Pages

Wednesday 18 February 2015

Kunci

Sebut pasal kunci ni memang aku jenis yang sangat hati hati. Masa dekat matrik kemana sahaja pasti aku bawak kunci bilik. Walhal nak masuk toilet pun! Siap ikat pada tali dan gantung pada leher sekali dengan matrik card. Alhamdulillah tak pernah ada kes tertinggal kunci dalam bilik.

 Tapi terlalu berhati hati boleh makan diri jugak!


Semalam buat pertama kali nya. Me and my roomate stuck! Kunci tertinggal dalam bilik. Semue salah aku. Confident terlebih. Lain bilik yang duduk, lain kunci yang dibawa. Aku pegang dua kunci bilik. Sebenarnya bilik aku level 9 yapi disebabkan terlalu "rajin" hendak mengangkut barang daripada tngkat 3 ke tingkat 9, aku tinggal je dekat tingkat 3 bersama coursemate aku. Malam tu sesaje je la kami nak ziarah bilik asal kami di level 9 maklum la besok nak balik kampung dah. Aku pun dengan confident level paling maxima menggenggam sebijik kunci lantas menekan tombol pintu untuk mengunci bilik level 3.


Dah lock baru aku prasan. Alamakkkkk. Tadi aku rasa aku pegang kunci bilik lain..... means that... Kunci bilik ni tertinggal dalam bilik! Macam mana ni!!! Gabra tak payah cakap. Dah lah malam. Dengan lengkap berbaju tidur tak bawak handset. Cuakknya tahap maxima.


"Fatin mungkinkah ini karma untuk kita sebab tidur bilik lain."
"Mungkin kot... malam last ni dia nak suruh kita tidur bilik asal kot."


Aku nervous jugak la nak menceritakan dekat felo blok pasal kejadian ni. Sebab rata rata mengatakan felo blok kami garang. Tapiiii...
bila dah jumpa.. alhamdulillah... baik rupenye.

Tanpa banyak soal. terus dikasinya master key dengan pesanan...

"Nanti dah buka bilik, hantar kunci ni secepat yang mungkin ye."

"Baik puan. Terima kasih!"


Alhamdulillah, semuanya selamat. Kami pun dah selamat dah pulang ke kampung halaman sempena CNY.


Betul la kata orang....
"Tak kenal maka tak cinta."

Bila dah jumpa 4 mata dengan felo blok. Baik je orangnya. :))


Sebut pasal istilah tak kenal maka tak cinta. teringin pulak nak berkongsi sebuah cerita. Tapi bukan harilah. Harini mood bersantai santai. Maklumlah baru first day di terengganu.

Mungkin besok kalau aku rajin. Hehe.


Sekian,

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

alhamdulillah, masalah selesai dgn mudah :)