Dulu aku tak faham sangat istilah kawan baik. Kawan baik tu ape eyh? Baik yang macam mana eyh? Macam kongsi kongsi makan sesame ke? Lepak sesame ke? ke.. kawan yang sekelas dengan kita tu yang dikatakan kawan baik? hurm... KOMPIUSS~
Kalau benarlah itu kawan baik. Ternyata memang ramai kawan baik aku sebenarnya. Macam retisss ko. haha. Watlek watpiss. Tadi tengah tengah aku makan saje je la bawak pinggan dekat ruang tamu, eyh.. tetiba tertekan punat 'On' Tv, tetiba yang tersiar pula siaran islamic berkenaan isu taubat. hurm. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk aku melaghokan diri sambil dipayungi malaikat.. 'amal aku dah la tak seberape nak cantik kalau alih siaran lagi ternyata berkurang rasanya cantik itu.' Allahu.
Kisah mengenai bagaimana orang yang beratus kali bermaksiat tetiba Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat. Walaupun aku dah pernah dengar kisah sebegini, tetap setia mendengar cerita yang disampaikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. *ecehhh. Aura penceramah yang tegas dan berhemah... telinga dan mata setia menadah ilmu.
Aku suka bahagian pengakhiran pengajaran cerita yang disampaikan. Kata ustaz, apa yang penting bagi orang yang mahu bertaubat adalah pemilihan rakan yang betul. Contoh kalau dia seorang perokok tetiba suatu hari Allah bukakan hati dia untuk berhenti merokok, Alhamdulillah 2 hari bertahan tanpa rokok. tuptup esokkan lepak rumah kawan baik, Ali namanya.. Tengok Ali isap rokok sambil minum teh.. Terliur dia tengok.. esokkan tu terus cancel taubat semalam. Nauzubillah.
Rakan yang baik ibarat seperti seorang penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi beliau. Tapi kalau kita hari hari keluar bersamanya mesti sedikit sebanyak melekat bau harumnya pada diri kita. Rakan yang tidak baik ibarat seperti seorang peneri besi. Walaupun kita tidak terkena percikan api daripada hasil terian tersebut. Tapi tetap sedikit sebanyak bau asap itu melekap pada kita.
Tetibe terfikir sejenak.. aku rasa betul la apa yang ustaz cakap. Tanpa sedar, orang orang disekeliling aku sekarang yang banyak memberi inspirasi untuk aku belajar mengenal Tuhan secara lebih dekat. Memang mereka tak banyak bercerita, aku pula jenis yang tak banyak bertanya.. cukup dengan kehadiran mereka, berbual dengan mereka, makan semeja dengan mereka, layanan mereka.. mampu memberi impak akan kehadiran iman pada hati yang kosong.
![]() |
Majlis akikah anak angkat mama mama GR. Harraz Furqan. :)) |
Sahabat itu ibarat pilih frame. Semua nampak cantik.. tapi tak semua cantik dengan kau. Kau silap pilih, boleh jadi kau kelihatan jelik dengannya. - GBM
Sebab itu dalam pemilihan frame perlu ada kriteria yang perlu kita patuhi.
1- Bentuk muka
2- Warna kulit
3- Saiz kelebaran muka
Kalau anda ke kedai spect, tanya pendapat optom itu yang terpenting. Kalau mereka kata anda tidak sesuai dengan frame tersebut, mesti ada sebab-sebabnya. Prinsip kami "kualiti first, money no.2."
Kalau tak tahu, TANYA. Optom tak makan orang. :))

p/s: Sama macam dalam berkawan, kalau kau rasa akhlak tak berapa nak cantik, cari kawan yang akhlaknya lagi osem daripada kau. :))
Sekian,
No comments:
Post a Comment