Pages

Sunday 31 March 2013

Pertandingan Makan Tembikai

Peserta second year  dalam acara makan tembikai sampai licin!

Galah panjang perempuan



Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program "Optometry Athletic Campionship" ialah sukaneka yang melibatkan penyertaan daripada seluruh wakil pelajar opto dari setiap batch.





Pertandingan makan buah tembikai 
TEMPAT PERTAMA: Second year students

Pertandingan galah panjang
TEMPAT PERTAMA: Seri Second year students & first year student






Dan aku? Mestilah menyertai kedua-dua game diatas. Bukan tamak tapi sebab perasaan ingin mencuba melonjat-lonjat. Maklumlah first time menyertai aktiviti cenggini.. menang plak tu. Lagi la excited!
*muehehehe


Sekian, 

Sunday 24 March 2013

RGP lens

Third week of contact lens clinic.. we had learn a new thing. Something more scary that previous lab which i had update before, here. Kalau minggu lepas kami belajar cara-cara pakai soft contact lens, minggu ni kami belajar pakai hard contact lens. HARD lens. Atau nama glamour Rigid Gas Permeable (RGP) contact lenses. Yang mana membuatkan kepala lututku mula terasa longar, tak mampu untuk berdiri. hidung dirasakan tersumbat tak mampu lagi untuk bernafaz. Bukan takot, tapi seram!


Masuk je lab awal-awal lagi  lecturer bagi warning.. 

"Kalau lens jatuh ke lantai, semua orang freeze. Tak boleh bergerak dari tempat asal. Kena cari jugak lens sampai jumpa. Sampai jumpa! kalau tak jumpa 1 kelas tak boleh balik."

Gulpp. Tapi kenapa Madam?

"1 lens berharga RM300. Kalau terpijak, pecah.. satu kelas kene bayar ganti rugi."


Botol yang cenonet ini berharga RM300. 


 

Masa partner lab nak pakaikan RGP lens, sumpah seriau habis satu badan. Menggigil-gigil. Lagi-lagi bila kawan jerit.. "Sakitttttt..sakitt!!!" Allahuakhbar.. permudahkanlah segala urusan kami. 



First timer yang pakai RGP lens memang ambil masa yang terlalu lama untuk adapt. Mata tak boleh bukak selama beberapa minit.. Itu perkara biasa. Mata berair dengan banyaknya.. Itu jugak perkara biasa. tapi itu tak bermakna aku nangis okeyh. Lens yang keras dan kuat mencengkam mata menyebabkan mataku excessively mengeluarkan airmata. Secara tidak sengaja.

Left eye where the RGP lens located.
Cara pemakaian RGP lens masih sama dengan Soft Contact Lens cuma yang bezanya.. RGP lens terus dilekapkan pada mata hitam bukan lagi pada conjunctiva (mata putih). 

Nak belajar pakai? Jom tengok video dibawah ni. Cara pakai dan cara nak buang RGP lens. 


Sekian,

Our SMART group

Kalau dulu digelar USRAH..
Sekarang ianya digelar SMART group.

Mungkin gara-gara fenomena SMARTfone yang kian menjadi-jadi? mungkin!



4sem sudah kita bersama. =)

Dari kiri: Fatin, Kak Syazana, Fyra, Kak dayah, Adik fadh.
Me? yang duduk jelempuk di lantai=))

Selamat berjuang dan terus berjuang buat Kak Syazana. Semoga perpisahan ini tidak menjarakkan ikatan ukhwah yang sedia terbina. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu yer kak. =))

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk kebendaannya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Sekian,

Wednesday 20 March 2013

Menuju wawasan diri!

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh


akhirnya islam cemerlang seluruh dunia.


UNIC
Menuju wawasan



Contact lens clinic

Risiko itu ada dimana-mata. Jangan mudah menyerah GBM. Be strong. Take it as a challenge for your self. Tanpa ujian maka lenyaplah istilah kejayaan. Be Strong GBM. BE STRONG! 

Pelangi yang cantik munculnya selepas hujan. =))

Sekian,

Friday 15 March 2013

Allergic yang pelik

Wangian dan kecantikan itu tak boleh lari daripada dikaitkan dengan wanita. Aku?? Mesti ah bohh. Wangi tak semestinye gune perfume smata. Boleh jadi wangi itu datang daripada sabun atau pelembut pakaian ataupun bedak.. bukan bedak compact tapi bedak serbuk.. carrier junior for example. Mungkin. Kadang-kadang bila dah bercuti lama.. tengok gelagat mak dan kakak sebelum keluar kerja mesti di sprayy kan dulu duatiga round. Aku pon jadi terikut. Pergi keluar jenjalan dengan rakan-rakan amek perfume mak sembur seketoldua dekat tudung. Muehehe

Mekni pun pakai perfume taw. Tak padan 'KECIK'!

Tapi masalahnya aku bukannya ada masalah pun dengan segala bentuk perfume mahupon bedak. Itu baru mukaddimah kepada apa yang aku nak katakan disini. Berkenaan Allergic. Selalu orang ada allergic dengan seafood, ayam dan sewaktu dengan segala bentuk makanan. Alhamdulillah.. aku bukan dalam kategori itu. Allergic aku pelik skit. Eyh, bukan skit... tapi Banyak!


Pernah skali tu masa zaman sekolah aku selalu ah tengok kakak aku ni duk guna deodoran rexona. Tetibe nafsu ingin mencuba meloncat-loncat. Tambah pulak kakak aku cakap guna mende alah ni best. Selesa je. Kurang hamis tambah wangi katanya. Errkkkk... macam ikan ler pulakss. Lepas tu aku suruhlah mak aku beli seketol untuk aku. Tak sampai seminggu guna.. ya ampun. Tak sanggup nak citer. Tobak menyesal aku guna mende tu. Bengkak meradang merah bawah ketiak. Melarat dari bahu hingga ke siku ko. Pedih tak terkata. Kita hanya boleh mencuba, kuasa kesesuaian itu terletak pada DIA yang satu. Pergi klinik, doktor tanya, awak ada allergic apa-apa ke? Aku jawab je takde. Giler ko nak citer hal sebenar, mahu doktor tu tigehariempatmalam gelak tak berenti. Balik dari klinik baru aku citer kat mak pasal ni. Terpaksa tadah telinga dalam kerete.. apa lagi.. kene bleter lah der.. "Guna lah lagi lain kali.. lepas ni simpan stok rexona banyok..bla.bla.bla....."
Ah, sudahhh! Padah memendam rasa akhirnya telinga menjadi mangsa. Lama jugak nok boleh ke baik. Lepas peristiwa tragis tu langsung aku tak pakai mana-mana deodoran. Berbau? Isyk. mana ada. aku guna bedaklah. Bedak pon boleh wangi apa! Sekarang aku bedak dah berganti dengan nivea. Stakat ni alhamdulillah, sihat walafiat!


Dan.. Dua minggu yang lalu adik aku beli pencuci muka untuk lelaki, lepas tu dapat free trial set untuk wanita. Mak aku kasilah kat aku. Kesemua aku try. Cuma yang body lotion tu nak dekat-dekat pengakhiran cuti baru aku terdetik nak pakai. Dalam tiga hari berturut-turut aku pakai dekat lengan tak silap.. masa tu okey je. wangi! Licin molek rase kulit. Lepas pada tu, aku rasa malas nak pakai. Dalam 3 hari macam tu. Keesokannya aku langsung dah nak balik ke puncak. Tengok-tengok ada bintik-bintik merah dekat pergelangan tangan. Tapi aku ingat merah biase je lah. Tak cakap dekat mak aku pon. Sesampai di puncak tengok-tengok bintik merah dah melarat ke siku. A'hhh sudaahhh.. Kenapa begini?? Waaa.. takottt.
Dan pengakirannya bintik-bintik tersebut akhirnya bergabung sehingga menjadi kumpulan merah yang sangat besar. Sumpah ngeri. Rasa macam proses transformer ala-ala the hulk bertukar. cuma yang beza dengan keadaan aku sekarang the hulk hijau aku merah.


3 klinik aku pergi termasuklah unit kesihatan rawatan UiTM Puncak Alam. Depa bagi ubat sapu betamethasone. Hari pertama pakai, ya Allah pedih memang tak terkata. Mengalir habis air mata air hidung. Makin merah. makin bengkak. makin pedih. Waaa.. sakitnya! Astaghfirullahalazim.. astagfirullahalazim.. astaghfirullahalazim.. Sakit penghapus dosa. Istighfar dan istighfar.


Keesokkan harinya aku ke klinik swasta yang terletak di FASA 2 Puncak Alam. Doktor tu terkejut jugak lah tengok keadaan tangan aku. Dia tanya ada allergic apa-apa ke? Aku pun cerita hal sebenar. Sakit tak tertanggung masih mahu menipu? Mestilah tidak.
Kesan dari itu, doktor yang baik hati itu telah memberi injection keatas bahuku sambil mulut doktor tersebut terkumat kamit membacakan ayat-ayat suci al-quran. Alhamdulillah. 'Bagus, ayat-ayat suci diamalkan dalam perubatan. RESPECT ini doktor.'

"InsyaAllah, harap-harap lepas cucuk ni cepat sembuh ye." 


Alhamdulillah, sekarang dah sembuh. Tapi masih berpantang. Tak boleh seafood. tak boleh telur. tak boleh keli. Kenapa begitu? saya cuma allergic lotion kenapa makanan jadi mangsa? Sebab makanan tu semua boleh menjerumur kelembah ke'gatal'an. Nanti gatal rasa nak garu. bila dah garu makin merah. bila makin merah payah nak baik!
Pantang ye GBM..PANTANG!

Mak pesan, "Lepas ni jangan sebarang je pakai alat cosmetic kalau diri tu jenis sensitip. Jaga pemakanan"
Ayah pesan,"Baca surah As-Sad ayat 42 7x hembus dalam air.. minum dan sapu pada tangan."
Diri sendiri pesan, "Mak ayah amek berat pasal aku, jadi ingat pesan depa."


LOVE, ayah mak!
Cover photo
LOVE, housemate!
TERIMA KASIH buat MAK, AYAH, HOUSEMATEku dan rakan-rakan yang banyak membantu! Semoga kalian berjaya dunia akhirat. Aameen.


p/s: PANTANG melayu mundur. itupun pantang jugak. #FearFactor!


Sekian,

Thursday 14 March 2013

Kendali Kanta Lekap

Minggu ni aku belajar yang something special. Sangat. Benda yang special tapi sangat menakutkan. Benda yang boleh membuat aku terkenang-kenang kondisi mataku ketika 3 semester yang lalu. Benda yang kalau boleh aku nak je teriak satu dunia cakap.. "Tak nak buattt!!!!"


Oh. GBM. Hidup ini satu proses pembelajaran. Peristiwa semalam dijadikan pembakar semangat untuk lebih maju untuk hari-hari yang berikutnya. Okey?


Gulppp!
'Benda' yang takdelah 'bende speriss' sangat pon. Seperti yang tentera di tajuk entry iaitu 'Kanta Lekap'. Ya. Semester kali ni kami perli belajar subject baru iaitu Contact Lens I. Lecture 2 jam beserta lab 2 jam. Yang totalnya seminggu kami belajar 4 jam berkenaan Contact Lens. Macam mana perasaan? Semestinya SEMANGAT MEMBARA! *ikhlas. ikhlas.



Firstly, aku nak tabik sprinngggg sama orang-orang diluar sana yang mampu memakai contact lens sendiri. Tanpa bantuan sesiapa termasuk cermin! Fuh. Salute! Itu kira espeerrrtt  sangat. 1,2,3... TABIK HORMAT! 
Benda yang paling aku nak elak ketika para senior memerlukan para junior untuk dijadikan pesakit adalah ketika sesi klinik contact lens. Maaf senior! Bukan malas. Bukan tak suka. Tapi takot! takot yang bukan disengajakan. Pengaruh berita, internet,surat kabar yang selalu membisikkan tentang bahaya contact lens menjadi punca utama yang telah membunuh keberanianku. Salah depalah. sape suh letak gambar seram-seram!



Minggu ni lab kami berkisar tentang cara-cara pemakaian contact lens kepada patient. Kepada patient! bukan pakai untuk diri sendiri yer. Fuh, Alhamdulillah. Nasib baik!
Pakai contact lens untuk orang lain ada skill tersendiri tau. tak boleh main redah terus pakaikan dekat mata hitam pesakit. Tersilap langkah.. naya anak orang wooo. Saman tak berbayar nanti. 




Sedikit ilmu yang boleh dikongsikan disini berkenaan cara-cara pemakaian contact lens; 

1. Basuh tangan. Walaupun ketika itu tangan anda memang kelihatan bersih, tetap kena basuh guna sabun. JANGAN MALAS!
2. Keluarkan CL daripada casing dan bilas CL guna Saline solution. 

3. Suruh patient tengok atas, kemudian tarik kelopak mata bawah patient.

4. Suruh patient tengok bawah, kemudian tarik kelopak mata atas patient.
5. Suruh patient tengok hidung.

Macam mana hantu kak limah boleh tergayung
atas kepala aku ntah. Haihh.. tak reti2
nak balik rumah lagi ke?
6. Masukkan CL dari arah temporal (kawasan mata putih). 
7. Last, suruh patient slowly gerakkan mata ke arah temporal, atas, bawah. Tutup mata dan... okey. settle. Siap. 



Tadaa. dan berjaya! Yeayy.. Alhamdulillah. 



Mereka yang ceria, mereka yang membantu... Ukhwah fillah groupmatetahhh! =)


p/s: keberanian sedikit demi sedikit kian meningkat. Well done GBM, WELL DONE!

Sekian,

Tuesday 12 March 2013

Masalah permodenan

Kadang-kadang aku konfius dengan masalah yang dialami dunia sekarang. Banyak sangat. Lepas satu-satu. Masalah jenayah, masalah politik, masalah ekonomi... tak pernah nak sunyi dunia ni tanpa kaitan depa ni dalam mana-mana berita sekali pun. Stress? Mestilah. Tension tahu tak bila dengar orang gaduh baling bom baling mercun rasuah sana culik sini. Kenapa dunia ini tak pernah nak diberikan hak yang seadilnya? Keharmonian. Ya. Aman Damai Tenang. Sangat dipuja sangat diimpikan.

Tak habis lagi masalah tersebut timbul lagi satu masalah baru. Yang boleh dikatakan dialami oleh kesemua makhluk Allah yang bergelar Manusia. Ehem-ehem! Manusia?? Itu aku! Terasa, sentap? Tak. Sebab aku pun tahu korang semua berkait dengan masalah ini. 
Bukan aku tak cuba elak. Aku cuba. Sangat. Aku cuba menahan nafsu, setiap kali melalui mana-mana kedai atau terlihat mana-mana iklan terbaca mana-mana pamplet terdengar mana-mana saluran aku cuba butakan mata aku, pekakkan telinga, off kan segala deria yang ada. Aku pikir mungkin kerana terlalu mencuba lalu ianya menjerat aku. Hasutan demi hasutan. Sungguh aku hamba yang lemah, tak mampu lagi bertahan. Rebah tersungkur jua akhirnya aku dengan masalah yang bernama GADJET. 

Pejam celik pejam celik dah dua bulan gadjet yang bergelar smartfone tersemat dalam genggaman. Perasaan? Bingung. Seringkali jugak aku bermonolog sendirian. Keperluan atau kemahuan? Atau atas dasar ketidakpuashatian? Jelous tengok ayah, kakak, kawan-kawan semua bersmartfone tetiba teringin nak bersmart jugak. Waaaaa. tak nak pikir. nanti menyesal rasa nak campak jauh-jauh. Susah!



AF bukan nama sebenar

And today.. I got special tag from someone. Dia yang rapat, dia yang selalu berbaik sangka, dia yang selalu menegur, dia yang disayangi, dia yang selalu dibuli. Ahaks. 

"I talk to them, they ignore me. What is so important about handfone?"

Fikir sejenak. Aku rasa aku dah tersilap langkah. Ya. Memang aku tersilap besar. Masalah ini telah membuatkan aku semakin lalai. Lupa keadaan sekeliling. Lupa bahawa ada DIA yang memerhati. Lupa bahawa ada rakan yang perlukan teman untuk berborak. Maaf!

Sekarang aku plak yang tertanya..

'Heyyy handfone, what you had doing with my time. Nanti kalau ditanya Munkar Nakir, aku nak jawab apa? Main game? Fesbuk? Twitter? ' 


Gullppp. telan air liur. perit pedih. peluh mula merintik. 
Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...



Thanks sahabat. Teguran itu sangat diperlukan! 

Sekian,