Pages

Wednesday, 20 February 2013

Kisah Disebalik Sebiji Kurma

Alhamdulillah sudah seminggu lebih seorang sahabatku bergelar isteri, dan beberapa hari yang lalu seorang sahabatku selamat pulang ke tanah air sekembalinya beliau daripada umrah. Alhamdulillah.. Aku tumpang bahagia melihat kegembiraan mereka. InsyaAllah satu hari nanti, aku jugak menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah beliau. Doa-doakan eyh. =))


Dua hari lepas aku dan 3 lagi rakan termasuklah si pengantin baru tersebut menziarahi Hajah Hazirah yang baru pulang dari umrah. Kelihatannya masih batuk-batuk kesan daripada perubahan cuaca. Mungkin. Semoga cepat sembuh ya hajah. 


Meriah satu rumah dengan pelbagai cerita. Itu dan ini. Pengalaman sewaktu di Jabal rahmah, di mekah, di madinah. Sambil berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW tercinta, minum air zamzam dan makan kurma ajwa.. Aku jadi terbayang di minda mengenai suasana disana. Ya Allah, tak sabar rasanya nak kesana. 


Si pengantin baru pulak tak kurang hebatnya bercerita tentang perubahan status yang dialaminya kini. Makin berseri-seri. Katanya kini memendam rindu ya.. Ehem-ehem. Rindu pada siapalah tu. Ala kak, kelantan dengan kl tak jauh pun.. dalam malaysia juga. Rindu itu diciptakan Allah, agar kita lebih menghargai apa itu pertemuan. Barulah seronok bila jumpa nanti. Cerita itu dan ini. Lagi-lagi dengan jarak yang diciptakan ini menjadikan lebih mudah untuk kumpul pahala atas kerinduan yang halal yang diredhaiNYA. 


Seronok menikmati kelazatan kurma muda, tetiba si bakal engineer bersuara "Hitam kan aku sekarang.?" Pandangan tertumpu ke wajah beliau. "Bukan dekat muka.. dekat tangan ni hahh." Sambil tunjuk jelas bekasan jam yang tinggal akibat daripada kesan panas terik barangkali. Maklumlah baru pulang dari kem. Alah nek, orang kalau berkulit cerah orang takkan perasan pun kalau gelap sikit. Kata nak jadi engineer bekerjaya, takkan panas sikit tak boleh kot.. 

Senyuman seorang sahabat.



"Rasa macam sekejap je kan.. macam tak percaya dah nak masuk 4 tahun kita tinggalkan sekolah"
"Aa kan.. rindu lah pulak nak masuk sekolah balik.."
"Ingat lagi peristiwa.. Lalat Hijau." Tetiba semua gelak kecuali aku. 

Lalat hijau? Apakah.? Binggung seketika. Rupa-rupanya gelaran yang diberikan buat mereka sewaktu disekolah. Depa semua ni hebat-hebat. Semuanya pengawas sekolah. Aku? pelajar biasa je. sebab tu aku loading apabila Isu Lalat Hijau dibangkitkan. Tapi kenapa mesti Lalat.. Hijau? Buruk sangat gelarannya. Sebab pengawas dekat sekolah aku tu pakai baju hijau. Adalah segelintir insan-insan yang kurang faham erti ketamadunan masyarakat mengelarkan insan yang telah begitu berpenat lelah membantu guru dalam mendisiplinkan pelajar dengan gelaran LALAT HIJAU. 
Errrkk.. apakah tiada gelaran yang lebih sopan dari itu? Hurm.macam.. Daun hijau ke. Epal hijau ke. The Hulk...? *Opps.. jangan marah. gurau je. hihi



Istanbul aku datang?
Ok. disebabkan Istanbul dah datang maka kita melantak dulu yer. hihi. Banyak jugak aku rembat coklat time duk dengar kawan-kawan citer. Ada ah dalam 3 ketoii. Rembat taruk dalam beg 2 ketoi. Ok. sekarang aku faham kenapa kawan kakak aku berfikiran sebegitu pada entry di sini. haha.

Uhibbuki Fillah.

Sayang anda kerana Allah. 











Gift dari umrah
Aku ni jakun. Pantang nampak benda yang jarang aku nampak. Mulalah tangan gatal nak mencuba. Malam tu aku nak cuba pakai inai tu pada ibu jari kiri. Saja je la nak try pakai. Camne lah rupanya.. Daripada tertanya-tanya. kenapa tidak aku try pakai...

Genetik kuku kecil. Alhamdulillah jimat inai.. 
Ingatkan nak biar jela dalam lagi 30 minit sambil baring-baring baru basuh. Kesudahnya aku tertidur dengan inai yang masih dijari. Bangun-bangun tengok lencun habis tilam dengan kesan kemerah-merahan. Masuk toilet nak basuh jari terpandang wajah di cermin. MASYAALLAH.. setempek inai dimuka. Astaghfirullahalazim. Dah macam komunis mana entah. HAHAHA. 
Haa..sudah! Ketawa pulak. Tengah-tengah pagi buta gelak sorang-sorang dalam bilik air sambil muka serabai dengan inai. Haaa. memang keje gila! 








p/s: Selamat berjuang untuk semester yang baru buat sahabat-sahabat. Kami warga UiTM yang masih berada dikampung halaman sentiasa memahami perasaan anda yang sedang berjuang di medan universiti masing-masing. Keep juang, keep smile. =))



Sekian, 

No comments: