Pages

Tuesday 15 April 2014

Sensitif dengan Contact Lens

Kalau yang mengikuti blog GBM sejak awal kemunculan dulu mesti tahu alkisah kenapa aku fobia dengan contact lens. Kalau yang tak tahu boleh usha entry ini. Kisah dizaman semester 1. Tak tahu satu apa pun lagi masa ni. Minda baru nak capture suasana baru.. alam universiti yang penuh gah. *eceh!


Sejak peristiwa tu aku macam tak pandang langsung dah contact lens. Segala perkaitan mengenai contact lens dijeling sebelah mata je sambil buat buat tak nampak. Hebat pinangan fobia ni. Tapi kalau dah namanya pelajar degree jurusan optometri pecut selaju 120km/jam skalipun tetap kena buat pusingan u juga. Ibarat budak lelaki kelas korang yang korang benci, sehebat mana benci korang, sekeji mana kutukan yang korang lemparkan pada dia..kalau Allah dah kata kunfayakun.. ke jinjang pelamin jugak. hahaha. *hebat perkaitan contact lens yer, sampai boleh ke jinjang pelamin. haha. 


Panas yang disangka sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah malam. Semester 4 dan semester 5 salah satu core subject is Contact Lens I dan Contact Lens II. Yang jadi mengelabah bila first time masuk lab Contact Lens I lecturer cakap, "semua wajib rasa macam mana insert contact lens dekat mata sendiri." Setiap lab akan dipecahkan menjadi beberapa kumpulan kecil, satu kumpulan 2 orang. Bila partner yang sorang tu jadi insertion, sorang lagi akan jadi sukarelawan bagi mengorbankan matanya untuk ditekupkan contact lens pada mata beliau. Yang tak seronok bila lecturer cakap, "Lepas tu tukar sebaliknya." Nak tak nak masing masing kena juga berkorban mata walau menangis airmata darah sekalipun... T_T



Mula-mula tu berair juga mata dibuatnya, lama-lama dah boleh adapt. Itu sebab orang yang pakaikan, kalau sendiri yang pakai, sendiri yang buka.. itu tak tahulah makan masa lama mana. Mahu 2 jam habis lab tak dapat insert lagi. Untuk soft contact lens tak jadi masalah untuk adaptation, tapi untuk hard contact lens (RGP lens) makan masa juga lah nak bagi air mata stable balik. Untuk RGP lens aku pernah update experience first pakai disini


Masa kakak aku kahwin tahun lepas aku pilih untuk cuba pakai sendiri contact lens. So far so good. Cuma kalau dalam aircond agak bermasalah, eyestrain. Kena ada spare artificial tears untuk moistkan eye surface. Sebab aku ada masalah dry eye. Dulu kritikal gak aaa. sekarang Alhamdulillah makin elok.


Semua berminyak. Main dapur pastu duk atas pelamin. Memang la kan. 

Ada yang bertanya solution contact lens apa yang GBM guna. Brand apa? Owh untuk solution contact lens kami memang galakan untuk guna 2 jenis solution. MPS dan Normal Saline. MPS kita guna untuk clean, and storage. Normal Saline kita guna untuk Rinse before insert contact lens ke dalam mata.

MultiPurpose solution (MPS)

Normal Saline


Ramai dalam kalangan pengguna contact lens hanya menggunakan satu jenis sahaja contact lens. Tak payah cari contoh lain, tengok orang terdekat which is my kakak. Yang peliknye yang sorang tu guna MPS sahaja. Yang sorang lagi guna Normal Saline sahaja. Macam gaduh pulop. Hasyh! 
Apa kesannya kalau pakai satu jenis solution je, incik GBM? Bahaya sangat ke?

Hurm.. nak kat "sangat" tu takde la kalau korang tak daily wear. Kalau bahaya tu memang bahaya. Ok. Let me give u, satu contoh yang mudah untuk semua faham. Anggap korang mahu makan nasi dalam pinggan. Mana yang korang pilih. Makan nasi dalam pinggan yang dibasuh dengan sabun tapi tak dibilas dengan air paip dengan sempurna, baki buih buih sabun masih tersisa. Ataupun makan nasi dalam pinggan yang hanya dibilas dengan air paip tapi tak bersabun... sambil baki sisa sisa minyak dan segala sisa sisa orang yang makan sebelum itu masih melekat elok pada pinggan tersebut? Ok. Anda ada 10 saat untuk berfikir. 


Kalau tanya aku. Comfirm dua dua aku reject. Rela makan nasi lemak dalam surat kabar lagi. hihi. Thats my point. 
Pinggan=Contact Lens. 
Sabun   =Multipurpose solution.
Air        =Normal Saline.

MPS tugas dia untuk bertindak sebagai sabun pencuci untuk menanggalkan segala deposit dan habuk habuk yang melekap pada contact lens. Dan Normal Saline bertindak sebagai pembilas bagi meneutralkan kembali contact lens yang telah dicuci dengan MPS sebelum dipakai ke mata. Bagi mengelakkan mata yang sensitif dan mengalami rasa pedih yang kurang menyenangkan. :))


Kerana nilai sebuah penglihatan itu, bukan seringgit dua.. Ianya merupakan sebuah pinjaman yang tidak ternilai daripada DIA. 


Sekian. 

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Kebanyakkan lecturer optometry mengajar dalam english or malay? Macam mane pulak dengan presentation? Dalam english ke? Banyak x presentation kena buat? Heee sorry banyak tanye :)