Pages

Wednesday 24 July 2013

Tips kekal diingati


Perkongsian daripada buku yang sempat aku baca sepanjang cuti yang dah masuk ke-14 hari. Tips macam mana orang yang beriman, orang yang soleh, orang yang baik hati menghabiskan sisa hidupnya dengan amalan yang terpuji sehinggakan ketika sesudah matinya pun masih diingati. 

Hidupnya penuh bererti.
Selepas mati masih diingati.
Cerita tentang dia sentiasa dihati. 


Manusia itu diingati kerana tujuh perkara. 
1. Kerana ilmu pengetahuan
2. Kerana rekod kejayaan yang dikecapi
3. Kerana pengalaman terdahulu
4. Kerana kebolehan yang mencipta keterujaan
5. Kerana rangkaian yang dikenali
6. Kerana karakter yang magnetik
7. Kerana gerak hati yang membisikkan "Ada sesuatu yang menarik tentang dirinya."

Bercerita tentang Tuhan supaya Tuhan mengingati kita. Ia menjadi boomerang yang dibaling, lalu kembali kepada diri. 
Apa yang dianggap oleh manusia tentang Tuhan, maka itu akan menjadi benar. 
Apabila manusia mengingati Tuhan, maka Tuhan akan mengingati dirinya. 
Apabila manusia menyebut tentang Tuhan dihadapan orang lain, maka Tuhan akan menyebut perihal dirinya dalam situasi yang lebih mulia. Bercerita dan teruskanlah bercerita. 


Buat yang bergelar suami isteri. Cinta itu adalah kenangan ketika muda dan cerita ketika tua. Perbanyakkanlah kisah cinta yang akan menjadi satu persatu pencetus senyuman bersama pasangan disepanjang hayat. Perbanyakkan kisah cinta yang meneguhkan jiwa, hidup dalam kedamaian dan kukuh semangat hidup. 

Di kenang dalam redha Allah, mengikat satu per satu apa yang dikatakan janji Allah untuk mereka yang memohon. Isilah borang dengan lisan dan tanda tangan dengan keyakinan. 

Disebutkan oleh Ibn Abbas, terdapat tujuh tanda kebahagiaan didunia;
1. Berbahagia dengan hati yang selalu bersyukur.
2. Berbahagia menjadi pasangan yang soleh dan solehah.
3. Berbahagian mendapat anak yang baik.
4. Berbahagia menetap dan dikeliling persekitaran yang baik.
5. Berbahagia mendapat harta yang halal.
6. Berbahagia apabila memahami agama. (Tafakuh fiddin)
7. Berbahagia apabila umurnya berkah.

Tanda-tanda bahagianya seorang muslim itu, apabila umurnya semakin meningkat semakin beliau menghampiri amalan soleh. Makin pemaaf sikapnya. Setiap saat diisi dengan ibadah. Makin kurang dunia tanah, makin bertambah dunia langitnya. :))


Kebahagian adalah permintaan. Tuhan memberi apabila diminta.  

Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)

Ingatan atas nama ukhwah. Lillahitaala. :'))
Sekian,

No comments: