Pages

Thursday, 6 February 2014

Ceritera cinta| Misi menghayati bidang OPTOMETRI

Alhamdulillah. Its day 11 already. Rasa baru semalam je daftar masuk sebagai student praktikal di Optometrist SANADI, muka nerd je malu-malu nak bersuara bertegur sapa. HAHA. Dah dua minggu bersua rasa macam family sendiri..macam dah kenal lama. gittew! Padahal tadi kemain cakap rasa macam baru semalam masuk. haha. fenim2!


A lot of thingssss to think. First week menjadi staff disini berduyung duyung pulak kes yang tak pernah dilihat dengan 4 mata kini terpampang tersegam depan mata. Ternganga dibuatnya. Kes yang pertama yang membuat aku terasa teruja dalam bidang penglihatan ni apabila dapat customer cataract. Nuclear cataract. Punyalah gelabah buat refraction baqhang. Aku pergi letak power plus. Bila buat refraction customer pilih minus,minus dan minus. Kalau sekali minus takpe accepted. Tapi sampai tiga kali minus dah cuak dah. Betul ke aku buat ni.?? Gulp. Tetiba jadi teringat. 'Ya Allah, apekemende aku buat ni. Dah sah sah dia ada nuclear..memang ler jadi more minus. Cerdik GBM. Tahniahh sangatt!!!' 
Kalau nuclear cataract selaput ditengah tengah lens.. hasil refraction akan jadi more minus, kalau corticol cataract selaput di bahagian tepi hasil refraction akan jadi more plus. Ingat GBM, INGAT!


Minggu first memang ramai sangat customer yang kebanyakannya dalam kategori dewasa mempunyai cataract. Antara kes yang aku ingat bila aku buat refraction terhadap seorang wanita berusia 60an. Aku panggil dia makcik.. tapi dia suruh aku panggil dia tok. Tawaduk sungguh pada usia. Dia complain tak berapa nampak bila nak membaca jarak dekat... tapi jauh takde masalah. Dah buat refraction semua ternyata penglihatan jauh beliau memang takde masalah. Bayangkan bila dia cerita dia selalu drive sendiri daripada terengganu ke KL/Kuantan tanpa memakai sebarang bantuan penglihatan. Allah. Nasib aku tak pitam kat situ. Beberape kali aku angkat ibu jari pada Tok. "TERBAIKKKK AH TOKKK!" 
Dengan selamba je tok jawab.. "Susoh amende nye. Kereta yang bawak kite bukan kite yang bawak kete. Kite tekan minyak je. jalan ahh."sambil gelak gelak. Ok. Foine. Dokleh nok jawab mende ah bila seorang tok berbicara sebegitu. Jeles anak muda berusia 21tahun yang lesen D kena masuk mezium. SADISS! T_T


Optom suh aku observe keadaan dalam mata tok.Aku cakaplah macam nampak ada cataract. Tapi optom cakap.. salah! There is no opacity there. That is yellowish lens. Yellowish lens is an aging process. Its normal! Perghhh. teruje lagi aku. Teror giler Tok jaga mata. Apa petua tok dalam memudakan penglihatan?? 

Tok selalu amalkan amek sedikit air zamzam dan sapu pada mata. Sambil selawat. -Customer, Tok.

Sebelum balik Tok menawarkan aku pergi rumah dia lagi, staff staff lain semua pandang semacam. "Ehemmm.. cucu menantu?" Hoiii.. jauh benorrr dipikiornyeee! 


Banyak lagi kes-kes yang menarik, yang membuatkan aku berkata.. "OOOOOOOO.." terlalu panjang. Antaranya kes mata bergetar (nystagmus), amblyopia among kids sangat common, aphakic, ptosis... hemmmm.. dan... dan lain lainlah! Ada masa nanti aku kongsikan pengalaman berharga aku disini. Sekarang macam mengantuk je.. Orang penat keja kena tidur awal. Cewaahhh! haha. 

Spect untuk Aphakic customer. Apekemende tu? Next entry.
InsyaAllah

Model sebelum delivery. Assalamualaikum!

Sekian, 

2 comments:

fakhrullahsalmin said...

sumpah setia terasa nk pegi kedai spect gini..selalu pegi kedai spect xde optometrist pon..cek2 power then terus blah..hehe

Gadis Berkaca Mata said...

@fakhrullahsalmin

try la cr mane2 kedai yg ad optometrist. kat klantan rasenye xsilap kedai rozaimi ad yg ad optom. xpun mai melawat puncak alam. comfirm dpt bt full eye checkup! hehe