Pages

Sunday 30 September 2012

Tarikh lain, kek yang sama.


Seperti yang tentera di sebelah sidebar.. Pemilik GBM secara sah sudah berusia 20+++. OME.. Dah besar rupanya aku ye. Sudah layak memegang status isteri pun.. OPPSS~ 

Muderr kerrr.?? Titeww ni memang suke perasan pun kan. 


1 week, 4days yang lalu merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke- 20. Pada malam menjelangnya kejadian tersebut aku telah mengalami sakit kepala yang memang tidak dapat dibendung yang memerlukan aku untuk terus mensyahidkan diri diatas katil. Aku terjaga menjelang pukul 2am. Benda yang first aku tengok adalah handset. Berpusu-pusu mesej masuk.. Fuhhh.. meriah betol. Selalu dalam rumah ni handset aku yang paling sunyi sepi tanpa suara. Maaflah kalau tak sempat nak reply semua. Sakit jari nak taip banyak-banyak.. Nset saya bukannya touch screen pun.. Sedih bukan? 

Bukak je laptop konon-konon nak usha fb.. mesti ramai yang wish.. Baru nak tarik screen kasi 90 degree.. tentera 3 keping note bergelimpangan di keyboard. Yang mengewish.. daripada siapa? Siapa lagi kalau bukan housemate saya yang cun-melecun. Depa marah aku pasai tiduq awai.. Nak buat camna.. kepala sakit sayang oiii.. Apa-apa pun terima kasih kalian.. Susah-susah je tulis note.. hihihi~


Keesokkan harinya naqibah ajak buat usrah dekat rumah aku. Mula-mula aku was-was jugak ah.. kenapa tiba-tiba nak buat dekat rumah aku kan.. Tapi aku buat deerrkkk je.. nanti aku feeling terlebih bendenya tak seperti yang aku rasa. Kuciwa bersendirian plak. Muehehe.. 

Usrah selesai pada jam 10 malam. Aku dah bersiap-siap masuk bilik tukar pakaian nak masuk tidur.. tup-tup dengar orang nyanyi..

"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Hanom, Fatin dan Shazana..
Allah selamatkan kamu..

Aku pun keluar daripada bilik.. Eyh-eyh.. ada kek.. hehe.. senyum-senyum kambing seraya dalam hati berkata.. 
"Aku habaq dah.. kan betoii something will happen tonight"


Bersama si bloggah VIP cik Fatin 
Dengan berbaju ready untuk tidur lengkap dengan kain batik... Wah, bagus GBM.. "Perfect" sangat! Sesuai untuk masuk Ratu Cantik Terperasaannn. p/s: Terpancar jelas sinar "keibuan". hihihi

Bersama hanom.. Birthday Hanom bulan July.
July kan cuti so kite postpone jadi bulan Sept.
Menyambutnya together2~

Terima kasih family bulatan gembira. Saya sungguh gembira.. Kek handmade. Payah nak cari tuh.. Sedaapp!


Sabda Nabi SAW:"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)


Tahun ni meriah sikit.. dapat variety buah tangan. Ada besar, ada kecil... saiz bukan ukuran tetapi apa yang penting keikhlasan anda yang menghulur dan berucap sudah cukup untuk membuatkan bibir ini tidak pernah berhenti daripada terus mengukir senyuman.. Terima kasih semua. 



Hamboiii.. kuatnya silau!!!!!


 Wiwooo..wiwooo.. Adam Mukhriz ada kat dalam.. hihi >.<








3 hari yang lalu aku menerima bungkusan daripada Peneng. Jauh tuh. Utaraq sana. Dan apa yang paling aku terkejut adalah isi kandungannya.. Terkelu aku melihatnya. Tak pernah terduga langsung aku untuk memilikinya.. Siap dengan nama siap. Terima kasih wahai si pengirim. Walaupun diri terasa seperti macam.. "Erk.. nampak sangat aku ni berperangai kasaq macam laki kan." Nanti nak tunjuk kat mak ah..
"Mak, orang dah ada jersi siap tulis nama lagi..Fuyooo.. mak jangan jeless.."
Comfirm lepas ni mak aku bercekak pinggan seraya menunjukkan muka sehabis 'manis' dan berkata
"Oit, hang tu laki ka pompuan.. Dah lah pakai kasut macam jantan."


Isyk.. mana ada jantan sangat pun.. 
Comel apa. secantik si penerimanya jugak! =)

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN,BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR,TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA. ♥

Sekian,

Thursday 27 September 2012

Discover Your Clarity

Discover Your Clarity?
14-16 Sept 2012?

Apa kebende tuh? Konsertkah? Sportkah? mahupun Program kemasyarakatan kah? Jeng-jeng-jeng.. 
Semuanya salah! Sebenarnya ini adalah event sempena untuk menyambut kedatangan pelajar baru dalam keluarga optometri kami. Macam program jejak kasih kah? Haisyhh.. Takdelah jejak kasih mana.. jejak malam (Night Walk) tuh adalah. muehehe. Kalau nak kata macam program kasih baru nak bersemi... hurm... begitulah nampak gaya. Sesi untuk akak-akak, abang-abang untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sedang cuba untuk dijalankan. 

Kami selaku pelajar Tahun 2 telah diamanahkan untuk menghandle program ini sepenuhnya. Segala aktiviti disana telah diaturkan seawal semester yang lalu lagi. Dan aku? Tugas aku disini adalah sebagai AJK Aktiviti... Takdelah berat sangat... Sekadar pening kepala pikir aktiviti untuk eksplorace tu ada la skit-skit. Alhamdulillah.. aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan baik walaupun masa dan fulus agak kesuntukan.

Untuk program sambutan pelajar baru kali ini, The Lereng Chepor Perak telah menjadi lokasi kami. Aktiviti berlangsung selama 2 hari 1 malam. 

Menaiki bas menuju ke Chepor, Perak.

Sampai di Chepor.. kami dikehendaki menaiki kenderaan yang sangat.... perghhh.. Buat kali pertama aku naik mende ni.. Macam nak sentap jugak ahh.. Dekat kawasan yang kami bakal bermalam tu, bas tak dibenarkan masuk sebab laluannya memang 'luas' ponnn.. Disebabkan ini kali pertama aku naik mende alah ni, jadi macam eksited terlebih lah.. kamera 24jam standby ditangan. Kot-kot nak rakam kejadian aneh.. bleh 'keshing-keshing'.. snap mana yang patot. >.<



Masing-masing menunjukkan muka keterujaan keatas kenderaan ala-ala gajah beroda ni. 


Sampai-sampai ke lokasi kami diberikan taklimat dan makan tengah-hari. Kami selaku AJK aktiviti terpaksa ikat perut memandangkan kerja-kerja pembahagian checkpoint yang perlu dilakukan. Nasib baik checkpoint aku tidak memerlukan tenaga yang banyak.. hanya berehat dibawah dewan yang berbumbungkan atap sambil kipas berdiri teguh disebelah.. Fuh.. NYAMAN! 



Haruslah nyaman.. checkpoint aku santai-santai jerr.. Nama pun checkpoint 'Teka lagu rosak' kan... Dengar, teka dan tulis. Mudah dan pantas kan? 




Walaupun masing-masing dah menjangkau ke 20+++, permainan belon dan air tetap tak boleh dilupakan. Tragedis terindah... eyh?




Ini untuk permainan radio rosak. Orang yang pertama diberi masa untuk tengok gambar lepas dah tengok kena pass cerita mulut ke telinga ke pada kawan yang lain.. Orang terakhir dengar perlu menafsirkannya kembali melalui lukisan. Yang hampir sama haruslah markahnya $$$$. 




Aktiviti untuk hari terakhir sebelum kami pulang adalah jungle trekking. Memang benar-benar jungle trekking lah.. siap menyeberangi sungai yang memang dihuni oleh pacatpepacat dan lintahlelintah. Aku di beri pelepasan untuk tidak menyertai aktiviti tersebut. Tak berapa sihat.. padah menanti apabila mandi seawal 5 pagi di tengah-tengah hujan yang lebat berkeseorangan ketika rakan-rakan lain sedang nyenyak tidur. Hidung berair-air, mata tak boleh nak celik. Nasib baik ada panadol.. Laratlah sikit nak menyertai senam erobik beramai-ramai. Kami berlatih 7 hari 7 malam kot nak pikir style senam erobik.. Sia-sia lah kalau aku tak join sekaki.

Gambar untuk aktiviti jungle trekking aku tak pasti ada orang ambilkan ke tidak. Tidak ada kot rasanya.. masing-masing mesti lah sayang kamera diorang, kott-kott harimau culik kamera titeww nanti canne? Hahh.. tak leh amek gambar dah lah nanti.. Kesian kat titeww kan... *Muka nak makan penampar. Gedikss terlebih. hehe. Tapi aku tak join pun untuk jungle trekking.. sebab aku join untuk bed trekking.. Fuh... bestnye tidooo.. nyenyak senyenyak-nyenyaknya.. Zzzzz~ Bangun-bangun tengok semua orang yang join jungle trekking semua dah balik.. tengok jam.. La.. pukul 12 tengah hari dah ke.. Patotla semua dah balik...




Aktiviti jungle trekking tersebut menandakan program kami sudah sampai ke penghujungnya.. Kini tibalah masanya untuk kami pulang.. Semoga program yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita keluarga Optometry UiTM. InsyaAllah.


 Persaudaraan adalah mu’jizat,wadah yang saling berikatan
Dengannya Allah persatukan  hati-hati yg berserakan
Saling bersaudara ,saling merendah lagi memahami
Saling mencintai dan saling berlembut hati(Sayyid Qutb)

Sekian,

Monday 24 September 2012

Happy Opto Family


Hari Isnin minggu lepas bertarikh 17 September, bersamaan 1 Zulkaedah buat kali pertamanya rumah kami dipenuhi dengan bakal-bakal optometrist negara. Fuh!! Cayalah.. rasa macam terharu pun ada. Sebab diorang ni sudi berkunjung ke rumah kami yang tak seberapa cun ini. 

Walaupun baru sahaja pulang dari kem orintasi yang bertempat diperak selama 2 hari 1 malam.. dengan tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup nafas.. erkk?? Tapi kami tetap mengagahkan diri untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan iaitu untuk mengadakan makan-makan sikit sempena pembukaan semester yang baru ini. Jpa kan baru masuk... tak salah kita nak berkongsi dengan rakan-rakan kan? 

Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)
 Menu yang sempat disediakan oleh kami bertujuh adalah;
1) Spegeti kuah merah menyala-nyela
2) Bihun tomyam
3) Mee tomyam (backup bihun kalo habis)
4) Puding buah putiss melepakkss
5) Air sirap Mmmm Sentap!
6) Kerepek merepek dan kekacang


Tengok gaya mereka makan dah nampak sedap kan? Wajiblah sedap.. air tangan sendiri kot.. Tak main lah main prego-prego.. tak mampu.. fulusss-fulussss fuhhh... Walaupun aku jenis yang kurang menyukai spegeti kuah menyala-nyelass ni.. tapi kali ini yang housemate-housemate aku masak boleh pulak tekak ni nak telan.. Mungkin sebab terliur tengok cara tetamu makan.. akhirnya aku pasrah.. sekali makan.. dua kali pulak pinggan menadah. hihihi.



1 rumah tergelak tengok kejadian ni. Boleh pulak selipar ala-ala katak menyorok ni buat sesi jejak kasih depan rumah. Senak perut oihhhh duk gelak.. nasib baik tak terburai isi spegeti. Haiippp~


Nak tahu menu yang fully menggunakan resepi turun temurun dari aku sendiri? Kalau spegeti mungkin ada yang makan ada yang tak kan.. tapi yang aku buat ni comfirm semua orang telan.. Mati tercekik lah kalau takdak ni....


Tadaa... 







Air sirap Mmmmm..Sentapnya!!! 


Sekian,

Sunday 9 September 2012

Perjuangan perlu diteruskan

Majoritinya hari ini semua dah berangkat pulang menuju ke menara gading masing-masing. Alhamdulillah.. Aku sampai pagi semalam lagi. Hehe.. Fuh, mula-mula rasa macam takot jugak.. maklumlah, first time timba pengalaman balik sorang. Nasib baik jumpa member semasa tengah tunggu U90 Rapid Kl. Kalau tidak.. U'r not alone lah kite jawabnye..

Besok kelas dah mula dah.. First lecture bermula pukul 8.30pagi last lecture berakhir pada pukul 4.30petang. Tapi aku takdelah terkejut sangat.. sebab aku dah pernah dah ada kelas sampai lewat petang macam ni. Tapi yang agak macam tak selesa sebab awal-awal kelas.. pembuka semester lagi di sambut dengan jadual kelas yang sebegitu. Alhamdulillah.. mungkin ini satu kesedaran buat aku supaya tidak lagi main-main. Cuti 2bulan dah takkan tak cukup lagi kot.. Haippp!
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib

 

Goodluck buat semua rakan-rakan yang bakal menempuh semester baru. 
Rabbi Yassir Wala Tu’assi[Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan]

Sekian, 

Friday 7 September 2012

Mencuba untuk berani

Alhamdulillah.. hari ini merupakan pengakhiran hari yang baik buat aku.. sebelum berangkatnya aku ke Puncak Alam besok. Sob-sob-sob. Ok, sebelum aku sedih dengan lebih teruk baiklah aku menaip mengenai insiden yang agak luar biasa yang belum pernah aku lalui.

Hari ini buat kali pertama aku ke hospital selepas hampir beberapa tahun tidak menjejakkan kaki.. Aku ke sana untuk memenuhi ajakan teman baik aku si Farah untuk melawat adik kawan baik beliau di UMT. Adik kawan beliau excident.. dah hampir sebulan adiknya belum sedar.. Aku yang mendengar dah rasa macam nak gugur ke bumi je.. Seriau seluruh badan. Benarlah bak kata orang.. "Berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikul.." Mak aku cakap pesakit sebenarnya tak mengharapkan emas, belian, atau wang ringgit untuk menghiburkan beliau.. Tetapi apa yang beliau perlukan ialah sokongan dan doa daripada orang ramai.. Sokongan dan doa ini yang akan menguatkan lagi mereka untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya. Dengan kata-kata itulah yang menyemarakkan aku untuk terus berkata 'YA' dalam menerima pelawaan Farah. =)

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim.. dalam hati bermohon kepada Allah semoga diberi kekuatan dalam setiap langkah. Satu-persatu langkah diatur.. kiri, kanan mata tak berhenti untuk memerhati suasana sekeliling. Meriah jugak wad ni eyh.. ramai je orang lalu lalang.. masih sama macam suasana 13tahun yang lalu dimana ketika dan saat itu aku juga salah seorang daripada mereka.. pakai baju hijau.. terbaring lemah atas katil sambil menyedut inhaler setiap 4jam. Sebenarnya takde lah lemah mane pun.. hyperaktif jugak dah sakit-sakit pun.. terloncat sana.. terloncat sini.. doktor mai bawak jarum baru reti duduk diam.

Alhamdulillah... ziarahku ke hospital kali ini betul-betul bermakna.. Ianya menyedarkan aku untuk lebih menghargai nikmat sihat yang dikurniakanNYA. Kena gigit nyamuk dah mengaduh sakit.. padahal ramai lagi orang diluar sana yang sakit beratus-ratus kali ganda daripada setakat hanya terkena gigitan nyamuk. SubhanaAllah..

Nak dijadikan cerita.. si Farah ni pulak.. dia tengok adik kawan dia terbaring lesu.. dengan dia-dia skali nak terbaring atas simen wad tadi. Nasib baik kawan dia sempat perasan.. Penangan ubat-ubatan di hospital memang macam tu.. Kalau orang tak biasa silap-silap hari bulan kat situ jugak dia muntah.. Aku pernah jugak masa awal-awal kenal hospital ni.. terhidu ubat apa entah.. sampai termuntah-muntah.. nasib baik sempat ke tandas. Dan nasib baik cuma muntah.. takde la sampai pengsan.. Dan si Farah ni.. nasib baiklah bagi hint sebelum nak terguling. Pucat lesi muka-muka. Macam orang terjumpa hantu je. Dah lah peluh merejat-rejat tetibe. Risau aku jadinya.

Nasib baiklah ada Fatin, boleh jadi backup driver.. *Berapa kali nak 'nasib baik' pun aku tak tahulah.. -.-" Nak harapkan aku.. isyk.. sempat bermalam dekat hospital dululah jawabnya. Hihihi.. Nak pegang stereng kereta pun dah histeria. Lesen kereta tu memang aku dah frame siap-siap ponnn.. ciss. Sia-sia blaja 3bulan.. haha

Nak jadi assistant driver tu boleh lah kot. hehe.. Stakat nak tunjuk-tunjuk jalan.. InsyaAllah, saya boleh tolong. Itu pun jalan nak ke rumah saya je lah.. jalan nak ke bandar.. itu saya kurang pasti. hihihi.




Tips untuk menghilangkan kewas-wasan dalam hati yang telah aku lakukan pada hari ini;
- Membasuh semua tudung arini yang aku ada


Sebab?? Sebab aku nak try pakai tudung 'ni'. Dah lama aku berniat nak cuba memakai tudung tersebut.. Untuk tidak membiarkan perasaan ragu-ragu yang selalu menyelubungi diri aku.. Aku telah membasuh kesemua tudung aku. Aaa' hahhh! Sekarang barulah keyakinan yang sudah lama dinanti-nantikan muncul. Bila tudung aku basuh_ tudung aku pun basah_bila tudung basah_memang tak boleh nak pakai_aku pun rembatlah tudung kakak aku_lalu.._hasilnya.. Alhamdulillah.. Ternyata ianya memang 1 cara yang berkesan. Buat pertama kalinya...  =)


p/s: rindu k.wani.. k.wani tak dapat join sebab dia terlebih dahulu berangkat ke KL. Selamat berjuang kak. Uhibbuki Fillah <3

Sekian,

Tuesday 4 September 2012

Untuk kamu.. hey.. Untuk kamu!

Engkau punya gaya.. walaupun tak kaya..
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja...
Mungkin kau tak kacak
Tapi kau baik hati..
Baik hati..

Walau tak pernah bertemu,
Tapi sudah tertulis olehNYA..
Kau jodohku.. jodohku.. 
Cinta padaNYA buat ku jatuh hati padamu..
Membuat hati rasa bahagia..
Bahagia.. 

Itu yang aku mahu..
Menjadi imam buatku.. buatku.. =)


Eyh.. tetiba boleh terkomposer lagu plak tetibe. hehe.. Tengok tajuk petikan dibawah ni.. teringat pulak kepada melodi yang dinyanyikan oleh Najwa Latiff dan Sleeq. Adik aku minat sangat kat Najwa Latiff.. mentang-mentang lah nama dia pun Najwa. Bangga letteww.. 


Tika diri sedang mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang..
Sumber: iluvislam
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(Surah al-Ankabut, ayat 2)

Islam itu indah.. dengan hanya bersabar.. boleh menjadi penjamin kepada kebahagiaan di akhirat kelak. =)

Sekian,

Sunday 2 September 2012

GAMBAR| Kami budak baru belajar

Minggu ni merupakan minggu terakhir kami menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di kampung halaman tercinta. Hari jumaat ni aku nak balik puncak dah. Ya Allah, takutnya! Gerun melihat subject yang terpaksa dilalui semester kali ini. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Ameen.. Ya Rabb.

Nak dijadikan ceritanya tadi kami (aku dan kawan-kawan) bercadang nak memenuhi masa yang terluang ini dengan sebaik-baiknya di TER, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Kwani yang juga merangkak driver kami teringin nak ambil gambar dekat kawasan kuda main. Zie pulak teringin nak bermain bowling. Aku pulak teringin nak main tennis. *Eyh.. tetibe plak. Tennis la sangat.. raket pun takdak. Berangan je lebih. Teringat zaman matrik lettewww..=p

Agak-agak yang ni siapa yang main? Kami? Hehehe.. betol lah tu. Kami kan budak baru belajar. Malu aku pada budak-budak sekolah yang main dekat sebelah. Memang depa-depa ni kecik-kecik cili padi betollah. Teror giler.. sampai tergolekterguling-guling duk usung ke bola bowling. Aku pun confius.. sebenarnya depa yang usung bola ke? bola yang usung depa ni? -.-"



Dah habis baling sampai terguling-guling.. terlengguk-lengguk pulak nak tengok markah. Tengok markah sendiri takpe.. markah akak yang kat sebelah ni MAKRUH untuk diintai. Haippp..



Padang tempat kuda main.. Walaupun sebenarnya kuda takde pun masa ni.. tetap jugak nak bergambar.  Kwany punya pasal.. kitorang sanggup redah ditengah-tengah terik mentari. Tengok spek pun dah hitam selegam-legamnya. 




Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -HAMKA

p/s: Cantik tak GBM edit gambar? Kalau nak edit cenggini jugak korang pergi ke http://pixlr.com/. Tak mahal pun.. free je. =)


Sekian,