesenangan duniawi."

"Kopi. Merubah 100% tekstur warna air. Orang yang seperti ini selalunya tidak menjadikan cabaran dan dugaan yang dihadapinya sebagai satu masalah besar baginya. Beliau bijak dalam menghadapi setiap situasi malah mampu mengubah cabaran itu kepada sesuatu yang baik." 




Hurm. Ada logiknya jugak disitu. Tapi macam mana nak jadi macam kopi? Macam susah jer. "Tak susah pun. Cuma perlu tekan button RESET MINDA dan mula berfikiran positif." =))



p/s: RESET MINDA. Rancang yang sangat menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Sekian,

4 comments:

yana aina said...

mendalam juga nk fikir mula2 tue .. tapi logik jgk ^^

Gadis Berkaca Mata said...

kan.. mmg memerlukan kekuatan minda. =)

Nana Liena said...

oh..baru faham..hehe.. kadang2 tu kena jadi lobak pastu telur n then istiqamah jadilah kopi..hehe..dugaan ada berat ada ringan.. terpulang pd diri..hehe

Nurfatin Atikah said...

sy nak jadi macam kopi! :)