Pages

Sunday, 29 October 2017

Alhamdulillah| Kelahiran sulung GBM

Alhamdulillah..

Hampir setahun tak membuka laptop. Laptop pun dah macam tak nampak rupa laptop. Debu seinci tebalnya. Tiba tiba terdetik rasa rindu nak menaip. Actually yang ni pun bukan laptop sendiri pun, pakai laptop suami jugak. Kes laptop sendiri berhabuk malas nak lap. muahaha. 


Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan bergelar ibu. Alhamdulillah kelahiran puteri sulung GBM yang diberi nama Hana Sorfina selamat dilahirkan pada tanggal 1 June 2017. Tarikh dimana aku plan nak balik ke terengganu untuk melahirkan Hana tarikh itu juga Allah pilih untuk Hana keluar melihat dunia. Kalau di ikutkan tarikh due Hana sepatutnya 16 june 2017, so aku dengan suami plan nak balik terengganu 1 June. Untuk makluman GBM sekarang menetap diPerlis dan berkerja sebagai OPTOMETRIST sepenuh masa di salah sebuah premis optikal di bandar Kangar. 

Hana Sorfina first day of life. :)
Kita hanya mampu merancang tapi DIA sebaik baik perancang. 30 may tu waktu bangun sahur jam 5am seperti biasa aku ke toilet untuk mencuci muka dan membuang apa yang perlu. Tapi saat itu aku merasakan ada cecair yang mengalir. Bila diteliti rupa rupanya darah. Aku dengar gementar terus kejutkan suami. Waktu itu takde rasa sebarang sakit pun hanya keluar tanda darah sahaja. Lepas siap siap sahur aku bersiap pergi Hospital Kangar bahagian ward ibu dan anak. Doktor tahan masuk ward sebab air ketuban aku waktu tu kurang daripada normal. 


Pagi tu jugak aku call mak ayah dekat Terengganu cakap doktor tahan ward sebab air ketuban kurang. Mak dengan ayah pun pagi tu jugak berangkat ke Perlis bawak semua kelengkapan nak sambut bayi. Semua kelengkapan bayi aku dah beli tapi semua tinggal di terengganu sebab dah plan nak balik berpantang disana. Menurut maklumat doktor air ketuban dah berkurangan tapi bukaan masih tak bukak. Kalau dalam masa 24jam tak bukak doktor akan induce masukkan ubat dari bawah untuk bantu bukaan tersebut. 


Aku pun teringat dialog aku dengan customer aku yang merupakan staff nurse di hospital tersebut. 

"Kak tahu ke ward bersalin dekat mana?"

"Oh, dekat bangunan baru tu. Nama dia blok B. Adik berapa bulan dah ni?"

"Dah 8bulan lebih dah. Nanti saya nak ajak suami tengok tengok lah. Takot emergency terberanak dekat sini. Tapi kalau boleh saya nak sangat sangat beranak dekat terengganu. Nak berpantang dekat sana."

"Isyk. tak boleh cakap macam tu. Tak elok. Nanti kalau dah ditakdirkan Allah beranak dekat sini kan baby taknak keluar."

"Astaghfirullahalazim.. taknak kak. kalau boleh nak bersalin mudah semuanya selamat."

"Ye adik. Sebaik baiknya mintak dipermudahkan bersalin dengan Allah."


Ya Allah. Terus aku istighfar banyak banyak menyesali kata kata aku tempoh hari. Keesokkan harinya aku kena induce. Waktu masukkan ubat tu tak sakit pun. Tapi effect dia lepas beberapa jam tu hanya Tuhan saja yang tahu. Sakitnya azab sampai nak berjalan pergi toilet pun kena pimpin. Doctor kata lepas masukkan ubat induce ini kalau masih tiada bukaan doctor akan masukkan ubat induce ke-2. Tapi kalau masih jugak tiada bukaan jalan terakhir adalah ceaser. 

Dalam hati aku dah berdoa sungguh sungguh taknak induce lagi dah. Taknak jugak ceaser. Sakit. Betullah orang cakap waktu tengah mengandung doa yang baik baik. Sebab kita tak tahu apa nak jadi diwaktu mendatang. Malam tu aku dah sakit sangat sangat. Aku pun call suami cakap sakittt sangat tak tahan dah ni. Lepas tu suami aku ketuk pintu ward cakap dekat guard suh tengok tengokkan katil aku. Sebab orang lelaki tak boleh masuk ward bukan waktu melawat. 
Guard tu cakap... "kalau sakit sangat tekan loceng dekat sebelah ni saya letak atas katil awak ni. kejap lagi doktor datang."
Cucu perempuan sulung Tokki belah Terengganu. 

Cek jalan baru bukak 2cm malam tu. Tapi sakit dia Wallahi macam dah tak nampak masa depan. Gelap. Malam tu aku memang tak boleh tidur sebab sakit sangat. Aku amek wuduk baca surah Maryam baru boleh tidur. Tapi kejap kejap terjaga. Jam 2am macam tu aku rasa sakit teramat dah bahagian pinggang belakang, nak bangun bukan main sakit. Waktu siang tu aku dah mintak maaf dekat semua dah. Mak ayah, umi ayah dan semua sebab aku dah rasa sakit sangat macam nak tercabut nyawa dah. Aku tekan loceng yang guard tu letak atas katil aku tadi tu. Doktor pun check jalan bukaan dah terbukak 4cm dah boleh masuk labour room dah. Tapi sebelum masuk labour room doktor suruh makan dan pergi ke tandas dahulu. Sebab nanti bila dah masuk labour room memang tak boleh nak makan dah.


Aku sempat makan kurma Ajwa 3 bijik, dan air susu sekotak tu pun keluar balik. MUNTAHHHH. penuh katil aku dengan muntah sebelum masuk labour room tu. Aku pun tekan loceng lagi sekali nak bagitahu nurse aku muntahhh dan aku nak sangatt suami aku ada waktu tu. Nurse pun cakap boleh panggil masuk suami untuk tolong awak bersiap masuk labour room. Suami aku tidur dekat surau hospital 2malam dah tunggu masa saja nak masuk labour room. Masa dalam labour room suami boleh teman isteri. 

Masa aku dalam labour room tu jam 3.30am. Aku ingat lagi sebab aku sempat toleh jam dalam labour room tu. Dalam labour room wajib ada jam sebab nak kenal pasti waktu kelahiran setiap bayi. Besar jam dia. Aku yang rabun tak pakai spect waktu tu boleh nampak jam lagi. Waktu dekat labour room tu memang sunyi. Waktu tu hanya ada aku sorang yang menghuni bilik labour room. Bilik labour room yang lain semua kosong. 

"Nurse, sakitttttt sangat niii. Takda ubat ke nak kurangkan sakit ni. tak tahannn."

"Takde ubat dik. Sakit bersalin semua macam ni. Adik istighfar banyak banyak ya. Adik baca LAILLAHAILAANTA SUBHANAKAINNIKUNTUM MINNALZHOLIMIN."

"Nurse, wire-wire ni tak boleh cabut dulu ke?"

"Takboleh adik. wire wire ni untuk monitor pergerakan bayi."


Kalini memang kerap contraction tu datang. Aku rasa setiap minit contraction tu datang. Tiap kali contraction tu, setiap tu aku menggelupur atas katil tu sambil tarik tangan suami. Sebab ada wire wire dekat perut yang nak pantau pergerakan dan jantung bayi tu agak mengganggu aku nak berpusing ke kiri dan kanan. Sebab tu aku mintak cabut. Manaku tahu wire tu untuk apa. haha

"Abg, sakiiittttttttttt." sampai mengalir airmata takyah cakap la. berpeluh peluh. Walaupun dalam tu ada aircond. 

Bidan nurse yang rawat aku tu kesian tengok aku dia bagi ubat sedut untuk bagi kurang sikit sakit contraction. Aku pun tak pasti ubat apa. Apa yang aku pasti setiap kali contraction datang aku sedut ubat tu sedalam dalamnya. Sampai khayal aku jadinya. haha. 

Nurse tu cakap dekat suami suruh keluar pergi bersahur dulu. Takot terlepas waktu subuh. Tapi aku sayang nak lepas.

"Abg, jangan makan lama sangat sakit nii."

"ye. lepas abg makan abg terus datang sini."

Bidan nurse yang baik hati tu dengan sukarela ganti tempat suami aku kejap sementara suami aku keluar bersahur diluar bilik bersalin tu. Aku tak kira dah sapa. Waktu contraction datang dengan baju baju nurse tu aku tarik. Kesian nurse tu.

Nurse pesan jangan kerap sangat guna ubat tu nanti takot tak sedar bayi nak keluar sebab tak rasa. Tapi aku tetap sedut jugak. Lepas sejam bidan nurse tersebut check jalan tengok bukaan dah 10cm. Nurse cakap okay dah boleh start teran dah.

"Tapi saya tak pandai nak teran boleh ajar tak?"

"Anak sulung ke?"

"Aah."


"Kaki dan punggung kena jejak katil. Punggung jangan angkat sewaktu meneran."

"Boleh nurse tolong pegangkan lutut saya tak takot tak sedar terangkat punggung. Takot."

Sekali teran nampak jambul Hana. Nak keluarkan kepala hana sahaja ambil banyak kali teran jugak sebab tak berdaya. Peluh usahkan dikira rasa boleh perah tudung tu. Waktu dalam labour room tu aku pakai tudung bawal tapi aku mintak suami aku bukakkan pin sebab memang sesak sangat. Tudung instan aku ada tapi dah lencun kena muntah tadi dekat ward tu. Tu terpaksa sarung bawal.

Kanan: Hana sewaktu 8bulan dalam perut ibu.
Kiri: Hana first day melihat dunia. (Hidung tu sama!)


Alhamdulillah, tepat jam 5.33am Hana selamat dilahirkan dengan berat 2.84kg. Keluar je Hana riuh suara dia satu block labour room. Nurse letakkan Hana atas dada aku, sepanjang tempoh keluarkan uri dan jahitan dekat bawah aku tak rasa apa. Sebab aku duk ralit tengok Hana yang penuh kesyahduan. Suami pergi ambil wuduk untuk azankan Hana. Alhamdulillah. Semuanya selamat.

Hari ke-7 Tokayah perlis cukurkan kepala Hana. 


Lepas bersalin baru aku tahu, Mak ayah dan mak mertua aku datang awal bersahur diluar bilik labour room untuk menanti kelahiran cucu mereka. Ayah mertua dan adik ipar yang lain lain datang lepas selesai bersahur. Semua excited nak tengok Hana.

Full of happiness waiting outside the labour room. :))

Nanti Hana dah besar Hana tengoklah ni semua orang sayangkan Hana saat Hana belum dilahirkan lagi tau. Ibu ayah dah sememangnya sayangkan kamu sejak disahkan ada janin sedang membesar dalam perut ibu. ;)


Alhamdulillah, sekarang usia Hana dah menjangkau ke 5 bulan. Sekejap je ibu rasa masa berlalu. Bulan 12 dah boleh makan solid food dah. Happy lah Hana ni nanti. Kalau tak sebelum ni duk perhati orang makan je sampai meleleh leleh air liur dia. Semua yang menengoknya pasti tak sampai hati.. Nak share dengan hana tak boleh lagi. Usus dan perut hana belum matang lagi nak terima solid food buat sementara ni. Sabar ye sayang. 


Pengalaman bersalin pertama kali buat aku ni memberikan aku banyak pengajaran.


Pertama: Jaga tingkahlaku dan percakapan ketika sedang hamil. Sebab setiap kata itu doa. 
Kedua: Buat baik dengan semua orang seperti tiada lagi hari esok untuk kamu. 
Ketiga: Betullah orang cakap bersalin tu ibarat tengah berjuang dengan maut. Kasihi dan sayangi ibu kamu. Jangan sesekali sakiti beliau. Cukup sekali beliau "disakiti" saat melahirkan kamu. 
Keempat: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.


Terima kasih buat semua warga kerja Hospital Tunku Fauziah, Kangar bahagian Ward Ibu dan anak. Atas semua layanan yang baik sepanjang proses dari hari pertama aku dimasukkan ward sehingga Hana selamat dilahirkan. Staff nurse dan doktor semua baik baik. Terutama bidan nurse yang melayan aku yang banyak karenah dalam labour room tu. Siap tolong ajar meneran. I cant forget all your kindness. Thank you very much. 


Terima kasih juga buat semua family, saudara mara, dan rakan rakan yang mendoakan kami. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua. Terima kasih buat semua yang sudi baca celoteh panjang aku kali ni. Entry ni ditulis sebagai kenangan pertama aku merasa sendiri sakit bersalin. Nanti dah pregnat kali kedua boleh rujuk balik entry ni. Mana tahu kot kot terlupa macam mana rasa sakit bersalin tuuu. haha. Tapi aku rasa mana mungkin aku boleh lupa pengalaman sakit yang satu nii. Its too PRECIOUS!

HANA SORFINA.
"Rezeki tanpa kepayahan yang bersih."

Sekian,

Terima kasih. 

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

Congrats ibu Hana! Bilalah dapat jumpa ibu & Hana ni <3