Pages

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, 12 September 2015

Contact lens dan snorkling

Kebelakangan ni isu contact lens telah diviralkan secara meluasnya di media sosial. Aku pun ade share dekat FB aku dengan caption pendapat aku selaku pelajar lepasan ijazah optometri. Pakai contact lens tak salah dan kalau tak pakai juga tak salah, sebab masih ada alternatif lain iaitu spect. 

Geram jugak aku bila dah orang duk jaja keburukan contact lens sana sini walhal mereka sendiri kurang sendiri peka dengan kebersihan dan penjagaan contact lens dengan betul. Kalaulah contact lens tu boleh menyebabkan kebutaan dan membahayakan nyawa manusia, takkan kami dengan gigih belajar subject contact lens selama 5 semester. *Susah woo nak score A. Semester akhir baru berjaya rangkul A. fuhhh.

We had learn from zero to hero. Daripada takut nak pakai contact lens, jadi terpaksa pakai pada diri sendiri dan sekarang boleh pakaikan untuk orang lain. Nasihat aku bagi yang teringin nak pakai contact lens pergi mana mana kedai optical terdekat tanya ada optom tak kedai tu. Lepas tu cakap yang kau first time nak pakai lens. Nanti dia akan ajar kau daripada cara penjagaan, hygiene, do and donts in contact lens wearer dan cara pemakaian yang betul. Aku pun tengah plan nak kasi do and donts pada contact lens wearer yang datang beli kat kedai aku. *bukan kedai aku, kedai majikan aku. aku keje makan gaji je. Sekarang tengah cari masa lapang nak buat tu, maklumlah kerja 6 hari seminggu. Balik kerja terus pengsan. Haha. 


Sape cakap nak berenang tak boleh pakai contact lens? Actually can! Contact lens sebenarnya ada banyak jenis ada yang silicone hydrogel ada yang monthly ada yang daily. Yang monthly, YES you cannot wear it for swimming. HARAM sebab ianya boleh memudaratkan kesihatan mata kalian melainkan lepas pakai korang terus buang dalam tong sampah. Sebenarnya tak salah pun nak berenang sambil pakai contact lens. Kalau yang power -7.00 berenang tanpa spect teraba-raba dilautan tak dapat tengok dengan jelas keindahan alam. Buat pengetahuan semua aku baru je pulang daripada short vacation di perhentian island yang Subhanallah pemandangan secantik mata memandang. Nanti nak kumpul duit bebanyak blanja family bercuti sini ah. Pergi sorang sorang dosa tak share ngan orang orang tersayang. Aku tak pakai spect masa naik boat dan nak snorkeling tapi aku pakai contact lens. Takot air masin terpercik dekat spect aku masa naik boat tu sia sia berkarat spect. 



Tadaa. This is the contact lens that I wear for that trip. Daily Contact lens. Lepas pakai terus buang dalam tong sampah. No need to buy a solution, wash it, rub it, and put it in lens case. NO. You no need all that stuff. Cuba beli contact lens, pakai, dan cukup 8-9jam pakai terus campak dalam tong sampah. Masa aku beli haritu 2kotak RM100 ada promosi. 1 kotak ada 15 pasang. Sekarang harga dah kembali normal dah RM80 sekotak. Pikir 40x nak beli. Pastu mula rasa menyesal nak hantuk kepala dekat dinding silap sebab beli sikit je hari tu. haha. 






Cantik kannn. Nanti nak pegi lagi. Dah beli dah contact lens daily siap siap ni. Padahal cuti sehari je seminggu. huhui. Nanti aku dah siap list do and donts in contact lens wearer aku print screen letak sini. K lah. baibai. Esok keje nak kene tido awal. Assalamualaikum!


Sekian, 

Friday, 22 May 2015

RINDU

Minggu lepas junior minta tolong aku pass kan buku rujukan pada rakan classmate.

"Boleh mintak tolong tak?"
"Mintak tolong apa ye?"
"Passkan buku ni pada Hidayah."
"Hidayah mana ye?" 

...senyap...

"Lupa.. Hidayah ada sorang je."

Sungguh aku lupa. Hidayah batch kami cuma ada seorang je sekarang. Seorang lagi sudah hampir setahun lebih meninggalkan kami.


Ya Allah.. rindunya pada arwah.


Al-Fatihah buat kekandaku.
Nur Hidayah Nor Sham. 



Sekian,

Friday, 20 March 2015

Setahun memendam rindu

Setahun yang lepas seronok sangat sebab akak masih ada.. Kite pun ada teman berborak. Ada peneman katil. Yang selalu sangat jadi backup kite untuk bangun awal pagi. Kalau aku lupa kunci jam pun aku tak payah risau sebab fon dia tak pernah nak bisu pepagi buta. Setia kejutkan aku untuk tahajud. 
Sejak akak takde, kite rasa semue dah macam tak kena dengan diri kite. Subuh baru bangun. Tahajud memang jarang sangat dah sekarang. Hati pun macam sepi semacam. Macam ada banyak sangat yang hilang. Banyak sangat yang serba tak kena. 


Semalam buat kali ke dua, kite pergi surau dekat dengan rumah akak. Teringat saat pertama kali jejak kaki kesurau ni untuk solat jenazah berjemaah buat insan yang paling aku tak jangka akan pergi dulu sebelum aku. Sayup-sayup bacaan yasin semalam.. teringat jelas macam mana dinginnya dahi akak saat aku kucup tika nafas dan jantung tidak lagi berdetak. Bagaimana tenangnya wajah dia. Allah.. rindunya akak. 


Ingat lagi bila akak cakap, "Kita suka kacau ana, ana mesti buat muka."
sekarang kite pula rindu untuk akak kacau kite. Insan pertama yang peluk aku masa birthday aku. Ya Allah, touching dia lain macam tau akak. Kite marah marah akak masa akak cium pipi kite tu bukan marah betul betul tau. Tu cuma sebab kite malu. Mana ada orang pernah cium pipi melainkan laga laga pipi je sebelum usrah bersurai. Tapi akak cium kite betul betul, malu lah kite. 


Ya Allah.. rindunya pada dia. I lost a good listener. I lost my bed partner. I lost one of my classmate. Tapi aku tahu sekarang dia mesti berada dalam keadaan yang lebih baik daripada tempat aku sekarang. Tempat yang lebih baik daripada dunia yang penuh dengan tipu muslihat, hasad dengki, nafsu durjana, dan godaan yang membunuh jiwa. 


19.03.2014- 19.03.2015
Dah setahun akak pergi. Rindu ini tak pernah padam. 
Akak memang kawan yang baik. Happy go lucky.
Pemilik lesung pipit yang tak pernah aku lupa.


Al-Fatihah,
Kekanda Nur Hidayah. 

Sekian,

Friday, 20 February 2015

Ais Krim Pasu


Sekarang ni aku perasan, merata orang duk sibuk sembang kencang mengenai kewujudan ais krim pasu. Apa yang special sangat mengenai ais krim pasu ni? Sebab kecomelannya semata ataupun sebab keunikan cara ia dikomersialkan ataupun sememangnya rasanya yang luar biasa sedap? Hurm. Something to ponder... 



Soalan bonus.
Which one of this is the real ice cream pasu? 


Bulan lepas, aku berkesempatan "merasuah" makwe merangkap driver sejati aku sejak aku tamat sekolah menengah untuk menemani aku makan ais krim pasu. Suwit sangat dia ni. Orang nak belanja dia tolak, tapi bila orang mintak dia jadi driver tak pernah tolak melainkan kalau dia ada emergency case. Awak memang calon sahabat yang baik. Eh, bukan setakat calon dah ni. Ni memang kategori pemenang sahabat yang baik. Saya doakan awak sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat cepat kahwin. Calon zauj dah ada dah tu. Ehem ehem.. Tak sabar dah saya nak rasa nasi minyak awak ni. Mesti sedap macam ais krim pasu ni. Dap emmm. Dap emmm


Andaikata ketiga tiga pasu ini terisi dengan ais krim pastinya akan ku pilih pasu kuning. Biarpun bekasnya tidak menarik dan tiada bunga bunga cinta yang menghiasi... tapi pastinya ia terisi dengan ais krim yang banyak melihat kepada saiznya yang besaq gedabaq. MasyaAllah, dapnyeeeee lahai. Tapi sayang. Yang tengah itu dihiasi tanah betoi dan pokok betoii. Itulah orang tua tua cakap, dont judge people based on it size. kan dah tertipu dengan fizikal luaran. 


White for me. 
Stoking berjerawat kuning pun tak ketinggalan juge nak bergambor. haish. Nasib bau tak termasuk dalam gambar. haha

Green for cikyu.

Pink for cuya aka driver ontheday!
We buy this ais krim pasu at hijabistara butik yang terletak di aras dua bangunan jalan pejabat. Dia pun ada instagram. Boleh follow insta Hijabistara untuk tengok antara menu menu lain yang terdapat disana sambil mengisi perut boleh juga mencuci mata melihat fesyen fesyen baju muslimah terkini.


We choose pantai batu buruk kuala terengganu untuk menikmati ais krim pasu kami. Ya Allah, nikmatnya terasa. Sambil angin bersepoi sepoi menerbangkan tudung tudung kami ala ala iklan sunsilk, sambil merasai setiap titis ais krim. Sedap. Rasa cruncy cruncy kekacang dan oreo. Nanti nak try buat ah kat umah. Boleh makan setiap hari.
Habis aaa jadi gemuk eskrim la GBM satgi, habis aaa. 



Chilhood girlfriends. Sayang kalian fillah. 

Kebetulan tudung tudung depa ni tersama kaler pulak ontheday. Berpakat awai awai ke apa depa ni. haish. Kamik apalagi... Kesepian lah kita warna merah tersempit ditengah tengah antara mereka. haha.




Pasu pasu yang sangat santek ni boleh dibawak balik. Nanti boleh basuh basuh, buat ais krim sendiri boleh makan puas puas dekat umah disamping orang tersayang. =))


Oh ya. Harga sebiji ais krim pasu ni adalah RM6.


Sekian, 

Sunday, 25 January 2015

Sahabat

Berbicara mengenai sahabat memang tak pernah bosan. Suka duka saling dikongsi. Awak dengar cerita saya, saya dengar cerita awak. Omentik angat!


"Seronoknya tengok bebudak sekolah, teringin nak masuk sekolah balik..."

"Tula kan... Bila dah masuk u teringin nak masuk sekolah, bila masih bersekolah teringin nak masuk u. Bila single teringin nak kawen cepat cepat. Bila dah kawen, rindu zaman single balik."

Terburai gelak memasing. 

*************************

"Masa dekat sekolah, cikgu pesan 'tak payahlah bercinta dekat sekolah buang masa. Nanti dah masuk U bersepah lagi orang yang hensem-hensem. Lebih terjamin jodoh kamu..' tapi bila dah masuk U, tahun akhir dah pun jodoh tak sampai sampai...acanoo ni?"

"Tahu takpe!" 


hahaha. Terburai berdekah dekah gelak. Dengan lenggok bahasa tak menahan. 
 ******************

Alhamdulillah, sebentar tadi melihat sebuah majlis pertunangan seorang lagi sahabat zaman persekolahan. Perjumpaan kami yang singkat sebentar tadi menimbulkan bibit bibit rindu kami dizaman persekolahan. Macam biasa, imbas balik nerd story at school. *Aku tak pakai spect dekat sekolah so aku bukan budak nerd. haha. Sebab aku bajet penglihatan aku jelas la konon. Dah belajar dunia optometri ni lebih banyak kesedaran dah. Kalau orang yang rabun tak pakai spect memang aku bagi tazkirah free. Macam adik aku tu. Orang dah belanja spect sebijik pun masih tak nak pakai selalu. Tengok betapa beruntungnya adik dapat kakak bakal optometrist yang pemurah macam ni, sudi belanja adik spect sebijik guna duit sponser abam jpa lagi. haha. 


Balik kepada kisah rakan sekolah.. Siapa sangka orang yang diam diam disekolah sekarang sudah mempunyai keluarga sendiri. Punya suami dan anak yang comel comel. Siapa sangka orang yang nakal dikenali oleh kebanyakan guru yang mengajar sekarang dah jadi seorang bakal guru. Siapa sangka budak perempuan yang dulunya suka pakai tshirt lelaki, pakai seluar jeans kasut jantan, kini sudah ayu berjinak dengan jubah. Ya Allah, sungguh DIA sebaik baik perancang! 


Perbualan kami tadi lebih banyak kearah perancangan masa depan. Maklumlah masing masing dah di tahun akhir. Mesti dah ada perancangan rapi. Ada yang nak sambung master, ada yang nak bukak bisness sendiri, ada yang dah mula menjual perfume, ada yang nak terus kerja. Yang paling hot. .. Majoriti punya hajat nak bina baitul muslim dalam waktu terdekat. Tak sabar jugak aku nak tengok diorang ni punya keluarga sendiri, mesti anak diorang comel comel macam anak ibu wany tu. Sopan je bila makcik makcik dia dukung tadi. Aku pun pernah juga berangan nak berBM dizaman u, macam kakak kakak aku. Berangan jela ye. jodoh takde lagi. Macam aku cakap tadi, kita hanya mampu merancang, tapi yang menentukan yang terbaik untuk kita adalah DIA. =)


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Oh, ya. Beberapa hari lepas, aku ada tambah slot baru untuk bahagian sidebar. Slot LABEL. Senang aku nak tengok balik entry entry yang berkaitan yang pernah diupdate. stress stress, bosan bosan buat research boleh bukak blog sendiri baca celoteh sendiri. pastu gelak sorang sorang. *gila bayang! haha.





Bila baca balik entry entry lalu, rasa tak percaya. Perghhh. ayat skema giler. nampak sangat budak belum matang. taip entry pun panjang panjang. Tapiii, GBM pernah ke taip entry pendek pendek? Opppss. haha. 








Solehnya anak teruna ibu wany ni. Geram cikna tengok. Baby harraz tak boleh kawen lagi. Tunggu cikna, ciktin, cikzie, cikyu, cuya kawen dulu. Jauh sangat bendulnya. Tak leh nak langkah sewenang wenang, ye sayang.. *warning awal awal. haha. Dah besar dah harraz, tak lama lagi nak jadi bang long dah dia. Semoga harraz dan bakal adik membesar dengan soleh dan solehah *kalau adik perempuan. =). 

WHO NEXT?

Lengan ungu! cop. HAHA. 



Sekian, 

Wednesday, 31 December 2014

Pengakhiran 2014

Beberapa jam daripada sekarang tirai 2014 bakal dilabuhkan. Semoga peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 menjadi ikhtibar buat kita semua. Ramai yang menggelar 2014 tahun kesedihan buat Malaysia dengan pelbagai musibah yang melanda. Peristiwa kehilangan MH370, MH17, peristiwa banjir besar di pantai timur dan kehilangan pesawat Air Asia banyak menumpahkan air mata ramai insan diseluruh pelusuk dunia. 

Moga ujian yang melanda membuatkan kita sentiasa dekat dengan Pencipta. Jangan sesekali dipersiakan senjata kita yang paling hebat. Senjata yang paling tajam dan percuma yang dianugerahkan Allah buat seluruh hambaNya iaitu DOA. Moga ujian ini menguatkan ikatan ukhwah kita. 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 186)

Hati turut terhiba mengenang betapa banyak kenangan, betapa sarat hati ini menanggung rindu. 19 Mac 2014. Tarikh dimana aku kehilangan insan bergelar roomate, orang yang sentiasa menemani tidurku. Saban malam termimpi mimpi si dia. Ya Allah, rindunya. Tapi aku bersyukur dihari hari pengakhiran dia, Allah izinkan aku untuk rapat dengannya. Pergi ke kuliah bersama sama, makan bersama sama, pernah jadi patient untuk clinic contact lens semester lepas, solat bersama sama dia imam aku makmum, outing bersama sama teman aku beli terjemahan al quran seminggu sebelum beliau pergi. Sampaikan ku lihat bait bait suci Al-Quran ku terpandang wajahnya. Masih teringat lagi saat diri terleka dengan urusan dunia dia menyapaku, "Nak solat sekali tak?"// "Eh, ana dah dhuha ke belum? Tak nampak dhuha pun lagi hari ni." Tanda tanda positive yang dia tunjukkan membuatkan aku tersenyum. bahagia.
Semuanya berlaku terlalu pantas. Terasa baru semalam aku bergurau senda meluah rasa berkenaan isu crush. Tup tup semasa aku sedang meeting persatuan aku dapat tahu dia sedang tenat di icu. Sampai aku tak tersedar aku jatuh pitam atas seorang sahabat. Allahu beratnya menerima perpisahan dunia.
Moga kekanda Nur Hidayah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.


Tahun 2014 juga memperlihatkan diri ini semakin berani untuk berdikari. Merantau ke setiap pelusuk hospital di selangor semata mata demi sebuah ijazah. Oh ya. Clinic semester ni kami buat secara induvidu, no longer partner. Satu orang patient satu orang student yang akan check mata. Dengan pemantauan supervisor. Alhamdulillah, seronok bila kita check mata orang, mereka memberi reaksi yang sangat membina. Dan, lepas check mata secara induvidu ni terasa lebih confident nak mengadap dunia luar. Kalau tak masa semester 6 aku selalu pilih pilih part. Kalau nak amek case history memang haram jadah selalu nak elak sebab tak suka soal orang, so aku bagi partner aku buat case history. Discrimination part-step detected! hihi. Tapi semester 7 semua self independent. Nak tak nak aku kena buat. Dan Alhamdulillah. I did it!
Sampaikan partner sem lepas tanya,

"Macam mana clinic sem ni, best? Boleh dah nak buat case history sendiri?"

haha. senyummmm. peace!




antara feedback patient yang di abdikan di insta. 


Esok dah nak masuk 2015. Wishlist dan doa masih sama seperti yang telah berkurun tertulis dibahagian sidebar. Moga ada antara wishlist tersebut tertunai untuk tahun 2015. InsyaAllah. Aameen.


Selamat tahun baru.
Semoga iman dan amal sentiasa bertambah seiring dengan pertambahan usia.


All the best to all university student.
yang sekarang sedang berjihad dengan peperiksaan akhir semester.
"Allah Yuftah Alaikum" 
Semoga Allah membuka jalan bagi kamu.

tak terkecuali diri ini.
Sempat update blog bila jadual exam antara paper gap setahun. haha.
padahal yang setahunnya besok!
Hari ahad ni next paper kamik. doakan ya!

button badge cenderahati untuk patient clinic sem7.
InsyaAllah sem 8 nanti pun ada jugak. =))


Sekian,

Sunday, 21 December 2014

Dating

Dalam hidup benda yang paling aku tak pernah buat ialah keluar dengan lelaki ajnabi secara berdua duaan. Tak pernah. Allah hadirkan perasaan malu itu hadir sejak kecil sejak zaman sekolah untuk mengadap insan bernama lelaki. Alhamdulillah aku suka dengan perasaan yang dikurniakan Allah tersebut. Bahagia.


Jadi bila dikatakan aku sedang berdating itu bukanlah dengan mr.istikarah, boyfriend, mahupun empunya tulang rusuk bergetar yee. Bukan. tak pernah dan tak akan pernah. Selagi Allah masih sudi hadirkan perasaan malu ini, insyaAllah akan ku pertahankan diri ini daripada terjerumus ke lembah itu.


Seperti biasa mukaddimah yang panjang lebar daripada seorang perindu dunia taipan maya. Semalam ada dua orang puteri telah melamar diri ini untuk keluar makan malam ke sebuah tempat istimewa. Subhanallah. Cantik dekorasinya restorannya. Patutla susah sangat waze nak jumpa. Sampai beberapa kali pusingan baru jumpa. Makan buah langsat si puteri-puteri dalam kereta kuda semalam. haha.

Tadaa. this is the location of blind date for that night. 


Selalunya yang bawak "keta kuda" kita selalu dengar adalah putera kacak. Kali ni kisah dating aku dijemput oleh muslimah cantik berjubah pink dan turqoise. 

Kedai ni dimiliki oleh Dr. Anwar Faizal. Penulis buku Diagnosis. Aku tak kenal sangat dia ni. Co-driver malam tu yang minat sangat dekat Dr ni. Dah lama co-driver teringin nak makan dekat sini. Kebetulan si driver pun tidak pernah lagi merasai makanan bersteamboat. dan kebetulan lagi aku ni antara kaki steamboat. Sebenarnya takde la kaki sangat pun. Nak makan selalu pun kena fikir dua tiga kali jugak. Makan steamboat dah RM20-40 seorang. Poket seorang student yang masih bujang apalah sangat isinya kan. Bila makan mahal mahal ni selalu aku terpikir, aku makan sedap sedap saudara dekat syria, gaza tu apala makanan diorang harini kan. Teringat pula kata ustaz.. 

Apa yang kita makan mahal-mahal ni pengakhirannya ditandas. Apa yang disedekah pengakhirannya tak pernah ada malah mendatangkan saham untuk kita disana kelak. Jadi buatlah keputusan yang bijak.  

Fabret no.1.0 en.sotong.

Fabret no.1.1 en.ice cream vanila+yam

Fabret no.1.3 en.abc jagung extra! 

Dekat sini makanannya bersistem buffet. Self service. Eat until you full. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih buat rakan rakan kolej semua. Maafkan diri ini kerana terpaksa menolak perlawaan kalian untuk menonton wayang. Cinderela jadian memang macam ni. Tak boleh tak balik rumah selepas pukul 12.00tgh malam. Penjaga tidur yang baik. hikhik. 

Dari kiri, co-driver, driver, backup driver,dan cinderella jadian. haha




Nak register untuk check mata bersama kami sem depan boleh pm.
*Awal bukak buku. padahal study week baru nak mula.haha

Sekian, 

Sunday, 10 August 2014

Sahabat 7 tahun

Pejam celik pejam celik dah hampir 7 tahun lamanya kita menyulam cinta. Daripada budak sekolah ke budak universiti. Daripada single ke berkahwin. Daripada perangai keanak-anakan sampai ke ada anak... Alhamdulillah, daripada hari ke hari hubungan ini makin bertambah erat.

Dikala dirasakan kita berjauhan dek jarak yang terpisah, Allah terbitkan rasa rindu dalam hati hati kita. Lantas teknologi mula bermain langkah. Jari mula menari kencang atas keyboard yang serba licin. Apa lagi.. Whatsappp la! hihi

Alhamdulillah, jemputan tidak putus putus diterima daripada mereka sepanjang syawal ini. Tapi disebabkan lesen aku dah secara sah masuk mezium, terpaksalah menagih simpati daripada gadis gadis ribena, mana mana yang berkelapangan untuk menumpangkan diri ini. sobsobsob. *muka simpati.

4 Syawal masyaAllah, banyak sangat jemputan rumah terbuka. Rumah teacher, rumah zie, rumah mimi, rumah teacher, rumah zie, rumah mimi.. Eyh macam sama je? Haha. memang pun. kes penyakit tua. Lupe dah rumah sape lagi. Tapi disebabkan 4 Syawal family belah ayah ada buat family day terpaksa awal awal menyusun 10 jari memohon ampun tidak dapat datang beraya.

5 Syawal si farah ada inform dekat group whatsapp ada buat makan makan. Tumpang Adayu pergi beraya rumah farah lepas orang selesai solat Jumaat. Farah ada masakkan speggeti kuah merah dan kuah putih. I dont know the exact name of the speggeti. Differentiate it by it colour je la yang mampu. haha. Salahkan lidah melayu sebab tu tak tahu nama speggeti. Padahal bila mak minta daun kasturi nak bakar ikan pergi ambil daun kari. Terbaik GBM. Terbaik. Terharu si emak sambil geleng geleng kepala melihat keletah si anak gadis masuk dapur. Haisyyhh.

Gambar 3 Syawal masa si Farah datang beraya dekat rumah gua. 
Disebabkan si Farah ni fanatik benor dengan warna pink, aku raikan kegemaran dia dengan berpakaian serba pink. Masa dia datang rumah aku, aku pakai pink, masa pergi rumah dia pun pakai baju kurung pink. Sweet kan saya, farah? Awak cakap saya jarang romantik dengan awak.. padahal saya selalu je cuba terbitkan rasa romantik setiap kali kita jumpa. Awak je yang tak pernah perasan.. 
Ok, sekarang mohon si farah untuk toching! haha

Credit: FB Farah.
Cantik sangat dia edit, habis semua gambar blur dia masukkan skali.
haha. 


Lepas beraya rumah si farah singgah beraya rumah ibu wani, jengguk anak teruna yang selalu menggoda cikna dan cikdayu dengan mata boolat dia tu. Kebetulan masa beraya rumah farah terserempak dengan ibu irah. Tu yang ajak ibu irah (yang pakai tudung putih) join skali trip pergi rumah ibu wani. Ibu irah bawa anak gadis dia, si baby nayli. Baby nayli dah nak masuk 8 bulan dah. Masa para ibu ibu bertukar tukar baby, aku dengan dayu saling berpandangan...

Dayu : Kita tengok jela orang yang ada baby kan...
GBM: Takpe dayu, tengok dan belajar. Nanti dapat baby sendiri takdelah kalut sangat. haha. 

Teringat pula masa majlis baitul muslim diorang. Pernah diupdate dientry ini Hari Bahagia. Baru semalam rasanya menghadiri majlis diorang. Sekarang masing masing dah ada anak. Dah bergelar Ibu. Selamat bercinta sehingga ke syurga buat kalian dan pasangan. =))


6 Syawal si adayu ni pula buat open house. Awalnya ingat dah tak dapat pergi beraya rumah dayu, sebab sebelah pagi tu sepupu kahwin. Ingatkan meleret sampai ke petang eventnye rupanya sampai tengah hari je. Alhamdulillah, boleh keluar menyambung silaturrahim dengan kawan kawan lagi. Kali ini si Farah pula menawarkan untuk jadi driver tak berbayar. hihi. Seronoknya kalau hari hari ada orang sudi jadi driver ni, takde lesen pun takpelah macam ni. lalala~


Selepas beberapa shot baru dapat yang perfect macam ni.
Kalau tak full memori dengan gambar candid gelak saja. 

Sebelum pergi rumah dayu, farah ajak teman dia beraya rumah ibu wani lagi. Segan pulak aku 2 hari berturut-turut beraya rumah ibu wani. Tapi takpe, demi baby harraz yang segak cikna langsung hilang segan. haha. Mazu, Qema dan Mirah join sekali trip beraya rumah ibu wani dah dayu. Ya Allah.. rasanya lame benar aku tak gelak beria macam tu.. Si Mazu ni memang pemeriah suasana. Tak pernah kering gusi kami. Gelak je memanjang. Lepas pergi rumah dayu singgah beraya rumah Aida dan Coda. Budak yang paling lost contact si coda ni la. Busy benor teacher kita ni, sampai lupa nak whatsapp kita tanya kabar ke mende. acani ah member.. acani aaa..!
Dalam separuh hari beraya 4 buah rumah dengan pelbagai hidangan nasi minyak, sate, laksa merah, laksa putih, nasi dagang, nasi himpit, bihun.. Alhamdulillah.. dah seronok sangat jumpa awek awek cantik tak teringat langsung nak snap gambar makanan yang lazat lazat sebagai bukti. Ye la setahun tak jumpa. Rasa macam nak peluk lama lama je sensorang. Comel sangat. 


7 Syawal majoriti dah start praktikal kecuali sebahagian daripada kami, Fatin dengan Mia whatsapp nak datang beraya rumah. Gelabah sebab tak tahu nak masak amende.. Nasib baik teringat mak ada beli keropok lekor dua hari lepas.. boleh la goreng hidang dekat tetamu. Air pun hidang air ribena masa keluar giant dengan diorang ramadhan lalu. hihik. 
Masa whatsapp tu fatin pesan pakai cantik cantik. Heran jugak kenape.. rupenye nak ajak keluar beraya sekali. Alhamdulillah.. rezeki driver mencurah curah pulak Syawal ni. haha.

GBM. Fatin. Mia
Technology menguasai ukhwah. 
Lepas beraya Fatin ajak keluar makan. Aku setuju je, ikut rentak driver. Bukan senang nak makan kat luar lepak dengan member member. Last minutes plan, Fatin chose D'Ganu Restaurant. Makan steamboat kite harini. Kata Fatin,
"Awak lama dah mengidam nak makan steamboat kan, jom kita pergi D'Ganu. Saya suka merealisasikan hasrat kawan kawan saya."
Alaa atennn.. kenapa sweet sangat ni.. Nak nangis ah acanii.. 



Disebabkan tomyam yang agak hot and spicy, menyebabkan makan seringkali diselitkan dengan minum. Lantas menyebabkan aku begitu cepat terasa kenyangnya. Lalu terdapat sisa sisa yang sangat tidak mampu untuk dihabiskan. Sedih. Kecewa pula dengan diri sendiri sebab tak dapat patuh nasihat yang selalu mak pesan. 
"Makan makanan sampai habis, jangan membazir. Tengok dekat Facebook orang dekat Gaza, Syria tak dapat makan.. tak sedih ke?"

Sebelum balik cuba juga sumbat udang lagi seekor selepas tewas bergaduh dengan mia ni. Mintak tolong makan udang sekor pun tak boleh.. Minta tolong aten tak boleh, sebab aten alergic udang. Terpaksa lah perlahan lahan makan.. Tinggal mee dengan tomyam je sikit yang bersisa.

******


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. 
Aku bersyukur sangat, Dia masih sudi memberi kesempatan untuk aku merasai nikmat sayang dan disayangi oleh sahabat sahabat. Merasa apa itu nikmat saling rindu merindui sesama akhawat. Membuatkan aku lebih menghargai erti sebuah pertemuan. Sebab itu kalau aku tengah bercuti semester aku tak pernah tolak mana mana antara mereka yang ajak aku keluar  (Asalkan ada orang sudi jadi driver la kan. haha). 

Kerana aku tahu.. ukhwah itu sweet. 
Macam diorang semua.
Nasib baik takde semut je yang follow dari belakang. hehe.


Terima kasih semua. atas semua kenangan 7 tahun yang pernah dilakarkan bersama. 
Kenangan di tepi tasik masjid terapung, pantai batu buruk, giant, tempat main bowling, ladang kuda TER, Sungai Sekayu.. Semuanya terlalu sweet untuk diimbas kembali.
Money cant buy none of this.
*But money can buy a car for me. haha.

Uhibbukki Fillah. Moga Allah izinkan untuk kita bersahabat sampai ke syurga. =))


#Pray4Gaza 
#Pray4Syria
#Pray4Ummah

Moga kemenangan bersama dengan mereka mereka yang haq! Aameen. 


Sekian,

Sunday, 4 May 2014

Putrajaya.. nice memory to remember.





"Ana nak tidur umah kita masa posting hospital putrajaya nanti?"
"Boleh eyh?" Sambil buat muka malu tapi mahu. 
"Boleh! " sambil senyum menampakkan lesung pipinya.


Allah. Dialog yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Perancangan Allah tu tiada siapa yang tahu. Sehebat mana pun perancangan kita. Seteliti manapun. When HE said, KUNFAYAKUN. and it happened. Minggu kedua semester 6 aku ada mengadu dengan arwah mengenai masalah yang aku dengan fadh alami untuk posting hospital nanti. Satu masalah transport, dua masalah tempat berteduh kasih. Kalau untuk ampang mungkin boleh settle sebab akak posting sana jugak. Yang putrajaya dan KL ni macam menggila fikir jalan penyelesaiannya. Last-last dengan muka penuh simpati, dia memahami tanpa sempat aku luahkan. Sebenarnya memang nak tidur rumah dia, tapi segan nak cakap. Nasib baik dia faham.


Tapi bila arwah dah pergi meninggalkan kami minggu ketiga semester 6. Aku tahu aku perlu buat plan B untuk posting di Putrajaya. Arwah dah takde takkan aku nak tumpang tidur rumah arwah juga.. malu.segan. Dalam setiap solat tidak putus berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami. Minggu ke 4 semester 6, family arwah datang untuk mengambil barang-barang kepunyaan arwah. Sempat peluk dengan emak arwah.. sebelum balik emak arwah ada jemput kami satu rumah datang putrajaya...

"Jemputlah datang rumah makcik."
"InsyaAllah makcik, nanti kami ada posting di hospital putrajaya. Sampai sana nanti kami singgah rumah makcik."
"Owh, ye ke. Bila posting dekat putrajaya?"
"Bulan depan kot, makcik."
"Tidur dekat mana?"
"Err.. tak tahu lagi.."
"Kalau macam tu tidur je la rumah makcik.."

Allah. Hati ini langsung sebak. Lepas je makcik berlalu pergi aku berlari naik atas.. pura pura tidur tapi bantal basah dengan air mata. Emak arwah sama dengan arwah. Faham benar masalah yang sedang kami alami. Macam mana jiwa tak tersentuh.. 


Minggu lepas hari yang dirancang pun tiba. Kami bertolak lepas zuhur.. Ingat nak bertolak pagi, tapi disebabkan malam tu kami bermabit bersama sama.. kasi can rehat kejap dibilik kemas mana patut. Lepas zuhur baru gerak. Tapi kami ke klinik dahulu sebab masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan. Bikin suspen lagi bila doktor kata, 'your hand might need a small operation.' Mahu tak kejung aku kat situ. Nasib baik doktor tu laki, tak jadi nak berdrama airmata. Lepas jumpa doktor call emak cerita pasal masalah, tak jadi nak berdrama airmata juga bile mak suruh beli anlene. tak pasaii. Tak tahu pecitaaa anlene ngan tangan. haha. 


Mak arwah pun call tanya kitorang dah sampai mana. padahal masih dalam puncak alam. sebab menurut plannya memang nak pergi pagi pun tapi tergendala. Pukul 3 lebih baru gerak. Elok elok orang azan asar kami sampat rumah arwah. Solat asar kemudian, kami beramai ramai naik satu kereta menuju 'rumah baru' arwah. 


Assalamualaikum, kekanda cahaya petunjuk. :'))

Alhamdulillah, lepas hadiahkan yassin bersama. Ayah ajak kami makan tepi tasik. Subhanallah. Cantik giler. First time tengok tasik putrajaya dengan 4 mata. tau! Dengan muka kejung, mata membulat. Serius tak tipu. rasa macam nak terjun je dalam tasik tu sambil buat kuak lentang pastu jerit, 'macam cantekk je, macam cantikkk jee.' *PANGG. lempangan diri sendiri demi mengembalikan kewarasan akal. -.-""

Muka kagum tengok, betapa kayanya Allah dengan kecantikkan. 

With fatin.
Bergambar bersama adik arwah. Adik arwah ni sporting sangat. Ikut je mana aku dan fadh pergi. Macam bodyguard kami pula. Malam tu, masa kami nak keluar ronda putrajaya tanya dia nak ikut sekali ke tak.. dia cakap.. "Kena ikut juga." Ye la. kamikan pelancong asing. mana kenal lagi tempat tempat sekitar putrajaya ni. Nasib baik ada fatin.. selaku bodyguard dan GPS bergerak kami. Terima kasih sangat. Sayang fatin! 

Aku nampak bayangan arwah pada dia. Cara jalan dia, iras muka dia, cara cakap dia... sama betul. 



Dengan muka tak malu pi order ABC. metang metang ayah yang belanja. padahal mengidam, tu yang berani order. lama dah tak makan ABC. Tengok adik meja sebelah sedap hirup tak toleh kiri kanan dahh. Tertelan airliur akak! 

Putrajaya... nice memory to remember. :'))

Dengan pengalaman ini aku belajar satu perkara baru. 

Kalau kita rasa perancangan kita itu hebat. Jangan mudah berasa riak. Ketahuilah.. MasyaAllah, tiada perancangan yang lagi hebat selain DIA. Ya, hati kecil masih bersedih dengan kehilangan seorang insan tersayang yang banyak menghadirkan kenangan dalam sejarah hidup, 5 semester tidur sekatil 2 bantal. Bukan senang nak adapt bila tetiba yang 2 jadi 1. tapi DIA mengantikan aku dengan kasih sayang yang mampu memberi kesan yang besar pada setiap jiwa. Ukhwah keluarga baru.. yang sangat sweet kukira. :))


Lain yang dirancang, tapi yang menjadinya MasyaAllah luar biasa. Ayah, Mak, Fatin, Kak lang dan semuanya... terasa seperti keluarga sendiri. walaupun hakikat masih malu malu dengan family arwah. Family arwah peramah.. sama macam arwah. Family arwah suka betul senyum... sama macam arwah. 


InsyaAllah, kak... dalam setiap doa sentiasa ada pengharapan moga kita bisa bertemu lagi disana... :'))



Al-Fatihah.
Nur Hidayah NorSham


Yang sedang sarat merindui,
ANA


Sekian, 

Saturday, 12 April 2014

Dalam teguran ada manisnya

Alhamdulillah. summa Alhamdulillah. summa Alhamdulillah.

Ketika jari jemari sedang rancak menari diatas keyboard, jasad telah selamat tiba di kampung halaman. Tiada perasaan yang lebih mendamaikan hati ini selain menatap wajah insan insan istimewa secara 4 mata. :'))

Entah kenapa kali ini dirasakan seperti sangat sulit untuk menjalani hari hari dalam semester ini. Dan cuti panjang sangat sangat didambakan. Allahu akhbar. Sifat seorang hamba sememangnya selemah buih buih sabun. Tatkala dirasakan rohani dan jasmani seekan tidak sehaluan, hati serapuh biskut yang digigit, mata dan air rancak mengiringi. Dia masih setia hadirkan insan insan special untuk menguji hambanya lagi. Semestinya demi untuk menguatkan bukan melemahkan. Semestinya.

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah : 216)


Semalam, tanggal 11 april 2014 merupakan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-23. Minda teringat akan gurauan dengan arwah 3 minggu yang lalu.

"Untungla orang tu setiap kali birthday ada orang belikan dia kek.."
"Itu tahun lepas.. tahun ni dah tiada orang nak belikan dah. Haha"


Dada menanggung sebak. Memang takde orang belikan kek untuk dia, sebab Sang Pencipta terlebih dahulu memanggil dia. Semoga roh akak ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aameen. Alhamdulillah, segala sesuatu itu Allah tidak jadikan ianya sia-sia. Disaat minda masih terkenang akan bayang bayang dia.. Allah memberi hadiah berupa tugas yang mampu membuat diri ini leka dengan yang dinamakan tanggungjawab. Bermula selaku pemegang exco multimedia optimist kali kedua, yang memerlukan khidmat untuk mendesign poster poster yang berkaitan beserta t-shirt untuk program program yang mendatang. Kemudiannya dengan assignment yang menggunung, dengan logbook clinic yang pelbagai. Membuatkan diri ini terleka seketika. 


Haritu sewaktu menziarahi keluarga arwah di putrajaya sempat berborak dengan mak arwah. Dia membahaskan dirinya sebagai 'Mak'. Terasa benar kasih sayang seorang ibu.

"Ana tak ambil ke baju arwah..."
"Kite tak ambil.. nanti fatin boleh pakai. Tapi kite ambil buku Ahmad Ammar yang arwah beli."
"Takpe.. si Fatin tu baju sendiri pun dia selalu pakai baju yang sama. Ambil la."
"Seganlah mak."
"Ambil je. takpayah nak segan."


Alhamdulillah kak. Masa akak masih ada, selalunya borak dengan mak akak masa mak akak singgah datang rumah je. Sekarang selalu borak dengan mak akak. Selalu tanya kite makan apa, buat apa, ada kat mana. Sebak dada ini kak. Rasa macam dilayan keluarga sendiri. 

Akak.. minda ini teringat akan dialog akak masa kita dating di Shah Alam tempoh hari. 

"Ana, kalau nanti ada 'teguran' yang akak nak tunjuk ni ana jangan terasa tau."
"Errr... 'teguran' apa tu kak."
"Jangan terasa hati, tau!" sambil tunjukkan handset.
Lepas baca apa yang ditaip. Mimik muka segera berubah. 
"Ana kena kuat. anggap apa yang di'tegur' itu sebagai percubaan api untuk menguatkan sang besi. Walaupun orang taknampak apa yg sebenarnya berlaku. Allah nampak."
Hurm.. 

Aku setuju dengan pendapat arwah. Manusia itu sifatnya buta, walaupun hakikat matanya celik. Yang dinampak mata kasar itu yang ditafsir.. Manusia sifatnya lemah, walaupun jasad kelihatan kuat. Yang dinamakan hati itu tak semuanya bersifat menerima. sebab itu dalam teguran perlu ada kelembutan.


Teguran itu ibarat seperti sambal belacan. Tengok macam mana gaya kau hidang sambal belacan. Kalau kau hidang sambal belacan tanpa ada nasi dan kuahnya tentu orang tolak mentah mentah sambal belacan kau walau sesedap mana pun ia. Kalau kau hidang sambal belacan beserta nasi dan lauk ikan siakap singang tiga rasa, mesti laju orang tadahkan pinggan. Walaupun hakikat sambal belacan kau tu cuma letak cili padi, dan budu semata.


Orang tak kan terima teguran yang disampaikan kalau marah dan tengking diselitkan dengan kata kata kesat yang dilontarkan walau niat kau tulus ikhlas dan murni mahu menyedarkan orang yang mahu ditegur. Itu sama macam kau curah minyak petrol dalam api yang membara. Bukan menyembuhkan tapi makin melukakan.


Aku respect sama orang yang berani kerana benar takut kerana salah. Berani kerana inginkan syurga, takut kerana takutkan neraka. Teguran secara face to face bukan secara melulu depan khalayak. Berwajah manis, diselingkan dengan pembukaan yang baik. Aku kagum benar dengan seorang akak ni, akak yang sangat aku respect... yang mana setiap kali teguran yang cuba disampaikan tidak pernah meninggalkan parut luka dihati ini melainkan perubahan kearah yang lebih baik. Kata-katanya tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar. Semuanya bersifat bersahaja. :'))

Orang yang tegur seseorang depan khalayak baik dari segi fizikal mahupun alamsiber. Dengan niat mahu menyedarkan orang yang ditegur.. Anda silap. Itu bukan teguran. Itu AIB. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tak salah nak menegur, tapi biarlah sesuai dengan yang disyariatkan. Islam itu Indah. Jangan kita mencacatnya dengan cara yang keji. Walaupun mungkin pada pikiran kalian, ianya cara yang paling afdhal. Jangan. Ada orang hatinya sekental besi, ada orang hatinya sesensitif pokok semalu. :))




Teguran yang paling genius.. adalah teguran yang mampu memberi impak positive. Teguran yang face to face. Mata bertentang mata, dengan melimitkan bilangan orang yang ada disekeliling. More privasi more better. Bukankah itu lebih romantik? :))


Sanah HELWAH, cahaya petunjukku sayang. :))

Jumaat
11 April 2014,
Tiada hadiah yang mahal mampu ku berikan melainkan.. 
berupa alunan "Yassin".. 


Sekian, 

Wednesday, 26 March 2014

Memori yang membisukan

Sudah genap seminggu arwah pergi. Terasa janggal sekali hari hari yang dilalui. Takde orang yang tidur lewat dah, takde orang yang selalu usik bila nak masuk tandas, bangun tidur takde orang disebelah, takde dah bunyi alarm yang berlagu lagu, dan yang paling sedih bila dah hilang tempat berborak. Rasa yang terpaksa dipendam. Lama.. sampai yang periang menjadi pendiam.


Tapi aku bersyukur, minggu minggu terakhir sebelum arwah pergi.. Allah izinkan aku untuk menjadi aku antara orang yang terapat dengan arwah. Walaupun sebenarnya ini akan menjadi perkara yang paling memeritkan saat terjadinya perpisahan. Perit sangat ya Allah. Perit. Berkali kali diri ini termenung sendiri. Sungguh aturan Mu tiada siapa dapat menduga.

Mungkin dah sampai masa untuk aku ambil pengajaran, bahawa hidup ini tak sepanjang yang disangkakan. Boleh jadi hari ini, malam ini nadi dan jantungku berhenti secara tiba-tiba.

Subhanallah, Allah tidak menjadikan segala sesuatu itu sia sia melainkan untuk dijadikan pengajaran buat hamba hambaNya. 

Perubahan yang cuba ditonjolkan tidak berjaya untuk insan yang lemah ini mengesannya. Senyum dia, lemah lembut dia, kemengidaman dia, kebaikan dia, selera makan yang bertambah, status ruang media yang kearah menuju Allah.. semua ini pelik. Tapi aku tak dapat nak kesan satu pun saat arwah masih hidup.. Betapa segala sesuatu itu Allah jadikan diluar kotak pemikiran manusia manusia lemah seperti aku.


Semalam yang semalam, dua orang rakan cuba merungkai simpulan dalam ukhwah. Cuba membantu aku untuk meluahkan segala rasa. Rasa yang terbuku. Betapa Allah nak tunjukkan pada ana bahawa hidup ini terlalu singkat. Orang yang rapat dengan ana, tidur sekatil kini telah pergi berehat dengan tenangnya dialam lain. First time dalam hidup ana kak. Membuatkan kejutan itu sangat dirasai. Saat bertemu dengan family arwah aku seperti orang hilang arah. Saat kudakap si ibu, bibir terkelu tanpa sepatahkata tapi mata yang berbicara kencang. Tidak seperti rakan-rakan yang lain yang mengucapkan "Takziah makcik." Aku tak mampu nak ucap sebarang katapun. Bagaimana mungkin kuucapkan perkataan "Tabah" sedangkan mereka lagi tabah daripada aku, melayan setiap tetamu yang datang dengan senyuman yang paling manis. MasyaAllah, kuatnya semangat mereka. Betapa kukagumi mereka.



"Ok ke ni?"
"Ok." sambil kepala tertunduk.
Tanpa aku sedar ada tangan yang menadah dipipi...


Alhamdulillah. Saat diri terlalu sedih dan terkejut dengan berita yang diterima, Allah hadirkan aku dengan insan yang bergelar sahabat yang tak putus memberi semangat. "Allah sayang arwah. Arwah cuma ditimpakan ujian sakit sekejap je. Wajah arwah pun kelihatan seperti sedang tersenyum." Bahagia mendengar ucapan itu. Lantas membuatkan hati tersenyum riang...


Sayangku kak cahaya petunjuk, semoga dengan izinNya kita berjumpa lagi ditempat yang lebih baik daripada ini...di taman taman Syurga... :')) 


Catatan arwah.
Ukhwah fillah abadan abada.




Dia dah selesai dengan urusan dunia. Kita yang masih dipenjara dunia ini harus lebih kuat.- Kak E

InsyaAllah. :'))

Al-Fatihah
Nur Hidayah NorSham
11/04/1991- 19/3/2014

Sekian, 

Saturday, 22 March 2014

Catatan terakhir bersama dia...

Jumaat (14 mac)

Masih segar peristiwa pagi itu..


Pagitu dia tidak tidur, masih bersama laptopnya.. teringin benar nak intai apa benda lah yang dia buat dengan laptopnya tu sampai tak tidur.hurm.. curiosity over the split milk betol.

Jam 5pagi.
"Akak, buat apa tak tidur lagi?"
Dia cuma senyum. Tatkala aku masuk bilik air untuk mandi, dia mula tutup laptopnya dan tidur. Jam 7 dia masih belum bangun walhal alarm dia berjuta kali dah membebel. Aku kejutkan dia.


Kelas mula jam 8.30 tapi pkul 8.05 masih belum keluar rumah. Terbaiklah. First time datang lambat lecture. Ingat kampus tu sebelah rumah gamaknya.

Masa tu dia tengah membelit shawl bawal baru.
"Haiii, tudung baru nampak.."
"Hihihi.. syhhh.. jangan cakap kat orang tau."
"Akak dah pernah pakai ke shawl yang style macam ni." style yang pakai macam bawal lipat dua dahulu tapi melekat dekat muka macam shawl. *Alaaa.. penggemar shawl mesti fahamnya.
"Tak pernah. Hihi. First time nak cuba ni."
Ok.. fine. patutlah lama kemain. haha

"Ana, tak dhuha dulu ke? Dah pukul 8 lebih dah ni?"
"Aaahkan. Lupa plak. Leka sangat tengok orang pakai shawl baru!" 



Jam 8.15 kami keluar rumah. Lewat giler. Masa nak tutup pagar tu, dia pesan...

"Ana, kalau nak makan roti, jem ada dalam peti."
"Hahh?.. ok." Blur, sebab first time ada orang proposed jem dekat aku.. Rasa macam pelik. Kenapa jem? Orang tengah nak rushing boleh plak proposed jem. Macam lawak pun ada.

Zahidah call tak dapat datang sebab tak sedap badan. Tapi roomate dia drive datang amek dah tunggu lama depan seberang jalan sana.

"Maaf!!! Tak sengaja!"


Jam 8.35 masuk lecture hall. Fuhh. syukur Alhamdulillah, lecturer belum masuk lagi. Lega. Aku masuk aku ambil tempat seperti biasa, dan dia, aku tak pasti di seat mana dia duduk. Belakang kot. Sejak buka sem baru aku perasan dia macam sedikit rendah diri. Tidak lagi duduk seat sebaris dengan kami. Tapi seat belakang...


Jam 10.25 kelas berakhir. Awal pula kelas tamat harini. Tapi sebelah petang kami ada majlis besar 'Annual General Meeting.'

"Akak, kita tak balik kot, sebab kita nak tolong diorang buat persediaan untuk petang ni."
"Ok, kalau macam tu kita pun tak balik la." Dia senyum..
"Akak lapar tak, jom makan.. nak???"
"Nak. lapar jugak ni, lepas makan boleh tidur puas-puas."

Walaupun tinggal sebilik memang jarang sekali aku berpeluang makan semeja dengan dia secara berdua-duaan. Group kami tak pernah sama. Lecture je yang sama. Masa tu dia ambil lauk sama macam aku. Cuma jenis sayur je yang lain. Dia kangkung, aku kacang panjang.

Masa makan tu macam biasalah dia.. snap. Aku rasa dah berjuta koleksi gambar makanan yang dah diambil. Suka betul bergambar. Masalahnya gambar tu takde gambar dia pun. Ye.. aku pun suka bergambar, tapi aku suka ambil gambar diri sendiri je. haha.


Lepas makan aku ke dewan, tengok diorang ber reheasal. Macam best je. Sambil tu aku tolong AJK Media sediakan video montaj untuk tatapan VIP nanti.

"Ana, kite tak boleh tidur la kat sini.. sakit kepala.. kita tidur kat surau kejap. Nanti kita datang balik.."
"Ok."

Jam dah menunjukkan hampir ke pukul 1. Dia tak muncul juga. Aku jela kesana, alang alang boleh tunggu zohor sambil berkahfi. Pagi tadi tak sempat. Sampai surau tengok dia terbaring di satu sudut. Penat sangat la tu. Semalaman tak tidur.

Pukul 2 kami sama sama keluar. Dia teman aku pergi ke gerai jualan pc and book fair dekat PSB. Haritu aku ada beli pendrive baru, untuk persediaan sebarang kecemasan le kenkonong. Tapi pendrive tu takde keychain. Aku tak suka pendrive yang tak berkeychain. Susah nak cari bila tercicir kat mana mana. So, dia yang pilihkan untuk aku. Romantik dia ni. Memang sesuai dia jadi kakak, aku jadi adik. =)

Keychain comel. dia pilihkan. :))

Jam 2.30 masuk dewan. Program dah nak stat dah. Aku tak dapat nak teman dia, sebab perlu berada di seat hadapan, video montaj macam ada problem sikit tak boleh nak transfer. Maklomla baru dibuat pagi tu. hehe. Tu glabah semacam. kantoi. =p
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Seperti yang dirancangkan. Syukur. Habis program dalam pukul 5.40pm. Aku ingat diorang dah balik sebab aku perlu handle aktiviti bergambar, tapi masa nak kemas beg nampak kelibat diorang, zahidah dan akak. Aku dah pesan dah siap siap dekat Kira nak tumpang dia japgi incase diorang dah balik. Teman sejati betul diorang ni sanggup tunggu lelama. 
True friends upstair. Waiting for another friend busy with picturing. Why so romantik.
why? T_T


"Akak dah solat?"
"Belum."
"Jom solat dulu sebelum balik. Tapi kita nak ke tandas kejap."
"Ok, kite tunggu kat surau je la macam tu."
"Alaaa, tunggula jugak. temanla kite pergi toilet. Nanti akak pergi awal awal kena tunggu kite jugak nanti."
"Haaaa. ye la. ye la."


Dalam toilet sempat lagi borak.
"Akak, malu giler ah tadi. Tak pepasal orang sorak tengok gambar ngan Fedtri Yahya."
"Tahu takpe. Masalahnya lama giler gambar tu."
"Kite dah cakap dah tadi tak payah letak, dia nak juga letak..."
"Ala tak pe. takde hal la." 
"Tadi sape bagi kek untuk akak?"
"Uishhh, kite beli sendiri la!"
"Haha, ingatkan orang bagi.. ye la haritukan orang tu dapat kek birthday."
"Tu tahun lepas, tahun ni dah takde orang nak kasi dah."


Jam 7 malam sampai rumah. Tapi dia tak jejak pun rumah sewa kami masa tu. Dia cuma tolong bukakan pintu untuk aku. Lepas tu terus ke rumah zahidah. Solat maghrib disana sebab dia minta tolong housmate zahidah hantarkan ke stesen KTM untuk pulang ke kampung halaman beliau. 



Ahad pagi, (16 Mac) aku dapat berita beliau sedang dirawat di ICU akibat pendarahan dikepala. Terkejutnya usah digambarkan. memang tahap tak terjangka. Sampai di HKL aku lihat dia terbaring kaku terdapat bekas linangan airmata pada sisi matanya. Kata ibunya, dia boleh dengar apa yang kita cakap, walaupun beliau tidak sedarkan diri. Ku usap ubun ubunnya dengan doa, "Moga Allah kurniakan kekuatan untuk akak melawan segala penyakit yang dihadapi."


Selasa (18 mac) petang aku ada meeting untuk MT dan EXCO Optimist baru, masa tu iqa nangis nangis sebelum explain pada aku.. aku pun macam lost. Apa dah jadi? Masa iqa explain sambil teresak-esak aku macam blur. betul ke ni? Tapi bila Penasihat Optimist berhentikan seketika meeting untuk memberi announcement keadaan dia makin merosot. Memerlukan pemantauan sepenuhnya disana. "Exco Kebajikan sedia untuk sebarang kemungkinan."
Sebak didada tak tertanggung. Kepala rasa seakan berat. 'Ya Allah, akak..' Merra dan Fatin datang memberi kata kata semangat. Masa dalam pelukan mereka tu, aku rasa macam berat sangat kepala ni, kaki dah lemah tak mampu lagi berdiri. Sekelip mata.. gelap seluruh dunia. Maka tecipta sebijik sejarrah


Rabu (19 Mac) Aku cuba untuk kuat. Nasib baik Clinic Dispense haritu aku ditugaskan untuk jaga shop. Sebenarnya malu gak ah nak ngadap merra ngan fatin. Tak pasal pasal ter pitam atas depa. Sir prasan kot aku macam bermuram durja je saat itu sampaikan dia tegur.. 
"Kejappp, nak jaga shop mesti dengan senyuman yang manis." 


Habis clinic dispensing, aku bergegas ke hospital dengan zahidah. Jam 12 bertolak. Jam 1 sampai. Jam 1.30 jumpa parking. Tetiba dapat call, cakap "Akak dah takde."

'Innanillahiwainnailahirojium.'


Akak cuba rendahkan diri saat dia tahu masanya kian pergi.
Akak cuba bimbing adiknya saat adiknya lalai dengan duniawi.
Akak cuba berdakwah dengan gaya pemakaiannya.
Akak cuba mententeramkan kami tatkala dilanda pelbagai kesulitan.
Akak cuba prihatin dengan pemakanan adik adiknya. Dia tahu kalau aku malas, mesti cari roti. 

Terima kasih akak atas kebaikan yang dicurahkan. Alhamdulillah, saat pengakhirannya, Allah izinkan aku untuk melihat dan kucup dahi beliau buat kali terakhir. Sejuk. Pucat. tapi pada wajahnya terlihat tenang. =))



Tersentap dengan nasihat seorang kakak;

Dia dah selesai dengan urusan dunia. Kita yang masih dipenjara dunia harus lebih kuat!- Kak E

Bagus dalam merawat mata kering. :')


Al-Fatihah
Nur Hidayah Binti NorSham
11 april 1991 - 19 mac 2014