Pages

Thursday 31 May 2012

Hakikat PEMALAS

Kalau BELIAU yang bangun lewat ini sanggup beratur panjang demi memastikan baju yang dipakai 'sterek' lagi kemas...
*Muka berani tu derrr! >_<
Tapi aku?? Aku pemalas! Sebab aku tak sanggup nak beratur hanya untuk memastikan baju yang dipakai 'sterek' lagi kemas. Baju aku dah sterekk apa!



Kalau BELIAU boleh rajin berpanas-panaskan diri men'iron' tudung demi untuk kelihatan cantik dan cun...

Subhanallah...cantiknya BELIAU... Sejuk mata memandang..

Aku???


Aku pemalas! Sebab aku tak sanggup untuk berpanas-panaskan masa dan diri aku mengadap iron demi untung cantik dan cun. Cuma sarung dan blahhh.. Senang kan? Tak iron boleh cantik dan cun ape..>_<

Benda yang paling aku tak suka dan paling tak suka dan paling-paling tak suka adalah IRON! Malas-nak-beratur, malas-nak-berebut, malas-nak-berpanas-panas, malas-nak-membazir-masa, malas-nak-membazir-elektrik, malas-nak-jadi-rajin, malas-nak-tengok-baju-sterek-ke-tidak. OH-MALAS-NYERRRR!!!!

Tahukah anda semester kali ini adalah semester paling malas bagi diriku selaku anak dara-yang masih belum berlaki-yang masih belum berkahwin-yang masih belum beranak! Kerana semester kali ini sahaja bilangan aku meng'iron'kan pakaian aku sebelum ke kelas boleh dibilang dengan jari sedangkan hampir setiap hari aku memakai baju kurung. 'RAJINKAN' SAYA? Sedangkan semester kali ini bakal tamat hanya dalam tempoh 1bulan sahaja lagi. *Oh My Englishhhh... tatotttnyer naknak finallll!!! Sekali lagi.. 'RAJINKAN' SAYA? 

Sekian,

Wednesday 30 May 2012

Meet Gajah GUSTO


Tahukah anda terdapat seekor gajah di Zoo Negara yang bernama Gusto? Beliau ini mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai berat badan yang berganda daripada berat manusia, bertelinga capang, berhidung panjang kadang kala berhidung tinggi jugak.. dan yang paling penting beliau ini suka akan tebu! Walaupun beliau ini pengemar tegar akan tebu tapi beliau tidak pernah mengidap penyakit kencing manis. Ahaks. 


Tidak tahu??? Sesungguhnya ketidaktahuan anda memang bertempat. Hahaa.. Memang tak dak pun.. Gajah  Gusto adalah nama kumpulan kami. Takdak kena mengena pun dengan spesis gajah yang ada dekat Zoo tu. Nama gajah tu depa yang kasi kat kumpulan kami, yang gusto tu kami yang memandai tambah. Menurut kamus dwibahasa edisi ke.. entah ke berapa.. Gusto membawa maksud semangat atau kesungguhan. Aku tak tahu lah kenapa depa boleh kasi nama gajah untuk group kami. Sekadar kebetulan atau memang sebetulnya mereka sengaja menyamakan fzikal kami dengan gajah? Hurm.. MUNGKIN! 


Sepanjang berada di zoo negara memang terasa amat selesa.. Makan 6 kali sehari.. Makanan pulak sedap-sedap! Surau yang luas dan selesa..ada aircond lagi. Nak buang segala air pun memang tersangat membahagiakan. Jamban mereka tersangat bersih lagi bersinar.. Jarang aku pergi ketempat awam ada tandas yang sebegini bersih.


Disini mereka menyediakan dua jenis tandas.. Yang mencangkung mahupun yang duduk.. Dua-dua ada... Tapi yang menjadi pilihan aku... haruslah yang diatas! 


Sinki pun banyak... tapi sayang cerminnya cuma seketol! Mungkin beliau disini tidak mengamal kan konsep 'cermin diri sendiri' kott.. Konfident level mereka disini tinggi. Jangan risau kalau anda tidak kecukupan oksigen sewaktu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk ketandas.. kerana tandas disini terbuka dengan tanaman pokok-pokok hiasan yang setentunya 24jam bersedia menyalurkan oksigen buat pengungjung Zoo Negara. 

Burung ni paling alim sepanjang penghayatan aku di sini. Setiap kali aku ke surau pasti mereka ni ada. Penjaga keamanan surau kot.. Burung-burung ni dibiaskan bebas tanpa sebarang sangkar.. sebab itu bila anda di zoo anda akan nampak burung ni hampir dimana-mana kawasan sekitar zoo tersebut. Kadangkala beliau ini mengutip ranting-ranting yang bersepah-sepah di sekitar surau. Comel! 



Selesai menunaikan solat zohor kami diberi peluang untuk beramah mesra bersama haiwan-haiwan lain. Kami pun apa lagi... FLASH di segenap zoo la jawab nyer.. =D



Member of Gajah Gusto with one of gajah! Ehem. Jeling-menjeling nampak~

With burung kakak muda! 

Who said that I'm afraid with ular??? See! I'm brave enough you know. *Padahal dalam hati...perghhh.. macam nak terberak pun ade gara-gara ketakutan. 

Kandang seladang aka selembu. 

Model-model akuarium zoo negara. 

Akhir kata jemputlah datang ke Zoo Negara. Anda pasti seronok melihat keletah haiwan-haiwan tersebut. Sesuai bagi mereka yang berhasrat untuk mereleasekan tekanan setelah penat bekerja atau belajar. =)

Kesinanbungan daripada 
entry Z&Z

Sekian, 

Wednesday 23 May 2012

Sehari Zolunteer bersama Zirafah

Z with Z. (Zolunteer with Zirafah)

Entry ni sepatutnya di taip 2 minggu yang lalu. Tapi apakan daya.. gara-gara demam kepiRAFAH yang melanda beserta dengan test yang bersepah-sepah. Terpaksa aku tunda hasrat yang suci murni untuk mengeshare ke'eksited'san kami selaku geng rumah 41 berhoneymoon selama 2 hari bersama dengan 'pasangan yang kiut-miut' di zoo negara.

Sampai-sampai di zoo kami terus dibahagikan tugasan secara rambang. Sayang seribu kali sayang menyayang geng 41 kami terpaksa berpecah. 2 orang di beri tugasan untuk menyediakan makanan untuk makanan orang utan manakala kami berlima di beri tugasan untuk mencuci kandang zirafah. Diulang.MENCUCI. Diulang lagi.. MENCUCI. Lagi sekali.. MENCUCI bukan kandang semut.. bukan kandang ayam.. tapi zirafah!!! Hamboi.. sampai tiga kali ulang.. Tak ikhlas ke derr.. Kata tadi cakap nak jadi zoolunteer yang terbaik+tersoleh+terrrajinnn!

Tak de la sampai tak ikhlas.. cuma macam ada renjatan sedikit pada ayat tersebut. Dalam kepala aku istilah zoolunteer tu aku ingat macam sesi bermanja-manja dengan binatang.. Kasi makan ke.. Basuh bulu beliau ke. Mandikan beliau ke.. Yang tu hah yang aku nak! Baru nampak mencabar minda derr! Ingat senang ke nak sental bulu zirafah?? Ingat senang ke nak kasi zirafah tu suka makanan yang kita kasi?? Senang ke??? *Aku tak mampu nak jawab soalan ni.. sebab aku pun tak pernah buat. haha.=p


Jangan pandang-pandang, duduk rengang-rengang... ketika ini kami dalam perjalanan menuju ke medan 'perang' kami. Moga-moga tiada siapa yang syahid dalam kalangan kami. HUH!


Sampai je kandang beliau, memang kosong-kosong-kosongggg...! Mana zirafah? Apakah beliau sudah menemui ajalnya sebelum sempat aku berjumpa beliau? Tidakkk! 


Abang Z: Awak berdua... Mai sini!
GBM : Saya? 
Abang Z: Ye. Sini jap.
GBM: Kenapa bang?
Abang Z: Awak berdua sapu daun-daun depan kandang ni.. pastikan semuanya bersih. Letak sampah-sampah dalam plastik ni. *Sambil hulur plastik sampah hitam.
GBM: *Huh?
Abang Z: Hahh, penyapu penyodok semua tu awak ambil kat situ. *sambil tunjuk ketepi kandang.
GBM: Okey!

Kalau sapu sampah.. Ini kacang jer derr.. Kat rumah hari-hari aku practise! Sepantas kilat.. boleh..DONE! 
Cakap macam senang.. bila dah buat.. Perghhh.. kalau tadah peluh ni tak tahu berapa baldi boleh dapat. Mencurah-curah. Jalan sepanjang hampir bermeter-meter kami sapu! Licin... Dahaga tak payah nak habaq la. Macam orang setahun tak jumpa air. Dah lah time tu masing-masing tak bawak air.. Tempat kitorang pulak tersorok di celah-celah pelusuk zoo.. Jangankan fasilitator nak jumpa kami, batang hidung kami belum tentu nak nampak bayang tau! Last-last kitorang je yang keluar dari kandang tersebut dan berjumpa dengan fasilitator tersebut demi setitis air. 


Sesi kedua bersambung kembali pada pukul 11 pagi. Satu kejutan yang kami dapat iaitu kemunculan zirafah bunting yang tanpa disangka-sangkakan! 

Abang Z cakap zirafah ni bunting pelamin. Sebab tu nama dia Mahsuri. haha *Bunting tu benerr.. yang pelamin tu engakk beneerrr dong! 


Hai mahsuri! Saya GBM! Boleh kita jadi bespren?? Boleh la.. boleh la...!!!

Untuk sesi ke-2 ini kami diberi tugasan.... untuk.... mennnnccccuu.. memberi zirafah makan! Hehe! Suka hati bukan kepalang! Termakbul jugak hasrat dihati! 

 Mahsuri segan nak makan.. Malu la sangat kan... Macam la kita ni bukan kaum hawa yang boleh beranak dan telah diperanakkan. Makan yer wahai Mahsuri yang menjadi suri di zoo negara..=D


 Eyh... Menyorok celah daun plak beliau ni. Orang suruh makan, beliau main hide n seek pulak.. Diri kalau kecil tu takpe la jugak.. Ni kalau dah leher sahaja dah mencecah pohon nyor.. tak sempat nak hide dah sick dulu! haha

 Ahahhh! Macam tu baru betul. Good girl! *Penat memujuk! =p

Kami dah berbesprennn.. anda bila lagi? haha

Geng 41 bersama Mahsuri si bunting. Nanti dah bersalin jaga anak molek-molek. Kami dah nak pergi dah ni.. Masih ada misi yang perlu dilakukan. Hohoho!

Aktiviti kami bersambung pada malam harinya pula. Iaitu sesi memperkenalkan ahli kumpulan kepada kumpulan yang lain.. ala.. kire macam hari first-first orientasi tuuu.. Sesi suai kenal dengan zoolunteer yang len! Merangkap senior-senior UiTM jugak! 

Masa ni tengah berdiskusi mengenai 'cheerss' group kami dan bendera group yang bakal dibentangkan. Dalam masa hanya lebih kurang tolak tambah 15 minit!

Tibalah masa untuk diperdebatkan... *Sumpah aku kelihatan begitu 'slim' dalam gambar tersebut!

Keesokkan harinya adalah hari dimana kepenatan kami begitu sangat dirasaai.. Iaitu hari perebutan takhta EKSPLORACE terhebat.

Pagi-pagi sejurus selepas subuh melabuhkan tirai lagi kami sudah pun terpacak bersama flash yang tidak henti-henti.. Segar & Nyaman! 


P/s: Terpaksa berhenti setakat ini.. Laptop dah cakap pergi, katil dah kata mari.. Nantikan sambungan Z&Z bersama Gajah Gusto dalam entry yang akan datang. Isyaallah usaha untuk merajinkan diri untuk menaip akan diperjuangkan! >.<

Sekian, 

Friday 18 May 2012

Tukar tapi tak paham

Sekarang kecoh tentang isu Mogok Palestin di Facebook. Rata-rata sibuk menukar profile picture bewarna coklat..pekat... Tidak ketinggalan juga... AKU.

Mula-mula tengok memang menakutkan.. 
dengan mata yang tertutup bagai..


Sumpah aku tidak tahu motif utama mereka ini menukar gambar mereka menjadi sebegitu rupa. Aku ingat mereka tukar profile picture semperna meraikan Hari Belia Malaysia. Huh. Sadis betol! Dengan semangat waja aku pun terus mengcopy paste gambar kenalan FB terdekat kemudian dengan satu klik... 'PAAAPPP!' Profile picture ku terus berubah wajah.. Menjadi coklat se coklat-coklatnya.. 



HAAHHHH! Sekarang baru boleh dikategorikan sebagai salah seorang penyambut HARI BELIA negara. Aku kan masih belia.. Kalau tak tukar mesti orang ingat aku bertaraf Andartu pulak. Isyk... Tak nak aku! Simpang malaikat ke44.. 


Sejam selepas tu aku terklik link yang telah disharekan oleh kawan aku.. dan secara tidak langsung membuatkan aku terbaca artikel tersebut... yang berbunyi... 

Dan kini satu kempen besar-besaran dibuat di Facebook sebagai menyokong perjuangan tahanan-tahanan berkenaan.
Caranya mudah saja, tukarkan ‘profile picture’ masing-masing dengan gambar-gambar ‘coklat’ seperti mana di bawah.
Bayangkan kalau jutaan umat Islam yang menggunakan FB berbuat demikian, tidak dapat tidak, ia telah membawa satu mesej jelas betapa kita di seluruh dunia bersatu hati mengutuk penindasan dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap tahanan-tahanan di penjara Israel ini

Subhanallah... Astaghfirullahalazim.. Betapa jahilnya aku. Mati-mati aku ingat gambar tersebut sempena sambutan Hari Belia Negara. Rupa-rupanya sempena sokongan kita sebagai saudara seIslam terhadap kekejaman Zionis yang berlaku di Palestine. 


"Tinggalkan gambar2 Dp yang berwarna coklat . ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini. harap maklum. waallahualam."
Aikkkk??? Apakah mereka ini sedang mempermainkan penghuni-penghuni maya serba Biru ini? Kejap cakap sokong... kejap cakap jangan... Konfius la awak...

 
Nasib baik Ustaz Azhar Idrus pun ada facebook... Dan ini jawapan beliau untuk STATEMENT diatas...

Hanya mereka yang berfikiran sempit saja akan berfikir cara begitu.
Apa kaitan menggunakan DP dengan menunjukkan kita tawanan Israel? DP itu menunjukkan pakaian/warna adalah simbolik pada pemakaian mreka(tahanan) dan kain menutup mata itu adalah apa yg mreka jalani di sana. Jadi di sini tidak timbul samaada kita memejamkan mata ataupun celik menentang zionis. 
Soal tulisan itu pula, tiada salahnya digunakan, berikan dalil yang melarang daripada gunakan bahasa mereka. Ada? Tiadakan? Selagi perkataan itu bukan menghina Islam, boleh saja kita gunakan. Sebenarnya perkataan tulisan Yahudi dalam bahasa Hebrew tu tak jadi masalah sebab ade je al-quran terjemahan dalam bahasa Hebrew untuk orang yahudi yg beragama Islam. Hebrew tu bahasa, bukan agama. Kalau begitu, tak boleh la guna bahasa Inggeris, sebab orang Kristian cakap bahasa Inggeris. Ia sekadar simbol kerana banduan disana memakai pakaian seperti itu. Penjara Israel menggunakan bahasa Hebrew takkan guna bahasa Jepun pula!
Contoh lain yang ambe boleh berikan, FB adalah ciptaan Yahudi, jika kita gunakan, adakah kita sebahagian daripada mereka? 
Jadi perkara yang terbaik adalah Husnuzon (bersangka baik) minta semua tidak perlu sempitkan pemikiran. Itu saja ambe nasihatkan. Jangan perlekeh usaha kecil ini dengan kenyataan mengarut ini.

Okey.. Segalanya sudah mendapat penjelasan yang jelas disini.. Terima Kasih kepada Ustaz Azhar Idrus=)


p/s: Moral of the story... Jangan Overconfident, nanti memalukan diri di depan diri sendiri. *Nasib baik malukan diri sendiri secara monolog dalaman.. Kalau monolog luaran?? Nauzubillah... Selisih simpang lagi lerrr jawapnye.. Sambut Hari Belia lerr sesangat kan...! @_@ 

Sekian,

Thursday 3 May 2012

Kaitan BERSIH

Alhamdulillah... pejam celik-pejam celik sudah hampir dua bulan aku kembali kepada lumrah kehidupanku sebagai seorang pelajar setelah hampir seminggu bercuti. Argghhh.. kalau diikutkan hati mahu sahaja aku meng 'mc'kan diri agar aku bisa melepak chill di rumah bersama keluarga terloving. Tetapi apakan daya, hidup memang tidak boleh lari daripada hakikat. Yang kerja, perlu bekerja.. yang bergelar pelajar perlu belajar.. Itukan sebahagian daripada Jihad. Bukan?


Waaa.. tidak tersangka bahawa aku juga seorang yang bijak bermukaddimah.. muahahaa.. Cuti derr.. Jangan pandang enteng walaupun cutiku hanyalah seminggu.. namun ianya cukup untuk mematangkan diri ini sehingga menjadi begitu bijak bestari dalam permainan monolog dalaman.. hehe


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah sumber cahaya hati.Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



Bercerita mengenai masa.. Aku teringat akan pesanan emak aku yang mana ketika itu aku sedang menyarungkan stoking beserta sarung kaki yang total up nya berjumlah 2 ketul kain yang menyaluti kakiku sebelum aku melangkah meninggalkan rumah sebelum selangkah kaki menuju ke SANI EXPRESS...

"Sekarang orang sibuk bising pasal sapu BERSIH Kl.. Mak tak nak nanti dengar dalam berita pelajar UITM Puncak Alam tertangkap dalam kejadian BERSIH. Duduk tempat orang pandai-pandai jaga diri.."

Yang ayat last tu..macam familiar.. Tapi ayat yang 2 keatas itu macam....Aneh? Kenapa emak aku boleh terlintas di benak kepalanya mengenai akan kehadiranku ke BERSIH.. yang mana ketika itu memang aku tidak tahu langsung akan perhimpunan yang berlangsung itu. Sedangkan masa dan tarikh pun aku tidak tahu inikan lagi tempat dimana sesi pemBERSIHan itu berlangsung.


Bukak FB barulah aku tahu.. akan BERSIH yang diadakan di ibu kota. Semuanya berpakaian ala-ala Digi.. Sudah macam lautan kuning aku nampak.


Nampak daripada gambar macam persediaan sebelum marathon pun ada. Seragam je semua. Ramai? Memang tersangatlah ramai.. Mencecah 2k keatas tak silap aku. 


Aku cuba nak memahami istilah BERSIH dan tentang apa yang diperjuangkannya.. Tapi aku masih gagal dalam mendapatkannya. Aku cuba bertanyakan pada sahabat-sahabat aku. Dan ternyata hasilnya masih belum dapat meyakinkan aku. Kenapa namanya BERSIH? Kenapa bukan AMAN? Kenapa bukan DAMAI? Kenapa bukan HARMONI? Bukankah nama-nama tersebut lebih mendamaikan hati... menenangkan jiwa... melapangkan dada... 


Dan yang paling aku confiuss.. kenapa BERSIH sampai boleh menyebabkan pertumpahan darah sehinggakan mengotorkan jalan raya yang tersedia bersih? Kenapa? *Orang cakap tepuk dada tanya iman.. tapi saya dah tepuk.. iman cakap tepuk nafsu tanya kesabaran...


p/s: Terima kasih emak.. selama ini saya jahil mengenai isu yang berlaku dalam negara saya sendiri... Tapi hari ini, berkat nasihat emak sebelum saya menjejakkan kaki ke sini.. saya terdedah mengenai betapa 'BERSIH'nya negara saya hari ini. Saya berdoa agar yang BERSIH itu dapat menjadi yang AMAN.. dan yang AMAN itu dapat menjadi yang HARMONI sampai bila-bila! Ameen~

Sekian,