Pages

Monday 29 July 2013

Sukarelawan JCM

Pengalaman pertama being sukarelawan? Hurm. pernah je sebelum ni join program sebegini. Cuma kali ini first time di gelar as sukarelawan. hihi. Rasa macam bangga. kot. #Ikhlas-ikhlas. dibulan Ramadhan ni.


Mula-mula dapat post dekat fb dari kawan ada JCM(Jom Check Mata) dekat besut selama tiga hari (19-22/7) rase macam was-was antara nak pergi dengan taknak. Tak bagitahu mak ayah pun lagi. Lepastu cakap dekat kawan. "Kalau tak cukup orang nak pergi boleh mesej saya. Saya join."
Kalau tak cukup je la kan. Malas punye masalah. isyk-isyk.
Sekali dapat mesej. "Dah tulis dah nama awak, senior third year dah lantik awak jadi ketua untuk yang pergi sendiri. Nanti Sir call awak sendiri." Allah. Ketua pulak dah. Nak tak nak terpaksela pergi. Sir pun dah call. Hahh.. kire comfirm la ni.


Untuk program JCM kali ni kami bakal bermalam di UMK. Acaranya sungguh santai. Ingatkan start dari pagi sampai ke malam. Rupanya screening kami bermula daripada jam 9.30malam seusai penduduk kampung bersolat terawih sampailah ke 12tgh malam lebih-lebih bergantung kepada jumlah yang hadir. Screening kami berlangsung sekitar masjid-masjid yang berdekatan. Sempat jugalah untuk kami menyertai solat terawih bersama masyarakat.

UMK. Bangunan pentadbir I think


Unik giler dekorasi depa. Cun sesangat!


Iqa. tiqah. si macho gbm

Perjalanan daripada UMK ke besut memakan masa hampir sejam jugaklah. Kitorang bertolak daripada UMK pada jam 5.00petang. Singgah ke bazaar seketika. Sampai ke lokasi hampir pukul 7.00malam. Iftar kami juga di masjid.

Lokasi pertama: Masjid Tok Has, Kuala Besut
Lokasi kedua: Masjid Haji Ishak, Kuala Besut

Bas yang banyak berjasa untuk setiap JCM yg diadakan. 

Bas ini jugak! Eyecare mobile.

Tempat kediaman kami untuk 3 hari 3 malam

Kalau kira-kira ini merupakan JCM yang ke-3 aku involve. Sebelum ni pernah join di Kuala Selangor dan Selayang. Kirenye dah ade experience la skit-skit nak berhadapan dengan orang ramai. Alat yang pernah aku guna antaranya pentorch, occluder (untuk VA) , autoref, dan tonometry.


Sir Mursyid: Awak dan atiqah buat Slit lamp.
GBM: Ya Allah sir, tak reti!!!
Sir Mursyid: Hahhh. ni nak kene ni. Skill test haritu macam mana boleh lulus. Ni nak kene tarik balik markah skill test ni.
GBM: Alamak. sir. Kurang mahir la sir. Kalau sir cakap awal-awal boleh la rujuk nota ke ape ke. Ni join ni pun mendadak.
Sir Mursyid: Takde nota-nota. Bukak sem depan siap la awak dengan atiqah. Buat skill test dengan saya.


Aaahhh. sudah. Mati-mati. Antara yang datang nak juga dia aim kite buat slit lamp. Kite nak buat tono la sir. dah cop awal-awal. mane aci. Boikot la cani! haha.

Untuk hari first aku tolak tawaran sir. Sorry sir. Kak tina dari third year yang ambil bahagian slit lamp. Aku buat funduscopy. Funduscopy ni kiranya macam ophthalmoscopy. Yang bezanya funduscopy kita boleh capture bahagian belakang mata kita untuk tengok mana-mana abnormality. Contohnya untuk diagnose glaucoma ke, diabetic ke. retinal detachment ke.

Gambar mata boleh capture dan di save terus kedalam system untuk rujukan. 


Seronok jugak buat funduscopy ni, memang memerlukan kecekapan yang tinggi. Sebab alignmentnya senang nak lari. kena control bebetul. Sir Ezat cakap tak reti guna funduscopy memang Fail takleh jadi optometrist. Err.. masalahnya saya reti guna tapi tak reti nak tafsir macam mane yer sir?
Yang ni bonus untuk kami, sebab kami takdak lagi skill test yang ni so sir tak leh nak marah-marah. hihi. *padahal tafsirnye same je macam opthal. -.-"


Hari yang seterusnya kami kekurangan staff. Sir Mursyid dan Sir Hirzi yang sepatutnya handle bahagian consultation terpaksa balik Puncak sebab ada meeting. Sir Ezat minta senior third year untuk handle bahagian consultation. Iqa dah cop funduscopy. Junior first year handle tonometry dan autoref. Ahhh sudahh. Nak tak nak terpaksalah aku handle kaunter slit lamp. Setelah diberi tunjuk ajar oleh kak epy beserta nasihat dan mandat daripada orang sekeliling. Diri bertambah yakin lantas hati berbisik.
"Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Saya sahut cabaran Sir!"

Sedikit pemahaman mengenai slit lamp:
Slit Lamp merupakan alat yang digunakan untuk memeriksa any abnormality yang terdapat pada mata yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Pemeriksaan meliputi bahagian kelopak mata, sclera, conjunctiva, cornea, iris, dan lens. Pemeriksaan slit lamp membolehkan diagnosis secara anatomi dibuat untuk pelbagai kondisi mata. Contohnya seperti cataract.

 

80% from the patient who come on that day had pterygium. Nak tahu pterygium macam mana? Tengok gambar bawah ni; 



Mula-mula tu pair dengan Si Zahidah dia buat dulu sampailah lebih kurang ke pukul 10.15malam macam tu aku ambil alih sebab dia dah nak balik. Aku take over sorang-sorang sampailah ke jam 12 malam. Dan kebetulan masa aku takeover tu ramai pulak yang terdapat pterygium. Pterygium ni kebiasaannya dialami oleh mereka yang sering terdedah dengan sinaran UV cahaya matahari, ataupun penghuni negara tropika. 


Pengalaman baru bagi aku. Sebelum ni tengok dekat buku je. Penyakit itu penyakit ini. Sekali tengok live.. tergamam. Sampai firasat nak pengsan pun ada. haha. Firasat je la yang mampu. Pengsan betol-betol karang merana pulak diorang nak mengangkat. muehehe. Thanks to Kak Tina for the last 30minit sudi ambil alih tugas kite. Memang tak larat betullah masa tu. Mata berpinar giler. 


Apa-apapun screening aka sukarelawan masyarakat yang tak berape nak suka sangat pada awalnya bertukar menjadi pengalaman yang bermakna. Dapat belajar guna alat baru. Funduscopy dan slit lamp. Moral of the story baiki niat. Walaupun dalam keterpaksaan titipkan niat Lillahitaala. 
Aku belajar kerana DIA. 
Aku berkhidmat kerana DIA.
Aku bersukarelawan kerana DIA. 
Maka ikhlaskanlah hati hati kami dalam berbakti Ya Allah. 

Aameen. 



Sekian, 

4 comments:

Nurfatin Atikah said...

unik & cantiknyaaa dekorasi kat situ.. :)

Gadis berkaca mata said...

kan. comel. :))

nur fadhilah said...

bestnyaaaaa :D

Gadis berkaca mata said...

best tang malam je la sebab terisi dengan screening. tang siang tak best terperap je kat bilik. nasib baik bilik ade wifi. hihi