Pages

Monday 20 January 2014

Pemandu berhemah

Tajuk hari ni sensitif skit. Ye la.. aku bukanlah pandai pun bawak keta ni. Ni ada hati nak nasihat orang pulak. Ewah. Terasa pulak hati kite. Allah tak suka orang yang sombong tau. Tak pandai boleh belajar kalau sombong, pandai macam mana sekali pun tetap di keji orang. Tak gitu? 


First thing first yang aku perhati, ramai pemandu hari ini.. bukan setakat hari ni je.. semalam.. kelmarin.. tahun lepas.. yang tidak pandai untuk menggunakan signal. Walaupun bukan aku yang memandu aku pun stress tahu dengan situasi ni. Heeiii, dah penat penat kite tunggu nak bagi dia laluan, alih alih selamba badak dia masuk kanan lalu sebelah kita. Sakit pulak hati kite. Rasa nak je turun kereta buat demonstrasi aman bersepanduk "Signal boleh bungkus dalam frame, simpan dalam mezium secara berjemaah." (Eyh. panjang pulak sepanduknye yer. haha.)


Yang jenis bawak kereta 20km/jam mohon peka dengan keadaan sekeliling anda. Ye la, aku faham sangat perasaan orang orang sebegini sebab aku pun pernah alami benda yang sama. Banyak kali ditegur ayah, "Dah bawak slow himpit ke kiri skit, kasi can orang belakang untuk potong." Tak semua orang boleh faham kita tau. Kalau yang jenis aku ni, mungkin faham la darah gemuruh budak baru belajar pegang streng. Kalau diorang yang dah expert bawak tak tengok kiri kanan, jenis pemandu ala ala F1 ni hati keras der. Mahu sebangkul kata kata kesat yang keluar. 


Khas buat jenis yang memandu perlahan. Amature driver.

Lagi jenis yang suka buang sampah ikut tingkap. Yang ni memang aku pantang tengok. Mendidih je bijik mata ni tengok. Memang la buang sampah ikut tingkap tu tak kacau pemandu lain pun. Masalahnya mencemar pemandangan, sakit mata yang menengoknye. Aku lebih rela sampah terkumpul dalam kereta daripada tengok sampah merata tepi jalan. Kalau tetibe sampah yang korang buang tu tetiba ada tourist luar yang memandang tak ke tercemar segala kedaulatan keturunan rakyat malaysia. Malu der. malu! 


Last sekali berkenaan masalah lampu. Semenjak bergelar pelajar optometry, aku mula prihatin berkenaan pencahayaan. Sebelum ni, selalu dengar ayah merungut lampu orang belakang terang, silau sampai berair air mata kauuu. Sampaikan satu ketika ayah aku terpaksa perlahankan kereta dan biar kereta tu untuk memotong. Lalu ayah aku pun balas dendam balik pasang lampu paling terang. haha. Sebagai pengajaran untuk mereka yang sombong dan pentingkan diri sendiri. Lagi satu untuk mereka yang suka renovate kereta ni. Aku tak kisah sangat pun depa nak renovate kereta depa, suka hati depa lah duit depa.. Tapi yang aku kisahkan kalau depa ni duk menggatal renovate lampu depan kereta. Daripada elok elok warna orange jadi warna biru lah.. putih la. Tahu tak semua tu boleh menambahkan kadar kesilauan mata pemandu lain?? Dalam optometry sendiri kami dilarang untuk mengunakan pentorch selain daripada warna orange demi keselesaan dan keselamatan mata pesakit. Kalau silau, bukan ke jadi susah nak tengok, kalau susah nak tengok bukan ke peratusan nak berlaku kemalangan jalan raya tu tinggi?? 
Hurm.. tarik nafas..dan fikir sejenak.

Pentorch yang digunakan untuk tengok reflex anak mata. 

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim,/ Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Sangatlah penting untuk setiap pemandu memilikinya. "Sabar"

*Hari ni belajar kereta dengan ayah setelah sebegitu lama tak memegang streng. Alhamdulillah, banyak benda baru yang dipelajari hari ini. Daripada cara penggunaan gear yang sesuai, bila masa nak tekan minyak, turun bukit, naik bukit, macam mana nak menjadi pemandu yang bertimbang rasa. Nak bertimbang rasa sangat tadi sampaikan beberapa kali kereta kena libas dek pokok. Kesian kereta, kalau dia ada suara mesti dah berjuta kali mengadu sakit. Takpe ye kereta. Kita sama sama sakit buat sementara ni. Tq ayah atas kesudian melapangkan waktu setelah penat balik dari kerja masih sanggup mengajar si anak mengenal streng kembali. :'))


Sekian,

No comments: