1. Jujur.
Jujur dalam berkawan. Jujur ni bukan macam kawan kau ajak makan umah jemput kau makan bihun tapi tawar. Kau pun cakap dekat kawan kau. Bihun kau ni tak sedap. Tawar. Kalau macam ni perangai kau sampai bila bila kau tak akan ada kawan baik.
“Bihun kau ni sedap tapi kalau tambah garam sikit mesti lagi sedap.”
Kau nak jujur pun mesti lemah lembut dan beradab. InsyaAllah kau pergi jauh mana pun kawan kau tetap akan kenang kau sampai mati.
2. Saling tolong menolong tanpa mengharap balasan.
Ni bukan sahaja rule untuk berkawan, tapi tolong menolong ni merupakan fungsi sebenar seorang kawan. Kawan kau sakit tak dapat nak datang kerja minta tolong sampaikan pada bos. Ataupun kalau kau seorang doktor selalunya perlukan kawan untuk ganti dia kerja sewaktu dia cuti sakit.
3. Susah senang bersama
Kawan yang baik bila kau tersungkur jatuh tapi kawan kau tetap hulurkan tangan bagi ruang untuk kau berpaut. Cubit paha kanan paha kiri terasa. Kawan kau sakit, kau turut sama merasa kesedihan. Bukan depan dia je kau tunjuk kau baik. Belakang kawan kau kutuk cakap hari hari sakit hari hari aku kene ganti kau. Tak menyusahkan aku sehari tak boleh ke? Sangat sedih bila ada kawan yang macam ni.
4. Mengajak kearah kebaikan.
Bila kau nampak kawan kau salah. Kau cepat cepat betulkan. Bila kawan kau mengeluarkan kata kata kesat, kau cepat cepat betulkan dia. Bila kawan kau lalai dalam solat, kau cepat cepat ingatkan dia. Kawan yang macam ni insyaAllah hubungan persahabatan korang akan diredhai Allah.
Semoga Hana sudi kawan dengan ibu sampai syurga yaa. Kawan paling baik ibu selepas ayah Hana. Hana menangis kena cucuk, ibu dia pun turut sama sebak. Acaneeee tuuu. Haha.
Sekian,
No comments:
Post a Comment