Pages

Monday 23 September 2013

New semester begin

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun tiga bergelar pelajar optometry. Pergghhh. Super the seniorita sangat kan. Dah ada two generation of junior terasa diri agak tua le pulak. Rasa baru semalam je tergedek gedek jalan daftar masuk kampus dengan muka cuak limaposen. Menjalani hidup sensorang dekat bumi selangor yang asing lagi menyepikan. Fuh, very the nostalgia!


Minggu lepas kami warga seniorita dijemput oleh adik junior tahun dua untuk menghadiri program berbentuk orintasi. Orintasi tak orintasi sangat pon. Takde rushing rushing macam orintasi yang selalu diselubungi oleh pelajar pelajar baru tu. Cenggitu aku pon taknak pergi. Fobia. Kes orintasi dekat matrik dulu. Peristiwa paling ngeri yang pernah aku lalui. Ok. taknak ingat! Yang ni orintasi semacam santai menyantai gittew. Motifnya satu. Ukhwah! Kami nak adik adik yang baru daftar masuk ni kenal kenal dulu dengan senior nanti takdelah takot takot bila senior panggil nak suruh jadi patient. hikhikhik.


Group C
Untuk orintasi selama dua hari satu malam tu, aku terpilih untuk menganggotai group C. Seperti yang diatas. Sepatutnya ada lagi dua orang jejaka kacak tapi depa ni mai lambat skit tak jumpa tempat gamaknye. Sempat borak panjang dengan depa depa ni. Ya Allah, aku rasa sepanjang hampir tiga tahun bergelar penuntut UiTM baru kali ini dirasakan diri begitu ramah. Borak borak dengan adik adik tersayang. Alhamdulillah. Satu peningkatan yang positive! Syabas GBM, syabas! 


Sempat jugak usha akak senior pasal pengalaman berpraktikal. Risau pulak hati kiter ni. Cuti semester ni dah start berpraktikal tapi tempat masih belum ada. Setiap private eyecare yang dicall pasti ada masalah. Haihh. Kalau boleh taknak lah jejauh. Nak dekat terengganu jugak. Senang. Mengidam nak makan apa.. mak boleh masak. hihik. 


Setiba di tempat penginapan Photon Valley Ulu Langat, aktiviti pertama kami pagi itu adalah jungle trekking. Hati aku tetiba jadi tak sedap. Rasa macam serba tak kena. Sampai dekat pusat pengumpulan beg baru teringat. 'Ya Allah, lupa bawak ubat!' Doktor pesan kalau nak buat aktiviti lasak kena ambil ubat tu. Aku dah cuak ni. 'Macam mana ni? Kalau aku sakit tetibe lepas tu pengsan tengah jalan? Isyk..berat dahlah berpaun paun!' Kawan kawan nasihat aku better jangan pergi.. tapi aku nak sangat sertai jungle trekking kali ni. Tahun lepas aku tak sempat join sebab tak sihat berkurun dekat bilik je yang mampu.
Urusetia program mintak aku jujur pada jurulatih. Cakap apa kesalahan aku buat. Alhamdulillah. Dia takmarah siap langsung cakap.. "Kalau yang tak bawak ubat jangan risau, saya ada ubat." 


Nervous tak payah cakap la. Sedang berjalan mendaki bukit, dada dah mula rasa tak sedap. Mual mula menyelebungi diri. serius tak tipu. Tercunggap cunggap. "Ya Allah, sungguh perjalananku ini ikhlas demi melihat keindahan alam milikMu. Kuatkanlah hambamu ini. Jangan biar hambaMu ini jatuh rebah lantas menyusahkan rakan yang lain." Tak putus putus doa dari hati. Nak doa pakai mulut dah tak mampu. Penatnya ya Allah. tak terluah. Tetiba terdengar rakan jerit dari depan... "Sabar kawan kawan, sikit lagi akan sampai ke kemuncak." Berbekalkan kata-kata itu diri cuba untuk  tetap terus bersemangat. And finally....


Sampai ke kemuncak speechless. Terasa seperti macam berada di alam lain. Cantik sangat. Air sejernih jernihnya. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar. Segala sakit yang ada serta merta hilang. Tak sia sia pendakian selama satu jam lebih sebelum sampai ke kemuncak. MasyaAllah. Rasa macam nak jerit kuat kuat.. "Makkkk, orang berjaya daki bukit tanpa ubat dari doktor. Tapi orang berjaya daki bukit dengan ubat doa!!!" Touching sensorang masa ni. Rasa macam.. rasa macamm... nak nangisss! Korang mesti pelik. Dah kenapa panjat bukit sikit dah macam orang histeria? Jerit tak tentu hala. Korang tak faham.. perasaan yang aku alami. Saat beberapa rakanku jatuh hampir hampir pengsan aku masih mampu berdiri meneruskan perjalanan. Walaupun dalaman dah rasa macam sesak sangat. Aku berjaya. Sebelum ni aku tak pernah buat aktiviti lasak sebegini tanpa ubat dari doktor. This is the first time. And the feeling is totally different. totally different. :')) 

Speechless!

Benar.
Kalau kepercayaan itu diletakkan pada DIA,
Ikhlas Lillahitaala,
Pasti kekuatan itu hadir.
Dia maha pengasih. maha penyayang. maha melindungi.

Muka happy main the most berani water. The AIR TERJUN. 
I learn something from this. 
Kalau hati dilanda gusar,
Kalau hati sedang gelisah,
Kalau hati dirasakan sakit,
Serahkan pada DIA. Kebergantungan kita. 
Tiada yang mustahil melainkan DIA. 

Tenang. itu yang dirasakan.

Sekian,

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

alhamdulillah, dpt smpai ke puncak dgn selamat dgn ubat doa.. doa itu senjata mukmin :)