Pages

Tuesday 8 July 2014

Kisah Semester 6

Alhamdulillah. 

Selesai lagi satu semester. Semester yang paling mencabar dalam kalangan semester yang lain. Semester yang banyak bermain dengan emosi, fizikal dan mental. Allahuakhbar. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia kita dikembalikan. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan sesungguhnya bukan untuk melemahkan hambanya. tidak. Tapi untuk menguatkan sang iman yang bertakhta dalam diri setiap insan. Selama mana Dia masih cintakan hambaNya, selama itu ujian itu diturunkan. Alhamdulillah, diri mula belajar mengenali tentang ertinya terima dan apa ertinya qadaq dan qadr. Al-Fatihah buat insan special di alam special. Nur Hidayah NorSham. (Antara entry yang pernah bercerita tentang specialnya beliau..: )

Entry : Catatan terakhir bersama dia... 
Entry : Memori yang membisukan 
Entry : Dalam teguran ada manisnya 
Entry : Putrajaya.. nice memory to remember

Semester kali ni pelajar tahun tiga optometry sudah dibenarkan sentuh real patient. Dah boleh check, diagnose and give correct management according to patient's symptoms and clinical findings with the supervisor from the expert. Mula mula tu ketar juga la.. nak handle patient yang entah sesape.. tak kenal pun. Kalau nasib baik ada la patient yang daftar untuk full eye examination, kalau tak bernasib baik kitorang kenalah merayau satu U untuk menarik pelajar pelajar mahupun staff yang berkelapangan untuk check mata bersama kami. Tapi selalunye banyak yang tak bernasib baik daripada yang nasib baik. Huhu. Tetibe terasa pentingnya ilmu counseling yang dipelajari semester lalu. Boleh diapply untuk mengpsikologi kan masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan mata ni. Barulah berduyung duyung yang buat appoinment bersama kami. hehe. 


Mesti korang pelik kenapa sampai perlu merayau satu U? Ye la kami masih berstatus pelajar masih banyak yang kurangnya dan ni salah satu cara untuk memantapkan skill kami dari situ kami akan dinilai oleh supervisor tahap permantapan skill kami dalam menghandle pesakit. Yang kemudiannya kami perlu isi kehadiran dan case setiap pesakit yang telah dicheck kedalam log book. Logbook itu juga akan dinilai oleh lecturer. Makin ramai patient, makin mantap skill, makin luas pengetahuan mengenai disease-disease yang common happen dalam masyarakat. 


Alhamdulillah, waktu waktu menjelang pengakiran sem ramai rakan rakan yang berminat mahu menjalani pemeriksaan mata bersama kami. Ngam ngam full satu log book saat saat akhir. Lega! Aku paling suka clinic contact lens compare with others clinic. Hehe. Sebab suka tengok reaksi setiap patient bila mata depa dimasukkan contact lens. Ada yang berlagak macho, hebat giler sekali masuk boleh terus adapt walaupun first time pakai. Ada yang mata jenis sensitif, baru je buka mata nak masukkan contact lens terus tertutup. Dan macam macam lagi la. hehe. 


Clinic pediatric pun best jugak. Main dengan budak budak. Kitorang kene approach memana mak bapak yang ada anak kecil untuk dijadikan patient untuk clinic pediatric. Kitorang approach la seorang akak ni, terjumpa dekat mart sambil pimpin anak dia. Sekali rupanya dia tu wife kepada ustaz yang merupakan imam surau kat situ. Nama anak dia Anis. Punyalah passive si Anis ni sampai kitorang buntu nak buat apa memula asyik berpelukkan dengan mak dia je. Haiihhh tak leh jadi ni. Aku pergi ambil patung rabbit atas meja tu main mainkan depan dia. Barulah laju je dia ikut masuk kedalam bilik. Haha. Anis baru berusia 3 tahun taksilap. Time nak buat ujian warna tu ok je dia, nampak seronok semacam. Buat ujian penglihatan jarak jauh pun ok. masih lagi ceria. Sekali kitorang nak buat refraksi nak tahu power mata dia berapa, laju je dia lari dekat mak dia. Aduh. Buntu lagi kami. Lecturer geleng kepala tengok kami. 
"Nak buat macam mana madam, kitorang takde anak sendiri lagi. Eyh?" haha. 

Ujian penglihatan jarak dekat. 




At last kitorang tahu cemana nak tackle ini budak. Keturunan aku jugak Anis ni. Suke bergambor. Haha. Bila tunjuk hanfon nak tangkap gambar baru happy suka nampak gigi sambil tangan tunjuk lambang peace. Anis, Anis.. haha. Haritu masa majlis bacaan yassin terjumpa Anis dekat surau..

"Anis, ingat kakak lagi tak?"
"Ermm.. kakak yang kasi patung dekat anis kan?"
"Hahh.. betul! Ingat lagi eyh." 
"hehe.."
"Anis nak cek mata ngan kakak lagi tak?"
"Nak! nanti kakak ajak main mainan skali kan.. kakak kasi cokelat banyak."
"Ok. Boleh. Nanti ajak mak ayah suruh bawak Anis cek mata dengan kakak lagi tau!"
"Ok. Kakak nama apa?" sambil senyum senyum. 
"Kakak nama kakak mata. Hahak." *gelak nakal. 


Selain tu untuk clinic pemeriksaan mata secara menyeluruh pun ada. Yang ni paling penting sekali untuk di masterkan. Kemahiran asas yang perlu ada dalam setiap yang bergelar optometrist. Antara kes kes yang paling menerujakan kitorang untuk clinic ni adalah case patient yang ada masalah rabun warna, silau yang tinggi, dan rabun tua. Rabun warna sem ni kitorang jumpa 3orang. Tiga tiga failed untuk ishihara test. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Nasib baik masa praktikal dekat sanadi ituhari pernah dapat patient colour vision problem, boleh la apply dekat sini. Fuh, selamat boleh jawab soalan daripada supervisor.Yang paling rasa paling mencabar bila cek mata patient high astig. Dah la high astig punyala susah nak bagi dia adapt dengan power yang dah disemak oleh supervisor, dia boleh kasi kami soalan yang agak mencabar. Nasib baik kami profesional walaupun nervous mengalahkan orang nak melafaz akad. haha. 

My happy-go-lucky clinic partner

Meet my clinic partner for semester 6. Athirah. Famous with kak tira. Kak tira lagi tua 2 tahun. Sebab dia daripada diploma nursing, sambung ambil degree optometry. Kak tira expert dalam greeting and taking case history from patient. Aku macam pemalu la skit-skit. Skit jela. Kalau patient laki selalunya aku bagi kak tira buat. Patient perempuan aku buat. Selalunya kalau kak tira buat case history, aku akan ambil alih entrance test, dan untuk refraksi power mata, aku cek sebelah mata kak tira cek sebelah lagi. Apa yang aku suka tentang kak tira is her face. Always with smiling face. Masuk clinic tak pernah stress-stress walaupun ketiadaan patient. Walaupun logbook tak bersiap. Senyum je. Watlek watpiss. mungkin ini rahsia beliau dapat handle patient dengan jayanya! Alaaa.. tapi sem depan dah kena tukar group. Tak boleh nak berdua bersama lagi. Sob sob sob. Kenapa ini semua harus berlaku... Sedangkan ini semua bukan salahku.. lalalala... *eceh. nyanyi plak. 


Sem depan kena handle clinic sorang sorang pulak. Ye la sem depan dah jadi super senior. Final year dah. Tak leh nak main main dah. Tak leh kalau tak suka nak pass pass bagi orang lain buat. haha. Semua kena independent. Hospital posting dah tak main dah setengah hari ni. Langsung tiga hari. Pengsan. Pengsan sebab pikirkan transport. Mana nak cekau kereta. Mana nak cekau driver nak hantar kesana kemari. Tetibe rasa nak kawen dengan mana mana driver teksi. Senang nak gi ulang alik memana. Free of charge. Jimat duit biasiswa. haha. 


Suasana sekitar pemeriksaan mata didalam bas bergerak optometry UiTM: 


Pamplet dan poster. senjata setiap kali
Primary Optometry Clinic External.



One of the patient doing one of colour vision test, D15 Hues.
yang ni versi Internal Clinic. 


Cuti semester sepanjang dua bulan plus plus ni, InsyaAllah akan dipenuhi dengan jadual berpraktikal. Kalau semester lepas di kedai spect, kali ini berpraktikal di hospital tanah air tercinta pulak. Nervousnye jangan cakap. Macam nak tercampak keluar jantung. Dengar dengar senior optom disana garang garang. Tapi takpe. Wat lek watpiss. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi hati manusia. Bukan selalunya nak garang. Allah Maha Memutar balikkan hati seseorang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan praktikal kita semua satu batch. Yeayhhh. Semangat-semangat!


*Semangat la sangat sampai peribahasa pun merapu rapu. Jari dah tunjuk isyarat mata perlukan rehat. 

Assalamualaikum. dan selamat bersahur. dan selamat menunaikan ibadah puasa. :))

Sekian, 

No comments: