Pages

Thursday 18 July 2013

Jemaah

Dah lama masalah ini berlarutan. Bukan hanya ramadhan tahun ni malah yang sebelum ini juga. Masalah yang sama ketika tiba musim terawih. khususnya. Entry berkisar masalah yang sama pada setiap ramadhan. Pernah diupdate di sini, dan di sini. Nampaknya mereka masih belum faham. Mungkin juga mereka benar-benar tidak faham. Mungkin jugak silap aku. Marah menguasai sehingga melebihi niat menegur. sehinggakan mengeluarkan ayat yang kelihatan kasar pada pemahaman mereka. Itu sebabnya teguran seakan tidak menjadi. Sabar itu sememangnya tarbiyah yang terbaik dibulan yang mulia ini. Sabar GBM. Sabar.


Sejadah masih menjadi pesalah utama. Ya Allah rasanya seperti nak menyelinap masuk surau tengah-tengah malam curi kesemua sejadah-sejadah yang ada. Dengan harapan, makmum-makmum tidak lagi menggunakan sejadah tetapi berharap dengan carpet yang sedia ada di surau tu. Carpet itu bersih apa. Tidak membatalkan wuduk mahupun solat. InsyaAllah. Barulah hilang istilah malu bagi mereka. Malu yang tidak bertempat. Malu nak pijak sejadah makmum sebelah. Erk. apa bertempatkah malu sedemikian? 


Malu dengan budak tersebut. lebih faham apa yg dimaksudkan dengan "saf"

Yang memelikkan, ayah cakap saf sebelah lelaki elok cantik je saf tersusun. Sejadah dihamparkan secara melintang. Satu sejadah sampai boleh memuatkan 3 makmum. Alhamdulillah. Kagum. respect. terharu. Mungkin salah satu faktor peranan imam itu sendiri. yang peka dengan pembentukkan jemaah yang terbaik. barulah letaknya keberkatan Ilahi. Tapi saf wanita? Hurm sedih. sangat sedih. Mungkin sebab imam tak nampak barisan makmum wanita jadi takde yang menegur. yang makmum wanita pula tidak nampak contoh saf yang terhasil di sebelah jemaah lelaki. so mereka jadi tidak tahu. Jadinya, sejadah tersusun secara menegak. Dah kebetulan sejadah berlambak-lambak disudut belakang surau. so apasalahnya susun sorang satu kan?


Ya, tidak salah tu memang tidak salah. tapi tu.. jadinya.. terhasil seperti gejala tidak sihat seperti yang diatas. masing-masing berada diatas sejadah masing-masing. Allah tidak suka tau orang yang pentingkan diri sendiri. Rasulullah pun tak ajar kita macam tu.


Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Teringin benar rasa hati. Menunaikan solat terawih sambil bahu kiri bersentuh bahu kanan jiran sebelah, bahu kanan bersentuh dengan bahu kiri jiran sebelah. Biar panas, biar berpeluh asal jiwa ini terasa tenang sepanjang solat. kerana hati yang kotor ini sentiasa ketagihan redhoNya.:'))

Surau Fasa II, Puncak Alam. 

Saf yg cantik tersusun 
kecuali si budak comel tu. Kemain dia solat sorang-sorang eyh. Haipp! 


Sekian,

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

betul, kdg2 susah nk tegur bila melibatkan warga emas..huhu