Pages

Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts

Friday, 21 February 2014

Sahabat pewangi

Dulu aku tak faham sangat istilah kawan baik. Kawan baik tu ape eyh? Baik yang macam mana eyh? Macam kongsi kongsi makan sesame ke? Lepak sesame ke? ke.. kawan yang sekelas dengan kita tu yang dikatakan kawan baik? hurm... KOMPIUSS~


Kalau benarlah itu kawan baik. Ternyata memang ramai kawan baik aku sebenarnya. Macam retisss ko. haha. Watlek watpiss. Tadi  tengah tengah aku makan saje je la bawak pinggan dekat ruang tamu, eyh.. tetiba tertekan punat 'On' Tv, tetiba yang tersiar pula siaran islamic berkenaan isu taubat. hurm. Mungkin ini salah satu cara terbaik untuk aku melaghokan diri sambil dipayungi malaikat.. 'amal aku dah la tak seberape nak cantik kalau alih siaran lagi ternyata berkurang rasanya cantik itu.' Allahu. 


Kisah mengenai bagaimana orang yang beratus kali bermaksiat tetiba Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat. Walaupun aku dah pernah dengar kisah sebegini, tetap setia mendengar cerita yang disampaikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. *ecehhh. Aura penceramah yang tegas dan berhemah... telinga dan mata setia menadah ilmu. 


Aku suka bahagian pengakhiran pengajaran cerita yang disampaikan. Kata ustaz, apa yang penting bagi orang yang mahu bertaubat adalah pemilihan rakan yang betul. Contoh kalau dia seorang perokok tetiba suatu hari Allah bukakan hati dia untuk berhenti merokok, Alhamdulillah 2 hari bertahan tanpa rokok. tuptup esokkan lepak rumah kawan baik, Ali namanya.. Tengok Ali isap rokok sambil minum teh.. Terliur dia tengok.. esokkan tu terus cancel taubat semalam. Nauzubillah. 


Rakan yang baik ibarat seperti seorang penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi beliau. Tapi kalau kita hari hari keluar bersamanya mesti sedikit sebanyak melekat bau harumnya pada diri kita. Rakan yang tidak baik ibarat seperti seorang peneri besi. Walaupun kita tidak terkena percikan api daripada hasil terian tersebut. Tapi tetap sedikit sebanyak bau asap itu melekap pada kita. 

Tetibe terfikir sejenak.. aku rasa betul la apa yang ustaz cakap. Tanpa sedar, orang orang disekeliling aku sekarang yang banyak memberi inspirasi untuk aku belajar mengenal Tuhan secara lebih dekat. Memang mereka tak banyak bercerita, aku pula jenis yang tak banyak bertanya.. cukup dengan kehadiran mereka, berbual dengan mereka, makan semeja dengan mereka, layanan mereka.. mampu memberi impak akan kehadiran iman pada hati yang kosong. 

Majlis akikah anak angkat mama mama GR. Harraz Furqan. :))

Sahabat itu ibarat pilih frame. Semua nampak cantik.. tapi tak semua cantik dengan kau. Kau silap pilih, boleh jadi kau kelihatan jelik dengannya. - GBM

Sebab itu dalam pemilihan frame perlu ada kriteria yang perlu kita patuhi. 
1- Bentuk muka
2- Warna kulit
3- Saiz kelebaran muka

Kalau anda ke kedai spect, tanya pendapat optom itu yang terpenting. Kalau mereka kata anda tidak sesuai dengan frame tersebut, mesti ada sebab-sebabnya. Prinsip kami "kualiti first, money no.2." 
Kalau tak tahu, TANYA. Optom tak makan orang. :))



p/s: Sama macam dalam berkawan, kalau kau rasa akhlak tak berapa nak cantik, cari kawan yang akhlaknya lagi osem daripada kau. :))

Sekian,  

Sunday, 24 November 2013

Gembirakah duhai hati

Kebelakangan ni aku rasa macam lost. Apa benar jalan yang aku pilih ni? Sungguh tak terduga langsung yang satu ketika aku akan berada dijalan ini. Jalan yang aku bawa sekarang ni. Tak terduga langsung! Semua berlaku begitu pantas. Sangat pantas! 


Kekadang aku terfikir. Apakah hati ini sedang ikhlas? Atau hanya sekadar berpura-pura. Berpura-pura disebalik tudung melepasi paras dada, baju longgar labuh melepasi paras lutut, kaki elok bersarung sedang hati tidak ikhlas dalam dakwah ini. Hurm. Mungkin tak. Mungkin... tak! 


Aku suka dengan ahli circle of happiness(COH) yang baru ni. Suka sangat. Diorang cantik. Petah dalam berkata-kata, bernas dalam melontarkan pandangan.. sampaikan aku terkedu. MasyaAllah. Terasa kerdilnya diri ini. Rasa malu, rendah diri mula menguasai. Lantas hati bemonolog sedih, 
"Mungkin ini bukan tempat untuk aku. Aku tak patut berada disini. Tak patot. Aku masih belum bersedia seperti diorang. Ilmu masih secebis kuman manakan mampu untuk berdiri sebaris mereka." Sebak mula menguasai perasaan. Fikiran kotor tercalit hina. "Keluar dari sini. Ini bukan tempat kau!" 


Lantas segala perasaan yang terpendam dihati dicerita kepada seorang sahabat. Kuasa sahabat. Sentiasa ada saat susah senang. Ukhti nad, kehadiran beliau sangat tepat pada waktunya. Sehinggakan diri tersentap lantas terkaku seketika. 

Tahukan tentang kisah pemuda Malaysia, bernama Ammar? Pernah baca kisahnya? Antara catatan beliau.. "Aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa, mungkin sudah tiba masa untuk aku mengorak langkah.." Tak terkesan ke pada hati yang mendengar ayat ni?

Terdiam. 
Rasa macam anak panah terus ke hati. Dush. Ternyata masih banyak jahiliyah keji dalam diri ini. Zon selesa ini sudah paras kritikal sehingga mampu bertindak diluar jangkaan iman. Allahurabbi.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. 



Kisah Ahmad Ammar

Daku Amat Menyintai Mu

Istiqamah dalam jalan yang dah dipilih. Itu bukan mudah. Semuanya perlu diiringi dengan usaha+perbuatan+doa+kebiasaan. Bila akar yang dibawahnya menjalar kesegelinap tanah, barulah berdiri kukuh pokok yang ditanam. 

Daku Amat Menyintai Mu
Al-Fatihah.

Sungguh mati itu dekat.
Moga sebelum ia datang.
Kita sempat untuk merasai nikmat iman dalam hati.
Rasa suka, gembira, tenang itu hadir dalam setiap amal. 
Moga kita kuat! 
InsyaAllah!

Sekian, 

Saturday, 16 November 2013

Marah

Puhh puhh. Tiup habuk dulu seposen dua ringgit. Lame benor tak berupdate semenjak berinsta ni. Ater, kite dah pandai post gambar dekat insta langsung GBM disini dilupakan. Haisyyhh. Kacang buncis lupakan petai plak rupenye. Buruk betol perangai.


Minggu lepas masa dalam berbulat happy, naqib tanya.. 

"Sape dekat sini yang dia tak pernah rasa marah dekat orang?"


Semua macam sentap lantas menundukkan wajah ke lantai. Aku? Tak mau pandang yang lain. Pandang cermin cukup. Reflek diri sendiri. Fuh. Kalaulah sisi buruk kesan daripada marah ini kekal pada wajah setiap orang setiap kali marahnya terhadap sesuatu, pasti semua orang takot untuk marah. Kalau lah kalau itu menjadi. Allah, rasanya semua orang tak keluar rumah dah lepas ni. 


Selalu je perasaan marah tu timbul. Kenkadang geram jugak. Dah bila perkara remeh macam kawan terconteng white coat masa lab. Itu terr.conteng. bukan terr.sengaja conteng. Dah marah-marah padahal kawan dah minta maaf. Sampai tak cakap 2-3 hari. Eee. dalam hati rasa.. eiii, tak logiknya 'marah' ni. hal sekecil alam pun dijadikan isu. Rasa nak lempang je diri sendiri. 


Beberapa hari ni aku perasan. Aku punya marah ni jenis marah penakut. Kalau dengan adik adik berani kemain marah aku ni. Haisyh. Stress deme mikior nyer. Marah penakut itu macam mana pulak?
Macam ni..

Jika bertembung, sengaja mengelak,
Jika ditanya, sengaja menepis,
Jika bersama, berdiam diri,


Mungkin, ini hint. Kalau nampak aku macam diam-diam tu. Mohon cepat cepat untuk tegur. Supaya nafsu pemusnah silaturrahim ini terus berlalu pergi. Aku memang susah nak marah depan depan, tapi aku jenis yang senang nak senyum depan depan. Tak caya?
Cuba buat! hihik.



*Senyum! Allah. mudah sangat kalau nak bersedekah ye.

Sekian, 

Tuesday, 4 September 2012

Untuk kamu.. hey.. Untuk kamu!

Engkau punya gaya.. walaupun tak kaya..
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja...
Mungkin kau tak kacak
Tapi kau baik hati..
Baik hati..

Walau tak pernah bertemu,
Tapi sudah tertulis olehNYA..
Kau jodohku.. jodohku.. 
Cinta padaNYA buat ku jatuh hati padamu..
Membuat hati rasa bahagia..
Bahagia.. 

Itu yang aku mahu..
Menjadi imam buatku.. buatku.. =)


Eyh.. tetiba boleh terkomposer lagu plak tetibe. hehe.. Tengok tajuk petikan dibawah ni.. teringat pulak kepada melodi yang dinyanyikan oleh Najwa Latiff dan Sleeq. Adik aku minat sangat kat Najwa Latiff.. mentang-mentang lah nama dia pun Najwa. Bangga letteww.. 


Tika diri sedang mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang..
Sumber: iluvislam
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(Surah al-Ankabut, ayat 2)

Islam itu indah.. dengan hanya bersabar.. boleh menjadi penjamin kepada kebahagiaan di akhirat kelak. =)

Sekian,