Pages

Wednesday 31 August 2011

Wordless Wednesday #10 |Sesuci Pagi Raya

Sesuci Baju Rayer!

(p/s: ada orang tegur 'tahun ni tema pengantin ke?'..)


Sekian,

Monday 29 August 2011

Sahur Terakhir...

Alhamdulillah...rupa-rupanya dah hampir sebulan kita berpuasa.. Mesti sekarang jalan jam teruk giler-giler kan.? Al-maklumlah..Nak dekat-dekat dengan raya ni mesti orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli belah baju raya, kasut raya...dan tak lupa juga kuih raya!!! Tadi semasa bersahur sempat jugak aku merasa kuih raya sebijik dua. muahaha.. Mak aku dah siap letak dalam balang raya tau U... Penuh satu meja dengan balang kuih raya... Tak sempat-menyempat!!! Kata mak 'Nanti berbuka puasa boleh makan kuih raya...' Amboi mak aku nih.. Nampak sangat kempunan kuih raya... Muahahahaha.. Nanti dah pagi raya comfirm tak sentuh dah kuih raya ni... Masing-masing sibuk nak melantak ketupat, rendang, sate, nasi himpit...itulah..inilah... Kuih raya?? Terbiooorr je kat side tepi. Kesian...Kuih raya santek-santek sekadar menjadi penghias meja. So, sehari dua sebelum raya baik kita melantak dulu kuih raya... Nanti pagi raya sibuk nak menjamah makanan sodap-sodap pulak kan. ^_^



Dahlia...Ini kegemaran My Mak..

Tat Nenas..Nyum2~

Walaupun aku tak suka makan nenas betol... but i like Tat Nenas very muccchhh!!! 
Sodapp weiyhhh..!!!! ^_^



(p/s: kuih lain pun suka jugak!)


Nak bagi duit raya kat GBM tak? Bagi kat sini pun takpe.TQ:)

Sekian,

Sunday 28 August 2011

Belum pun takbir bergema..



Isyk.. Tak seprice langsung lah budak-budak nih!!! Ada ke patot diorang ni dah bakar bunga api malam ni..?? Ni mesti tak puasa atau tak pergi sembahyang terawih ni kan..?? muahahaha... Kot ye pun excited nak berayer..tunggu lah besok dik oiii...!! tak sempat menyempat.. Kan dah hilang seri hari raya nanti kan.. Siapa susah?? Shaye jugak..!!! sebab shaye suka tengok bunga api.. muahahaha.. Takde bunga api.. tak syok lah malam rayer nanti..-.-"





(p/s: teringat pulak tragedi 1tahun yang lalu... semangat hintai celah tingkap hostel untuk tengok abang cafe pasang bunga api..santek sangat! ^_^)


Sekian,

Hidup perlu diteruskan...

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi







Tatkala kami memerlukan kehadirannya.. 
Mereka pergi meninggalkan kami.. 
 Malam berganti siang... siang berganti malam..
Air mata ini menitis..Menangisi kepemergian mereka..
Adakah ini salah satu ujian bagi kami? 
Ataupun ianya sudah tersurat akan takdir yang bakal menimpa mereka?
Kami keliru Ya Allah...
Tetapi kami pasrah... Kami tahu.. setiap yang hidup pasti akan mati.. 
Setiap yang Engkau ciptakan pasti akan dihadapkan jua suatu hari nanti...









Semalam.. iaitu pada tanggal 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadan.. Kami menziarahi kubur atuk dan nenek sebelah ayah.. Sudah begitu lama kami tidak menghulurkan salam dan menghadiahkan al-fatihah beserta jantung hati AL-QURAN kepada mereka secara 'face to face'.. 


Al-fatihah..

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 
Amin~





Sekian,

Thursday 25 August 2011

Extra Spirit!

Aku tak tahu kenapa aku menjadi terlebih rajin sebegini. Padahal sebelum masuk matrikulasi tahun lepas takde lah beria-ria macam ni sekali. Nak berkemas beg pun begitu payah! Sehinggakan mak membebel baru nak berkemas.Itu yang aku tersangat hairan dengan diri aku sekarang ni. Tersangat Pelik! -.-" Mungkin baru lepas dapat hidayah di bulan yang mulia ni kott. Terbukak hati nak jadi terlebih rajin sebegini. Syukur alhamdullillah... hehe. 



Sejak beberapa hari ni aku tersangat lahh busy dengan 5M. Membersih, Mengemop, Mengemas, Menyusun dan Menge'pack'! Dah macam cinderella sebelum kena sumpah jadi santek dah rupa aku ni hahhh.. Macam-macam kerja aku buat sorang-sorang. Aku ni ada satu jenis penyakit. Tak boleh buat kerja depan orang. Kalau aku duduk sorang-sorang je baru aku rajin. Kalau depan orang ramai aku jadi MALAS! Pelik??? Tak pelik pun... Orang pemalu macam aku ni memang macam ni. Muahahaa..



Membersih,Mengemop dan Mengemas
Yang 3 butir M kat atas ni aku duk sibuk mengemas rumah. Dah aku sorang yang mengganggur kat rumah mak bapak aku ni. Aku jelah sorang yang satu-satunya mempunyai masa yang tersangatt lahh banyaknya! Jadi emak aku telah mengambil kesempatan terhadap aku untuk melakukan kerja-kerja seorang HOUSEWIFE. Syurga terletak bawah kaki ibu bebb. Tak berani den nak melawan.. So aku buatlah semua tu.. Bermula dengan menyapu kesemua lantai..Mengemop lantai bagi sekilat mungkin dan Mengemas semua perabot-perabot. *Kalau takde orang nak datang beraya jugak rumah aku ni tak tahu laahhh.. Mahu menangis duapulohempat jamm aku..T.T Penat!!! Tersangat Penat!!! Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Aku tabik spring kepada semua surirumahtangga di seluruh dunia. Sesungguhnya..kerja seorang surirumahtangga itu tersangattt lah payahhhnyaa!!! Sampai peluh menitik-nitik aku dibuatnya. =.="


Menyusun dan Menge'pack
Yang ni memang dah aku wajib buat. Lagi beberapa hari aku perlu mendaftarkan diri di salah sebuah universiti tempatan. Kalau tak buat siapa lagi nak tolong kemaskan..kan?? Sebahagian pakaian dan barangan peribadi telah selamat aku kebumikan dalam bagasi hitam.. Yang sebahagian lagi aku dah tak tahu nak kebumikan kat mana. Mati akal dah aku buatnya. Sekali aku bukak balik zip bagasi hitam tu mahu tak tersembur barang-barang tu atas muka!!! -.-" Dan disebabkan mood extrraaa kerajinannn aku yang terlampau tu.. Aku tak ubah menjadi seekor kucing hitam yang sedang menyelongkar sampah sarap. Ehem-ehem...!!! Tapi aku takdelah menyelongkar sampah sarap tau. Nanti orang ingat aku orang kurang siuman pulak!! Aku selongkar kotak yang mengandungi 'khazanah' kakak aku ni hahh..



Tersangatlah manyaknya!!! 

Dah macam budak baru reti mengeja je aku nih. Jakun bebenor! Belek punya belek... Satu hape pun aku tak paham buku-buku ni bleteq apa! @.@. Mak aku yang terlebih kasi semangat pada aku. Ni lah padahnya! Dah habis kudrat aku salurkan untuk menjadi 'seekor kucing hitam'! Haihh.. Mak aku siap kasi list syllabus kaw-kaw punya! Daripada sem1 hinggalah sem8. Bagus betul mak aku nih. Muahhh! LIKE 1JUTA lah mak!!!
 Bagi sesiapa calon student OPTOMETRY jugak boleh lah tengok di link ni... http://www.wbut.ac.in/syllabus/B.Optometry_Syllabus_upto_8th_Semester.pdf


Exercise tengkuk skit yer. Malas nak rotate. ^_^


VISION. What is VISION?? Hurm...VISION is... hurm.. Rasanya dah pernah belajar masa form5. Isyk. Apa eyh?? Haihhhh.. tak ingat leww pulak. -.-"


Buku ni aku rasa patot masuk
MALAYSIA'S BOOK OF RECORD!
Buku ni paling berat yang pernah aku jumpa. Mahu tak semput sebulan kalau hari-hari duk dokong ke buku ni. Aku tak tahu macam manalah kakak aku boleh bawak buku ni ke kelas. Dahlah isi dalam penuh dengan conteng-conteng dan highlight bagai! Aku dah kompius ni..Perlu ke aku bawak buku ni?? Tapi tengok dari gaya contengan kakak aku ni..macam SUPERB je buku nih. Haihhh..bertambah lagi lah bebanan aku nanti..




Aku suka buku macam ni lagi.. Hehe.. Lebih low class.. Aku kan lebih sukakan 'kesederhanaan'. Muahaha.. *Ye lah tuu.. padahal lebih kepada ke'malas'an yang teramat.  Buku ni EXTRA RINGAN dan EXTRA MUDAH NAK PAHAM! Tak macam buku yang kat atas. Berjela-jela!!! Jenuh nak mengeja satu-persatu.


Buku ni pun okey bahh..
Makkk aihhh.. Manyakknya!!!! Nak pilih yang mana satu nih?? Aduyaiii..fenim-fenim..! Macam ni ke rupa seorang doktor? Anatomy sahaja dah 3 butir..yang lain-lain aku tak tahu lah.. Betullah kata orang...SUSAH-SUSAH DAHULU,SENANG-SENANG KEMUDIAN.. Tapi bukan kalau jadi doktor susah-susah dahulu..kemudian pun kena susah jugak ke?? Al-maklumlah..nantikan nak kena rawat orang..Bukan mudah bebbb!!! Muahhahaha...



Jadi aku pun mengambil kesimpulan memilih yang ni saja.. Bidang aku pasal mata je kan... HEAD,NECK, & BRAIN nak dekat-dekat dengan mata lah tu kan.. Muahaha.. :)

(p/s: Rajin itu bagus.. tapi kadang-kadang terlebih rajin jugak pun susah.. Nanti ada yang tak beraya karang..)

(p/s lagi..: Mood rajin ini semata-mata kerana ketaksuban untuk berayer.. Nanti dah rayer malas pulak nak berkemasnye..=p) 


Sekian,

Monday 22 August 2011

Semarakkan Kemerdekaan!!!

Lagi beberapa hari lagi nak raya kan. Fuh...Begitu pantas sekali masa memecut. Ini bukan sahaja tak sempat nak celik.. nak pejam pun dah tak sempat menyempat.. Hehe.. Kebetulan pula sambutan Aidilfitri kali ni seiring dengan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-54. Tapi nampak gaya macam semangat lebih kearah nak raya kan. Setakat aku meronda-ronda di bandar Kuala Terengganu, aku tak nampak lagi kelibat bendera pada mana-mana kenderaan. Agaknya save duit untuk beli baju raya kott.. Muahaha.. Tapi macam mak dan ayah aku ni bukan taknak letak...tapi mereka ni nak tunggu orang bagi free baru letak. Save bajet atau tahik hidung masin tu..  den tak tahu.! Muahaha.. Nasib baik aku takde kereta..Tak payahlah busy-busy kan kepala nak hias kereta bertemakan kemerdekaan.*Kononlah sangat..padahal dalam hati bergelegak..'Nak kete! nak kete!' 








Tahun lepas aku sambut kemerdekaan di Kedah.. Macam-macam aktiviti diadakan.. Koir, Syarahan, Nasyid...siap ada pasang bunga api dengan kek besaq gedabak... Best wokk!!!! Like 1JUTA! Yang paling aku tak boleh lupa adalah time koir. Bergelak sakan! Lawak yang teramat-amat. Dah lah budak-budak kelas aku nih semuanya jahil bab-bab koir nih. Masa kitorang tengah perform atas stage..Ramai pulak yang nengoknya! Nasib baik aku duduk baris kedua. Jadi takdelah orang nampak sangat akan 'kejahilan' aku nih. Muahahaha.. Tapi masa perform aku rasa best je kitorang nyanyi.. Lemak merdu giteww!! Entah macam mana kelas kitorang dapat no.2 jew... Isyk! Kenapalah tak boleh no.1 nih..!!! Frust menonggeng aku. Dah lah practice hari-hari dengan roomate-roomate tersayang. Semangat kemain!!! Pulak tu.. No.2 dari BELAKANG!!! Haisyhhh!!! Sabor jelah~ *muahaha






Amacam? Best kan.!!! 'Lemak merdu' gitewww!!! Yang ni versi edit-mengedit. Tak boleh tunjuk gedebush yang full terus.!! Ni time practice... Tak kasi tunjuk yang betul-betul lagi.. Kalu tunjuk yang betul-betul karang.. Mahu kilat sambar menyambar karang!! Muahaha...



Sekian,

Saturday 20 August 2011

Segmen tempek dan jelajah blog

Klik header untuk join. :)

GBM join Segmen Tempek dan Jelajah Blog Temoyo kerana GBM telah ditag oleh gadis yang cun lagi cumel! ^_^

Sekian,

Persiapan Syawal

Semalam tak sempat nak update entry baru. Terlalu penat dan agak tidak bermaya...Ni semua gara-gara sawan yang tak berapa nak sawan tulew.. Habis merah macam bijik saga dah hidung cheq ni hahh. Menci Boboi. Al-maklom lew..Raya dah nak dekat..Jadi semua nak kena kemas.. Bilik nak kena bersih..Lantai nak kena mop..Frame-frame nak kena gonyoh kasi hilang semua debu dan kipas nak kena buang semua sawan-sawan tu. Haihhh..



Apa yang penting..!! KERJASAMA!!! Ini yang WONDERPETS tu cakap.. bukan aku. muahaha.. Aku bekerjasama part nak membersihkan sawan pada kipas tu je.. *sawan ke debu eyh? agak keliru disini..-.-" Aku  bukan malas buat ke hape.. kan nanti aku buat lebih-lebih karang ada yang tak puasa sebab kes kena telan penadol pulak. Ayah aku yang bersihkan sawan pada kipas..Aku bersihkan sawan pada lantai.. hehe. Bersihkan sawan pada lantai pun dah pakai tuala lilit satu muka bagai! Last-last... apa pun tak boleh.!! sawan kemana..aku kemana.. Haihhh.. Aku tabik spring arr kat ayah aku. Bersemangat WAJA! Semuanya demi keselesaan para tetamu yang bakal datang beraya nanti. Korang nak tahu tak.? ayah aku pasang kipas baru dekat ruang tamu beb.. Bertuah sape yang datang beraya nanti tau.. Dapat rasa angin pure-pure dari kipas baru package sekali dengan bau kedai giteeeww!! muahaha..



Semalam aku duk rumah pakai skirt labuh je.. Ayah aku suh panjat tangga dia nak hulur besi untuk pasang kipas baru ni lah. Maklumlah..keadaan amat terdesak ketika itu.. Yang ada kat rumah cuma aku, Mak,dan Ayah... Takkan nak suruh mak aku pulak yang panjat kot.. Hehe.. Mak aku kemain risau.. Sebab takot aku tersadung. Nanti karang kipas kemana..Aku pulak kemana.. Haihh.. 'Na, pergi tukar seluarlah dulu!!!' kemain tegas tuh.. Ala..takpe mak.. yang ni lah baru orang panggil 'PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR SERBA BOLEH!' Macam hebat je kan.. Padahal turun je tangga terhuyung-hayang..burung-burung siap main-main atas kepala.. Nasib baik bukan tangga tu yang panjat aku.. Kalau tak... Tak beraya lah aku tahun nih. HAIHHH~
*pinjam dari incik GOOGLE..^_^

(p/s: Hari ni mak nak masak ketam masak lomak! Nyum3 ^^.)



Menambah pahala di bulan RAMADHAN dengan INI dan INI.TQ:)


Sekian,

Thursday 18 August 2011

Mengimbas Nostalgia di..

Semester pertama kami di Kolej Matrikulasi Kedah sangat bermakna! Bukan bermakna sebab apa pun.. Sebab kami first time jumpe 'mende' nih:



Canggih beb! ^^,

Gua cakap sama lu beb.... punyalah excited 'budak-budak' ni bila jumpa 'mende' nih. *termasuk aku lah kott..muahahaha.. Hampir setiap petang pergi beriadah guna 'mende' nih. Sampaikan berebut-rebut.!!! Dengar je bunyi azan asar..terus sembahyang.... Sanggup sembahyang awal-awal sebab nak berebut naik mende nih beb.. Punyalah excited tak tahu nak cakap!!! Al-maklumlah..kamikan 'budak kampung'... yang ada cuma basikal yang biasa tu je.. yang satu seat tu hahh.. Tak bestlah naik basikal yang satu seat je.. takde teman nak tolong kayuh sama! muahaha..


Excitednye NekC kite nih. -.-

Tu diaaa!!! NekC ni yang paling excited bebenor.!! Cergas semacam bila naik mende nih. Nampak dari segi nama panggilan tu macam mustahil seorang nenek mampu mengayuh 'mende' sebegini yer.. muahaha..




Tengok Mama Mia ni.. cool je.. walaupun shaye tahu yang sememangnya Mama Mia pun teruja dapat naik mende nih. Terbaekk Mama!!! 'Cool' itu ibarat bawang besar... Kalau kiter kupas satu persatu hasilnya akan santek! muahahaha.. *habis benda nak ibaratkan bawang besar. -.-" Seronok bawak basikal dengan Mama. Shaye handle basikal...Mama tulun kayuh!! muahaha.. Fair and Lovely kan! ^_^



Jom kiter tengok gelagat seorang pe'muda' berstatus Nenek menunggang basikal...muahahaha.. *p/s: Nek C ajak Mama Mia dan shaye berlumbe derr..!!! Apalah Nek ni.. Tak baik berlumba-lumba.. Nanti accident  berlanggar kucing lagi macam mana? Mahu tak heboh satu kolej..Hikhikhik..




Tu diaa!! Nenek terhebat di alaf ini! Cayalah!

Nek sudah letih agaknya.. -.-


Gambar Mama Mia 'merempit' tak banyak lah.. sebab shaye yang mengambil gambar..shaye jugak yang handle basikal Mama. Takpe lah ye Mama.. Lain waktu kita 'merempit' lagi. ^_^

(p/s: Kadang-kadang 'merempit' pun salah satu cara yang baik untuk melepaskan tension..)


Menambah pahala di bulan RAMADHAN dengan INI dan INI.TQ:)

Sekian,

Wednesday 17 August 2011

Wordless Wednesday #9





Menambah pahala di bulan RAMADHAN dengan INI dan INI.TQ:)

Sekian,

Tuesday 16 August 2011

Gadis Berkaca Mata

Siapa kata perempuan kalau berkaca mata tak cantik? tak lawa? siapa cakap? Baik mengaku cepat.. Nak kasi penumbuk laju-laju.. Waaa.. emosi pulak aku hari ni. Sebenarnya tadi aku terbaca satu entry ni.. yang mengatakan perempuan kalau dah berkaca mata tu agak terhad untuk berfesyen. Agak kuno katanya! Pergghhh.. Ni nak marah ni. Mahu aku yang ayu ni bertukar jadi Hulk karang baru kecoh satu dunia. Masa tu terlopong lah korang...Polis pun tak boleh nak buat apa dah...=p






Berfesyen tak semestinya tak kuno. Dan kuno tak semestinya tak berfesyen. Macam mana tu? *entah..aku pun tak tahu..pening lalat.-.-" Korang nak tahu sejarah asal usul macam mana anak EN.MOKHTAR dan KAK YAT *akulah tu.. ni terpaksa bergantung hidup dengan benda yang ada cermin dua butir ni? Oke..baca ni sampai habis...




Masa aku darjah 6 lagi aku suka sangat tengok orang yang memakai kaca mata ni *orang terengganu panggil 'spek'. Nampak macam cool dan bergaya je.. Itu pandangan aku lah.. Setiap gadis/jejaka berkaca mata yang lalu depan aku pasti aku akan tilik spek mereka sampai tembus tau.. 'Oh..budak ni pakai spek bingkai hitam..bla..bla..bla.. budak ni pakai spek takde bingkai..bla..bla..' Macam-macam aku duk pokpek-pokpek kan sorang diri.. Kalau budak lelaki yang berkulit cerah tambah pula pakai spek berbingkai hitam.. mulalah hati aku berbisik 'Hensem wohh..!!!' Mata tak berkedip-kedip tengok.. muahaha.. Tapi dulu budak laki pandang aku pun tak hingin. Tembam macam anak gajah! Anak gajah lagi slim kott!

Sampailah naik ke sekolah menengah.. Lagi ramai yang memakai kaca mata tau! Pandang kiri budak pakai spek.. pandang kanan budak pakai spek.. kadang-kadang tu tak sempat nak pandang mana-mana pun..sebab budak depan aku pun pakai spek.! Aku masa tu bukan main jelous menggunung-gunung! 'Kenapa semua orang pakai spek nih! Tak aci lah macam ni! Aku pun nak jugak!!!' Aku ni agak jahil masa tu..ingatkan orang pakai spek untuk berfesyen atau menunjuk-nunjuk ke hape. *Se'mengom-mengom' manusia aku ni. Suatu hari tu aku pergi jalan-jalan dengan mak saudara aku.. Kebetulan masa tu saja buat-buat rajin baca buku dalam kereta.. Lepas tu mak saudara aku pun tegur 'Nak suruh rosak mata ke baca buku dalam kereta?' Aku pun terlopong seketika. 'Hahh?? Membaca dalam kereta pun boleh rosak mata ke? Mustahil lah.'.. 'Iye.. Membaca buku dalam kereta tak salah.. tapi kalau membaca buku semasa kereta tengah bergerak atau membaca dalam gelap..kedua-duanya boleh rosakkan mata.. Lagi satu.. Tengok matahari lama-lama pun boleh rosakkan mata..' Serius aku tak tahu apa masa tu. Mak saudara aku bagitahu barulah aku celik ilmu skit bab-bab mata ni. Jeng-jeng-jeng.. Tapi disebabkan keinginan aku yang menggunung lagi berapi-rapi untuk bermata 4..Itu semualah yang aku selalu buat.. Aku main laptop dalam gelap.. Membaca dalam kereta..Selalu tengok matahari.. *Membaca dalam gelap tu taklah..tak pernah buat lagi setakat ni... Tapi apa yang aku buat semua tu haramm tak menjadikk!!  Aku masuk kelas..ok je mata aku nih. Lagi terang dan jelas adalah! -.-".


Semasa aku Form2 dan kakak aku Form4.. Kakak aku mengadu kat ayah aku yang dia ada problem mata. Tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam katanya.. Lepas tu ayah aku ajaklah kakak aku tu pergi check mata..Masa tu satu family ikut. Termasuklah aku sekali. Menurut mereka memang kakak aku dinasihatkan pakai kaca mata pun.. Rabun diperingkat awal...Takdelah kronik mana... Tengah syok-syok tengok spek-spek dalam kedai tu tiba-tiba ayah aku panggil..'Na, nak check mata tak?' Aku bukan taknak..Memang menggunung tak tahu nak cakap lah.. Tapi aku rasa mata aku ni macam clear je lagi.. Tak terjejas apa pun.. Tapi disebabkan ayah aku dah excited nak suruh aku check sama aku pun pergilah kat bilik dia.. Perghhh!! Nak tahu apa.. The result is... 'Encik, mata si adik lebih teruk dari si kakak.'..  Giler terkejut badak! Mahu pengsan aku jadinya..! Bukan pengsan sebab sedih..tapi pengsan sebab gembira.!!! muahaha.. Akhirnya hasrat nak memiliki 2butir cermin lut sinar yang bertengket dalam genggaman aku.!Yipiii..
Ce wahhh.. kembang lobang hidung 10 hinci. muahaha..


Tapi betul kata orang tak kenal maka tak cinta! setelah seminggu aku pakai mende nih..siyes takde langsung perasaan cinta aku pada mende nih! Tak selesa langsung!!! Dah lah rasa macam ada mende tergantung atas hidung lepas tu pulak rasa macam ada burung terbang atas kepala..PENING! Menyesal seumur hidup aku weiyhh!!! lepas pada tu aku stop terus pakai mende nih..



Naik ke form3..aku terpaksa berjinak-jinak balik dengan benda alah ni. Maybe sebab kuat sangat menatap buku atau buku menatap aku... Al-maklumlah..nak PMR kenalah tunjuk rajin sikit..sampai bangun pukul 2pg. muahaha.. Terlebih excited nak exam kott.. =p


Tapi aku pakai mende nih masa nak pergi lab je.. Sebab masa dalam kelas aku suka duduk depan..Masa dalam lab je aku suka duduk agak terceruk. HEHE. Masa form4 aku tukar spek baru sebab spek yang lama dah agak kabur-kabur.. Tapi walaupun spek baru aku tetap jarang memakainya.. Alasannya mudah: TAK SELESA! ^_^


Naik ke form5 aku usha mak aku nak buat spek baru lagi.. hehe.. Tahu mak aku cakap apa.. 'Amboi.. mengalahkan orang tua-tua! tiap-tiap tahun nak buat spek baru...bla..bla..bla.. Macamlah dia tu lekat spek 24jam..bla..bla..bla..kalau nak spek baru kena pakai spek 24jam. LEKAT!! tak boleh buang-buang!' Hadushhh.. main bagi-bagi syarat pulak dah... terpaksalah den memakai spek 24jam. Nak beraks pun pakai spek lu tau! Haihhh.~

'Mata' ke 4 ni special skit.. boleh bertukar!!!^_^


(p/s: Setiap tahun 'kuasa mata' menaik..Dah berapa banyak carrot shaye makan...naseb baik arnab tak mati kebulur.. tapi tak juga turun-turun. T_T )



Menambah pahala di bulan RAMADHAN dengan INI dan INI. TQ:)


Sekian,

Monday 15 August 2011

Lesen ibarat kuih SERI MUKA!

Ia adalah satu identity card yang wajib bagi sesiapa yang membawa kenderaan bermotor. Identity card  yang diwajibkan keatas setiap kenderaan bermotor, atau nama saintifiknya LESEN MEMANDU ini bertujuan bagi memastikan pemandu-pemandu didunia ini tidak lalai semasa memandu. Kata orang malang tidak berbau..Kemalangan boleh berlaku dimana-mana saja... Tiang depan rumah boleh langgar..inikan pula di jalan-jalan yang sibuk.! Jadi dengan adanya LESEN MEMANDU ini, pihak JPJ boleh mengesan sekiranya terdapat sipolan-sipolan yang melanggar setiap etika memandu. Dan tindakan boleh diambil dengan tidak membenarkan sipolan-sipolan ini tidak lagi menyentuh stereng mana-mana kenderaan lagi. *entah apa-apa aku merapu ni. Oke teruskan membaca..^_^







Tapi perkara diatas tidak membawa sebarang makna bagi sesetengah insan seperti aku. Bagi aku LESEN itu memang WAJIB.. kerana:


1. Ia menandakan kematangan seseorang. Ia sebagai petanda bahawa aku dah cukup dewasa dan berhak menentukan hala tuju sendiri! *macam lew matang sangat. nasik pun suh mak masak.

2. Ia juga menunjukkan bahawa aku berjaya membuktikan bahawa aku ni pemandu yang sangat berwibawa dan terhebat di alam ini. *setelah berhempas pulas memandu disebelah pegawai JPJ bermisai kontot.

3. Nak tunjuk kat kawan-kawan.. Akulah hebat..Aku pun ada LESEN memandu.. P lagi tuuu!! Kau ader?? *Berlagak derr..

4. Sebagai penambah koleksi kad-kad didalam purse. *selagi tak penuh dengan  kad selagi tu aku sumbat kat ketat-ketat!


5. Untuk menaikkan saham. Nanti kalau mak mertua tanya..'boleh bawak kereta tak?'... 'Boleh-boleh! Nak suruh tunjuk lesen ke?'..  kasi terlopong itu mak mertua derrr.. *gerenti duit hantaran naik seribu derr..tak pasal-pasal! 

6. Penting untuk tatapan umum. Kebiasaan aku perhatikan ramai dikalangan masyarakat pada hari ini meletakkan LESEN mereka di tempat special dalam purse mereka..iaitu di poket kad lut sinar. *sebab itu lesen itu WAJIB untuk kelihatan SANTEK dan MENARIK!!! mana tahu.. kot-kot tengah nak membayar topup di 7E ada mamat hensem terpandang lesen tu terus terpikat kot. muahaha~

7. Kata orang tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... tak kemana juga LESEN kalau tak tunjuk kat orang!



Waa..Pakcik hebat! ^_^





Lesen itu umpama KUIH SERI MUKA..
Santek untuk ditatap..Santek juga untuk dipamerkan!!! muahaha.. ^_^


Bagi orang yang segeng dengan shaye.. yang ada LESEN tapi setakat menjadi KUIH SERI MUKA.. Takpe..takpe.. kita kena sabar.. QUE HAIDAR cakap.. 'Sabar itu diibarat bawang besar.. kalau kita kupas satu persatu...lama-kelamaan hasilnya akan jadi SANTEK!' 



(p/s: sejak shaye memandu disebelah pegawai JPJ dan memegang LESEN berikhtiraf P hampir 2 tahun lamanya.. shaye tak pernah sentuh mana-mana stereng untuk bersiar-siar di mana-mana jalan raya yang terdapat di MALAYSIA..)

(p/s lagi..: LESEN shaye ibarat pelengkap kepada koleksi kad-kad yang ada didalam wallet shaye...*shaye tak suka pakai purse..shaye suka pakai wallet..sebab tu orang cakap shaye macam jantan! muahaha..)




Sekian,

Sunday 14 August 2011

Tukar Lagi..

Haiyakkk.. berapa kali mahu tukar maa..!!! Hehe.. Selagi shaye rajin, selagi itulah shaye eksyen nak tukar-tukar header. Apa mahu risau maa.. Inikan belog shaye.. Shaye rasa nak tukar shaye pun sukalah.. muahaha *macam budak tak berapa nak matang je aku nih =p



Apa yang korang perasan?? Tulisan header sama?? A'a. Memang pun. HEHE. Dah memang berkenan dekat tulisan ni je.. tulisan lain dah macam nampak dengan tak nampak je. -.-"


Santek tak? ^_^






(p/s: sebenarnya..semalam ada orang cakap.. dia sakit mata tengok tulisan header shaye yang lama. 'terang sangat' katanya..)

(p/s lagi.. : kalau korang ada apa-apa suggestion font tulisan yang santek-santek jangan segan-segan bagitahu shaye yup. shaye memang suka main conteng-menconteng semenjak dua menjak nih. HEHE )





Kalau rajin dan baik+++, silalah klik INI. TQ:)


Sekian,

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK?

Santai Bersama BEN ASHAARI
Nak join klik INI.

HEHE.. 
Saya pun tak tahu BLOG saya ni best ke tak..:)


Sekian,

Saturday 13 August 2011

EAT with SMILE!

Seronok tengok gelagat budak-budak kecil berbuka puasa. Mahu tergelak sorang-sorang rasanya..Hadoiii.. Macam-macam perangai..Macam-macam karenah! Ini antara dialog-dialog cumel yang sempat aku rakamkan.






'Na akan ashik iri..' (nak makan nasi sendiri)
'Na ashik anyak..waaaaa!!!! na ashik anyak!!!!' (Nak nasi banyak..) *siap terpekik terlolong sebab orang kasi nasi sedikit.
'Ibu, makan tangan ni ke... tangan ni??' *siap angkat kedua-dua belah tangan.
'Ma,nak uih tu..' (Ma,nak kuih)
'Ma, a'nak ni..' (Ma, tak nak ni..) *sambil tunjuk buah kurma.
'Ane air adik..?' (Mana air adik) *siap goncang-goncangkan ibu dia.
'Ma, ulih akan dah?' (Ma, dah boleh makan dah)





Yang tak tahan..budak kecil yang mintak nasik banyak tu hah.. Dahlah yang mengisi nasinya aku ni hahh.!! Bila aku isi sedikit..Budak tu nangis..nak nasi banyak!! Naik kesian aku tengok.. Bila aku isi banyak.. Mak dia pulak cakap tak payah. Haihhh..naik pening aku jadinya.. Nasib baik budak cumel! Haihhh..SEMPUT~



Nasi Beriani+Air oren

'Kakak shuap adik yer..' *tapi kenapa mulut kakak
yang menganga luas dari adik? -.-"

'Kakak, adik rashe kan..orang lain tak berbuka pun lagi..
kenapa kakak shuap adik awal shangat?
 kita tak puasa ke kakak..? '

'Bila nak berbuka ni? Ayam ni mengiurkan betol!
Tak tahan adik nengok..'

'Ibu, adik tak nak makan nasi ni..tapi
nasi ni yang nak mashuk
dalam mulut adik..' ^_^

'Adik puasa tau hari ni..'


*Budak ni paling geram aku tengok. Korang buatlah apa pun..Korang dukung dia... Korang bawak dia kehulur-kehilir.. Bagi makan apa-apa.. Dia tak pernah nangis...Apa yang budak ni tahu cuma... SENYUM..TAK PERLU KATA APA-APA!


Budak ni tak suka bergambar ke.??? atau
 budak ni tak suka aku peluk dia..?? -.-"



Masing-masing sibuk dengan makanan masing-masing. :)


At THE END:

WE ALL EAT TOGETHER HAPPILY!!!














Eyh-eyh..

Jap-jap!

'Mak,shaye nak tunjuk riben baru shaye kat orang boleh??' Muahahaha~





(p/s: tadi ada budak tanya shaye.. 'Kak Na, masa UPSR dulu Kak Na dapat berapa A?' Hah..hurm... *ala..budak ni tanya result time aku muda-muda dulu ni apesal.. tanya result aku yang sekarang ni tak aci ke? -.-" )



Kalau rajin, silalah klik INI. TQ:) 


Sekian.

Another SURPRISE!

Misteri dialam mistik!!!





Tapi sebelum itu nak kasi ini untuk MRS.ARAYUN.:)

Pengubahsuaian to mrs.arayun:)



Ok..dah sedia?? HEHE..:)


















Jeng-Jeng-Jeng!!!



Tadaaa!!!






I DEDICATE THIS SILLY-MILLY WATERMARK TO:


MRS.ARAYUN lagi...


MRS.MAMA MIA!


->  jangan marah yer MR.POK CHAN!!! agaks ke'jambu'lan disitu. muahaha.. *senyum..tak perlu kata apa-apa..^_^



MISS GBM. *nak dedicate kat diri sendiri.
aci tak?? HEHE=p

But the owner of the picture still mine! MR.POK CHAN dah bagi kat I. So.. Jadi hak milik kekal shaye la kan. HEHE..^_^



COPP siap-siap! Kasi nama MISS GBM besaq-besaq!!!^_^

(p/s: saje nak main-main conteng-conteng malam nih..Nah shaye kasi kat awak-awak sekalian..^_^)




Kalau rajin dan baik+++, silalah klik INI. TQ:)


Sekian,