Pages

Monday 30 July 2012

10R| Buat bakal-bakal Imam

Buat bakal-bakal imam,

Sedarkah kalian mengenai kekejaman yang sedang dilakukan keatas saudara-saudara kita diluar sana?

Tahukah kalian tatkala kita sedang enak berbuka puasa ada diantara saudara kita diluar sana sedang berjihad habis-habisan demi mempertahankan agama mereka... Sehingga setiap hari tatkala kita sedang seronok menonton televisyen.. mereka disana merana melihat insan yang tersayang dibunuh dengan begitu kejam.



Tak cukup dengan itu, mayat mereka ini telah dikencing dan dibaling botol arak tanpa setitik pun rasa kemanusiaan...

Wahai bakal-bakal imam pembentuk masyarakat harmoni,
Tahukah kalian tatkala kita sedang menghayati kesedapan ayam berserta ikan bakar ketika berbuka puasa... terdapat saudara kita diluar sana sedang meraung-raung merasa azab di bakar hidup-hidup tanpa secubis rasa kemanusiaan.


Wahai bakal-bakal imam kepada isteri dan anak-anakmu,
Tahukah kalian setiap hari pasti berlaku linangan air mata antara mereka.. Bukan air mata kegembiraan seperti ibubapa kita yang mengalirkan airmata tatkala melihat kejayaan anak-anak mereka.. Tapi, linangan airmata melihat anak-anak mereka dibunuh dengan begitu tragis tanpa ada rasa sekelumit pun erti kasih sayang.
Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?


Wahai bakal-bakal imam peneraju harapan negara,
Dimanakah kalian ketika mereka semua sangat memerlukan sokongan kita semua..? Sedarkah kalian mengenai penderitaan yang dialamai mereka? Sanggupkah kalian membutakan mata, memekakkan telinga, mengeraskan hati melihat kekejaman yang berlaku atas saudara kita sendiri?
“Di antara orang-orang Mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu (apa yang Allah janjikan ke atas mereka) dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)” [TMQ al-Ahzab (33):23].

Wahai bakal-bakal imam yang adil lagi bijaksana,
Ayuh.. bangkitlah! bangkitlah! bangkitlah! Hati ini memang sedih melihat anak-anak yang tidak berdosa dibunuh dengan begitu kejam dan kaum wanita dilayan seperti binatang.. tapi hati ini lagi sedih mengenangkan segelintir pemuda-pmudi diluar sana yang melepak, merempit, bersuka ria disaat imam mula mengangkat takbir menandakan terawih sudah bermula. Saban hari hati ini merintih berdoa pada Yang Esa 'Ya Allah, berikanlah cahaya petunjuk kepada mereka..'
Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut. Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ". 
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

p/s: Sedih mengenangkan remaja-remaja yang memekakkan telinga melepak bersuka ria tanpa menghiraukan azan yang berkumandang.. Tahukah kalian..? kalian berjaya membuat saya takut untuk ke surau.. kerana tempat melepak kalian merupakan laluan utama saya untuk ke surau. Sebagai wanita.. ia memang sesuatu yang amat tidak menyenangkan!


Sekian,

Sunday 29 July 2012

(GAMBAR) TURN TO THE RIGHT bersama Sham Kamikaze&Farah Ashikin

Program 'BICARA KAMPUS' ini telah dianjurkan oleh Kelab Rakan Dinamik UiTM Puncak Alam. Ini adalah kali pertama sepanjang 2 semester keberadaan aku di UiTM Puncak Alam, aku diberi tugas dalam program besar sebegini. Kehadiran peserta yang hadir memang diluar jangkaan. Tersangatlah ohsem! Penat? Dah tak tahu apa makna penat sebab perasaan yang terlalu gembira melihat pemuda-pemudi sanggup turun padang demi mendengar sendiri pengakuan tentang penghijrahan dua orang artis yang dahulunya memang diselubungi dunia glamour. Iaitu Sham Kamikaze dan Farah Ashikin.

Credits: Fanpage Sham Kamikaze














Fuyooo..GBM berucap? Nak tahu apa yang diucapkan beserta apa pengisiannya.. Nantikan Entry yang akan datang. Selamat berbuka! =)

Sekian,

Friday 27 July 2012

7R| Cabaran mencari Baju Raya

Dari pada sebelum puasa sampailah kepada masuknya puasa.. Rasa macam nak give up pun ada. Penat tau.. pergi kedai..

'Wahhh.. cantiknya...'
'Pergi fitting room.. TRY!'
'Kalau tak try tak boleh ke?'
'TAK BOLEH! Ingat membazir itu amalan syaitannn nirojimmm..'
'Apa pulak membazirnye.. kitew beli kitew pakai lah.'
'Oooo.. kitew beli kitew pakai eyh.. nanti kalo kitew tak muat kitew nak bagi sape pakai? Nak bagi frame pakai?'
'Erkk..-.-'


Aku memang paling tak suka kalau nak beli baju..kena try-try bagai! Malas. Eyh.. bukan malas sangat pun tapi lebih kepada takot! Dulu time aku kecik-kecik kawan aku selalu cakap 'Ko nak masuk fitting room hati-hati.. sebab bilik tu selalunya ada litar CCTV tertutup.' Gulrpp.. Lepas tu aku terus jadi fobia. Stress tau bila hidup diselubungi fobia ni.. semua tak boleh.. Tapi lagi stress bila main bidas membidas dengan orang yang tak faham jiwa kiteww nih. Baik aku diam sambil berlalu mengambil baju yang diingini sambil membuat muka tak rela. -.-" Punyalah lama aku dalam fitting room bukan sebab try baju.. sebab usha segenap plusuk bilik tu mencari-cari takot-takot ada benda keramat tuh. Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. 
PANG! *Tamparan kesedaran! 

Hampir berpuluh-puluh kedai aku pergi.. hampir berpuluh-puluh baju jugak yang aku try! Ya Allah, penatnye memang tak terucap. Pergi kedai tu.. CANTIK! tapi saiznye terlampau besar.. Pergi kedai yang satu lagi.. COMEL!  tapi saiz terlampau kecil.. Pergi kedai yang lagi-lagi satu.. CUN! baju pun muat-muat dengan aku.. tapi lengan pulak yang tergantung. Masalah tak putus-putus. Akhirnya aku pasrah.. mungkin aku tak ditakdirkan untuk merasa baju raya tahun ni.

Tapi aku tak kisah sangat pun.. raya tu bukan hanya baju raya semata-mata. Lagipun aku memang dah ada tempah baju kurung 3pasang.. Dah siap dah pun. Yang ni cuma nak cukup syarat yang dibina oleh Yang Berhormat Mak dan kakak aku. 'RAYA TAHUN INI TEMA TURQOIESSS.' Turqoieeesss?? Kaler gapo pulok? Aku pun tak tahu.. Nih En.Google boleh tolong explain. Dah YB-YB dah cakap macam tu.. Tu yang aku ajak kawan-kawan aku pulun pergi cari tuh.. Daripada Kelang sehinggalah Shah Alam aku pulun pi cari tau. Last-last hampeh. Tambang bas tergadai, penat menanti.


Setelah mempasrahkan diri.. akhirnya tadi YB aka mak aku mengajak aku untuk... bershopping?? Haruslah tidak! Pergi ziarah datuk aku la.

Alang-kepalang rumah datuk kebetulan berdekatan dengan PWTC Terengganu. Mak pun dengan senang hatinya memarkingkan keretanya berdekatan dengan itu.. kerana disitu terdapat jualan sempena Raya yang bakal menjelang lebih kurang 20hari +++ dari sekarang.


Wauu!!! Wauu!!! Wauuuooooo!! Kat sini memang banyak-banyak-dan-banyak baju TURQOIIEEESS.. dan harganya memang... BERRR..MAHAL! Semua yang aku berkenan semua berharga RM200+++.. Disebabkan aku student. Aku sedar diri. Yang diri ini masih tak layak nak memakai baju yang mahal-mahal..padahal duit pun masih berharap pada makayah.

Aku mempasrahkan diri aku lagi dan terus berlalu daripada gerai tersebut dan beralih ke gerai yang lain-dan-lain. Sehinggalah penemuan aku kepada seorang kakak berwajah solehah bersama suaminya. Tertarik akan beliau berdua aku menghampiri akan jualan beliau. Hurmmm.. yang ni cantik! Harga pun takdelah melampau sampai 200+++. Mungkin dah jodoh aku dengan baju tu kuat .. Sehingga emak aku memberikan GREEN light. Akak tu pun baik.. bagi diskaun doploh pesen lagihh.. Aku pun apalagi.. bayarlah terus! Tak try ke? Argghhh.. tak main ahhh try-try.. buang masa dan tenaga! *Padahal kat situ memang takde fitting room pun.. kalau tak comfirm mak aku suruh try. Alhamdulillah.. SYUKUR!SYUKUR!SYUKUR!

Balik je rumah terus try.. Eyh. Cantik.. Comel.. Cun pulak bila aku tak masuk bilik alah tu. See...! Kan aku dah kata tadi. Try-try ni.. buang masa-tenaga-peluh dan mengfobiakan je.. Walaupun peluh itu baik untuk kesihatan.. tapi tengah-tengah shopping dikalayak ramai peluh itu boleh merendahkan diri kita.

Takleh tunjuk lebih-lebih. Nanti raye tak sepris ah. hihihi

p/s: Entri Ramadan ke-5 dan 6 takde atas sebab mata aku problem. Memerlukan aku untuk beristerirehat selama 2hari. =D

Sekian,

Wednesday 25 July 2012

Ramadhan KE-4

"SEMANGAT!"

Hohoho! Hari ini aku teroverdose semangat skit. Maklumlah.. sahur terlebih macam ni lah jadi nya.. Hihihi.. Alhamdulillah.. Hari ini merupakan puasa kita yang ke-4 dan terawih kita yang ke-5. Dah hampir seminggu dah terawih kita rupanya yer.. Sekejap jer rasanya.. 

Oh ya! Sebut pasal terawih yang sudah sejam+++ berlalu.. Aku tak tahu lah macam mana nak start.. Sebab aku malu nak citer sebenarnya. Arrghh.. Tapi takpe. Disebabkan rasa SEMANGAT overdose aku tu aku rasa aku patut! Aku patut... Patut untuk rasa MALU!

Tadi tengah-tengah imam duk baca doa untuk salam ke-4 terawih.. 


Masa tiba part.. 


"SALALLAH.. SALAMUALAIHHH" Fuyooo! Semangat benor budak nih. Opss.. Aku tak pasti lah sama ada beliau tu budak atau bapak budak.. Tapi suara beliau.. Tabik springg.. Gempak! Dalam hati berbicara.. "Ini baru seorang.. Kalau mahu semua bersuara jantan macam beliau ni.. mahu runtuh surau dibuatnya. Habislah aku.. takleh dah lah nak feeling g surau jalan kaki lepas nih.. sebab surau yang lain jauh.. kalo jalan kaki pun.. Terawih ke-8 baru sampai kot."

Selepas imam baca yang seterusnya.. 

"SALALLAH.. SALAMUALAIHHH"Fuyooo! Milik siapakah pula suara itu? Dengar macam pompuan... Gulrrppp.. Akukah? Jeling kanan, mak saudara aku senyum-senyum..Jeling kiri, kakak aka jiran aku jeling-jeling.. Sah! Memang sah tu suara aku. Makkkk!!! Macam mana boleh tersasul nih! Tu lah.. Tadi duk mengata orang sangat.. Tak sampai seminit kena batang hidung sendiri. Padan muka! Oooo.. cukup 10 orang yer.. baru runtuh.. Habis kamu tu.. Nasib baiklah tak sekuat suara jantan tadi kalau tak comfirm kaum Adam mendengar laungan semangat aku. *Hahhh.. tengok! Jari.. gatal je nak mengata suara orang macam jantan. Erk...tapi beliau memang jantan pun kan. -.-"

Astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim...

p/s: Alhamdulillah.. nasib baik suara ini hanya sempat didengari oleh kaum hawa.. Kalau tak, malu? BERGANDA-GANDA!
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Rasulullah saw. bersabda:  “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)
Sekian,

Tuesday 24 July 2012

Ramadhan KE-3

"MALAS"
Bulan-bulan Ramadhan memang rasa macam tercabar kan. Dengan perut tak terisi, Rasa macam bosan. Sebab tak boleh nak buat apa. Kalau hari biasa ada jugak kerja.. Makan dan tidur. Kalau dah puasa.. apa yang boleh buat.. cuma satu je pilihan yang tinggal iaitu... TIDOOOO!
“ telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan Ramadhan bulan berkat,Allah memfardukan kamu berpuasa padanya,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka…”. (riwayat Ahmad)
Wahai tetamu-tetamu GBM yang dihormati sekalian, *Nasihat buat diri sendiri jugak. =) Ramadhan itu bukan hanya terletak pada puasa semata-mata. Tetapi jugak apa amalan yang kita lakukan. Sanggup ke kita habiskan aktiviti di bulan Ramadhan macam tu je.. tanpa berbuat apa-apa? Tanpa solat.. tanpa membaca Al-Quran.. tanpa tolong ibubapa.. GBM tak nak.. Hidup kita kan tak menentu. Jadi lebih baik kita mula menghargai masa yang ada sekarang daripada memikirkan hari-hari yang akan datang. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita.. Siapa yang tahu kan? 


*********
Mukadimah hari ini berakhir disitu. Hehe.. Sebut pasal malas.. cheq nak kaitkan berkenaan kisah 2 orang budak yang kurang rajin ni. Siapa lagi kalo bukan adik-adik cheq. Ya Allah.. Kalau sebut pasal depa nih.. Rasa macam nak cubit-cubit-cengkik-cengkik je. Malas depa ni.. tak tahu nak habaq. Orang kalo sehabis malas pun.. Bila dengar je exam tiba.. ada lah jugak rasa darah gemuruh tu datang. Tetiba malam exam tu tak boleh tidur sebab takutkan exam esokkan nya.. Ini tidak. Kalau dah hari biasa tu tidur awal... hari nak exam lagilah depa ni tidur awal. Aku pun hairan tahap kritikal memikirkan hal mereka!

Kalo nak compare balik masa aku seumur beliau. Aku rasa aku study bagai nak rak. Tertidur sikittt je atas buku. Sedar-sedar aku dah ada kat luar rumah. Kenapa? Sebab ayah aku angkat taruk luar umah. Selagi tak pukul 10malam. No tidor-tidor! Fuhhh.. giler seram aku. Lepas pada tu ada jugak ah rasa nak memberontak. Aku buat-buat baca kuat.. Padahal satu apa pun tak masuk. Nak buat macam mana.. Jiwa memberontak.. Ikhlas?? Memang tak ah derrr! -.-"

Tapi melihat kepada adik aku sekarang.. Ya Allah.. Jauh panggang dari api. Ni kalo letak ayam golek.. tunggu 10 tahun tak masak-masak. Nak tengok diorang study? Tunggu ayah aku panas enjin depan depa ni..hahh.. time tu la korang buleh tengok diorang bertungkus lumus mengambil hati ayah aku. Itu pun tak lama.. Lepas 10 minit ada lah nanti yang buku baca depa nih. Ayah aku sekarang sejak dah berusia ni jarang dah nak marah-marah.. sebab tu adik-adik aku sekarang berani buat macam tu. Haihhh.. untunglah..-.-"

Nak tengok aku tak study dulu? Tunggu ayah aku takde kat umah.. Kerja oberthesea... Hahh.. masa tuh aku manfaatkan sepenuhnya untuk merehatkan mata dengan sebenar-benarnya! Fuh..nikmat-nikmat. Lepas tuh keluar je result... Gempak?? Plisss la.. Tak payah nak kata gempak.. senyuman aku pun belum tentu nak sempak lagi. *Ader ke? -.-"erk... Itu lah.. orang tua-tua kata buat sesuatu kerja tu biar ikhlas.. Kan sia-sia je jadinya.. Menangis 7hari 7malam berturut-turut aku mengenangkan result UPSR dulu. Tapi nak buat macam mana. Menangis air mata darah sekalipun.. bubur pun mustahil boleh jadi nasi balik!

Tapi.. adik aku? Haihh... Tak reti dah aku nak bagi nasihat macam mana. Aku ni jenis yang tak boleh nak ajar adik-adik aku sendiri.. Angin tiba-tiba je naik ke seluruh muka.. Kalo ajar sekali tuh takpe lagi.. ni dah kalo 2 3 4 kali tanya.. 'Hahhh??' Mahu tak hangin.. Istighfar panjang aku. Tapi kalo ajar anak orang lain aku okey je.  10 kali ulang pun aku boleh lagi nak berlembut. Itu yang aku hairan tahap... KRITIKAL. Dah lah tahun ni salah sorang adik aku tu nak ambil UPSR tahun ni.. Ader ke patut soalan math yang kira-kira dia boleh mintak kalkulator dengan aku. UPSR pun pakai kalkulator eyh? -..-"

Aku tak nak adik-adik aku ni mengikut jejak langkah aku ketika aku zaman jahilliyah. Sebab aku dah pernah rasai. Pedih? Sedih? Menyesal? Sudah semestinya! Tapi nak salahkan siapa? Ayah aku? Sepatutnya aku yang patut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah aku. Atas sebab marah ayah aku tu aku berjaya menghargai apa itu erti kasih sayang seorang ayah yang ingin melihat kejayaan seorang anak. Tapi kalo tengok adik lelaki aku yang 2orang lagi tu.. Depa memang tak study pun.. Tapi result gempak semacam jer.. Grrrr... Mungkin sebab diorang LELAKI...aku PEREMPUAN. Hurm...

Disebabkan adik aku tu perempuan sama seperti aku.. aku jadi risau. Risau berulangnya peristiwa hitam yang pernah aku lalui. Oleh itu.. dalam masa sebulan yang tinggal ini.. Selaku kakak yang prihatin dan sayang akan adiknya inginkan yang terbaik daripada beliau. Aku tahu beliau memang mampu mendapatkan keputusan yang TERBAEKKK.. Kalau beliau berjaya membuang sifat kurang rajin beliau dalam masa sebulan ini. INSYAALLAH. Ingat.. tiada yang mustahil bagi Allah selagi kita usaha dan tawakal!

Ikhlas dari kakakanda yang cun,
GBM. (bukan nama sebenar)


Walaupun saya seorg kakak kepada 4orang adik... saya jugak
berjiwa seperti kanak-kanak lain. =D
p/s: sepatutnya ini entry semalam.. Hari ni dah Ramadhan ke-4. Tapi takpe. Untuk yang itu, GBM post malam ini. InsyaAllah.


Sekian,

Sunday 22 July 2012

Ramadhan KE-2

Alhamdulillah.. sudah tiga hari berterawih.. maknanya dah 2 hari jugak kita berpuasa kan? Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Walaupun siang tadi kepala aku terasa berat semacam.. macam nak hantuk ke dinding gara-gara pening terlampau.. Tapi setelah dialunkan beberapa muka surat cinta dariNYA.. Sedikit-demi-sedikit kepala ini makin kurang denyutnya.

 “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Al-Israa' ayat 82
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Al-Fussilat ayat 44

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Alhamdulillah Ya Allah.. Engkau turunkan sakit kepada setiap hambaMU dan Engkau turunkan juga penawarnya iaitu surat cintaMU yang kandungannya terpelihara sehingga ke penghujungnya.

Buktinya aku mampu untuk pergi ke surau berdekatan bersama-sama dengan keluarga tersayang dalam keadaan sihat sejahtera seperti semalam dan hari yang sebelumnya. Alhamdulillah.. =)

DOA SUPAYA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN JUGA DIMURAHKAN REZEKI
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي “Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa ‘aafinii, warzuqnii.” Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.

Sekian,

Saturday 21 July 2012

Ramadhan PERTAMA

Ramadhan pertama eyh? Kalo ikutkan terawih ni kira dah hari kedua.. Kalo ikutkan puasa.. itu baru yang pertama. Erkkk.. Jadi yang mana eyh? Satu ke dua? Hurm.. kite ambik yang tengah-tengah je la. Antara 1 dan 2. Den pun dah kompiuss~


Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga dapat lagi kita merasai nikmat kedatangan bulan Ramadhan kali ini. Dah dua hari ke surau yang berdekatan dengan rumah dah dua hari jugak GBM rasa macam tak khusyuk nak solat. Astaghfirullahalazim.. istifar panjang dalam hati..

Sabda Rasulullah S.A.W: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (Dalam mendirikan saf), akan tercerai-berai hati kamu. (Riwayat Muslim)
GBM rasa setiap barisan saf tu boleh muat lagi beberapa orang kalau mereka-mereka ini faham erti saf yang sebenar. Kalau solat-solat berjemaah bulan-bulan yang sebelum Ramadhan boleh pulak rapatkan saf.. kenapa bila tiba bulan Ramadhan semua macam buat endah tak endah berkenaan soal saf? Kenapakah begitu wahai puteri-puteri sekalian? Ya, memang bulan Ramadhan syaitan diikat tapi tak semestinya tak perlu rapatkan saf. Yang namanya berkat itu datangnya daripada Allah sayang-sayangku.. Setiap apa yang disuruh.. pasti bermanfaat bagi kita semua. Tahukah kalian bahawa Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.

Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).
See.. Ya Allah.. sebegitu senang nak mendapat berkat dariNYA. GBM sayang puteri-puteri sekalian.. Sebab itu kalau boleh GBM nak sangat pergi ke tempat tok imam pegang mikrofon cakap satu-satu berkenaan kepentingan menjaga saf dalam solat berjemaah. Tapi GBM tak mampu buat.. sebab GBM segan..hanya mampu membendung dengan beristifar panjang di dalam hati.. Semua kat situ lebih kurang sebaya dengan Mak GBM sendiri. GBM nak kita semua solat dalam keadaan yang paling cantik.. bukan cantik dimata GBM tau.. tapi cantik disisi DIA yang menciptakan kita. 


Rapatkan saf jugak sebagai simbol kekuatan ukhwah sesama kita. Saf terjaga.. maka terjagalah juga ukhwah sesama kita. 
Sesi usrah bersama geng berbulat gembira =)
GBM sayang anda semua. Teguran ikhlas dari lubuk hati GBM yang paling dalam. Sama-sama kita berjuang dalam mencari keredhaanNYA. ^_^

(credits to: rakan FB GBM.. ilmu yang sangat bermanfaat.)

Sekian,

Friday 20 July 2012

Marhaban ya Ramadhan

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)



Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan shalat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan (rincian) penjelasan petunjuk dan pembeda bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).
Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa. Ameen~
p/s: Malam ni dah boleh start sembahyang terawih. Selamat berpesta ibadat sahabat-sahabat sekalian. =)

Sekian,

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

BEN ASHAARI

Kalau sebelum ni aku meyepi hampir beberapa bulan jugak la.. Jarang nak berjalan-jalan blog ke blog nih. Takde mase.. Opss.. Bukan takde masa.. tapi takot masa tak sempat nak kejar. Mana nak siapkan lab report lagi.. mana nak buat assignment lagi.. mana nak buat presentation lagi.. mana nak update blog lagi.. Haihhh.. banyaklah mana-mananyerr.. 

Sekarang sementara aku cuti dan sementara 'mana-mana' tu muncul kembali... Aku mempunyai masa selama hampir 2 bulan berehat-rehat-bersantai-santai sambil memanfaatkan sebetulnya kedatangan bulan Ramadhan kali ini di kampung halaman tercinta. Dan untuk itu juga aku bolehlah melapangkan diri menyertai segmen yang dianjurkan oleh daddy si Qhaliff ni. =) 

Happy blogging, happy Ramadhan. Sama-sama kita eratkan silaturahim dibulan yang mulia ini. ^_^

Sekian, 

Thursday 19 July 2012

Keluar lagi..

Minggu ni sahaja dah 2 undangan dah aku pergi.. Itu pun dalam masa 4 hari aku balik ke Kuala Terengganu..  Hebat tak? Hihihi.. orang tengah bahagia macam ni lah.. Bahagia dapat kawan-kawan yang sangat baik-cantik-cun! Terima kasih awak-awak! =)


Dari kiri: GBM dan Farah
Keluar kali ini tak banyak sangat gambar.. Sebab kami keluar berdua je. Kawan-kawan yang lain tak dapat ikut. Sayangkan..? Tapi takpe ada jodoh nanti kita keluar lagi yer. Ramadhan pun bakal menjelma lagi 2 hari.   Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak sahabat-sahabatku sekalian. Sama-sama kita memanfaatkan kedatangannya sebaik mungkin. =)


Sekian,

Wednesday 18 July 2012

Berbulat Gembira| Taman Botak

Pergi ke kedai membeli buah-buahan,
Terlompat kecil ternampak katak,
Indahnya terasa tamatnya peperiksaan,
Bersama sahabat melawat ke Taman Botak...

Taman botak??? Eyh.. lain macam je bunyinye. Bukan taman... hurm... taman...

TAMAN BOTANI!!! hihihi.. Taman botak tu.. saje je aku mereka. Nak bagi mersa alam skittt. Taman Botani macam panjang je... Taman Botak. Kan senang. Satu lafaz je. Ye idokk..?
Cantik kan? Sejuk mata memandang.. Tenang jiwa yang merasa. Lapang hati yang melihat.. Lagi-lagi lepas musim exam.. memang sesuai sangat pergi tempat-tempat macam ni. Boleh releasekan stress. =)

Sempena 11 Julai yang lalu, selesai sahaja menjawab exam patho aku dan kru-kru berbulat gembira kami merancang untuk ke sesuatu tempat. Kak Nabilah selaku naqibah kami antar mesej malam tu.. pesan pada kami supaya pakai baju tshirt dan seluar. Aku ingatkan K.Nabilah nak ajak kitorang makan-makan, window shopping-menyopping. -.-" Aku pun selamber badak jer berlenggang kankung memakai sekirrttt. 

Nasib baik.. Akak ni memang jenis yang tak boleh nak marah orang. hihihi.. Tengok! Nak tumbuk pun masih tersengih-sengih. Mana ada orang tengah marah dia sengih-sengih. 
Sebenarnya saya rasa akak patut terus terang je dalam mesej semalam. Saya ni jenis yang yang memang tahap loadingnyerr keterlaluan. =p

Eyh.. macam kenal.. bukan belogahh VIP ke nih? =p
Dekat sini diberi dua pilihan.. Mahu naik bas.. ataupun berbasikal. Tapi disebabkan ada 'orang' tu pakai skirrtt terpaksalah pemilihan kami kearah bas tersebut. *Fatin si empunya VIP ni senantiasa dengan kameranya. "Klikk!!Klik!!Klikk" Tak henti-henti flash.. Nak letak dalam VIP dia lettewww.. hihihi


Sekitar menghayati permandangan dari dalam bas.. Bestt.. Berangin bersepoi-sepoi berbahasa-bahasa ko.. Senyum sampai ke telinga! >_<



Feeling-feeling berada di Shanghai.. padahal dekat Shangg Alam jeerr pun.. Nak buat macam ne dulu kemaruk nak future study kat Shanghai sangat kan.. tapi dah jodoh kuat dekat Puncak nak buat macam mana.. *erk..?? Tak terpikir pun nak ke study di luar negara. -.-"Ayat penyedap perasaan diri sendiri jer tuh. hihihi


Kalau ada basikal mesti kita tak payah penat jalan jauh-jauh kan... Kesian akak-akak semua terpaksa berkorban demi adinda tersayang. Terima kasih akak-akak. Uhibbuki Fillah. <3

Penat sampai ternampak bayang-bayang bas dah. Hihihi.. Kesian akak.. Penat yerr.. Takpe-takpe. Jalan pun best apa! Boleh jadi selim-melim! *Erkkk?? -.-"

Dari kiri: Ani, Fatin, GBM, Kak Ju, dan naqibah kami Kak Nabilah
Sebenarnya kru-kru berbulat gembira kami dianggotai oleh 8orang gadis-gadis yang sememangnya cantik-cantik. Tapi disebabkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan lagi 4orang gadis-gadis tersebut tidak dapat datang. Kak Ju merupakah housemate naqibah kami. Beliau sememangnya seorang yang baik hati. Beliau menjadi driver merangkap guard kami sepanjang keberadaan kami di Taman Botak. Terima kasih Kak Ju. >_<



Kak Nabilah dan Kak Ju. 
Dah penat jalan-jalan.. peluh pun dah menitis-nitis di dahi-pipi-dagu-hidung.. Kami pun terus menuju ke sesuatu tempat yang.........    cantik? Cun? Lawa? Menarik?
Ya! Tepat sekali! Sememangnya cantik! cun! lawa! menarik! dan yang paling penting... ianya sejuk! Weeee.. Bestnyer~~
Ke Rumah 4 Musim! Akak yang jaga kaunter tiket tu cakap.. sekarang musim panas dikk.. Jadi kat dalam tu suasana musim panas. 
Apaaa??? Musim panas??? OhMyEnglishhh....!!! O_o

"Jadi.. kat dalam suhu dia berapa darjah celsius kak?"
"Oh, suhu kat dalam paling maximum duaaaaapuloooohhhhlllaaaappaa... 20 darjah celsius je dik. Silalah masuk."
"20?? Alhamdulillahirabbialaminn...! Fuh..lega-lega~ Terima kasih kak!" ^________^



Suasana dalaman Rumah 4 Musim (Musim panas)





Macam nilah lagaknya bila dah dua orang belogah bersua muka. Seorang berangan berada di taman bunga sedunia.. seorang berangan menjadi 'Raja Sehari'.. *Erkkk...?? -.-"


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
(Credit gambar: Fatin VIP dan Ani Zahidah)

Eyh.. lupa nak habaq. Hampa tok sah risau pasal bayaran nak pi sini. Murah je.. Kalau hampa boleh beli COOL BLOG setiap hari pasti cakap.. 'Wahhh.. murahnyewww.. " hehee.. Nak masuk ke Taman Botak bayar RM3. Nak naik bas bayar kosongg-kosongg-kosonggg...sen. dan nak ke rumah 4musim.. Tak mahal pun.. RM3 jugak. So total up berjumlah RM6 je. Mahal?? Come on.. tempat-tempat macam ni lah sesuai bagi kita sebagai student berhibur.. sambil menghayati keindahan ciptaan NYA.



Pissss.. rakan saya si Fatin VIP tu pun ade hupdate pasal ni dekat SINI. Kite pakai kamera guna henset cabuk ni je.. tak mampu nak beli kamera. Lainlah orang tewww.. ada kamera spesial lagi.. Gambar pun mesti hot sentapp kan. Hihihi...

Uhubbuki fillah

Sekian,