Pages

Tuesday 6 January 2015

Hadiah

Hadiah bagi seorang emak, melihat anak menjadi soleh/solehah.
Hadiah bagi seorang guru, melihat anak didiknya berjaya.
Hadiah bagi seorang rakan, susah senang sentiasa bersama.


Banyak lagi definasi hadiah sebenarnya. Tapi kebanyakan lebih kearah materialistic. Contohnya, kawan bagi hadiah frame comel. Kawan kasi tudung bidang 60. Kawan bagi jersey segak. Kawan kasi handsock. Kawan bagi mug comel. Kawan bagi pendrive. Kawan bagi hadiah powerbank. Kawan bagi shawl cantik. Kawan bagi arnab cute. MasyaAllah banyak ye kawan kamu kasi hadiah. haha.


Tak kurang juga orang yang mendefinasikan orang yang memberi hadiah ini romantik. Ye la, dalam banyak banyak hal ingat juga pada kita yang imannya serba daif. Padahal banyak benda je pun yang boleh dibuat dengan duit selain nak beli hadiah untuk kita. Penting sangatkah hadiah ni eh? Kalau tak dapat hadiah tak boleh hidup eh?


Amboi. takdela sampai tak boleh hidup. over benor. haha. Tapi bagi aku penting. Sangat penting sebagai peranan mengeratkan ukhwah. sebab itu dalam usrah selalu ada sesi pertukaran hadiah setiap semester. Tapi semester ini takde sesi hadiah. Join usrah sudah jarang sekali. Setiap kali usrah mesti ada komitment lain. Clinic lah, hospital posting lah. Patutla diri ni macam serabut semacam. Skit skit sentap bila banyak kerja. lagi lagi musim exam. berganda sentap.


Konsep hadiah ni umpama kau tanam pokok, dan hadiah ni bertindak sebagai baja. Eh, tapi pokok takde baja boleh hidup je...tu ce tengok pokok dekat hutan tu membesar dengan megahnya tanpa sebarang baja, kan? Ye. memang pokok boleh hidup tapi secara tidak terkawal, bukan? Dahan terpacak sana sini yang boleh membahayakan orang sekeliling. Cuba lihat pokok yang ditanam, disiram dan dibaja, sentiasa dalam jagaan. Tumbuhnya pun subur dan cantik, bukan?


Tak percaya? cuba kau tengok antara hadiah hadiah yang kau penah dapat. Ada tak setiap kali kau tengok hadiah berkenaan kau terpandang kawan kau? mesti ada kan... jangan nak tipu. dan betul tak aku katakan disini antara orang yang korang rapat adalah orang yang sentiasa ingat birthday korang, orang yang selalu tak lupa bagi hadiah kat korang tanpa korang mention pun, "Weh, kau tak rasa hari ni macam special sikit ke?" Pastu kawan korang buat muka berkerut buat buat tak paham. haha.


Terharu. sebab itu kalau aku kaya kalau aku kaya. Aku belikan semua hadiah yang bermanfaat untuk semua kawan kawan aku. biar dia sentiasa ingat aku. Walaupun satu saat aku dah tiada dimuka bumi, masih punya sesuatu yang boleh membuatkan dia meningatiku, dan aku peroleh saham daripada itu. Kalau dulu, aku suka bagi buku nota yang comel comel pada kawan, so that dia dapat guna dan tulis sesuatu yang bermanfaat untuk dia. Point pahala disitu.


Aku dapat tips beli hadiah ini melalui ustazah/ustaz namanya aku lupa. maaf. insan biasa byk yang tak sempurna. Kata mereka nak bagi hadiah kena genius. Cari sesuatu yang si dia suka, dalam masa yang sama hadiah tersebut boleh mendatangkan pahala berterusan untuk kita. Contoh mudah, kawan suka pakai shawl, dan kawan baik suka warna biru. Hadiahkan dia shawl biru. As long as dia pakai shawl tu, pahala tu masih tersisa untuk kita.


Oh ya. ada lagi satu hadiah yang lebih romantik. Yang kita boleh kasi secara percuma, yang boleh menyentuh hati penerima, yang paling disukai DIA. iaitu DOA. senjata mukmin yang paling tajam. jangan pernah lupakan. Petua kalau nak jadi anak soleh/solehah walaupun sudah kematian kedua orang ibu bapa... petua nak jadi sahabat yang baik.. DOA.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS. Al Baqarah: 186)

Terima kasih buat semua yang tak pernah jemu memberi hadiah buat diri ini saban tahun, baik dari segi materialistic mahupun secara rahsialistic. Terutama orang orang yang sentiasa memberi hadiah secara misteri buat diri ini sampailah berjaya bergelar pelajar tahun akhir optometri iaitu insan special yang berada di terengganu, mak dan ayah. Terima kasih buat blogger VIP dia sorang yang tak pernah miss bagi hadiah dekat aku sepanjang duduk UiTM ni. sebab tu dia jadi antara yang terapat dengan aku daripada sem 1 sampailah dah tua bangka nak masuk sem8 dah pun. haha.

keep calm and wishing hapy 2015. haha

*Motif tulis entry ini bukan lah sebagai klu birthday aku dah sampai ke waktunya ke apa. tak ye. bukan. Lambat lagi. Aku tak rela birthday aku cepat cepat. Nampak benar aku makin tua. haha. pesen tak terima hakikat diri makin lama makin tua kubur makin lama makin kuat melambai lambai ucap selamat datang. Entry ni sebagai tips buat seorang kawan yang meminta tips dalam mencari hadiah. moga beliau mendapat ilham dalam mencari hadiah yang dia inginkan. All the best. =))

Aku pun pernah gak ah fefeling nak romantik dengan diri sendiri masa latihan industri II tu hari. Buat spect untuk diri sendiri. Dari awal sampai akhir semua aku buat. Kembang lobang hidung tak yah cakap ah bila dapat "wishing card" tertulis catatan power mata diri sendiri. haha. Kembang kes bangga terlajak. boleh pulak dah berpuluh buat spect dekat orang sampai turn nak buat spect sendiri jadi gelabah semacam. Panik tak tentu arah. haha. Dan tadaaa.. hasilnya...

spect ke-enam. Dari GBM untuk GBM. 


p/s: ala sem depan habis bulan 6, sian blogger VIP takleh kasi kat kite hadiah dah lah lepas ni. memasing dah balik kampung memasing dah nanti. sobsobsob. =p


Sekian,

3 comments:

Nurfatin Atikah said...

thanks GBM for mentioning my blog, hehe.. insya Allah, tahun ni punya hadiah, klu jadi ke Terengganu, bagi hadiah 2 in 1, klu x, iolls poskan ke rumah je la eh, insya Allah.. :)

Gadis berkaca mata said...

@fatin. yeayyyyy. dapat hadiah lagi. haha. amboii, xhabis2 cecita dye ni nk ke ganu. haha

Sham said...

Salam kenal sis...singgah sni n terus folow...

Betul skali sis doa tu senjata kita sbg org islam kan..