Pages

Friday 21 February 2014

GBM berwajah baru

Bismillahirahmanirahim.

Terasa lame benor tak makeupkan blog sendiri. Masalah kekangan masa memang takboleh nak dielakkan.. bukan takde masa langsung pon, tapi komitment lebih kepada amanah..tanggungjawab. Semester lepas aku dah berjanji dengan Penasihat OPTIMIST untuk memberi nafas baru kepada blog OPTIMIST (Persatuan Optometri UiTM). Gigih aku bersengkang mata demi kepuasan semua pihak. Tidur pukul 2-3 pagi, walhal aku study pun tak segigih tu..pukul 12malam wajib tidur. Maklumlah cinderella jadian. haha.


Dah habis praktikal ni rasa macam tak tahu pula nak memenatkan diri macam mana. perghhh.. macam ringan benor tulang aku. padahal logbook satu apa pun belum settle. haha. Rilek brader, brader rilek!


OLD

VS

NEW

Sebenarnya memang dah lama aku berazam nak tukar templete baru. Aku bukannya suka sangat warna pink ni. Tapi entah kenape, makin aku membenci warna pink makin dekat pula aku dengan warna tu. Baju pun banyak warna pink. Ofkosss la bukan aku yang beli. Semua atas ihsan baik emak, dan kekanda kekanda beta. Nak beli sendiri tak mampu. Kes blog aku yang sebelum ni total pink, mohon jangan tanya. Aku pun takde jawapan untuk itu. haha. 


Terima kasih buat google atas ilham penghasilan GBM yang berwajah baru. Dengan tema: Nostalgia contengan biodata dibuku gegaris. *panjang benor temanyer. Makin berusia makin kelihata mude bergetah ko. haha. 


p/s: kewujudan tabung persediaan menuju BaitulMuslim bahagian sidebar. itu serius (huruf besar)! haha


Sekian, 

Sahabat pewangi

Dulu aku tak faham sangat istilah kawan baik. Kawan baik tu ape eyh? Baik yang macam mana eyh? Macam kongsi kongsi makan sesame ke? Lepak sesame ke? ke.. kawan yang sekelas dengan kita tu yang dikatakan kawan baik? hurm... KOMPIUSS~


Kalau benarlah itu kawan baik. Ternyata memang ramai kawan baik aku sebenarnya. Macam retisss ko. haha. Watlek watpiss. Tadi  tengah tengah aku makan saje je la bawak pinggan dekat ruang tamu, eyh.. tetiba tertekan punat 'On' Tv, tetiba yang tersiar pula siaran islamic berkenaan isu taubat. hurm. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk aku melaghokan diri sambil dipayungi malaikat.. 'amal aku dah la tak seberape nak cantik kalau alih siaran lagi ternyata berkurang rasanya cantik itu.' Allahu. 


Kisah mengenai bagaimana orang yang beratus kali bermaksiat tetiba Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat. Walaupun aku dah pernah dengar kisah sebegini, tetap setia mendengar cerita yang disampaikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. *ecehhh. Aura penceramah yang tegas dan berhemah... telinga dan mata setia menadah ilmu. 


Aku suka bahagian pengakhiran pengajaran cerita yang disampaikan. Kata ustaz, apa yang penting bagi orang yang mahu bertaubat adalah pemilihan rakan yang betul. Contoh kalau dia seorang perokok tetiba suatu hari Allah bukakan hati dia untuk berhenti merokok, Alhamdulillah 2 hari bertahan tanpa rokok. tuptup esokkan lepak rumah kawan baik, Ali namanya.. Tengok Ali isap rokok sambil minum teh.. Terliur dia tengok.. esokkan tu terus cancel taubat semalam. Nauzubillah. 


Rakan yang baik ibarat seperti seorang penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi beliau. Tapi kalau kita hari hari keluar bersamanya mesti sedikit sebanyak melekat bau harumnya pada diri kita. Rakan yang tidak baik ibarat seperti seorang peneri besi. Walaupun kita tidak terkena percikan api daripada hasil terian tersebut. Tapi tetap sedikit sebanyak bau asap itu melekap pada kita. 

Tetibe terfikir sejenak.. aku rasa betul la apa yang ustaz cakap. Tanpa sedar, orang orang disekeliling aku sekarang yang banyak memberi inspirasi untuk aku belajar mengenal Tuhan secara lebih dekat. Memang mereka tak banyak bercerita, aku pula jenis yang tak banyak bertanya.. cukup dengan kehadiran mereka, berbual dengan mereka, makan semeja dengan mereka, layanan mereka.. mampu memberi impak akan kehadiran iman pada hati yang kosong. 

Majlis akikah anak angkat mama mama GR. Harraz Furqan. :))

Sahabat itu ibarat pilih frame. Semua nampak cantik.. tapi tak semua cantik dengan kau. Kau silap pilih, boleh jadi kau kelihatan jelik dengannya. - GBM

Sebab itu dalam pemilihan frame perlu ada kriteria yang perlu kita patuhi. 
1- Bentuk muka
2- Warna kulit
3- Saiz kelebaran muka

Kalau anda ke kedai spect, tanya pendapat optom itu yang terpenting. Kalau mereka kata anda tidak sesuai dengan frame tersebut, mesti ada sebab-sebabnya. Prinsip kami "kualiti first, money no.2." 
Kalau tak tahu, TANYA. Optom tak makan orang. :))



p/s: Sama macam dalam berkawan, kalau kau rasa akhlak tak berapa nak cantik, cari kawan yang akhlaknya lagi osem daripada kau. :))

Sekian,  

Wednesday 19 February 2014

Special case detected!

Alhamdulillah.. terasa begitu pantas sekali masa berlalu. Benarlah org kata.. jangan bermain dengan cinta.. bahaya. Masa sejam dirasakan seminit, seminggu dirasakan seperti sehari.. sebulan dirasakan seperti seminggu cuma.. Hebat mainan cinta yer. Sangat hebat! Dah terasa penangannya sekarang. sangat!


Pada tanggal 18 feb 2014 iaitu bersamaan semalam dengan lafaz tak bertulisnya secara sah diri ni tertalak seribu dengan latihan industri 1. Tamat dah. InsyaAllah, ingatan kita bersama tidak akan tertamat begitu sahaja. *Sohsehsohseh* tarik hingus. 

OSSB Jan-Feb 2014 :))

Banyak sangat kes yang menarik sepanjang keberadaan aku disini, yang tak pernah aku lihat dengan 4 mata.. banyak! Antaranya kes congenital colour vision deficiency. Dari dulu lagi aku teringin benar nak tahu cemana orang yang buta warna ni perceive warna yang dilihatnya. Alhamdulillah, Allah izinkan aku menanyakan sendiri dengan mereka.. "mereka" merujuk kepada 2 jejaka tampan yang berbeza yang dapat result isihara test hampir sama. Sorang berusia 21 dan sorang lagi berusia 23 tahun. Nasib baik depa ni datang pada hari yang berbeza. Kalau depa mari hari yang sama boleh aku buat sesi taaruf warna. Boleh aku dengar sendiri cemana dialog depa yang rabun warna ni. hehe. 


Yang sorang tu memang dia tahu dia ada masalah warna dari kecil.. sampai kesudah tak berani ambil lesen.. Sedih pulak kiter yang mendengar. Yang sorang lagi prasan dia ada masalah warna masa nak buat lesen. Beliau lulus lesen dengan dua kali percubaan. Aku try la ty tips cemana nak lulus kalau dah susah nak perceive warna.. dia kata senang je.. "Cuit je orang sebelah." cehhh. haha. bernas sungguh tipsnye. 

"Macam mana awak kenal warna.. contoh macam lampu isyarat ke.?"
"Saya kalau warna-warna basic macam biru,hijau,merah,kuning.. takde masalah. Kalau warna koko koko tu.. payoh ah nok kenal."

Ooo.. gitu eyh. Aku pun usik la dia.. saje nak test. haha. Sambil tunjuk satu gambar berwarna coklat.
"habis tu kalau yang ni, warna apa awak rasa..?"
"Hurm.. macam pink-pink sket-sket kan.."

*Kerut dahi* Bukan sebab jawapan yang diberikan salah.. tapi sebab ambil masa untuk resap ke minda. Finally, persoalan sudah terjawab. Begitu rupanya mereka ni perceive warna. Tanpa kita sedari kan.. kita sesedap tengok alam, menghayati warna warni persekitaran masih ada orang yang ditarik nikmat untuk melihat semua ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. 

"Maka nikmat mana lagi yang kamu dustakan?"-Ar-Rahman 36

Kes yang seterusnya, yang aku dah bagi intro mukodimah pada entry yang lalu.. mengenai aphakic. Aphakic adalah mata tanpa kanta. Selalunya aphakic ni terjadi disebabkan oleh cataract. Lepas pembedahan katarak, kantanya akan dibuang dan digantikan dengan kanta palsu atau dikenali sebagai IOL (Intraocular lens). Tapi untuk aphakic mereka, kanta mereka tidak digantikan antara salah satu sebab sebabnya adalah faktor kewangan. Sebab itu untuk patinet with aphakic cermin matanya tebaiii mengiloss. Macam ni... 


Aphakic lens with astigmatism before cut.

sudut sisi

Aphakic spect
Makcik ni datang balik kedai selepas seminggu complain kenapa nampak kabur, tak clear macam masa test dalam bilik haritu? Dekat telinga pun rasa pedih pedih skit. Rupa-rupanya temple (bingkai tepi) sedikit ketat.. sampaikan makcik tu tak selesa pakai. lepas dah dilonggarkan sedikit.. makcik tu kata..
"Eyh, terang dahhh. Baru nampak orang." 
Rupa rupanya frame tu ketat sedikit bahagian temple sehingga menyebabkan titik fokus makcik tu lari.. sebab itu makcik tu tak boleh nampak clear tambah pulak dengan power tinggi memang comfirm ketara sangat penurunan vision.


Kes yang ketiga.. ialah Iris Atrophy. Kes ni paling unik. Sampaikan mampu membuatkan aku genyeh mata berulang kali. Sesapa yang mengikuti intagram aku (@shahimarz) , mesti serabut tengok kes pelik pelik yang aku selalu update setiap hari. Maap. Memang sengaje.. hehe. Saja nak buka mata kawan kawan supaya ambil berat pasal mata sendiri. Bila tengok gambar penyakit mata pelik pelik baru rasa insaf nak jaga mata dengan lebih gigih! gittewww!


Iris atrophy... Customer with 3 anak mata???

Disebabkan kes ni paling unik.. dan paling panjang.. dan paling menarik.. aku postpone ke entry yang akan datang. Kes ni jugak membuatkan optom aku terpaksa bukak balik buku rujukan sebabkan penyakit ini sangat sangat rare! Next entry aku citaaa.. insyaAllah! :))

Wajah gigih berpraktikal. konon! 

Sekian, 

Thursday 6 February 2014

Ceritera cinta| Misi menghayati bidang OPTOMETRI

Alhamdulillah. Its day 11 already. Rasa baru semalam je daftar masuk sebagai student praktikal di Optometrist SANADI, muka nerd je malu-malu nak bersuara bertegur sapa. HAHA. Dah dua minggu bersua rasa macam family sendiri..macam dah kenal lama. gittew! Padahal tadi kemain cakap rasa macam baru semalam masuk. haha. fenim2!


A lot of thingssss to think. First week menjadi staff disini berduyung duyung pulak kes yang tak pernah dilihat dengan 4 mata kini terpampang tersegam depan mata. Ternganga dibuatnya. Kes yang pertama yang membuat aku terasa teruja dalam bidang penglihatan ni apabila dapat customer cataract. Nuclear cataract. Punyalah gelabah buat refraction baqhang. Aku pergi letak power plus. Bila buat refraction customer pilih minus,minus dan minus. Kalau sekali minus takpe accepted. Tapi sampai tiga kali minus dah cuak dah. Betul ke aku buat ni.?? Gulp. Tetiba jadi teringat. 'Ya Allah, apekemende aku buat ni. Dah sah sah dia ada nuclear..memang ler jadi more minus. Cerdik GBM. Tahniahh sangatt!!!' 
Kalau nuclear cataract selaput ditengah tengah lens.. hasil refraction akan jadi more minus, kalau corticol cataract selaput di bahagian tepi hasil refraction akan jadi more plus. Ingat GBM, INGAT!


Minggu first memang ramai sangat customer yang kebanyakannya dalam kategori dewasa mempunyai cataract. Antara kes yang aku ingat bila aku buat refraction terhadap seorang wanita berusia 60an. Aku panggil dia makcik.. tapi dia suruh aku panggil dia tok. Tawaduk sungguh pada usia. Dia complain tak berapa nampak bila nak membaca jarak dekat... tapi jauh takde masalah. Dah buat refraction semua ternyata penglihatan jauh beliau memang takde masalah. Bayangkan bila dia cerita dia selalu drive sendiri daripada terengganu ke KL/Kuantan tanpa memakai sebarang bantuan penglihatan. Allah. Nasib aku tak pitam kat situ. Beberape kali aku angkat ibu jari pada Tok. "TERBAIKKKK AH TOKKK!" 
Dengan selamba je tok jawab.. "Susoh amende nye. Kereta yang bawak kite bukan kite yang bawak kete. Kite tekan minyak je. jalan ahh."sambil gelak gelak. Ok. Foine. Dokleh nok jawab mende ah bila seorang tok berbicara sebegitu. Jeles anak muda berusia 21tahun yang lesen D kena masuk mezium. SADISS! T_T


Optom suh aku observe keadaan dalam mata tok.Aku cakaplah macam nampak ada cataract. Tapi optom cakap.. salah! There is no opacity there. That is yellowish lens. Yellowish lens is an aging process. Its normal! Perghhh. teruje lagi aku. Teror giler Tok jaga mata. Apa petua tok dalam memudakan penglihatan?? 

Tok selalu amalkan amek sedikit air zamzam dan sapu pada mata. Sambil selawat. -Customer, Tok.

Sebelum balik Tok menawarkan aku pergi rumah dia lagi, staff staff lain semua pandang semacam. "Ehemmm.. cucu menantu?" Hoiii.. jauh benorrr dipikiornyeee! 


Banyak lagi kes-kes yang menarik, yang membuatkan aku berkata.. "OOOOOOOO.." terlalu panjang. Antaranya kes mata bergetar (nystagmus), amblyopia among kids sangat common, aphakic, ptosis... hemmmm.. dan... dan lain lainlah! Ada masa nanti aku kongsikan pengalaman berharga aku disini. Sekarang macam mengantuk je.. Orang penat keja kena tidur awal. Cewaahhh! haha. 

Spect untuk Aphakic customer. Apekemende tu? Next entry.
InsyaAllah

Model sebelum delivery. Assalamualaikum!

Sekian,