Pages

Wednesday, 19 February 2014

Special case detected!

Alhamdulillah.. terasa begitu pantas sekali masa berlalu. Benarlah org kata.. jangan bermain dengan cinta.. bahaya. Masa sejam dirasakan seminit, seminggu dirasakan seperti sehari.. sebulan dirasakan seperti seminggu cuma.. Hebat mainan cinta yer. Sangat hebat! Dah terasa penangannya sekarang. sangat!


Pada tanggal 18 feb 2014 iaitu bersamaan semalam dengan lafaz tak bertulisnya secara sah diri ni tertalak seribu dengan latihan industri 1. Tamat dah. InsyaAllah, ingatan kita bersama tidak akan tertamat begitu sahaja. *Sohsehsohseh* tarik hingus. 

OSSB Jan-Feb 2014 :))

Banyak sangat kes yang menarik sepanjang keberadaan aku disini, yang tak pernah aku lihat dengan 4 mata.. banyak! Antaranya kes congenital colour vision deficiency. Dari dulu lagi aku teringin benar nak tahu cemana orang yang buta warna ni perceive warna yang dilihatnya. Alhamdulillah, Allah izinkan aku menanyakan sendiri dengan mereka.. "mereka" merujuk kepada 2 jejaka tampan yang berbeza yang dapat result isihara test hampir sama. Sorang berusia 21 dan sorang lagi berusia 23 tahun. Nasib baik depa ni datang pada hari yang berbeza. Kalau depa mari hari yang sama boleh aku buat sesi taaruf warna. Boleh aku dengar sendiri cemana dialog depa yang rabun warna ni. hehe. 


Yang sorang tu memang dia tahu dia ada masalah warna dari kecil.. sampai kesudah tak berani ambil lesen.. Sedih pulak kiter yang mendengar. Yang sorang lagi prasan dia ada masalah warna masa nak buat lesen. Beliau lulus lesen dengan dua kali percubaan. Aku try la ty tips cemana nak lulus kalau dah susah nak perceive warna.. dia kata senang je.. "Cuit je orang sebelah." cehhh. haha. bernas sungguh tipsnye. 

"Macam mana awak kenal warna.. contoh macam lampu isyarat ke.?"
"Saya kalau warna-warna basic macam biru,hijau,merah,kuning.. takde masalah. Kalau warna koko koko tu.. payoh ah nok kenal."

Ooo.. gitu eyh. Aku pun usik la dia.. saje nak test. haha. Sambil tunjuk satu gambar berwarna coklat.
"habis tu kalau yang ni, warna apa awak rasa..?"
"Hurm.. macam pink-pink sket-sket kan.."

*Kerut dahi* Bukan sebab jawapan yang diberikan salah.. tapi sebab ambil masa untuk resap ke minda. Finally, persoalan sudah terjawab. Begitu rupanya mereka ni perceive warna. Tanpa kita sedari kan.. kita sesedap tengok alam, menghayati warna warni persekitaran masih ada orang yang ditarik nikmat untuk melihat semua ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. 

"Maka nikmat mana lagi yang kamu dustakan?"-Ar-Rahman 36

Kes yang seterusnya, yang aku dah bagi intro mukodimah pada entry yang lalu.. mengenai aphakic. Aphakic adalah mata tanpa kanta. Selalunya aphakic ni terjadi disebabkan oleh cataract. Lepas pembedahan katarak, kantanya akan dibuang dan digantikan dengan kanta palsu atau dikenali sebagai IOL (Intraocular lens). Tapi untuk aphakic mereka, kanta mereka tidak digantikan antara salah satu sebab sebabnya adalah faktor kewangan. Sebab itu untuk patinet with aphakic cermin matanya tebaiii mengiloss. Macam ni... 


Aphakic lens with astigmatism before cut.

sudut sisi

Aphakic spect
Makcik ni datang balik kedai selepas seminggu complain kenapa nampak kabur, tak clear macam masa test dalam bilik haritu? Dekat telinga pun rasa pedih pedih skit. Rupa-rupanya temple (bingkai tepi) sedikit ketat.. sampaikan makcik tu tak selesa pakai. lepas dah dilonggarkan sedikit.. makcik tu kata..
"Eyh, terang dahhh. Baru nampak orang." 
Rupa rupanya frame tu ketat sedikit bahagian temple sehingga menyebabkan titik fokus makcik tu lari.. sebab itu makcik tu tak boleh nampak clear tambah pulak dengan power tinggi memang comfirm ketara sangat penurunan vision.


Kes yang ketiga.. ialah Iris Atrophy. Kes ni paling unik. Sampaikan mampu membuatkan aku genyeh mata berulang kali. Sesapa yang mengikuti intagram aku (@shahimarz) , mesti serabut tengok kes pelik pelik yang aku selalu update setiap hari. Maap. Memang sengaje.. hehe. Saja nak buka mata kawan kawan supaya ambil berat pasal mata sendiri. Bila tengok gambar penyakit mata pelik pelik baru rasa insaf nak jaga mata dengan lebih gigih! gittewww!


Iris atrophy... Customer with 3 anak mata???

Disebabkan kes ni paling unik.. dan paling panjang.. dan paling menarik.. aku postpone ke entry yang akan datang. Kes ni jugak membuatkan optom aku terpaksa bukak balik buku rujukan sebabkan penyakit ini sangat sangat rare! Next entry aku citaaa.. insyaAllah! :))

Wajah gigih berpraktikal. konon! 

Sekian, 

3 comments:

Anonymous said...

Kak, lecturer mengajar fully in english ke? Atau ramai je lecturer yang cakap melayu? Muet band 2 boleh amik optometri tak?

Anonymous said...

Presentation banyak kena cakap dlm inggeris or melayu?

Gadis Berkaca Mata said...

lecturer pnye slide mmg fully english. InsyaAllah boleh. adik cubalah mintak dulu.

yes. present in english. kalau skit2 malay boleh je kalau lecturer tu kalau nak explain biar lagi jelas. tapi 80% kene english.