Pages

Tuesday 28 August 2012

Cerminkan diri. Satu keperluan?


Majoriti orang kalau nak keluar rumah kalau tidak 5 minit.. 1minit pun jadilah untuk membelekkan diri didepan cermin kan. Aku sendiri pun mengambil masa setengah jam mempersiapkan diri didepan cermin.
Kenkadang selalu jugak kena usik dengan kawan-kawan..

" Dah cantik dah tu..."

Memang lah orang tengok cermin untuk kelihatan cantik kan. Takkan tengok cermin saja nak mencompang-campingkan diri pulak. Tapi.. Cantik itu untuk siapa? Untuk Allah ke? Untuk manusia? Untuk kebahagiaan dunia ke? atau untuk kebahagiaan dunia dan akhirat? Mana yang kita nak?
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Tepuk dada tanya Iman. =)


Sekian,

Saturday 25 August 2012

GAMBAR| Raya bersama BFF

BFF? Boy Friend Forever? Haipp.. Bukan itu la.. tapi.. Best Friends Forever.. Kalau boleh taknak lah sekadar BFF semata-mata tapi kalau boleh mahu taraf BFTJ... Best Friends Till Jannah. InsyaAllah..
Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.
Raya ke-4 kami berkesempatan untuk menyertai reunion bersama-sama. Walaupun yang hadir hanya beberapa kerat.. ianya tetap seronok! Masing-masing sibuk story itu dan ini.. Pasal kehidupan masing-masing.. Cewaahhh.. Bunyi macam dah beranak-pinak lagaknya. Hihi.. Takde lah sampai beranak-pinak. Kami muda lagi lah.. Cuma ada segelintir dari kami yang telah selangkah untuk ke gerbang 'ehem2'. Wahh. Tak sabar rasanya. Aku salah seorang yang terlopong mendengar cerita mereka-mereka ini tumpang gembira buat mereka. Mudah-mudahan cepatlah kita-kita sibujang senang ni dapat merasa nasi minyak mereka-mereka tahun ni ye. Eyh? =p


Yang tengah berbaju kuning bertudung biru adalah teacher english kami. Ingat lagi trademark beliau kalau student masuk lewat kelas sewaktu beliau mengajar .. 'OUTSIDEEE!!!!'









SBS- Si Bujang Senang. 



Credits to: SBS Farah for the picture. 

Sekian,

Saturday 18 August 2012

Hari Raya Se-simple Mungkin!

Alhamdulillah.. pejam celik-pejam celik dah sebulan kita ditarbiyahkan dengan kedatangan bulan Ramdhan. Kini, takbir mula bergema disetiap pelusuk kampung menandakan tibanya kedatangan Syawal. Orang kampung dah berlumba-lumba membaling mercun. Aku baling rumah kau. Kau baling rumah aku. Ber-deshung-deshung! Last-last.. mercun kemana. raya kemana. Haihhh.. Tak mo.Tak mo. Tak mo.

Tidak lupe jugak jiran-jiran perbuking.. Semua pakat duk post-mengepost. tag-menge'tag'. Macam-macam style. Ada yang berpantun. Ada yang bersyair. Ada yang bersajak. Fuhhh.. class-class depa nih. Kagum aku. Mesti depa ni tergolong dalam golongan bakal sasterawan terhebat negara satu hari nanti. Aku pun tak mampu buat macam depa nih. Tapi dah depa dah semangat kerah keringat nak wish takkan aku nak membuta tuli pura-pura tak on9. pura-pura tak perasan apa yang ditagkan. Itu kejam namanya. So aku pikir-punya pikir.. Isk. kalau post gambar.. macam malas pulak nak edit. Kalau berpantun.. macam malas nak cari idea susun penghujung ayat. Kalau wish Selamat Hari Raya je.. macam tak adil plak. Depa penat-penat karang essay tag kat aku. Takkan aku wish sepatah tu je. Aku pun kecik ati kalo orang buat kat aku macam tu. Pikir punya pikir... -.-"


.................
................
...............


..............

............


Nah! Hasil kreativiti setelah 2minit pikir. Print screen lepas tu tag kat semua kawan-kawan. Hihihi.. Saya memang tak berapa pandai berpantun.. juga tak berapa pandai nak mengarang ayat... hurm.. kedit ade tapi malas nak taip. hehe. Saya lebih suka menaip pakai keyboard dari menaip pakai keypad. Sebab keyboard pakai banyak jari. Keypad pakai satu je. Letih. -.-"

Terima kasih jugak kepada jiran tetangga yang tinggal berdekatan rumah aku. Anda berjaya menerujakan saya yang tak berapa sihat ni untuk keluar rumah. Berdeshung-deshung. Bunyi bunga api yang besar melambung-lambung tinggi di langit malam. CANTIK SANGAT! Ramai pulak tu yang pasang. Aku toleh kanan sebelah kiri pun bunyi. Aku toleh depan sebelah belakang pun bunyi. 

Ayah: Ramainye orang pasang bunga api.
Adik: Doh bakpe ayoh dok pasang tek umoh kita? Baru comey rumoh kite.
Ayah: Uuiihh.. Wakpe nok pasang teknye. Bazir je. Kite tengok hok orang pasang doh lah. Kekgi kite pasang kite pun tengok jugok. Dok ke same je? 

Muahahaha.. tersenyum kambing aku dengar dialog antara ayah aku dengan adik aku. Takpelah tak boleh main bunga api hok berdeshung-deshung tinggi tu pun.. Kite main bunga api hand-by-hand je ah. Main bunga api hand-by-hand best lagi. Boleh gerak-gerak. Nak buat bulat-bulat boleh. Nak meloncat-loncat boleh.. Nak buat kuak lentang pun boleh. Free style! 

Main punya main. Tetiba adik aku senyap. 

Aku: Bakpe pulok?
Adik: Hehe.. *senyum-senyum.. Kena bunga api.. Sakit..
Aku: Padan muka. Lain kali mainlah lagi.

Kejadah marah adik main bunga api plak. Padahal aku pun main sama time tu. haha. Adik aku masuk rumah ambil tisu balut tangan yang kena bunga api... Lepas tu dye keluar balik.. sambung main dengan tangan berbalut tisu. Aik?? Tak tahu maksud serik ke budak ni? Komfius -.-"


Tengah-tengah main bunga api terdengar bunyi letupan kuat. BOOOMMMM!!! Lenguk atas.. tengok-tengok... 

En.Google punye. 
WAAA... CANTIKKKNYAAA.!!!! Disebabkan keterujaan melihat bunga api yang sangat cantik berwarna-warni didepan mata sampai tak sempat nak snap. Hehe.. 

Kepada pembaca-pembaca GBM yang sudi meluangkan masa mendengar celoteh GBM saban hari.. GBM tujukan khas untuk anda semua. Hasil kretiviti GBM yang tak berapa nak kreatif. Hehe.... 


Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

p/s: Semoga segala ibadat yang dilakukan sepanjang bulan Madrasah kekal untuk bulan-bulan yang seterusnya. InsyaAllah.. =)

Sekian,

Monday 13 August 2012

Maksud mimpi- Jawapan Ustaz Azhar

Sebut pasal mimpi memang setiap orang pasti pernah mengalaminya kan? Aku sendiri pun pernah mengalaminya.. Tapi aku tak pernah pun nak ingat apa mimpi aku. Pelik kan? hurm.. Pernah sekali tu aku bangun tidur.. Air mata meleleh-leleh keluar. Kalau setitik dua tak heran sangat ni sampai basah habis bantal.*Bukan air liur basi taw! haipp. Ya Allah, puas aku pikir aku mimpi apa malam tu.. tapi... .......... ............. Langsung tak ingat! 

Tapi tak pe ah. Aku tak kisah sangat pun. Nanti kalo aku ingat mesti aku asyik duk mengelamun pasal maksud mimpi aku tu. Jadi solution terbaik.. Biar je ahh.. =)





Ustaz Azhar Idrus pesan: Sebelum tidur baca zikir, selawat dan doa. Jangan terus gelojoh nak tidur. 


p/s: Kalo mimpi kawen awal camne? oppss.. -.-

Sekian,

Saturday 11 August 2012

Pujukku dengan tarbiyah Pencipta..


" Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran Allah SWT.
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..."

Sekian,

Thursday 9 August 2012

Perutusan surat daripada...


REPLY:Waalaikummusalam, tahniah yaa kamu. Bisa dapat 3A 2B tueww.. Kakek rasa bangga sama kamu. Mahu pergi TTC yaa? Kenapa enggak minta ke Bandung terus. Bandung lagi asekk. Ada mainan gedek-gedek. Barangnya murah-murah lagi. Bakso enak-enak.. Nyumm-nyumm.. Kalo kamu mahu raya disini pun enggak apa-apa kokk.. haha=p
Alhamdulillah.. satu pencapaian yang baik. Bagi sesape yang pernah membaca tentang entri nasihat mengenai 'kerajinan' beliau disini.. Kirenye berbaloi jugak ah aku bleteq panjang lebar.. ada jugak hasilnya. Semoga beliau ini lebih fokus untuk UPSR yang sebenar bulan SEPTEMBER nanti. Jangan asyik nak bershopping je! Haiipp!

TTC- Terengganu Trade Centre aka Planatarium Kuala Terengganu


p/s: semangat tulis surat bagai gara-gara nak ajak pi shopping. Kalo practice tulis karangan surat kiriman rasmi tu takpe la jugak. 

Sekian.

Wednesday 8 August 2012

Baik.. Macam mana?

Orang kata baik itu subjektif. Bergantung kepada penilaian seseorang. Ada orang kata orang yang rajin tolong ibu bapa, beliau itu memang dari golongan orang yang baik. Ada yang cakap kalau kite tutup aurat dengan sempurna itu sudah cukup baik. Ada yang rasa kalo orang yang sentiasa senyum itu baik, yang selalu masam mencuka itu tidak baik. Ada jugak yang kata orang yang mencuri sebab nak sedekah pada fakir miskin tu baik. Hurm.. Macam-macam lagi lah..


Credit to: apit
Alhamdulillah.. solehahnye.. sejuk mata memandang.

Tapi? Macam mana nak jadi baik dalam erti kata yang sebenar-benarnya? GBM selalu bertanya kepada diri sendiri.. "Baik ke aku ni? Baik ke kalo aku ni kadang-kadang selalu melewatkan solat. Baik ke kalo aku tutup aurat pun masih belum sempurna? Baik ke kalo aku ni kadang-kadang pernah termakan hati dengan rakan-rakan sekeliling aku? Baik ke kalo aku pun dulu pernah angau menyulam cinta kepada yang ternyata bukan muhrimku? Baik ke aku kalo mak suruh itu dan ini pun dah melatah..? Baik ke macam tu? Baik ke? Baik ke???  

Ya Allah... Macam mana nak jadi baik..? Susahnya!! Susahnya!! Susahnya!! 
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.



Dulu aku pernah terpikir.. Kenapa orang yang bertudung labuh selalu pakai stoking? Kenapa orang tudung labuh selalu pakai hand sock? Walhal ketika itu memang beliau berpakaian baju kurung...

Rupa-rupanya barulah aku tahu.. Walau pakai baju kurung pun masih belum tentu aurat kita ditutup dengan sempurna. Ya, memang aku tahu aurat wanita adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Tapi masa tu aku masih tidak dapat berfikir dengan baik. Sekarang aku dah tahu, pakai baju kurung kalau lengan terdedah secara tidak sengaja pun sudah tercatit dosa untuk seseorang. Kasut walau secantik manapun kalau kaki yang memakai tidak dibaluti stokking masih belum cantik di mata Allah.

Kita nak bertemu Allah (Solat) pun tak boleh nampak kaki. Inikan keluar jumpa entah sesiapa yang tidak kenal kan..

Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatiku untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Semoga hati ini lebih beristiqamah untuk terus berusaha kearah muslimah yang lebih baik. Alhamdulillah, tatkala hati ini bersedih mengenang kejahilan diri ada rakan-rakan yang sudi memimpin dan menasihati diri ini. Terima kasih kalian memang sahabat yang baik.


Ya, memang bukan semua yang menutup aurat dengan sempurna itu baik. Tapi sekurang-kurangnya mereka ini menghormati perintah Allah untuk menjaga aurat masing-masing. Ini kalau dah undang-undang yang ditetapkan Allah kita langgar, apatah lagi dengan undang-undang yang dicipta manusia. Wallahualam.. 


Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.
Senyum.. sedekah dibulan Ramadhan. =)

Sekadar renungan bersama. =)

Sekian, 

Tuesday 7 August 2012

Blog Saya Biasa Biasa je Tapi Cool!

Nak join? Jom klik! 

Dulu bila kawan-kawan tanya... 

"Bila kau nak buat blog sendiri?"
"Hah.. Blog? Apa kebende tu?"
"Blog tu nama sejenis kuih tradisional.. itupun tak tau ka?"
"Hahh...? -.- "


Hamekk ko.. sekejam itu beliau memperdajalkan aku? Isyk-isyk-isyk.. Tengok sekarang. Aku pun dah ada kuih tradisional aku sendiri lah. Elehh.. 

Tapi.. blog aku biase je. Time kuliah aku jarang layan Kuih Tradisional aku nih. Time cuti-cuti macam ni je aku ada kesempatan nak decorate Kuih Tradisional aku lelebih. Biasa tu memang biasa... tapi part cool ke tak tu... yang tu aku tak dapat nak pastikan.. 

Entri yang terbaik yang paling menyentuh sanubari GBM sepanjang bergelar bloggah adalah berkenaan keistimewaan seorang wanita kepada sang lelaki.. =)



p/s: Korang rase blog GBM cool ke?

Sekian,

Monday 6 August 2012

Arak..Petanda Akhir Zaman

Betul kata orang, makin kita baca makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Dah terbukti pada diri aku. Alhamdulillah sejak aku mula berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah, makin banyak pula pendedahan eklusif yang sebelum ini aku memang tak tahu menahu langsung akan hakikat tersebut. MasyaAllah, terasa diri ini begitu jahil seketika. Yang aku anggap remeh rupa-rupanya sangat rumit perkaranya.. Yang aku anggap biasa rupa-rupanya luar biasa kejadiaannya..


Fenomena minum arak memang biasa dalam kalangan orang bukan islam.. Tapi luar biasa jikalau kita melihat si peminumnya bersongkok dan bertudung litup, bukan? Kerana hukum bagi arak itu sendiri adalah HARAM disisi ISLAM. Kenapa HARAM? Kerana sudah terbukti bahawa Arak itu adalah Raja kepada segala kejahatan. 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Surah Al-Maaidah- Ayat 90


Tapi tahukah anda berkenaan hakikat bahawa salah satu petanda dunia akhir zaman terletak pada arak? Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W;

"Antara tanda akhir zaman, arak mula dipanggil dengan nama-nama lain" (Riwayat Ibn Majah)
Antara nama-nama lain bagi arak ialah;
- Tuak Masam
- Samsu
- Todi
- Wain
- Bir
- Spirit
- Tequila
- Wiski
- Rum

Wallahualam... 



Sumber: Solusi Isu No.45 m/s 107

Sekian,

Salam Nuzul Al-Quran

A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq: ayat 1)



Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.



Sekian,

Friday 3 August 2012

Dr. Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha

Sebut nama pasangan ini.. siapa yang tak kenal.. memang sah depa ni buta novel. Hehe.. Pasangan ini merupakan pejuang novelis islamic di Malaysia. Antara karya-karya beliau adalah:




Pertama kali membaca karya Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul .. first impression aku adalah.. "MasyaAllah.. Indahnya nilai sebuah perkahwinan.." Serta-merta keinginan nak kahwin meronta-ronta dalam diri. Ahaks. Tapi setelah lempangan pertama dibuat di kedua-dua belah pipi barulah sedar yang diri ini masih lagi setahun jagung.. Nak masak nasi pun masih teragak-agak.. Masak nasik yang jadinya bubur. Haihh.. Macam mana nak kahwin? *Pang.. Lempangan kedua.. langsung memudarkan keinginan tersebut. 

Baru-baru ini pasangan ini datang ke UiTM Puncak Alam untuk memberi talk berkenaan Teman Sejati. Tapi.. si suami, Dr. Farhan Hadi sekadar menemani.. yang bagi talk adalah si isteri yang sungguh manis jelita, Ustazah Fatimah Syarha. Talk tersebut berlangsung ketika study week baru-baru ini bertempat di kolej Raflesia. Aku tak sempat nak pergi sebab aku takut balik lambat.. aku kan non-resident. Nanti balik lambat mesti aku tidur dan semestinya dah tak study. *Ok. Alasan! Padahal housemate aku boleh je pergi. Korang tahu.. betapa bestnya diorang sampai diorang boleh mengambil gambar berdua-duaan dengan Ustazah Fatimah Syarha. Ini sudah lebih! Menyesal aku tak ikut. T_T. Dah lah housemate aku cakap.. pengisiannya.. "Perghhh.. Mantop!!" Okey.. Jelousku di paras yang tersangat kronik..

Teman sejati itu ibarat perfumes. Apabila kita berkawan dengannya, bau-bauan tersebut dapat tersebar luas memberi keselesaan kepada diri dan juga orang disekeliling kita.- Fatimah Syarha


Petang tadi aku ternampak post di FB mengenai video CAFE CINTA yang menampilkan pasangan ini sebagai panel. Sangat menarik! Antara pengisiannya ialah..
Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing-masing daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing-masing. Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna: kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. 
 
Kalau perempuan tawarkan cinta kepada anda kerana harta, jangan terkejut kalau isteri anda suatu hari nanti seorang kaki kikis. Kerana sebab benda-benda yang bersifat sementara ini akan lenyap. Tapi kalau kita mengambil cinta itu kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana Allah.. Allah itu tak akan lenyap. dan cinta itu juga tak akan lenyap.
Romantik.. biar hanya dimata suami dan isteri. 

MasyaAllah, pengisian yang sangat-sangat ohsem. Sesuai buat di ambil iktibar kepada remaja-remaja masa kini. Sesiapa yang nak tengok boleh klik di SINI. Best, tak rugi sedikit pun tengok ini. Boleh topup ilmu dunia dan juga akhirat. InsyaAllah. =)

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit.- Blog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia)


Kalau emas permata itu cantik, cantik lagi isteri saya ini- Dr. Farhan Hadi. 

Sekian,

Wednesday 1 August 2012

Awalnya pembawa rahmat...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"



Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Selamat berbuka puasa semua. Jangan lupa baca doa berbuka puasa:

 
Sekian,