Pages

Sunday 26 January 2014

Pengalaman first day bekerja disisi Optometrist

Alhamdulillah. Today is my first day berpraktikal, first day juga timba pengalaman bekerja di tempat orang. Huhu. Al maklom la sebelum ni kerja sebagai suri rumah je setiap kali cuti semester. Aterr teman dah third year dah, akhir tahun ni dah masuk final year kena mahir betul la dengan masalah mata sepatutnya. T_T""



Tadi sembang dengan optometrist..
"Saya tak percaya betul saya dah third year sekarang. Rasanya baru daftar masuk u semalam. Rase macam.. eyh, betul ke akhir tahun ni aku dah final year?" Percubaan nak lempang diri sendiri dah banyak kali dah kes tak percaya hakikat diri begitu cepat terasa tua.. tapi percubaan tu sokmo tertangguh. Kes tak tahan sakit. muahaha.


"Amboi. baru third year dah tak sabar masuk forth year eyh.."

Haha. Well, you know me. *Padahal baru beberape jam masuk kedai. =pp


Klinik Optometri ni buka jam 9. Sebab kami perlu kemas-kemas mana patut, lap-lap meja, susun semula spect bagi kemas dan rapi. Jam 9.30 dah ada sepasang sweet couple masuk. Couple yang berusia lingkungan 50an baru pulang daripada masjid berdekatan agaknya. Si suami complain mata tak nampak sangat pakai spect yang dia pakai sekarang. Dalam bilik refraction, Optometrist suruh aku buat ophthalmoscopy. Gigih betul aku buat sampai ke power -9 tak nampak blood vessel lagi. Tetiba optometris cakap, "fokus bahagian lens dia je." 
"Ok. Nampak dah!"
Customer tu tanya.. "Hahh..apa awak nampak?"
Hurmm.. nak cakap apa yer dekat pakcik ni. Takkan aku nak cakap pakcik ada cataract sedebush cam gitu. Tak terkejut ke pakcik nanti? Ayat ape yang sesuai ni.. hurm.. hurm.. 
"Awak lukis dekat saya apa awak nampak." Optometrist tu cakap.
"Kedua-dua belah mata pakcik ada selaput, sebab itu pakcik nampak kabur dan silau walaupun guna spect sekarang." 
Hahhh.. itulah saya nak cakap tadi. tetibe blank plak nak translate ke BM. -.-""

Best corrected untuk kedua belah mata pakcik ni tak boleh dapat 6/6 sebab masalah selaput yang ada dalam kedua-dua belah matanya. Tapi masih di peringkat awal tak teruk sangat. Masa nak pilih lens, kami suggest pakcik ni untuk pakai tinted lens. Lens yang ada warna sesuai untuk orang yang ada masalah silau siang dan malam. Sebab warnanya permanent. Kalau yang jenis transition lens, sesuai untuk silau siang sebab lens tu hanya berubah warna kalau terkena UV daripada cahaya matahari. 

Pakcik tu taknak yang tinted lens, katanya terlampau keremajaan la plak gayanya. Si isteri pun setuju dengan kami untuk pilih tinted lens. Si pakcik cakap dekat isteri.. 
"Awak tak pakai tinted pun."
"Dah saya takde masalah silau." 
*Terpancar keakraban suami isteri disitu. Macam romantik je. :]
Setengah jam duk berhujah dengan pekerja disitu pasal lens sahaja.. aku jadi penonton setia mendengar dengan penuh khusyuk dan tawaduk.. Tetiba pakcik tu tanya aku.. 
"Awak praktikal sekarang kan.. awak rasa yang mana lagi elok?"
"Saya rasa elok juga pakcik pilih yang tinted sebab ayah saya pun seusia pakcik jugak, dia pakai yang tinted grey macam tu jugak. Ok je dia cakap. Selesa nak bawak memandu malam. Ayah saya, dia keja siang, malam bawak keta anta adik tusyen." 
"Eyh, kita tanya pendapat dia bagi contoh ayah dia pulak.. haha" Pakcik ni gelak-gelak. 
*Senyum kenyit mata.Terpaksa ambil contoh ayah, dah semua hujah dah akak-akak sampaikan tadi. 
"Ye la, saya ambil yang ni." Sambil tunjuk tinted grey. 
Yeayyy. First customer, suggestion accepted!

Yang ayah sy pakai tinted grey 25%. Takde keremajaan sgt pun.
 Nampak muda je skit. hihi
Patutnya ayat yang lebih proper dan lebih meyakinkan customer adalah begini.. "Kalau saya, saya lebih fikirkan masalah mata saya. Penyelesaian macam mana nak atasi masalah silau saya. Tinted lens boleh kurangkan masalah silau pada waktu siang dan malam, membantu penglihatan pakcik semasa bawak keta nak pergi masjid tak kira apa jua waktu, subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak. InsyaAllah." 

Case kedua hari ni dapat amblyopia patient. Jauh wooo lari power dengan power spect yang dibuat setahun yang lalu tapi bukan kedai sini. Dia buat dekat kedai spect berdekatan dengan rumah dia kalau tak silap. Pakai sebulan je, lepas tu tak pakai spect dalam beberapa bulan. Aku yang check foci. RE:+0.25, LE:+0.50
Autoref: -8.00 BE. Bapakk ah tinggi. Buat ret dan subjective refraction RE:-1.00 LE: -2.25/-0.75X180. Itupun cannot get 6/6 for BE. Aku tanyalah optometrist tu.. kenapa boleh jadi macam tu sekali? Padahal spect tak sampai setahun pun buat, boleh naik dari + ke -. Katanya.. 


"First kita kena tanya dulu patient, sebelum ni buat cermin mata dekat mana. Nak make sure kedai tu ada optometrist yang jaga atau tidak. Might be subjective refraction yang diberi tidak tepat. Sebab tu customer tak selesa pakai spect tersebut.. Lama-lama kalau tak pakai spect, itu yang menyebabkan patient boleh dapat amblyopia (mata malas). Sebab itulah pentingnya untuk kita pastikan dekat kedai yang kita buat tu ada pemantauan daripada optometrist."

Bahayanya amblyopia if not treated! 

Ok. Faham dah. Maknanya as a optometrist perlu tersangat sangatlah mahir dengan refraction. Penglihatan takde jual kat pasar 2 ringgit sekilo. Takde! Take note GBM. Ini tanggungjawab.. anda galas!


Sekian, 

No comments: