Pages

Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

Baitul Muslim kakak

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, berkenaan kisah kearah penubuhan BM (baitul muslim) my kakak. Pengalaman ke-2 family kami berkenduri kendara secara sederhana sempena meraikan orang baru dalam keluarga kami. (Kenduri pertama pernah update kat SINI). Pada tanggal 13/12/2013 baru baru ni mak dan ayah selamat menerima menantu yang kedua, dan aku dan adik adik selamat menerima abang yang ke-2 dalam tahun tersebut. *ayat kemain selamat macam orang baru balik perang plak. haha.


Disebabkan majlisnya berlangsung di pengakhiran semester dengan test dan assignmentnya yang menggunung aku tak dapat nak pulang awal, tak dapat nak tolong sangat mak ayah persiapkan majlis. Kalau majlis kakak second yang bernikah bulan 6/2013 memang aku tolong daripada membungkus goodies sampai membalut bunga telur sebab masa tu tengah cuti. Tak ingat cuti apa. Cuti sem kot kalau tak silap. So pada hari kejadian aku amek tiket 12/12/2013 sampai bumi terengganu pada pukul 6.00pagi bertarikh 13/12/13. Yang paling cemerlangnya tiket aku jam 8.30malam, tapi pukul 3.00ptg dah terpacak dekat stesen bas. Kes malas nak tunggu bas rapidkl petang. Habis kelas tengah hari tu aku terus amek RAPIDKL untuk ke stesen bas kelang. Tu yang terlebih awal sampainyeee! Takpe. Chill. tu tandanya aku dah mula nak independent! *bangga dengan diri sendiri. well done!


Sampai tu terus siapkan diri dan ambil alih tugas untuk props bergambor! haha. Dah ni je aku mampu buat dalam masa yang singkat. Pukul 10pg mula upacara akad nikah. Hari kejadian aku conduct semua sesi penangkapan gambar pada hari tersebut. Mekni amek gambar pakai camera ayah. Mekwa amek gambar pakai camera aku. Idi pakai camera pejabat ayah. Oki amek pakai DSLR dia punya. Aku? Pakai camcoder ayah dan android sendirian berhad. Ada lagi beberapa ketol cameraman yang tak dikenali. Yang tu aku tak sempat nak bertaaruf. Mungkin kaum kerabat rakan mak kot. Betapa banyaknya backup gambar incase ade gambar yang parkinson.

Sesuci lebaran pembawa hantaran dari pihak lelaki.
 Yang paling rendang tu comel! 


Alhamdulillah dengan sekali lafaz along dan abang adli selamat bergelar isteri suami. Tahniah along! Kesian along balik umah sampai hari khamis petang, hari jumaat kawin, hari sabtu kenduri belah lelaki, hari ahad bertolak balik. Hari isnin sambung kelas. Betapa pengorbanan untuk kawin terserlah disitu. haha

Tahniah along,adli!

Lepas pengantin selesai makan beradab aku dengan kakak aku si mekya ni pergilah serbu meja beradab. Kes terliur tengok pengantin makan sebab yang tukang servenye kami. Memasing lapar tak menahan. Sarapan pagi tu makan creampuff je dua ketol. Masa kitorang duk makan tu ramai pulak yang datang dan menegur. "Eyh, siapa pengantin sebenarnya ni?" Buat muka comel je la. haha. Mekya dah siap makan tinggal aku sorang sorang makan kat situ sambil mencekik udang. Datang pulak geng pak sedara adik adik kepada mak menyerbu kiri kanan aku. Datang nak mencekik jugak lettew. Tengah tengah mencekik boleh pulak diinterviewnye aku memacam. Haishh. Hilang terus konsentrasi terhadap kesedapan udang.

"Awak dah ada pakwe belum?"
"Tak dop."
"Eleh. tipulah.. tengok asyik main henset je."
"Mane ade. tu sebab main facebook la, pak dan"
"Belajar tinggal lagi berapa tahun?"
"Setahun setengah kot."
"Setahun setengah tu berapa sem?"
"Tige sem." 
"Oooo.. Awak umur berapa sekarang?
"21. mude lagi."

"Eyh. tua dah tu. Pok Dan kawin muda lagi dari tu."
"Ok. napok benor nipunyee." 

*Depa duk gelak gelak. Depa semue ni kawin nak masuk 30an kot. Macam ler aku tak tahu.



Pengantin lama dan baru bergabung! 

Malam tu ayah pasang dekat TV semua gambar-gambar yang diambil daripada semua camera. Yang bahagian aku ambil banyak pulak kena kritik dengan ayah kes tangan parkinson. Video bergegar-gegar.. zoom terover laju. haha. Maaf ler. Masa tu tak makan nasi lagi. Tu hormone dopamine tak berapa nak stabil tu. hikhik

Lagi seorang cukup 12. Boleh bukak team bola sepak "The FAMILY FC!"
Masa ni jurucamera tanya nak pegang sepanduk tak? Semua orang kalut ambil sorang satu. Aku dah pegang sepanduk Like tu, tetiba Idi suruh aku pegang sepanduk Next yang bertanda soal dua ketol. Takpelah disebabkan istilah 'Akukan kakak' maka sepanduk LIKE di bagi pada dia dan aku memegang takhta Next. Aku pun tak teringat sebenarnya ada sepanduk "Next??" tu. Haha. 


Keesokkan harinya kenduri pihak lelaki berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Pada hari kejadian pengantin perempuan tiba agak kelewatan, kesian pengantin lelaki cuak menunggu. haha. Alhamdulillah everything going right on the track. Hari kejadiaan masih diberi kepercayaan oleh si ayah untuk menjadi camcoder womang. Hari ni majlis lebih santai tak perlu risau nasi tak cukup ke apa.. nanti ada orang tolong servekan. So, hari ni aku rakam ucapan daripada semua orang yang aku rapat. Termasuklah adik beradik pengantin perempuan kesemuenye yer. No one miss out! 

Mekni dan nasi beriani. 

Mekni. me. Mekwa

Untuk video mekni dan mekwa 2 kali percubaan. Biasalah bebudak.. amek masa nak menyusun patah kata. Sampai dimeja adik beradik mak. Aku request mak sedara pak sedara aku untuk say something... Tahu apa dia cakap? 

"Selamat pengantin baru kepada Na. Semoga cepat cepat mendapat jodoh." 

O.o""
 *Speechless.
Kita suh bagi ucapan dekat along kita pulak yang kena. Malu setahun, tapi dalam hati tetap.. AAMEEN! 

Rehat sebentar daripada part-time "camcoder womang".
Masa tengah tengah duk record tu tetibe MC majlis panggil nama aku. Dah kenapa pulak ni? Terkejut sampai terhinjut bahu. Tergelak kakak dan abang ipar aku tengok. Rupa-rupanya untuk hadiah cabutan bertuah. Pengantin lelaki cabut 5 nama. Salah seorangnya adalah nama cheq. Sebelum ni kemain payah nak terbertuahnyee.. hari tersebut bertuah itu datang tanpa diduga masa tengah sibuk merakam. Alhamdulillah. Gambar atas yang pinggan bercorak rama-rama tulah hadiah cabutan bertuah berkenaan. Tertulis nama pengantin jugak disitu. Dah kasi dekat mak dah simpan dalam almari kaca buat perhiasan. Nok gune sayang pulok pinggan lawo lawo siap berama-rama menghiasi taman. 


Muka terliur tengok kek pengantin. haha

Tema semerah cintaku, seunggu rinduku. *eyh?? 



2 ketol budak yang suka senyum. Padan duk layan depa je bergamboo. 
Buat Along dan Abang Adli, 

BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA 
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"

“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan 
kamu berdua dalam kebaikan“.





Semoga cepat cepat dapat baby. Mekya dan Abang Din pun! 


Aameen!


Sekian, 

Tuesday, 16 July 2013

4 Majlis berturut turut

Bagi ahli keluarga terdekat pasti mereka mengetahui kemeriahan yang dialami di rumah aku lebih kurang sebulan yang lalu. 
31/5-Majlis akad nikah, 
1/6- Kenduri kahwin sebelah keluarga perempuan, 
2/6- Majlis pertunangan, 
3/6- Kenduri kahwin sebelah keluarga lelaki. 
Err, yang kenduri kahwin sebelah keluarga lelaki tu takde lah buat majlis dekat rumah aku jugak ye. Buat dekat umah dia lah dekat kelantan. 
Orang yang paling busy dalam hal ini semestinya mak ayah aku. 3 majlis serentak. Mahu tak letih.. Alhamdulillah, nasib baik sedare mara ramai boleh tolong-tolong mana patut. 


Mesti ramai yang pelik. 'Err.. kenapa majlis akad dulu baru majlis bertunang? Diorang anak beranak ni dah gila ke apa. Orang selalunya bertunang dulu baru akad nikah ni terbalik pulak. Isyk. Pelik tak pernah dibuat orang sungguh!' La... takde yang peliknye pun. Sebab yang akad dengan yang tunang tu orangnye lain-lain. Yang kahwin tu kakak yang ke-2. Yang bertunang tu kakak sulung aku. Langkah bendul? Begitulah nampak gaya. Tapi takde bendul sangat pun. Beze umur depa ni setahun je pun. 



Gambar ni ikut turutan. Bermula dengan majlis lafaz akad, kenduri sebelah perempuan ada pernah diupdate di entry ini, majlis pertunangan (gambar yang barisan bawah), kemudian barulah majlis sebelah pengantin lelaki (gambar kami satu family berpakaian hijau turqoise).





Selamat bertunang buat si meklong. 
Moga dipermudah urusannya sehingga ke lafaz akadnya nanti. 
aameen :))



p/s: mak sedare siap nyanyi.. 'who next..??' sambil pandang-pandang aku. *Isyk. dah kenape makcik aku ni. -.-"


Sekian,

Sunday, 17 February 2013

Festival Pelamin di PWTC Ktrg

Dua hari lepas mak aku ajak aku pergi PWTC tengok festival pelamin. Maklumlah nanti ada orang tu nak kawen. Mak aku yang paling excited. First time nak dapat menantu la kate kan. Orang lain yang nak kawen. Orang lain plak yang sibuk terhegeh-hegeh pegang henset tergayang-gayang depan pelamin. Bukan sebab bergayut okeyh. Tapi buat amal jariah dengan menjadi photographer tak berbayar. Tapi kenape henset? Dah tu.. itu je modal yang ada ketika itu. -.-

Nama je festival pelamin tapi semua yang berkaitan dengan khidmat perkahwinan ada dipamerkan disini. Gubahan hantaran, kek, tempahan goodies, tempahan kad kawen, baju pengantin, dan jugak khidmat photographer semua ada. 












MasyaAllah pelamin macam taman diraja ko. Grand...teeesangat! Meleleh air liuk tengok. 


Antara baju pengantin yang dipamerkan. Yang len ada je lagi.. tapi xsempat nak senap. 







Antara yang banyak-banyak pelamin aku paling suka yang ni. Simple and nice. Tiada upacara bersanding cukup sekadar untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hari bahagia. Nanti esok-esok boleh tunjuk gambar kat cucu. Errkk.. tapi kaler dye pink.. Eyh. tak tau ka..pink tu kaler 'pebret' GBM okeyh. Sangattt. *tangankedadamatakeatas. IT SEMUA POYO. muhehe. 






Kek yang keras diluar lembut didalam. Yang keras kalau boleh dekat aku dalam tongsampah lah jawabnya. Aku makan bahagian dalam je. Aku tak berapa suka kek ni. Sebab kek ni akan menjerumuskan aku ke lembah pembaziran. Maka bersahabatlah dikau bersama sang si tan tersebut. Ye la. Dah penat orang hias cecantik pergi buang plak. Durjana namanya tu. Tapi coklat sebelah kek tu nampak sedap. =))


Masa jalan-jalan dengan family.. Pekedai tu bagi pamplet, tazkirah bagai dekat kakak dan mak aku je. Aku?   Terkebil-kebil pandang dia.. Dia pandang sebelah mata je. Think positively.. mungkin beliau ni ingat aku masih dalam kalangan budak skolah kot. Muka innocent hidung berhingus. Masih tak sesuai untuk dibagi tazkirah tentang perkahwinan. Tak cukup umur? Ok. Sentap... -.-



p/s: teringat plak 2 bulan lepas kawan kakak aku cakap 'Muka adik awak ni nampak mudalah..nampak macam muka budak sekolah lagi.'. Mungkin pekedai tu pun ingat macam tu kott. *Pengsan!




Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


Rahsiakan pertunanganmu, hebahkan perkahwinanmu.


Sekian,

Wednesday, 13 February 2013

Hari Bahagia


Apabila 2 insan memilih jalan yang halal untuk melabuhkan cintanya, maka disitu letaknya keberkatan Ilahi. Alhamdulillah minggu lalu aku memang full attend with a lot of nasi minyak ceremony atau dengan kata lainnya kenduri kawen. Perut kenyang, hati riang, mata tertutup, bantal tersorong. Sebab tu blog tak terupdate. hihi. 

Ini adalah pengalaman pertama aku menghadiri kenduri kawen tanpa mak ayah disisi tapi diganti dengan teman persekolahan. Macam mana perasaan? Oh.. that was totally different!! Bukan apa. kalau aku pergi dengan family,ayah takpun kakak aku yang sibuk-sibuk nak ambil gambar.. depa ni selalu amek port bahagian depan-depan kalo boleh nak duduk depan-depan dengan pengantin. Aku? Yang bahagian ruang kosong yang tak berapa orang nak duduk, dekat situ lah tempat aku duduk.. pengantin pun nampak sipi-sipi je. Kesian..kesian..kesian. 

Apabila kehadiran family diganti dengan teman persekolahan disisi maka tanggungjawab untuk menjadi mamarazi tu secara automatik tergalas dibahu aku. Port aku? Semestinya tidak lagi di belakang tau hujung-hujung penjuru.. tetapi betul-betul bersebelahan dengan pengantin. Baru syok nak amek gambar. 

Irah- 8/2/2013

K.wany- 11/2/2013

Tangan kanan kamera.. tangan kiri handfone. Maka gambar yang terhasil lintang pukang sebab tak tahu nak fokus yang mana. Tu lah.. tamak haloba sangat. Ala.. aku bukan apa.. nanti kalau amek ikut fon nak whatsapp dekat kengkawan senang.. Kalau amek ikot kamera, transfer ke laptop best tengok. Clean and clear. Memanfaatkan teknologi sepenuhnya. Pandai tak? =p

Irah seperti yang tentera gambar bertarikh melangsungkan pernikahan lebih awal daripada k.wany. Tetapi baik Irah, Kwany mahupun aku tetap masih dalam lingkungan umur yang sama iaitu 21 tahun. *Errk.. okey takde kaitan pon. 


Pengalaman melihat majlis akad nikah secara dekat memberi pengalaman baru buat aku. Aku pulak yang naik nervous. Selama ni ada jugak tengok dekat.. tapi melalui medan tv takpun utube jer uolls.. Alhamdulillah, kali ni Allah mengizinkan aku untuk menonton secara dekat terang lagi jelas lafaz akad rakan baikku. Cedok pengalaman orang.. esok-esok mana tahu 'terrjadi' pengalaman sendiri. =p


Irah & Nazli


Kwany & Hariz
Alhamdulillah..selamat sudah dua pasangan yang merupakan ex-classmate ketika aku di tingkatan 5 bergelar isteri kepada masing-masing. Semoga menjadi isteri yang solehah, dan ibu kepada anak-anak yang soleh. Maka frust menunggenglah para syaitan melihat 2 ikatan yang suci terjalin atas dasar kecintaan kepada Ilahi. Barakallahu lakuma. =))


Pengantin malu-malu cat saat photographer suruh pengantin lelaki suapkan pengantin perempuan. Bila photographer mintak si ayah mertua suapkan si ibu mertua barulah si pengantin lelaki dapat keberanian. Pakai tangan.. romantik sungguh. Pengantin perempuan masih segan-segan.. Pipi yang sedia ada merah bertambah merah jadinya. =))




Seperti biasa- credit to my driver si Nadiah Nordin dan beliau masih Single.
*Dah promote ni.. blanje hot plate ah lepas ni. hihi

Majlis perkahwinan mereka ni dah jadi majlis reunian plak. Semua berkumpul melihat rakan satu sekolah di nikah dan di sandingkan. Setelah hampir 4 tahun meninggalkan alam persekolahan.. akhirnya kami berkumpul kembali. Double S. Sweet dan Seronok! Semua kacak-kacak, cun-cun. Makin bergaya sekarang. Sekali tengok tak cam, dua kali tengok kabur-kabur, tiga kali tengok.. barulah.. "Oooo...dye ni ke..."










Kepada Irah dan pasangan serta Kwany dan pasangan;


Aameen. 





credits pic: FB fatin & afiq. *Sorry der, gua pinjam gambar jap. =p


Sekian,