Pages

Showing posts with label Mukmin bersaudara. Show all posts
Showing posts with label Mukmin bersaudara. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Solidariti| #SupportGaza



Inisiatif saudari Nor Hidayah untuk kita bersama sama bersatu dalam menunjukkan sokongan padu keatas saudara kita yang berada di Gaza. 

Ingat misi kita. 3B. 
.Berdoa
.Boikot
. Bantuan (sumbangan bagi meringankan beban)


Moga Allah memberikan kemenangan buat mereka yang haq! 
Aameen. 

Templete to show our solidariti. 




" My name is GadisBerkacaMata. I'm from Puncak Alam, Malaysia. And I #SupportGAZA "



Sekian,

Wednesday, 24 July 2013

Ketaksuban terhadap gambar

Bagi sesiapa yang perasan untuk bahagian sidebar ada sedikit penambahan. Itu pun kalau ada yang prasan lah. Kot-kot kan. hehe. Maklumlah laman GBM ni baru dua tahun jagung. Manalah orang nak perasan sangat. kann...


Tadaaa. Finally. GBM dah ada instagram sendiri. Fuyooo. macam tak percaya!!!

Believe it or not. Just believe la. 

Walaupun pada awalnya telah menolak mentah-mentah tawaran rakan-rakan yang memintaku untuk membuat akaun instagram sendiri. Bukan tak nak. Tapi lebih kepada istilah kurang rajin. Kurang rajin untuk mengupdate akaun yang bertimbun-timbun. FB lagi. Twitter lagi. Blog lagi. Moment WC lagi. Dan sekarang Instagram. Hahhh. Memang tak kuasa betul. 


Tahniah GBM. Tahniah. Setapak menuju kerajinan. Moga hari-hari mendatang juga lebih rajin. Rajin transfer gambar dari camera ke laptop. Rajin post gambar-gambar berunsur ilmiah ye. Bergambar sambil berdakwah. Itu pilihan yang terbaik untuk yang pemalu seperti aku ni. Berani untuk menaip, tapi malu untuk bersuara. Hurm. Memang tak sihat betul. Astaghfirullahalazim..


Jikalau kawan-kawan penyegan macam saya, bolehlah follow instagram/twitter @shahimarz .
Kita berukhwah di medan maya. InsyaAllah.


Sekian,

Thursday, 15 November 2012

Satu Perjuangan


Syukur Pada Yang Esa

Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Maju jaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya

Brothers
Satu Perjuangan.

******************
Andai kita semua faham akan setiap patah kata daripada lirik ini.. pasti mereka akan tersentuh hiba melihat kekejaman yang sedang dilakukan zionis terhadap saudara-saudara kita di Gaza. Mungkin ada yang kata.."Macam mana nak tolong.. Malaysia dengan Gaza kan jauh..".. Duhai sayangku.. "DOA".. ketahuilah olehmu bahawa kuasa doa itu terlampau hebat.. Ianya tidak mengira jarak.. dekat atau jauh.. Yang penting keikhlasan.. Sesungguhnya DIA MAHA MENDENGAR rintihan setiap hambanya.. Ayuh bangkitlah sahabat-sahabatku.. saudara-saudara kita disana sangat memerlukan kita semua.. 



"Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di luar sana daripada kekejaman orang-orang kafir, kuatkanlah mereka, peliharalah iman-iman mereka begitu juga dengan kami Ya Allah. Agar kami sentiasa teguh berdiri dijalanmu.." Ameen Ya Rabb.. 






McDonald merupakan penyumbang terbesar kepada Israel. Kita sedap-sedap melahap burger, tapi mereka sedap-sedap membedil saudara kita disana. Astaghfirullahalazim.. Apakah kita sekejam itu...??

Ingat.. Kita tidak akan ditanya adakah kita mampu menyelamatkan saudara kita yang berada dalam kesusahan?..Tetapi, apa usaha yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan saudara kita di luar sana..
Sekian,