Pages

Wednesday 15 May 2013

Date bersama NAS AHMAD

Being a busy women for the past a few weeks. Ya Allah, betapa tak terurusnya masa rasanya. Dengan muka bersunburn, tidur yang hanya beberapa jam cuma. Penat memang terasa di seluruh anggota. Kesian laman GBM. Tak sempat nak terupdate. Ada 2 event yang sepatutnya diupdatekan kedalam blog OPTIMIST UiTM tapi sekarang masih tertunggak. Oh masa. Kenapa begitu jeles? En. Presiden mohon jangan marah ye. InsyaAllah waktu terdekat akan diusahakan jugak. 



Khamis minggu lepas, tepat jam 3 petang kami berlima berkunjung ke Sri Pentas Persiaran Bandar Utama. Tujuan? Bukan semata-mata untuk bertemu retis-retis tempatan tau tapi atas dasar kerja. Sebuah temujanji bersama wartawan hiburan terkenal iaitu Nas Ahmad untuk next event kami, anjuran EXCO MULTIMEDIA OPTIMIST dengan kerjasama Saketeriat Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan. 


First time bertemujanji dengan golongan terkenal memang cuak. Sepanjang dalam kereta memang tak tenteram langsung, banyak kali jugak ah rakan-rakan yang lain minta untuk istighfar. Bukan sebab gabra nak jumpa Nas Ahmad pun, gabra sebab nak explain nak cakap mengenai pertukaran slot yang meminta kami untuk menjadikan slot kewartawanan dalam bentuk dokumentari yang ilmiah. Itu kehendak lecturer kami last minute decision. Harap abang Nas faham. 

Di bilik berlabel VIP. 
Sampai di pondok pengawal SP, kami ditahan. Ya Allah, bertambah cuak jadinya. Depa ni tak kasi kami masuk. Kami pun terus call Abg Nas. Tak sangka abg Nas Ahmad sudi turun ke pondok pengawal dan menjemput kami dari situ. 

Ya Allah memang serba salah kami jadinya. Sampai di bilik meeting kami meneruskan agenda kami, berborak mengenai event yang bakal diadakan. Sporting giler Abg Nas ni. Berbeza langsung dengan tanggapan aku sebelum ni. Cakap pun dengan nada santai takde nak formal-formal sangat.

"Maaf, Abang Nas Ahmad sebab menyusahkan. Sudi carikan penganti buat kami."
"Eyh, takpe-takpe. Saya faham perasaan kamu. Mesti kamu penat. Sebelum saya naik saya lagi teruk daripada kamu tau."

Ini part yang paling best aku rasa. Atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, Nas Ahmad masih sudi mencarikan kami pengganti untuk program kami yang akan datang ni. 


Abg Nas Ahmad membawa kami melawat sekitar tempat kerja media prima. 



Bersama penerbit majalah 3 setelah dikenalkan oleh Nas Ahmad.
Tetamu jemputan kami. InsyaAllah
Lebih kurang dalam satu jam lebih kami berborak. Panjang juga lah bicaranya sampai tak perasan masa hampir menjangkau ke angka 5 petang.


Sempat lagi usha desktop laptop Nas Ahmad. hehe



Sebelum balik kami ke meja kerja Abg Nas Ahmad untuk mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sebelum kami bertolak balik. Tak sangka sampai ke pintu keluar beliau temankan kami. Sambil tu sempat berposing di pintu masuk SP. hehe. =)

Kami nak balik dah. Nas Ahmad masih lead kami. Terima kasih
 tak terhingga dari kami pelajar Optometri UiTM Puncak Alam. :))


Jom TERJAH!!! 








Balik umah Nas Ahmad suruh tag beliau di FB. dan tak sangka mendapat respons
langsung daripada beliau. Siap dengan kata2 semangat. :)




Sebelum balik, sempat lagi Nas Ahmad cakap;

"Jangan lupe add saya di wechat!"

ok. segan! haha

Bye-bye sri pentas. Kalau berjodoh kita jumpa lagi. InsyaAllah.

Sekian, 

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

kte penah gk g sripentas dulu n jmpa nas ahmad..serius dye ok kn? mesra je..

nur fadhilah said...

hahah. gelak2 baca entry ni.