Pages

Thursday 28 February 2013

Kembali ke zaman silam

Disebabkan besok dah nak berangkat pulang, pelbagai aktiviti cuba dilakukan. hurm. Nak abdikan kenangan sebelum berjauhan dengan family. Mungkin. Hari-hari terakhir sebelum berangkat ke medan jihad, semestinya perlu dihabiskan sebaiknya. Nanti takdelah kempunan itu dan ini. Tak gitteww? 


Amboi. bercerita macam orang dah tak balik rumah. macam nak pergi jauh. Padahal Puncak Alam tu je hah. Kalau terbang tak sampai 30minit dah sampai. Eksyen je lebih. Tak puas bermanja bawah ketiak mak la kononnye. 








26 haribulan yang lalu ulangtahun kelahiran mak yang ke-49. Dah nak masuk 50 dah. Pejam celik, pejam celik. Nanti tengok-tengok dah dapat cucu. ye dak? hehe. Kak aku yang belikan kek. Blueberry cheese cake. Sedap. Coklat dibawah, cheese ditengah, toppingnya blueberry. Alhamdulillah kenyang.. 
"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-49 mak. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik, panjang umur, dan sentiasa berada dibawah payungan keberkatanNYA. Saya sayang mak! "





Besok kan aku dah nak balik, jadi semalam aku berkemaslah mana yang patut. Selesai berkemas tetiba ternampak satu bekas ni. Kelihatannya seperti baru. Aku pun terus panggil adik aku. Dah brape kali dah budak ni kene sesi mukkadimah panjang dengan aku. Kes pembaziran duit yang sering dilakukan. Setiap hari pasti ada je benda yang dibelinya. sekejap buat balik makanan ringan berplastik-plastik, sekejap buat balik buku nota yang entah berapa bijik ada dalam rumah ni. Bersepah-sepah. Kalau guna nak buat nota salin apa yang cikgu ajar takpelah jugak. Ni dahlah buat conteng-conteng, lepastu boleh main campak sesuka hati dye je. Jiwa panas tengok wooo. Semalam dye buat lagi. Kali ni bukan makanan.bukan buku.bukan alat tulis... tapi....

Jari hasil inai di entry ini. 
Salah-salah! bukan pemadam pensil tu. tapi plastesin. yang budak-budak suka sangat main gentel-gentel tu lepas tu feeling-feeling jadi chef pelsu. muehehe. Mula-mula nak marah jugak sebab selalu beli bende yang merepek-repek. Tapi dah aku takde keje, lebih baik aku manfaatkan benda yang sedia ada ni. Ahakss. Selamba badak je aku rasmi barang orang. Lalala. Padan mukee. sape suh bagi aku nampak.

Tadaa. yang macam agak tak senonoh rupanya tu hasil adik aku. depa ni pun join sekaki. Tangan keras. Masih kurang pengalaman sebab tu kurang berseni. Orang yang baru belajar kait cempedak la kata kan. Skit lagi terer lah tu. Praktis make perfect. Tapi kalau aku nampak hang beli mende alah ni lagi, siaplah hang! *Muka serius!



p/s: Kecelaruan minda yang melampau ketika ini menyebabkan entry pun bersepai kisahnya. Kejap itu, kejap ini. Harap jangan pening. MAAF!


Sekian,

1 comment:

Hanis Nizam said...

ergghhhhh nak kek tu kak. dah menjejes air liur ni heheh