Pages

Showing posts with label Sem3. Show all posts
Showing posts with label Sem3. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Kisah Disebalik Sebiji Kurma

Alhamdulillah sudah seminggu lebih seorang sahabatku bergelar isteri, dan beberapa hari yang lalu seorang sahabatku selamat pulang ke tanah air sekembalinya beliau daripada umrah. Alhamdulillah.. Aku tumpang bahagia melihat kegembiraan mereka. InsyaAllah satu hari nanti, aku jugak menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak langkah beliau. Doa-doakan eyh. =))


Dua hari lepas aku dan 3 lagi rakan termasuklah si pengantin baru tersebut menziarahi Hajah Hazirah yang baru pulang dari umrah. Kelihatannya masih batuk-batuk kesan daripada perubahan cuaca. Mungkin. Semoga cepat sembuh ya hajah. 


Meriah satu rumah dengan pelbagai cerita. Itu dan ini. Pengalaman sewaktu di Jabal rahmah, di mekah, di madinah. Sambil berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW tercinta, minum air zamzam dan makan kurma ajwa.. Aku jadi terbayang di minda mengenai suasana disana. Ya Allah, tak sabar rasanya nak kesana. 


Si pengantin baru pulak tak kurang hebatnya bercerita tentang perubahan status yang dialaminya kini. Makin berseri-seri. Katanya kini memendam rindu ya.. Ehem-ehem. Rindu pada siapalah tu. Ala kak, kelantan dengan kl tak jauh pun.. dalam malaysia juga. Rindu itu diciptakan Allah, agar kita lebih menghargai apa itu pertemuan. Barulah seronok bila jumpa nanti. Cerita itu dan ini. Lagi-lagi dengan jarak yang diciptakan ini menjadikan lebih mudah untuk kumpul pahala atas kerinduan yang halal yang diredhaiNYA. 


Seronok menikmati kelazatan kurma muda, tetiba si bakal engineer bersuara "Hitam kan aku sekarang.?" Pandangan tertumpu ke wajah beliau. "Bukan dekat muka.. dekat tangan ni hahh." Sambil tunjuk jelas bekasan jam yang tinggal akibat daripada kesan panas terik barangkali. Maklumlah baru pulang dari kem. Alah nek, orang kalau berkulit cerah orang takkan perasan pun kalau gelap sikit. Kata nak jadi engineer bekerjaya, takkan panas sikit tak boleh kot.. 

Senyuman seorang sahabat.



"Rasa macam sekejap je kan.. macam tak percaya dah nak masuk 4 tahun kita tinggalkan sekolah"
"Aa kan.. rindu lah pulak nak masuk sekolah balik.."
"Ingat lagi peristiwa.. Lalat Hijau." Tetiba semua gelak kecuali aku. 

Lalat hijau? Apakah.? Binggung seketika. Rupa-rupanya gelaran yang diberikan buat mereka sewaktu disekolah. Depa semua ni hebat-hebat. Semuanya pengawas sekolah. Aku? pelajar biasa je. sebab tu aku loading apabila Isu Lalat Hijau dibangkitkan. Tapi kenapa mesti Lalat.. Hijau? Buruk sangat gelarannya. Sebab pengawas dekat sekolah aku tu pakai baju hijau. Adalah segelintir insan-insan yang kurang faham erti ketamadunan masyarakat mengelarkan insan yang telah begitu berpenat lelah membantu guru dalam mendisiplinkan pelajar dengan gelaran LALAT HIJAU. 
Errrkk.. apakah tiada gelaran yang lebih sopan dari itu? Hurm.macam.. Daun hijau ke. Epal hijau ke. The Hulk...? *Opps.. jangan marah. gurau je. hihi



Istanbul aku datang?
Ok. disebabkan Istanbul dah datang maka kita melantak dulu yer. hihi. Banyak jugak aku rembat coklat time duk dengar kawan-kawan citer. Ada ah dalam 3 ketoii. Rembat taruk dalam beg 2 ketoi. Ok. sekarang aku faham kenapa kawan kakak aku berfikiran sebegitu pada entry di sini. haha.

Uhibbuki Fillah.

Sayang anda kerana Allah. 











Gift dari umrah
Aku ni jakun. Pantang nampak benda yang jarang aku nampak. Mulalah tangan gatal nak mencuba. Malam tu aku nak cuba pakai inai tu pada ibu jari kiri. Saja je la nak try pakai. Camne lah rupanya.. Daripada tertanya-tanya. kenapa tidak aku try pakai...

Genetik kuku kecil. Alhamdulillah jimat inai.. 
Ingatkan nak biar jela dalam lagi 30 minit sambil baring-baring baru basuh. Kesudahnya aku tertidur dengan inai yang masih dijari. Bangun-bangun tengok lencun habis tilam dengan kesan kemerah-merahan. Masuk toilet nak basuh jari terpandang wajah di cermin. MASYAALLAH.. setempek inai dimuka. Astaghfirullahalazim. Dah macam komunis mana entah. HAHAHA. 
Haa..sudah! Ketawa pulak. Tengah-tengah pagi buta gelak sorang-sorang dalam bilik air sambil muka serabai dengan inai. Haaa. memang keje gila! 








p/s: Selamat berjuang untuk semester yang baru buat sahabat-sahabat. Kami warga UiTM yang masih berada dikampung halaman sentiasa memahami perasaan anda yang sedang berjuang di medan universiti masing-masing. Keep juang, keep smile. =))



Sekian, 

Wednesday, 13 February 2013

Hari Bahagia


Apabila 2 insan memilih jalan yang halal untuk melabuhkan cintanya, maka disitu letaknya keberkatan Ilahi. Alhamdulillah minggu lalu aku memang full attend with a lot of nasi minyak ceremony atau dengan kata lainnya kenduri kawen. Perut kenyang, hati riang, mata tertutup, bantal tersorong. Sebab tu blog tak terupdate. hihi. 

Ini adalah pengalaman pertama aku menghadiri kenduri kawen tanpa mak ayah disisi tapi diganti dengan teman persekolahan. Macam mana perasaan? Oh.. that was totally different!! Bukan apa. kalau aku pergi dengan family,ayah takpun kakak aku yang sibuk-sibuk nak ambil gambar.. depa ni selalu amek port bahagian depan-depan kalo boleh nak duduk depan-depan dengan pengantin. Aku? Yang bahagian ruang kosong yang tak berapa orang nak duduk, dekat situ lah tempat aku duduk.. pengantin pun nampak sipi-sipi je. Kesian..kesian..kesian. 

Apabila kehadiran family diganti dengan teman persekolahan disisi maka tanggungjawab untuk menjadi mamarazi tu secara automatik tergalas dibahu aku. Port aku? Semestinya tidak lagi di belakang tau hujung-hujung penjuru.. tetapi betul-betul bersebelahan dengan pengantin. Baru syok nak amek gambar. 

Irah- 8/2/2013

K.wany- 11/2/2013

Tangan kanan kamera.. tangan kiri handfone. Maka gambar yang terhasil lintang pukang sebab tak tahu nak fokus yang mana. Tu lah.. tamak haloba sangat. Ala.. aku bukan apa.. nanti kalau amek ikut fon nak whatsapp dekat kengkawan senang.. Kalau amek ikot kamera, transfer ke laptop best tengok. Clean and clear. Memanfaatkan teknologi sepenuhnya. Pandai tak? =p

Irah seperti yang tentera gambar bertarikh melangsungkan pernikahan lebih awal daripada k.wany. Tetapi baik Irah, Kwany mahupun aku tetap masih dalam lingkungan umur yang sama iaitu 21 tahun. *Errk.. okey takde kaitan pon. 


Pengalaman melihat majlis akad nikah secara dekat memberi pengalaman baru buat aku. Aku pulak yang naik nervous. Selama ni ada jugak tengok dekat.. tapi melalui medan tv takpun utube jer uolls.. Alhamdulillah, kali ni Allah mengizinkan aku untuk menonton secara dekat terang lagi jelas lafaz akad rakan baikku. Cedok pengalaman orang.. esok-esok mana tahu 'terrjadi' pengalaman sendiri. =p


Irah & Nazli


Kwany & Hariz
Alhamdulillah..selamat sudah dua pasangan yang merupakan ex-classmate ketika aku di tingkatan 5 bergelar isteri kepada masing-masing. Semoga menjadi isteri yang solehah, dan ibu kepada anak-anak yang soleh. Maka frust menunggenglah para syaitan melihat 2 ikatan yang suci terjalin atas dasar kecintaan kepada Ilahi. Barakallahu lakuma. =))


Pengantin malu-malu cat saat photographer suruh pengantin lelaki suapkan pengantin perempuan. Bila photographer mintak si ayah mertua suapkan si ibu mertua barulah si pengantin lelaki dapat keberanian. Pakai tangan.. romantik sungguh. Pengantin perempuan masih segan-segan.. Pipi yang sedia ada merah bertambah merah jadinya. =))




Seperti biasa- credit to my driver si Nadiah Nordin dan beliau masih Single.
*Dah promote ni.. blanje hot plate ah lepas ni. hihi

Majlis perkahwinan mereka ni dah jadi majlis reunian plak. Semua berkumpul melihat rakan satu sekolah di nikah dan di sandingkan. Setelah hampir 4 tahun meninggalkan alam persekolahan.. akhirnya kami berkumpul kembali. Double S. Sweet dan Seronok! Semua kacak-kacak, cun-cun. Makin bergaya sekarang. Sekali tengok tak cam, dua kali tengok kabur-kabur, tiga kali tengok.. barulah.. "Oooo...dye ni ke..."










Kepada Irah dan pasangan serta Kwany dan pasangan;


Aameen. 





credits pic: FB fatin & afiq. *Sorry der, gua pinjam gambar jap. =p


Sekian,

Sunday, 3 February 2013

Persiapan

Hari jumaat yang lalu, tanpa sebarang plan mahupun apa-apa persiapan family aku ke Rantau Panjang. Aku pun confius apakebende nama tempat ni sekejap mak aku sebut Rantau Panjang, sekejap Tanah Kubur. eyh bukan...! Pengkalan Kubur. hehe. Aku jarang dapat peluang jalan jauh-jauh dengan family macam ni. Al-maklomlah, anak perantauan.. asyik terpinggir je di ibukota sana.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi ayah aku berhenti di stesen minyak untuk isi minyak sepenuh yang mungkin dan untuk pam angin. Tiba-tiba masa pam angin ayah aku terperasan ada seketui paku melekat pada tayar di sebelah depan bahagian pemandu. Gabra wohh.. Macam-macam kemungkinan boleh jadi. Perjalanan bukan dekat der.. Terengganu ke Kelantan kot.. Paling kurang makan masa 4 jam.  Dah lah hari jumaat.. dekat terengganu kalau nak jumpa kedai tayar yang bukak probabilitinye hanyalah 0.01%. Sepanjang jalan tu banyak je kedai tayar tapi kesemuanya tutup. Aku kemain gabra.. tapi tak tunjuk sangat ah boh. Hilang macho kang. Tunjuk gabra dalam hati jelah yang mampu. "Ya Allah yang Maha Memudahkan akan segala sesuatu yang Engkau kehendaki, permudahkanlah perjalanan kami Ya Allah..Sesungguhnya tiada yang mustahil bagimu Ya Allah.." 100% pengharapan terabdi padaNYA.

30 minit perjalanan ternampak kedai tayar... lagi! Tapi kali ini.......kedai tayar ini beroperasi. Which mean BUKA! Yeayyy.. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Maka proses penghapusan paku yang menyeksakan tayar itupun berlaku.. lalu proses penampalan dijalankan. Alhamdulillah. Segalanya telah dipermudahkanNya. Syukur teramat! 



Ayah: Tadi ada banyak jumpa kedai tayar tapi semua tutup. Nasib baik kedai ni buka.
T.kedai: Sepatutnya hari jumaat kita memang tutup. Tapi hari ni ada kerete yang nak kena settle.



Sungguh.. segala sesuatu yang berlaku itu memang dengan izinNYA. =)


Tujuan mak aku ajak ke sini sebenarnya sebagai persiapan untuk kakak aku.. Dia kan dah nak kawen tak lama lagi. Dengar kata barang-barang kat sini murah.. tapi kalau dah murah rembat banyak-kene tahan di Kastam-cukai 10% derr..

Kalau setakat macam aku ni beli skirt dua ketoi yang berjumlah RM40 ringgit tak kene pun cukai tu. Kastam pandang sebelah mata je.. Ok lepas! Tapi tu kalau barang aku je lah.... kalau dah campur barang-barang kakak aku, mak ayah aku.. Penuh bonet dan seat.. Tu memang wajib kene tahan ah boh dengan Kastam.

Kene tunjuk resit siap. Dan tag bakal dikenekan 10% atas nilai yang tentera di resit. So, korang lepas ni kalau nak borong dekat sini jangan lupa minta resit taw. =))

Sekian,

Wednesday, 30 January 2013

Pertama kali di Radix FC

Dulu masa zaman-zaman matrik kedah dulu selalu kawan-kawan bising tentang Radix FC. Radix FC sedap la. Radix FC murah.. Masa tu aku macam katak dibawah tempurung, bengong-bengong sket. Radix FC?? Apekebende Radix ni? Nama kumpulan penyokong bola sepak baru ke? Apasal aku macam tak penah dengar pun. *Ceh. macam pro je bab-bab bola kan. 

Rupa-rupanya kedai makanan segera.. aku pun macam.. "Ooooooo... ye ke. " Maaflah.. ter'darat ulu' seketika. Dah nama Radix Fc.. aku ingatkan Radix Fan Club la kan. Rupa-rupanya Radix Fried Chicken. muehehe. Patutlah dey'ollzz cakap sedap la.. best la.. Tapi aku tak pernah pergi pun sebab tak kenal tempat. Aku jarang shopping tempat luar kawasan Changlung. Sebab tu macam terdarat uluss bila ada orang tanya mana-mana tempat di kedah. Jangan kata di kedah, di Terengganu sendiri pun aku boleh tersesat kalau jalan sorang-sorang. 

Baru-baru ni aku baru tahu yang Radix FC ni ada jugak cawangan di K. Terengganu. Fuh, see..yang ni lagi kejam. Tanah kelahiran sendiri boleh plak tak tahu. Aku tahu dari kawan aku, haritu masa bulan Ramadhan kitorang ingat nak adakan iftar ramai-ramai kat sini. Tapi dicancelkan saat akhir kes takot jem stobery cinta di tengah jalan. Karang iftar kemana, terawih kemana.. 

Hari Isnin yang lalu, demi melunaskan hasrat yang tersimpan berbulan-bulan.. oppss silap.. bertahun-tahun lamanya (sejak matrik) akhirnya sampai jua aku di Radik FC berkat usaha pengorbanan rakan-rakan yang sudi mengorbankan kenderaan mereka untuk dinaiki oleh we'ollzzz.. Thanks Sahabat! Anda meme sahabat yang baik. Semoga kalian sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, amennn.. *Touching :')

The Radix FC
Oren nyela kedainyee.. Sama tema dengan lambang blogger uollzz. Ada nasi ayam, ada ayam HOT DAJUJ (maksudnye-pedas..kot) , ada coslow dan.... dan... dan aku tak ingat. Sekian Tq.


Dan jugak Chicken Chop!!! yang sebahagiannya sudah selamat ditelan akibat kelaparan terlampau. 


Tak tahu keje sape lah ni.. Pandai ye.. kate nak pinjam fon. rupa-rupanya ambil partime jadi paparazi dalam diam. Haiiippp!

Hari itu aku telah menjadi The Incredible Hulk versi pink. Nasib baik kulit tak pink. Dengan izin Allah, mulut yang sentiasa melafaz kata-kata dusta lagi nista terhadap pink berbalik kepada aku. Kawan-kawan semua terkejut melihat, lagi-lagi yang duduk sebelah kanan aku tu. 
Katanya, "Padan muka! Dulu kata benci pink.. pink dok comey. pink dok menarik.. kan dah termakan diri sendiri." Hah.. sekarang kite tengok sapa yang menarik sapa yang tak ni?? 
*Moral of the story, jangan keji sbelum mencuba. Kenapa? Kerana, setelah diteliti di hadapan cermin.. eyh, ayu plak aku tengok warna pink ni. Ok, part ni sesi tekan lift masuk sorang-sorang!


Komen aku, okey lah.. boleh tahan.. harganya pun memang standard student seperti kami. Kalau nak dibandingkan dengan kfc, aku rasa lebih baik jangan dibandingkan. Sebab kalau bukan kita yang sokong produk malaysia buatan orang Islam, siapa lagi? Sampai bila-bila pun kaum kita takkan maju kalau kita sendiri yang tak memberi sokongan terhadap orang kita. Pilihan semuanya terletak ditangan kita. =))


PEACE!

Kepada yang terkena dalam bulatan tersebut, pesanan dari penaja.. sila jangan gelabah, jangan nervous.. rileks kan diri anda. Kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda dan si dia. Semoga majlis yang bakal berlangsung pada 11 februari nanti berlangsung dengan lancar. Rabbi Yassir Wala Tuwassir. Amen. =))

Happening baik punya. Satu restoran meriah dengan suara
gegurlzz weollzz! =)
Dan kepada yang paling depan wajahnya didalam buih tersebut, semoga perjalananmu sentiasa di sinari keberkatan dariNYA. Sampai diSANA nanti, jangan lupa titipkan salam kami buat Kekasih Yang Tercinta kita semua dan jangan lupa doakan kami didalam doamu, semoga kita semua mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Kami disini mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan. Rabbi Yassir Wala Tuwassir. Ameen.=))

Seorang teman sejati akan membuat kita senang dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat kita dalam doa-doanya.

Uhibbuki Fillah ya sahabat. <3



p/s: Boleh ke sini untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai cawangan Radix FC yang terdapat di Malaysia.

Sekian, 

Thursday, 17 January 2013

Spect ke-4.. berjaya disiapkan!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... 
(*entry ini sepatutnya dipublish bulan disember yang lalu lagi.. tapi disebabkan busy dengan musim exam. jadilah ia sekarang baru dipublishkan.)


Madam: Hari ini saya bagi yang kelas kamu set spect baru. Hari ini kita buat untuk rimless frame. 
Kami: Yeayyy!
******
GBM: Cantiknya spect ni. Madam, kenapa saya tak pernah jumpa pun spect cantik cenggini kat kedai.
Madam: Kamu tu kalu dah nama dapat pegang spect free semua cakap tak pernah jumpa. 
GBM: Mana ada madam.. Spect ni memang cantik lah.. -.-"



Cantik kan? Ini merupakan spect rimless yang tercantik yang belum pernah aku jumpa sebelum ni.


Cantik tu memang cantik nak siapkan spect ni sampai jadi hasilnya macam yang kat atas ni.. MasyaAllah.. sentap molek.. dalam bilik aircone se dingin 20 darjah celcius pon boleh menitik peluh didahi tau. Tersangatlah memerlukan penelitian+kemahiran+kecekapan yang sangat tinggi. Kini barulah terjawab persoalan aku, kenapa madam tak jadikan spect rimless sebagai spect pertama kitorang. 

Mana nak tebuk lubang, nak alignkan nose pad kasi spect bila pakai tidak tunggang terbalik, nak adjust temporal frame mesti dilakukan sebelum dipasangkan lens. Berhadapan dengan probabiliti untuk lens tu patah sememangkan setinggi 90%. Kecut perut jugak ah.. 

Alhamdulillah dipengakhirannya aku berjaya jugak menghasilkan spect secantik yang diatas tu. Spect asal tak sempat nak snap. Kalau tak mesti lagi cun dari yang diatas. Kesian kat uollss tak dapat nak tengok. muehehe..  



Antara spect-spect yang pernah dihasilkan dan juga yang pernah di updatekan sepanjang semester 3; 



Spect 3: Metal Half frame

Spect 4: Rimless frame

p/s: spect ke-3 je aku tak update. Malas nak story kes benggang dengan diri sendiri sebab banyak buat silap. Lepas tu spect tu yang paling tak jadik. Memang double bengang. =((

Sekian, 

Indoor Rowing

Kesinambungan kepada entry INI.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah result terhadap first time game yang aku involve yang melibatkan nama fakulti pada entry yang lalu. Berdebar, takot, nervous, rasa macam jantung nak terkeluar? Itu normal! Perasaan yang sama yang pasti akan dialami olehku sekiranya berlakunya presentation yang melibatkan lecturer dan bilangan orang yang ramai. Haihhh.. darah gemuruh ni memang susah benerrr nak dikawal!

Bergambar pada saat-saat terakhir sesi latihan.



HARI PERLAWANAN...


Hahh.. Nampak dokk lagi resultnya? GBM fakulti apa? Hahhh. yang tu pikir sendiri. Dah kalau Optometri rasa-rasa fakulti apa? Aku tak boleh cakap.. demi menjaga nama baik fakulti dan jugak diri sendiri. muehehe. 


Coach yang paling disegani disisi peserta yang sedang jelas sekali kelihatan sebegitu gemuruh.

Nervous habaq hang.. Rasa macam nak terencat kepala lutut. Masa ni tengah duk tengok sampan yang bakal aku pandu dekat screen tu. 

Fuh penat.. tak sempat nak snap.. sampan dah hilang. Tandanya game dah berakhir. Yeayyyy, alhamdulillah. =)) *DOUBLE SMILE on face pliss!


Wakil indoor rowing dari Fakulti S**** Tetttt... 
SMILE..biarpun tak menang. =))

Sekian,

Monday, 10 December 2012

Indoor Rowing... RESULT

And the result is....









..........


.
..........











OK atau KO?

Will be update soon.. 
Tak larat nak taip panjang-panjang.. 
Scapula masih sedang mengalami trauma menyebabkan proses pergerakkan agak terhad.

Sekian,

Saturday, 24 November 2012

Blog OPTIMIST

optimistuitm.blogspot.com

Blog OPTIMIST UiTM sekarang sedang mengalami beberapa fasa perubahan. Dulu dah tak sama dengan sekarang.. Dan sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Baru sahaja semalam tampuk penaipan serta tampuk pengtaipolan *eyh? diserahkan sepenuhnya kepada.., kepada... G-to-the-B-to-the-M. Dan kini, tak sampai 24 jam, blog OPTIMIST telah berubah wajah.. hampir.. 90%. Ya Allah, betul ke apa yang aku lakukan ni.. nampak macam.. macam... hurm... macam... SIMPLE! ya Terlalu SIMPLE! Hewww..heww.. 

Aku ingat nak ubahkan templete kepada DENIM sahaja.. macam blog aku ni.. tapi tak reti guna Dashboard baru ni. Ya Allah.. masaku 1jam lebih cuma di laburkan untuk menggoogle tutorial untuk tukar templete Denim guna Dashboard baru ni.. dan hasilnya.. amat menghampakan. ZERO!
Kesimpulannya.. Templete SIMPLE sahaja yang menjadi pilihan. Dan terhasillah seperti yang diatas.. kenkadang rasa macam..  Ya Allah.. terangnya.. panahan mata begitu terasa sehinggakan segala ligament-ligament dalam mata terpaksa berkerja dengan lebih kuat untuk melihat blog ni.

Tapi menurut wanita-wanita cantik aka my roomate-roomate dah cantik katanya.. Cantik ke?? Arghh.. dan ternyata masih belum dapat untuk memuaskan hati ini. Apa kata anda? Bahagian mana yang patut ditukar? 


p/s: buat masa ini status blog optimist masih diprivatekan.. dah siap sepenunhnya barulah akan dipublishkan balik. 

Sekian,

Sunday, 11 November 2012

Muka-muka pemimpin bakal-bakal Optometrist Malaysia







Sekali pandang macam skuad pelapis DIGI sedunia la pulak. Muehehe.. Haiipp.. DIGI kaler kuning.. yang ni kaler oren ok. Sape yang cakap macam skuad pelapis DIGI memang sah korang ada something wrong with your colour vision. Baik pergi chek dekat Klinik Ui Vision Puncak Alam cepat-cepat sebelum berlaku kemelaratan lalu memadamkan terus sistem penglihatan anda.. Oppss~

Seperti yang telah aku nyatakan pada entry yang lalu di sini... Cadangnya memang sepatutnya event ni berlangsung pada 3 minggu yang lalu lagi.. tapi disebabkan kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan, terpaksalah ianya ditunda sampailah berlangsungnya hari yang sebenar-benarnya ia berlangsung iaitu hari Jumaat yang lalu- 9/11/12.

Tarikh dimana keputusan pilihanraya diumumkan.. Alhamdulillah.. Majlis berlangsung dengan baik.. walaupun aku kelihatan sedikit gabra sebab masa sudah hampir berganjak ke pukul 5.30petang event masih segar berjalan. "Waaa... kene tinggal bas la cenggini..!!!" lantas hati mula bermonolog kesedihan. Itulah hakikat yang terpaksa diharungi oleh gadis-gadis seperti kami apabila siibu dan siayah tidak mempercayai si anak yang sudah memiliki lesen untuk memandu kereta sendiri.. SEDIH! Terpaksalah si anak kais pagi naik bas, kais petang naik bas. *Eyh. Apa kaitan?? -.-"

Apa-apa pun jutaan tahniah buat barisan muka-muka baru Optimist 2012/2013. Selamat menjalankan tugas dengan baik. Ikhlaskan hati, tenangkan jiwa.. Jihad untuk Allah. InsyaAllah.. Semuanya akan dipermudahkan NYA. Semoga Optimist UiTM lebih maju di masa-masa akan datang.







GOG

"Gomo Opto Gomo"

















Tahniah MR. PRESIDEN!!! =)

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)


Sekian,